Wednesday, November 14, 2012

PAUS BRYDE


Paus Bryde
Perbandingan saiz dengan manusia yang sederhana saiznya
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Subkelas: Eutheria
Order: Cetacea
Suborder: Mysticeti
Keluarga: Balaenoptiidae
Genus: Balaenoptera
Spesies: B. brydei
B. edeni
Nama binomial
Balaenoptera brydei
Olsen, 1913
Balaenoptera edeni
Anderson, 1879
Taburan Paus Bryde
Paus Bryde (bahasa Inggeris: Bryde's Whale) ialah paus yang paling kurang diketahui dan dari banyak segi merupakan rorkual yang paling luar biasa. "Bryde" disebut sebagai "broo-dess", dengan namanya kekadang dikelirukan dengan nama "Paus Brutus". Ikan paus ini banyak didapati di seluruh perairan tropika dan subtropika, dengan suatu spesies kerdil yang lebih kecil didapati di kawasan Pasifik Barat serta Asia Tenggara tropika. Paus ini juga dikenali sebagai Luulumbo oleh orang Kadazan di Sabah, Malaysia. Nama saintifiknya Balanoptera edent.
Paus Bryde adalah kecil jika dibandingkan dengan piawai rorkual (tidak melebihi 25 tan), dan lebih suka akan kawasan perairan bersuhu tropika dan serdahana daripada laut-laut kutub yang seringnya didiami oleh paus-paus yang lain dalam famili yang sama. Paus Bryde adalah paus kawasan persisiran dan bukannya paus laut terbuka. Walaupun paus ini mengekalkan plat-plat tulang paus yang mencirikan paus balin yang mempergunakannya untuk menapis hidupan seni daripada air, makanan Paus Bryde terdiri hampir pada keseluruhannya daripada ikan-ikan, khususnya ikan bilis dan ikan hering.


 Taksonomi

Paus Bryde diperihalkan buat pertama kali pada tahun 1878, berdasarkan sebuah spesimen yang dinamai Balaenoptera edeni  yang didapati terdampar di pantai Myanmar. Rupanya Paus Bryde amat serupa dengan Paus Sei dan hampir sama besar. Paus Bryde kelihatan terdiri daripada dua spesies, dengan setakat kekeliruan antara kedua-duanya. Pada tahun 1913, ikan-ikan paus yang terdapat berhampiran dengan pantai Afrika Selatan dinamai Balaenoptera brydei  sempena nama Johan Bryde, konsul Norway serta perintis industri pemburuan ikan paus di Afrika Selatan semasa awal dekad 1900-an.
Menjelang dekad 1950-an, terdapat anggapan bahawa adanya hanya satu spesies yang tunggal yang kemudian dikenali sebagai B. edeni  tetapi mengekalkan nama Paus Bryde  sebagai nama am kerana nama pertama yang dicadangkan selalu diutamakan. Bagaimanapun, kerja-kerja genetik yang terkini telah menunjukkan kewujudan dua spesies yang berasingan:
  • Paus Bryde, Balaenoptera brydei,  dengan taburan tropika dan separa tropika di seluruh dunia, yang bertumbuh sehingga 26 tan serta 15 meter panjangnya.
  • Paus Bryde Pigmi (masih sering dipanggil Paus Eden, Balaenoptera edeni ) yang didapati di perairan pantai lautan-lautan India timur dan Pasifik barat.
Paus Bryde berbeza-beza dari segi bentuknya. Lima jenis yang berlainan telah dicamkan, termasuk sekurang-kurangnya dua jenis yang lebih kecil dan yang hidup lebih dekat dengan pantai. Pengujian DNA telah menunjukkan bahawa spesies pigmi Asia Tenggara yang baru disahkan adalah tidak  sama dengan ikan paus kecil yang didapati di Caribbean dan yang kelihatan hampir serupa. Walaupun demikian, kedua-dua spesies ini masih digolongkan bersama-sama atas alasan pemudahan taksonomi. Merumitkan masalah lagi, terdapat juga bentuk-bentuk pertengahan antara Paus Bryde dengan Paus Sei. Lihat juga Balaenoptera omurai.

 Ciri-ciri fizikal

Secara amnya, Ikan Paus Bryde mempunyai kepala yang sangat lebar dan pendek, dengan antara 40 hingga 70 alur ventral, serta mata yang agak besar. Ia adalah ikan paus balin dan adalah unik dari segi bahawa ia mempunyai tiga rabung yang memanjang pada kepalanya, dari hujung muncung sehingga lubang hembus; rorkual-rorkual yang lain hanya mempunyai satu rabung.
Menurut Tabung Antarabangsa untuk Kebajikan Haiwan, mamalia ini mempunyai lipatan atau alur pada leher dan dadanya yang membenarkan mulutunya berkembang ketika dipenuhi dengan air. Ikan paus ini mempunyai lubang hembus kembar dengan satu pelindung deburan yang rendah di hadapan. Ia tidak bergigi tetapi mempunyai dua baris plat balin.
Ridipnya yang tajam dan yang melengkung dengan ketara mudah dinampak apabila Ikan Paus Bryde timbul. Sirip-siripnya kecil dan sempit, dengan ekornya yang menakuk dan lebar tidak pernah memecahkan permukaan air ketika ia timbul.
Warnanya Ikan Paus Bryde berbeza-beza, dengan bahagian belakang umumnya berwarna kelabu tua atau biru sehingga hitam. Bahagian ventralnya berwarna putih kuning muda dan beransur-ansur menjadi ungu kekelabu-kelabuan menuju ke perutnya. Sesetengah ikan paus ini mempunyai bintik-bintik kelabu keputih-putihan yang mungkin merupakan parut, akibat serangan parasit atau ikan yu.

 Pembiakan

Ikan Paus Bryde dipercayai membiak pada sepanjang tahun dan tempoh buntingnya dianggarkan selama 12 bulan. Anak-anak ikan paus ini berukurang sekitar 4 meter panjangnya ketika dilahirkan, dengan beratnya sehingga 1,000 kilogram.
 
Pengelasan
Ikan Paus Bryde disenaraikan sebagai Kekurangan Data oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi dan Sumber Semula Jadi (IUCN). Ia juga disenaraikan dalam Lampiran I bagi Konvensyen Mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) yang melarang sebarang perdagangan antarabangsa untuk ikan paus in Lihat juga

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...