Kucing Hutan | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Kucing hutan (Prionailurus planiceps) merupakan keluarga kucing liar kecil yang taburannya bertompok-tompok di Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Sejak 2008, ia telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh IUCN akibat kemusnahan tanah rawa ("wetland") habitat mereka.[1]
Kucing ini amat jarang dalam kurungan, dengan kurang 10 ekor – kesemuanya di zoo di Asia Tenggara – direkod oleh ("International Species Information System - ISIS") pada awal tahun 2010.[2] Sebagaimana sesetengah kucing kecil lain, ia pada asalnya ditempatkan dalam genus Felis, tetapi kini dianggap sebagai salah satu dari lima spesies dalam Prionailurus.[3][4]
Isi kandungan[sorokkan] |
[sunting] Gambaran
Kucing hutan memiliki panjang kepala dan badan sekitar 41-50 cm (16-20 in), dan ekor yang pendek sepanjang 13-15 cm (5-6 in).[4] It weighs 1.5-2.5 kg (3.5-5.5 lbs).[5] Bulu tebalnya kebiasaannya perang kemerahan gelap dengan sedikit kelabu, dengan kepala lebih kemerahan dan bahagian bawah putih. Kecuali bagi garis muka agak pudar, ia tidak berpola. Kakinya agak pendek, dan telinganya pendek dan bulat.Selaput antara jari pada kakinya membantu kucing medapat lebih cengkaman di persekitaran berlumpur dan berair, dan lebih jelas pada kucing ini berbanding kaki ("Fishing Cat"). Sebagaimana cheetah, kukunya hanya separa ditarik masuk. Bentuk dan kepala adalah biasa bagi kucing; tengkorak agak panjang, sementara atas tengkorak, sebagaimana dicadangakan oleh nama saintifiknya, agak leper.[6] Matanya agak luar biasa ke hadapan dan dekat, berbanding kucing lain, memberikannya pandangan stereoskopik lebih baik. Tambahan lagi giginya disesuaikan bagi mencekam mangsa licin, dan rahangnya agak berkuasa. Ciri-ciri ini membantu kucing hutan bagi menangkap dan mencekam mangsa airm, yang mana ia sebaik "Fishing Cat" yang berkait.[7]
[sunting] Taburan
Taburan kucing hutan terhad di kawasan tropika tanah rendah di jauh keselatan Thailand, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam, Kalimantan dan Sumatera. Kucing ini juga dikenali sebagai kucing yang suka pada air. Mereka biasanya terdapat di habitan air tawar berhampiran persisiran dan kawasan tanah rendah. Lebih 70% rekod dikumpul kurang dari 3 kilometer (1.9 bt) dari kawasan berair.[8]Kucing hutan wujud di kawasan hutan utama dan hutan tanam semula.[9]
[sunting] Ciri-ciri
Kucing Hutan adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Kucing Hutan adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.Jantung Kucing Hutan terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
[sunting] Ekologi dan tingkah laku
Kucing hutan dianggap bersendirian, dan kemungkinannya menanda tempat tinggal mereka dengan penanda bau. Dalam kurungan, kedua-dua kucing hutan jantan dan betina kencing dengan bergerak kehadapan dalam kedudukan mengendap, meninggalkan jejak di tanah.[10] Lapuran sejarah tidak rasmi melaporkan bahawa kucing hutan adalah aktif malam nokturnal, tetapi kucing hutan betina dewasa yang dikurung adalah aktif semasa cahaya samar krepuskul dan paling aktif antara pukul 8:00 dan 11:30 dan antara 18:00 dan 22:00.[7]Kandungan perut kucing hutan jantan dewasa yang ditembak di tebing sungai Malaysia mengandungi hanya ikan. Mereka telah dilihat mencuci objek seperti rakun. Ikan hidup mudah ditangkap, dengan kepala diselam sepenuhnya, dan ikan di bawa sekurang-kurangnya dua meter jauh, mencadangkan strategi makan bagi mengelak mangsa lepas kembali ke air. Spesimen yang dikurung lebih berminat dengan mangsa dalam air berbanding di darat, mencadangkan kecenderungan kuat bagi memburu di sungai dalam habitat semulajadi mereka.[11] Pengkhususan morfologi mencadangkan permakanan mereka kebanyakannya adalah ikan, tetapi mereka dilaporkan turut memburu katak, dan dipercayai menangkap krustasia.[7] Mereka turut menangkap tikus dan ayam.[6]
[sunting] Pembiakan
Sebagai mamalia, Kucing Hutan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kucing Hutan akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari. Bunyi anak kucing hutan menyerupai kucing ternakan. Repertoire kucing dewasa belum dianalisa sepenuhnya, tetapi mereka berdengkur dan menghasilkan bunyi julat-pendek yang lain.[12]Tempoh bunting mereka adalah sekurang-kurangnya 56 hari. Dari tiga sarang yang direkod dalam kurungan satu terdiri dari dua anak kucing, yang lain tunggal. Dua individual yang dikurung hidup selama empat belas tahun.[6][7]
[sunting] Pengekalan
Ancaman utama kucing hutan adalah kemusnahan dan kemerosotan tanah paya dan hutan tanah rendah.[6] Punca kemusnahan ini termasuk penempatan manusia, penukaran hutan ke kawasan ladang, penyaliran bagi pertanian, pencemaran, dan pemburuan melampau, menebang kayu api dan penangkapan ikan. Selain itu, penghapusan hutan bakau di persisiran pantai dalam abad kebelakangan ini semakin meningkat di Asia tropika. Kemerosotan stok ikan akibat penangkapan ikan melampau berlaku secara meluas dan kemungkinannya merupakan ancaman besar.[1]Mereka juga diancam oleh perangkap, jerat, dan racun.[7] Mereka ditangkap dalam jerat yang dipasang bagi melindungi ayam ternakan.[6]
Kucing Hutan merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.
No comments:
Post a Comment