Friday, November 2, 2012
GUA HANG SON DOONG-GUA TERBESAR DI DUNIA...
Gua yang diberi nama Hang Son Doong atau bererti gua sungai pegunungan itu ditemukan pertama kali oleh penjaga hutan bernama Ho Khanh tahun 1991. Namun tak seorang pun yang pernah menelusurinya kerana besarnya serta tekanan angin yang tinggi kerana adanya sungai bawah tanah yang sangat besar.
Gua ini berada di dalam Taman Nasional Phong Nha-Ke Bang, Vietnam dikatakan sebagai gua terbesar di dunia. Betapa tidaknya, lebar rongganya mencapai 150 meter dan tingginya 200 meter.
“Gua tersebut panjangnya 6,5 kilometer saat ini namun hujung rongganya masih berlanjut dengan dinding kalsit setinggi 45 meter yang menghentikan langkah kami,” ujar Adam Spillane, salah satu anggota tim ekspedisi dari Inggeris yang menelusuri gua tersebut.
Universiti Sains Vietnam dengan penjelajah Inggeris akhirnya menggelar Caving Expedition 2009 masuk ke dalam gua. selama lima hari pada pertengahan April 2009 untuk mengkaji dan menyelidik jaluran gua tersebut.
Survey menggunakan alat ukur berbasis laser LaserAce 300,untuk mengukur tinggi langit-langit dan lebar rongga di sepanjang perjalanan dengan harapan dapat membuat petanya.
Hasil laporan awal menunjukkan besar rongga utamanya mencapai dua kali ganda rekod gua terbesar di dunia pada masa ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment