Buaya Katak atau buaya air masin (
saltwater atau
estuarine crocodile') (Crocodylus porosus
) adalah reptilia terbesar, dan sering kali dikatakan paling merbahaya kepada manusia. Ia terdapat dalam habitat yang sesuai di Asia Tenggara dan utara Australasia. Buaya katak dikenali di Jajahan Utara Australia sebagai 'salties'.
Buaya Katak merupakan
pemangsa peluang berupaya menangkap haiwan sebesar
kerbau, samaada di
air atau di darat. Anak buaya makan haiwan lebih kecil seperti
serangga,
afimbia, haiwan bercengkerang
crustaceans,
reptilia kecil dan
ikan.
Semakin besar buaya itu, semakin pelbagai mangsa yang dibahamnya,
walaupun mangsa kecil masih merupakan sebahagian besar diet buaya
dewasa. Buaya Katak mampu menangkap
monyet,
babi liar,
dingo, haiwan ternakan,
kerbau,
ikan yu [1] dan kadang-kala termasuk manusia. Kebiasaanya amat
lesu – kecenderungan yang membantunya hidup berbulan-bulan semasa ketiadaan makanan – ia biasanya berkeliaran berhampiran dengan
air
atau bermandikan sinar suria sepanjang hari, biasanya cenderung untuk
memburu pada waktu malam. Ia bagaimanapun mampu bergerak dengan
kepantasan yang mengkagumkan apabila perlu, mampu menjangkau sejauh 10
m
daripada keadaan pengun lebih pantas berbanding kuda lumba, terutamanya
dari tebing sungai, di mana kedua kaki dan ekor digunakan bagi
menghasilkan tujahan. Sebagai pemangsa hendap, ia biasanya menunggu
mangsanya menghampiri tebing sebelum menyerang tanpa amaran dan
menggunakan kekuatannya untuk menarik haiwan ke dalam air di mana mangsa
biasanya lemas (sungguhpun sekiranya terdapat lebih daripada seekor
buaya, mangsa mungkin berkecai). Ia adalah haiwan yang amat perkasa,
mempunyai kekuatan untuk mematahkan kaki haiwan besar libasan ekornya,
menarik kerbau dewasa ke dalam
sungai,
atau memecahkan tengkorak lembu dewasa dengan menggunakan rahangnya.
Serangan paling merbahayanya, dikenali sebagai "Gelungan Maut," di mana
ia mengenggam mangsa dan berputar dengan kuat, yang biasanya mampu
mematahkan leher atau menceraikannya. Dalam satu kes di Australia Utara
pada tahun 1939, lembu jantan Suffolk juara yang seberat lebih 1 tan
(2,205 paun) dibunuh, kelihatannya kurang dari 1 minit, oleh buaya
besar.
Buaya Katak dewasa biasanya berukuran antara 4.8 meter hingga 5 meter
(15.4 hingga 16.6 kaki) panjang, seberat sekitar 770 kilogram (1697
lb). Sungguhpun individual lebih besar mampu mencecah melebihi 6 meter
(20 kaki) atau 7 metre (23 kaki) panjang dan seberat melebihi 1,500 kg
(3707 lb). Sebenarnya spesies ini mampu membesar sehingga 8 meter (27
kaki) atau sehingga 9 meter (30 kaki).
[2]
Buaya betina biasanya lebih kecil dari buaya jantan, dengan
kebiasaannya dalam julat 2.5–3 metre. Salah satu buaya terbesar
direkodkan adalah 8 meter 64cm (28 kaki 4 inci) ditembak oleh Krystina
Pawloski (Guru sekolah, kemudiannya pencinta alam) di Sungai Norman di
utara Queensland, Australia pada tahun 1957. Ia dikatakan buaya katak
mampu sekuat jerung putih dewasa. Kulit bertulang mereka sekeras batu.
[sunting] Habitat dan Julat
Buaya Katak biasanya menghabiskan masa musim hujan tropika di sungai
dan paya air tawar, mudik ke hulu hilir ke kuala pada musim kering, dan
kadang kala bergerak jauh ke laut. Buaya bertarung dengan bengis bagi
mempertahankan kawasan, dengan buaya jantan yang kuat kebiasaannya
menduduki kawasan anak sungai dan alur terbaik. Buaya remaja dengan itu
terpaksa ke sistem sungai lebih kecil atau kadang kala ke laut. Ini
menjelaskan mengapa taburan meluas buasa katak (dari pantai barat India
sehingga Utara Australia) dan juga mengapa ia kadang-kala didapati di
kawasan pelik (seperti Laut Japan, seumpamanya). Kepantasan buaya Katak
di bawah air boleh mencecah sehingga 12 hingga 15 batu sejam dalam jarak
pendek, tetapi mampu bergerak 2 hingga 3 batu.
Dr. Adam Britton, penyelidik dengan (
Pengurusan Hidupan liar Antarabangsa - Wildlife Management International), telah mengkaji kecergasan buaya. Ketika melakukannya, dia
mengumpulkan
bunyi buaya katak Australia, dan mengaitkannya dengan tabiat buaya
katak. Pendapatnya adalah, sungguhpun otak buaya lebih kecil berbanding
mamalia (serendah 0.05% bagi buaya katak), ia mampu mempelajari tugasan
dengan sedikit pembentukan (
conditioning). Dia turut membayangkan
bahawa bunyi buaya mempunyai keupayaaan bahaya yang lebih berbanding
apa yang diterima kini. Buaya katak kemungkinannya reptilia terbijak di
dunia.
No comments:
Post a Comment