Tidak Ramai Yang Tahu Pari Juga Ada Mendiami
Kawasan Air Tawar Iaitu Kawasan Sungai Hingga Di Bahagian Hulu. Ia
Dikenali Sebagai White Edge Freshwater Whip Ray Atau Himantura Signifer.
Ikan Ini Hidup Di Dasar Sungai Dan Memiliki Garisan Putih Pada
Sekeliling Badannya. Mempunyai Sonak Yang Berbisa Dan Membesar Melebihi
60cm Dan Berat Maksimum Sehingga 80kg.
Ikan Pari Sungai
Ini Dulu Banyak Terdapat Di Sungai Perak Dan Pahang Tapi Kini Kian
Pupus. Di Malaysia @ Semenanjung Pari Sungai Bersaiz Besar Belasan
Kilogram Boleh Dianggap Telah Pupus. Selain Dia Malaysia, Pari Sungai
Juga Didapati Di Sungai Kapuas, Kalimantan Barat, Sungai Inderagiri,
Sumatera, Indonesia Dan Sungai Chao Phrya, Thailand.
Ringau
Dikenali Sebagai Four Banded Tigerfish Atau
Datnioides Polota. Ikan Ini Hidup Di Kawasan Air Payau Di Muara Sungai,
Kawasan Teluk Dan Sungai Yang Mempunyai Kesan Pasang Surut.
Membesar Melebihi 30cm Dan Berat Sehingga 2kg Dulu Banyak TerdapatDi
Sungai-Sungai Di Perak, Melaka Dan Sarawak Tapi Kini Kian Pupus. Ikan
Ini Boleh Ditemui Di India, Bangladesh, Thailand Dan Indonesia.
Toman Bunga
Ikan Ini Memiliki Banyak Nama Mengikut Lokasi
Di Negara Ini. Ada Yang Menggelarnya Sebagai Kerandang, Jelai, Jaloi
Atau 'Emperor Snakehead'. Nama Sainsnya 'Channa Marulioides'. Ia
Merupakan Ikan Pemangsa Jenis Ikan Kepala Ular (Snakehead). Spesis Yang
Memiliki Corak Cantik Ini Mendiami Sungai, Tasik Dan Kawasan Berpaya
Berair Gambut Serta Mendiami Kawasan-Kawasan Berpaya Yang Kandungan Ph
Airnya Rendah, Sama Seperti Saudaranya, Haruan Palas Dan Bujuk.
Ia Boleh Membesar Sehingga 68cm Dan Mencapai Berat Badan 3.5kg. Ikan
Ini Dulu Banyak Terdapat Di Seluruh Malaysia Tapi Kini Amat
Berkurangan. Ikan Ini Juga Boleh Di Dapati Di Selatan Thailand,
Kalimantan Dan Sumatera, Indonesia.
Ikan Temoleh
Ikan Dari Keluarga Kap Ini Juga Dikenali Sebagai
Temelian, Tamalian Atau Probarbus Jullieni. Ia Merupakan Salah Satu Ikan
Terbesar Di Malaysia Dan Mampu Membesar Hingga 25kg Bersama Ukuran
Panjangnya Hingga 150cm.
Sekitar Tahun 1990-an, Temoleh
Seberat 33kg Pernah Dilaporkan Ditangkap Di Kuala Tahan, Pahang.
Manakala Temoleh Terberat Yang Pernah Direkodkan Setakat Ini Adalah 70kg
Di Thailand.
Dahulu, Ia Banyak Terdapat Di Sungai-Sungai
Di Pahang Dan Perak Tapi Kini Kian Pupus. Selain Malaysia, Temoleh
Boleh Ditemui Di Laos, Lembangan Chao Phraya, Thailand Dan Mekong,
Vietnam.
Yu Gergaji
Juga Dikenali Sebagai Yu Beroi, Yu Parang,
Pari Gergaji Seragam, Largetooth Sawfish Atau Pristis Microdon. Ikan Ini
Di Kawasan Muara Sungai Dan Ada Juga Yang Bergerak Ke Sungai Air Tawar.
Membesar Melebihi 7m Dan Berat Sehingga 600kg. Gergaji Digunakan Untuk
Melibas Ikan Dan Untuk Mempertahankan Diri. Selalu Terdapat Di Kawasan
Dasar Yang Berlumpur Dan Aktif Pada Waktu Malam. Ikan Yu Gergaji Ini
Dulu Banyak Terdapat Di Sungai Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu Dan
Pahang Tapi Kini Pupus. Ikan Ini Juga Boleh Didapati Di Kawasan
Indo-Pasifik Barat.
Ikan Kelisa
Nama Saintifiknya ' Scleropages Formosus' Atau Turut Digelar ' Asian
Bonytongue ' Merupakan Ikan Yang Paling Popular Sekali Kini Di Antara
Ikan Akuarium Dan Disebabkan Ini Ia Kini Pupus Terutamanya Ikan Yang
Asli Dari Sungai Atau Tasik.
Mendiami Kawasan Sungai, Tasik Dan Kawasan Berpaya Air Gambut. Boleh Membesar Sehingga 90cm Dan Berat Badan 7kg. Ikan Jantan Menyimpan Telur Dan Anak Di Dalam Mulutnya Sehingga Menetas.
Yerdapat Beberapa Jenis Ikan Kelisa Di Malaysia Iaitu Dari Jenis Kelisa Hijau, Biru Dan Emas Dan Taburannya Berbeza Mengikut Lokasi,. Ikan Ini Dulu Banyak Terdapat Di Seluruh Malaysia Tapi Kini Amata Berkurangan. Ikan Dari Spesis Ini Juga Boleh Didapati Di Thailand, Kalimantan Dan Sumatera, Indonesia, Vietnam, Dan Kampuchea.
Sumber - Majalah Umpan
Mendiami Kawasan Sungai, Tasik Dan Kawasan Berpaya Air Gambut. Boleh Membesar Sehingga 90cm Dan Berat Badan 7kg. Ikan Jantan Menyimpan Telur Dan Anak Di Dalam Mulutnya Sehingga Menetas.
Yerdapat Beberapa Jenis Ikan Kelisa Di Malaysia Iaitu Dari Jenis Kelisa Hijau, Biru Dan Emas Dan Taburannya Berbeza Mengikut Lokasi,. Ikan Ini Dulu Banyak Terdapat Di Seluruh Malaysia Tapi Kini Amata Berkurangan. Ikan Dari Spesis Ini Juga Boleh Didapati Di Thailand, Kalimantan Dan Sumatera, Indonesia, Vietnam, Dan Kampuchea.
Sumber - Majalah Umpan
No comments:
Post a Comment