King cobra snake
Ular Tedung Selar (
Ophiophagus hannah) adalah
ular berbisa dalam keluarga
Elapidae. Ia merupakan ahli tunggal genus
Ophiophagus.
Ular Tedung Selar adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58
meter
(18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 meter (8 kaki.);
dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun). Ular Tedung
Selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali
dengan garis bewarna putih atau kuning; semasa ular kecil garis ini
lebih jelas kelihatan. Ia berasal di
Asia Tenggara, mendiami hutan
Malaysia,
India, dan
Filipina, tatapi tidak terdapat di
Sri Lanka. Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang (
vertebrates) kecil lain. Ular Tedung Selar hanya memburu pada waktu siang, menggunakan matanya, dan dengan itu dikelaskan sebagai
diurnal. DIsebabkan ia tidak mempunyai gigi kacip, ia menelan mangsanya lengkap sebagaimana ular lain.
Ular Tedung Selar adalah sebahagian kecil ular yang membina sarang
dan bertelur dan mengeram sehingga hampir menetas. Ular Tedung Selar
betina membina sarangnya dangan mengumpulkan daun buluh kering di atas
tanah dan mengais dengan tubuhnya yang besar. Walaupun ramai orang yang
menyatakan bahawa tidak ada yang lebih ganas berbanding ular Tedung
Selar yang menjaga sarangnya, ia hanyalah
cerita nenek tua (old wives tale),
dan dengan sedikit dorongan ia akan meninggalkan kawasan sarangnya. Ia
bertelur antara 20 hingga 40 biji telur semasa musim panas, dua bulan
selepas mengawan; telur-telur itu kan menetas dalam tempoh 60 hingga 80
hari. Anak ular Tedung Selar sekitar 45 hingga 50 sentimeter panjang,
dan bertanda dengan belang hitam dan putih, dan telah mempunyai bisa
yang mampu membunuh. Disebabkan ular Tedung Selar adalah pemakan ular
semulajadi, naluri semulajadi menyebabkan ibu ular Tedung Selar untuk
meninggalkan sarang sebelum telurnya menetas, bagi menghalangnya memakan
anak-anaknya sendiri, terutamanya kerana ia telah ber
puasa
selama dua bulan. Ular Tedung Selar jantan juga unik kerana ia menjaga
sarang sehingga menetas, meronda jauh sekitar kawasan sarang bagi
menghapuskan sebarang ancaman.
Walaupun ia dikenali sebagai (
cobra), ia it is in a different genus. The scientific name
Ophiophagus
is derived from the Greek for "snake-eater". Though Ular Tedung Selars
are widely spread throughout India and southern Asia, there are no known
subspecies;
Ular Tedung Selar tergolong dalam ular yang mempunyai jangka hayat
yang panjang sekitar 20 tahun. Ia juga dikenali sebagai jauh lebih bijak
berbanding spesies ular tedung lain dan ular-ular yang lain secara
umumnya. Ular Tedung Selar turut mempunyai deria penglihatan yang baik
menjadikannya pemburu yang bagus.
Titik demi titik bisa ular Tedung Selar kurang berbisa berbanding kebanyakan ular termasuk (
black mamba) dan ular tedung biasa, tetapi isipadu racunnya (7 ml) setiap patukan amat banyak sehinggakan ia mampu membunuh
gajah atau 20-30 orang manusia. Pada masa kini, penawar bisa (
anti-venom) bagi gigitannya sukar didapati. Racunnya merupakan
toksin saraf.
Ia mampu berdiri dalam keadaan mengancam tegak dangan kepalanya
setinggi sehingga 6 kaki dan turut mampu bergerak dalam keadaan menegak;
ia mampu bertentang mata dengan manusia.
Ular daripada keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf
(neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah
(haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun
otot (myotoksin).
Selain bahan-bahan ini, bisa ular itu juga mengandungi sejenis enzim
yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi
meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf.
Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama iaitu melumpuhkan atau membunuh mangsa dan bertindak sebagai ejen penghadaman.
Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis tedung ialah kesakitan
pada tempat gigitan dalam masa setengah jam, bahagian bekas gigitan
membengkak (selepas satu jam digigit), lemah badan, pengeluaran air liur
yang berlebihan dan mengantuk.
Mangsa patukan ular akan lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan
saluran pernafasan mengalami tekanan darah menurun, mata kuyu (ptosis),
pandangan menjadi kabur, sawan (konvulsi) dan badan berpeluh.
Ular Tedung Selar dewasa tidak mempunyai musuh semulajadi, walaupun
mongoose
diketahui menyerang anak ular Tedung Selar dan mencuri telurnya.
Bagaimanapun ancaman terbesar adalah daripada kehilangan habitat akibat
pencerobohan manusia yang mendorong kepada merosotnya jumlah ular yang
menawan ini.
Di Malaysia ular tudung selar yang panjang hampir 4.7 meter, yang
berwarna kuning gelap dan berat pada anggaran tujuh kilogram telah
ditangkap pada Nov 2005.