Saturday, October 13, 2012

-SPONGEBOB SQUIREPANT:INFO-


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Genre

Ciptaan
Dibintangi




Negara asal
Bilangan episod
93½
Penerbitan
Tempoh siaran
2 segment × 11 minit (22 minit dalam episod khas)
Penyiaran
Saluran asal
Siaran pertama
1 Mei 1999 – Kini
Pautan luar
SpongeBob SquarePants adalah sebuah siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. SpongeBob dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam bahasa Melayu.
SpongeBob SquarePants ialah seekor span yang tinggal dalam sebiji nenas dalam laut, manakala jirannya Squidward Tentacles ialah seekor sotong yang tinggal dalam sebuah kepala Pulau Easter. Jiran SpongeBob yang lain dan kawan karibnya, Patrick Star si tapak sulaiman merah jambu, tinggal di bawah seketul batu. Rumah Squidward terletak di antara rumah Spongebob dan rumah Patrick, dan inilah yang merimaskan Squidward.
SpongeBob dan kawan-kawannya tinggal di bandar Bikini Bottom dalam lautan Pasifik. Bikini Bottom dilihatkan sebagai sebuah bandar biasa dengan pusat bandar, pinggir bandar, kawasan pantai, lapangan terbang, rangkaian bas dan taman hiburan sendirinya. Stephen Hillenburg pernah berkata bahawa Bikini Bottom direka lebih kurang berasaskan bandaraya Seattle, Washington.
Haiwan peliharaan SpongeBob ialah seekor siput babi bernama Gary, yang "mengiau" seperti kucing. Meskipun tidak boleh bercakap (kecuali dalam beberapa episod), watak-watak lain kelihatan mampu memahaminya. Tambahan pula, cacing lautan menyalak seperti anjing dan dirantai. Obor-obor disamakan dengan lebah; bunyi desas-desus, sengatan bisa (tetapi kelihatan seperti kejutan elektrik), dan menghasilkan "jeli" yang lazat, memperolok-olok nama "jellyfish" sambil membandingkan jeli dengan madu lebah. Ikan berperanan sebagai warga kota tetapi tidak dijadikan watak penting.
SpongeBob yang penyerap, kuning, dan berliang ini, bekerja sebagai tukang goreng di Krusty Krab, sebuah restoran makanan segera, iaitu berkongsi tempat kerja dengan Squidward yang menjadi juruwang. Krusty Krab dimiliki Eugene H. Krabs (Mr. Krabs). Sheldon J. Plankton ialah musuh ketat Krabs yang memiliki sebuah restoran makanan segera bertaraf rendah bernama The Chum Bucket yang terletak berhadapan Krusty Krab. The Chum Bucket seolah-olah langsung tidak dikunjungi pelanggan, dan Plankton meluangkan kebanyakan masanya untuk merancang untuk mencuri resipi burger Krabby Patty milik En. Krabs. Plankton hanya berjaya mencuri resipi itu dalam filem; formulanya tidak pernah didedahkan kepada penonton. Isteri komputer Plankton, Karen, kadang-kala membantunya dalam rancangan jahatnya atau bertengkar dengannya.
Satu lagi kawan SpongeBob ialah Sandy Cheeks, seekor tupai yang berasal dari Texas dan tinggal di dalam underwater dome di Bikini Bottom. Dia dihantar ke dalam lautan oleh majikan-majikannya yang berupa cimpanzi. Ketika di luar kubahnya, dia memakai sut seakan-akan angkasawan.
Penduduk Bikini Bottom memandu bot seolah-olah kereta. SpongeBob masih belajar dalam sekolah memandu setelah gagal dalam ujian memandu banyak kali. Setiap pergerakan menghasilkan buih untuk mengingkatkan penonton bahawa cereka ini berlatarkan lautan. Namun begitu, terdapat babak-babak di mana terdapat selapisan air yang berasingan daripada air lautan (seperti tasik pantai) dan api boleh dinyalakan dalam air lautan.
Watak-watak
  • SpongeBob SquarePants - watak utama dalam kartun ini yang berbentuk span berwarna kuning. Spongebob tinggal di dalam rumah berbentuk nenas di dalam laut.Dia juga membela seekor siput yang bernama Gary. Merupakan tukang masak di Krusty Krab yang terkenal dengan burger Krabby Patty.
  • Squidward Tentacles - seekor sotong yang tinggal di dalam moai Pulau Easter. Amat membencikan Spongebob dan Patrick yang suka mengganggunya. Dia mempunyai seorang rakan yang juga seekor sotong bernama Squilliam. Merupakan penjaga kaunter di Krusty Krab yang pemalas.
  • Patrick Star - rakan Spongebob yang berbentuk tapak sulaiman. Patrick tinggal di bawah batu. Patrick merupakan haiwan paling bengap di Bikini Bottom.
  • Eugene H. Krabs (Encik Krabs) - pemilik restoran Krusty Krab yang hanya memikirkan soal wang (dia dikatakan sangat tamak dan kedekut akan wang). Spongebob dan Squidward pernah bekerja di restoran ini.
  • Sandy Cheeks (Sandy si Tupai) - seekor tupai yang tingal di dalam laut. Sandy menyukai karate,dikatakan suka meminum sos yang amat pedas dan juga aksi-aksi "stunt". Nama sebenar Sandy adalah Sandra "Sandy" Cheeks. Dia tinggal di dalam sebuah tempat yang mempunyai sebatang pokok besar.
  • Gary - Seekor siput peliharaan Spongebob. Berbunyi seperti kucing dan merupakan siput yang bijak.
  • Sheldon J. Plankton - pemilik restoran Chum Bucket. Amat gemarkan Krabby Patty sehingga sanggup mencuri resipinya(tapi tak pernah berjaya).
  • Larry Lobster - seekor udang karang yang sangat kuat. Kerap kali dapat dilihat di Goo Lagoon.
  • Pearl Krabs - seekor ikan paus yang merupakan anak kepada Mr. Krabs. Amat sukakan hiburan dan berumur 16 tahun.
  • Mermaidman - merupakan salah seorang wira (yang uzur) di Bikini Bottom.
  • Barnacleboy - rakan Mermaidman dan kurang sukakan Spongebob (dan juga gelarannya yang mengandungi "boy").
Tempat dalam siri Spongebob
  • Goo Lagoon - Sebuah pantai di Bikini Bottom kerap dikunjungi Spongebob dan rakan-rakan.
  • Rock Bottom - Sebuah tempat di luar Bikini Bottom yang didiami ikan-ikan pelik.
  • Shell City - Merupakan kedai cenderamata yang terletak di darat.(hanya muncul dalam filem The SpongeBob SquarePants Movie.)
  • Jellyfish fields (Padang Obor-obor) - Tempat memancing Obor-Obor.
Populariti
SpongeBob SquarePants merupakan satu-satunya kartun untuk memasuki senarai 10 Teratas secara konsisten dalam pemeringkatan Nielsen, dan menurut pihak Nickelodeon, Nickelodeon cartoon "berbajet rendah" pertama yang menjadi amat popular. Kartun bajet rendah tidak banyak meraih penghargaan sebanyak rancangan berbajet tinggi seperti Rugrats, namun semenjak muncul di kaca TV pada tahun 1999, SpongeBob meraih bilangan penonton yang cukup dalam pemeringkatan agar dianggap popular, maka menjadi lebih popular berbanding Rugrats. SpongeBob mengikuti rancangan Nickelodeon lain yang menarik penonton lebih "matang": The Ren & Stimpy Show, Rocko's Modern Life, skit-skit Kablam!, Action League Now! dan The Angry Beavers. Rancangan-rancangan lain turut mengikuti trend ini: Invader Zim dan The Fairly OddParents meraih bilangan peminat yang serupa pada tahun 2001, dan OddPatents hanya di tempat kedua selepas SpongeBob dari segi kelarisan, manakala Zim menarik pengikutan kultus. Rancangan ini mula pada tahun 1999, dan ketika itu, Pokémon masih menjadi kegilaan yang terbesar. SpongeBob tidak meningkatkan popularitinya sehingga tahun 2000, dan semenjak itu kekal popular sehingga ke hari ini.
Tarikan meluas
SpongeBob ialah salah satu daripada banyak siri kartun yang direka untuk menarik penonton dewasa dan kanak-kanak. ini mungkin banyak berkaitan dengan gambaran kehidupan dan keadaan dalam air yang aneh, dan penggunaan situasi, sentuhan dan istilah yang sukar difahami penonton yang lebih muda. Terdapat juga senario ironis rumit yang memerlukan perhatian teliti.
Sebahagian tarikan rancangan ini berkait rapat dengan sifat kebudak-budakan SpongeBob dan sahabat karibnya, Patrick Star, yang kedua-duanya berusia dewasa tetapi menunjukkan sifat kelurusan kanak-kanak manusia. Namun, watak-watak ini tida terkecuali daripada kegiatan yang lebih bersifat dewasa, seperti kepujanggan rock dalam persembahan stadium, atau Patrick meminta SpongeBob beranak lagi setelah mengambil seekor kapis bayi di bawah jagaan mereka.
Rancangan ini menjadi popular dengan penonton remaja dan dewasa sehingga siri ini disiarkan di MTV dan ditampilkan dalam Spike TV. The SpongeBob SquarePants Movie yang dikeluarkan pada 19 November 2004, menyaksikan penampilan istimewa oleh David Hasselhoff, dalam satu babak ajukan peranan beliau dari siri TV Baywatch.
Anugerah
Senarai berikut menyenaraikan anugerah-anugerah yang diraih siri ini:
Terbitan Televiysen Animasi Terbaik (2005)
Pengarangan Terbaik dalam Terbitan Televisyen Animasi (2006)
Kids' Choice Awards
Kartun Terbaik (2003, 2004, 2005, 2006, 2007)
Pencapaian Cemerlang dalam Rancangan Kanak-kanak (2002)
Muzik

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...