PENSEJARAHAN SEMULA DAN WILAYAH YANG HILANG
Serangan, penjajahan dan kekejaman tentera Raja Rama II Chakri Sokho Thai dengan bantuan tentera Burma sewaktu menyerang negeri-negeri Benua Islam Siam Kedah pada tahun Musuh Bisik 1821, masih lagi segar dalam ingatan ramai penduduk-penduduk dari keturunan Melayu di negeri Kedah hari ini. Walaupun cerita ini cuba dipadamkan dari rekod sejarah bangsa ia telah diperturunkan agar dapat dijadikan tauladan dimasa hadapan atau direkodkan semula.Kekacauan dan peperangan di Kedah ini tidak diingati oleh generasi tua di negeri tengah dan selatan semenanjong kerana ia tidak sampai berlaku ke sana. Lagipun mereka telah pun selesa berada dibawah negeri-negeri selat. Ini menyebabkan sejarawan kita merujuk kapada bahasa Jawa dll dalam menkaji sejarah tanah air. Oleh kerana tidak tahu, generasi kita di sana beranggapan bahawa orang-orang siam adalah juga orang-orang thai. Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana kemelut sejarah sebegini sememangnya telah dirancang sejak mula lagi oleh penjajah.
Tidak begitu tanggapan di negeri Kedah dimana generasinya masih ingat apa yang sebenarnya berlaku dizaman dahulu. Sejarah yang ditulis bukanlah sejarah realiti kerana ia ditulis seolah-olah orang Siam Islam yang tinggal dinegeri Kedah dan orang-orang thai adalah kaum yang sama, padahal tidak begitu. Orang-orang Siam Islam hari ini menjadi orang Melayu Kedah sementara orang Thai berasal dari puak Sukhothai. Mereka menawan negeri Siam Islam dalam tahun 1767 sahaja. Sejarah Kedah ditulis tunggang terbalik dengan tidak dapat membezakan tentera Siam Islam yang syahid mempertahankan negara Kedah, tentera thai dan tentera Burma yang bergabung menyerang Kedah. Contohnya, boleh kita lihat dalam buku “Kedah Sepintas lalu” pada muka surat 68 hingga muka surat 90 (mungkin kerana mereka tiada uniform di zaman itu). Sedangkan dalam blog penulisan sejarah Sabri Zain, ada ditunjukkan gambar tentera Burma yang berjaya ditangkap oleh tentera Kedah.
Banyak kekeliruan yang berlaku. Jika kita fikirkan, siapakah yang memimpin tentera Benua Siam Islam Kedah kalau bukan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang yang menjadi Maharaja dari tahun 1821-1862. Sebelum pada tarikh itu baginda menjadi Raja Singghora dan mempunyai satu lagi jawatan iaitu sebagai Timbalan Maharaja, Benua Islam Siam Kedah dan baginda turut terlibat dalam peperangan dengan tentera thai dan tentera Burma (Biasalah tu, sekarang pun Perdana Menteri kita mempunyai 2 portfolio/jawatan). Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang dikatakan Sultan Kedah (padahal Raja Pulau Pinang) ketika itu sedang makan angin di Melaka. Tak patut kalau kita katakan peperangan besar yang berlaku ketika itu tidak ada pemimpinnya untuk menjalankan strategi peperangan. Bagaimana pula kita nak membuktikan orang Melayu di Kedah dan ditempat lain adalah pada asalnya orang-orang siam Islam(campuran orang china Islam dan penduduk tempatan)?
1-Bahasa yang digunakan oleh penduduk Melayu hari ini dikampung-kampung di Kedah, yang mana mereka ini terdiri dari Pak Haji dan Pak Lebai adalah bahasa Siam, bukannya bahasa Thai. Bahasa dan keturunan mereka ini hingga meliputi seluruh Semenanjong Tanah Melayu atau dulunya di panggil Melaka. Ma-la-ka bermaksud ,marilah niaga. Catatan Maharaja Ming pada awal abad ke 15 mengatakan bahawa Malaka adalah dibawah wilayah Siam bermaksud Semenanjong Tanah Melayu bukannya Melaka yang kecil seperti hari ini. Dalam peta lama, Semenanjong Tanah Melayu turut dikenali sebagai Melaka. Bahasa Melayu tetap ada sebagai lingua franca Nusantara dan sebab itulah kitab agama Islam, Syair, cerita rakyat, Hikayat ditulis dalam bahasa Melayu agar difahami oleh semua rumpun yang mempunyai bahasa daerah masing-masing.
2-Dari segi kebudayaan dan permainan tradisional, Wayang Kulit, Menora, Mak Yong , Main Puteri, Sepak Takraw , Wau, Gasing, adalah kebudayaan yang sama dengan penduduk di Thailand hari ini.
Makara Naga pada alat gamelan dari Indonesia menunjukkan pengaruh Mahraja China turut sampai kesana kerana ia turut dimainkan pada majlis raja-raja.
3-Dalam buku Undang Undang Kedah, disebut bahawa adat Siam adalah adalah adat raja-raja Melayu seperti berpayong kuning, berpakaian kuning,dll. Perlu diingat bahawa kuning adalah juga warna Maharaja China. Lagu Melayu seperti lancang Kuning adalah Bahtera Di Raja, Perahu Naga di Pantai Timor, Logo Kesultanan Langkat dan Siak turut mempunyai simbol Naga, makara yang dijumpai di Sungai Mas, simbol naga di Istana Jugra, malah perkataan naga itu sendiri membuktikan bahawa Raja Merong Mahawangsa adalah Putera Raja China yang datang berkerajaan disini, sementara anaknya Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir membuka negeri Siam Lancang. Dimanakah terletaknya negeri Siam Lancang ini?,sila lihat peta lama kerana ia berada di sebelah kanan, atas Kota bangkok. Begitulah luas nya negeri Siam Islam ini hingga ke Hujung Tanah (Johor).(Rujuk catitan china dalam“Mainland Powers On The Malay Peninsular AD 1000-1511″,David K Wyatt and J.S Bastin.
Gambar Perahu Naga dari negeri di Pantai Timor semenanjong iaitu Kelantan dan Trengganu menunjukkan bahawa pengaruh Raja Merong Mahawangsa dan Raja Mandalika turut sampai ke sana.
Baju atau jubah Maharaja China berwarna kuning dan mempunyai simbol naga di bahagian hadapannya.
Masjid Tan Hock Liang di Indonesia adalah senibina orang-orang China Islam masa kini.
Masjid Inderapuri di Acheh adalah senibina China dizaman dahulu.
Senibina China dalam pembinaan masjid jelas dapat dilihat pada Masjid Tanquerah di Melaka.
Sudah pasti Masjid Kampung Laut di Kelantan yang dibina oleh orang-orang Islam dari Kemboja Cempakasari turut mempunyai senibina yang sama.
4-Nama tempat-tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam (bukan bahasa thai) yang boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu (Tunggu penerbitan kamus dalam sedikit masa lagi).
5-Adat dan pantang larang seperti membasuh kaki sebelum tidor, pantang memegang kepala, hantar sirih pinang sewaktu meminang adalah adat orang-orang Siam Islam yang beragama Islam.
Bukti sejarah mengatakan bahawa Raja Aluangphaya dari puak Kerajaan Buddha Lannathai dari bangsa Sukhothai telah menyerang dan menawan Ayutthaya pada 7 April 1767. Aluangphaya ini dikatakan berasal dari Burma. Akan tetapi janganlah kita lupa, mereka bukan berasal dari Burma kerana mereka telah menawan Kerajaan Islam Toung Oo, Burma dalam tahun 1757/8 dan mula bertapak disana, dengan itulah mereka dikatakan berasal dari Burma dan menyerang Ayuthia pada tahun 1767. Bagaimana boleh mereka berasal dari sana kalau kerajaan Toung Oo Islam masih berkerajaan sebelum pada itu. Baca perjanjian mereka dengan penjajah Inggeris terutama sekali perkara 6, 8 dan 9 disini,
http://web.soas.ac.uk/burma/pdf/Treaty1.pdf
Luang Phrabang di Utara sebelah kanan dalam wilayah Laos. Ayuthia terletak di atas Bangkok sebelum tulisan Thailand.
Sebelum menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma, mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lannathai di Luang Phrabang, di sempadan Laos. Mereka cuba menyerang Chieng Mai namun gagal kerana terdapat banyak orang-orang islam disana termasuk orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu dan orang-orang China Islam. Hari ini pun masih terdapat ramai orang Islam di Chieng Mai yang bertutur Bahasa Melayu tetapi berkulit cerah dan wajah mereka seperti orang China. Kami tidak tahu situasi di negeri lain akan tetapi di Kedah mereka datang untuk berniaga secara kecil-kecilan dan mencari rezeki dan daripada merekalah kami turut mendapat banyak maklumat.
Mengapakah mereka menyerang kerajaan Islam Toung Oo (di Burma) dalam tahun 1757/8? Faktor pertama, serangan ini dimulakan berikutan kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Maharaja Ayuthia yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi (rujuk Undang-Undang Kedah). Faktor kedua sudah pasti perkembangan agama dan faktor ketiga pengluasan kawasan penjajahan menjamin pulangan perdagangan yang lumayan.
Di Burma ketika itu anakandanya, Sharif Yang Di Pertuan masih muda dan baginda memerentah di Toung Oo dan disana baginda bergelar Mahadammayaza, dari bahasa Arab bermaksud, ‘raja dari berlainan darah’. Apakah yang dimaksudkan dengan berlainan darah ini? Maksudnya bonda kepada baginda Syarif ialah Puteri Hang Li Po (berketurunan China Islam), permaisuri kepada ayahandanya, Boromokot @ Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Berikutan serangan itu Mahadammayaza berundur ke Ayuthia dan di sana baginda digelar sebagai Boromoraja Ekataat V.
General tentera Ayutthaya yang berpaling tadah kepada pihak musuh bernama Hussein (dikatakan murtad) telah dilantik oleh mereka menjadi pemerentah Ayuthia bergelar Phya Tak Sin pada 28 Dis 1767. ‘Phaya Tak’ adalah gelaran sahaja semasa menjadi raja daerah dan Sin adalah ringkasan bagi nama sebenarnya, Hussein (nama penuh Mokhtar Hussein). Apabila menjadi Raja Ayuthia yang baru, Phaya Tak Sin tidak menyerang Ligor kerana tahu mantan Maharaja Ayuthia, Boromoraja Ekataat V tidak dibunuh dalam serangan tahun 1767 dan masih bersemayam di Ligor.
Pada 6 April 1782, Phya Tak Sin telah menghadapi masalah yang sama dengan maharajanya dahulu apabila beliau sendiri digulingkan oleh Generalnya, Yot Fa Chulalok (dari Luang Phrabang) yang tidak berpuas hati akan tindakannya. Chulalok bermaksud anak menteri. Dia membunuh Phya Tak Sin (melutut, kepala dibungkus dan belakang kepala dipukul dengan kayu) dan melantik dirinya sendiri menjadi Raja Siam Buddha Dinasti Chakri yang pertama bergelar Rama I, sudah pasti dengan restu Burma .
Dari tarikh tersebut bermula usaha mereka untuk meluaskan kawasan, dan mengambil kembali kawasan jajahan Siam yang telah hilang. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan etnik Melayu dari rumpun Siam Islam lantas menutup ketamadunan Islam di nusantara. Akan tetapi mereka lupa semasa jajahan Siam dahulu, maharajanya beragama Islam, sementara raja-raja dinasti Chakri ini beragama Buddha menyebabkan raja-raja Siam Islam di wilayah selatan semenanjung tidak mahu tunduk kepada mereka, kecuali pembelot yang tamak. Jika dizaman dahulu tidak hairanlah dikatakan Hamzah Fansuri pun pernah pergi menuntut ilmu agama Islam di Ayuthia kerana Ayuthia ialah sebuah negara Islam. Kedatangan pedagang-pedagang dari Parsi dengan begitu banyak sekali untuk berdagang dan terus menetap disana adalah diatas faktor keagamaan juga.
Apabila Rama I mengambil alih pemerentahan dalam tahun 1782, Syarif Yang Di Pertuan telah kembali ke Kedah dan bersemayam di Istana Kota Meang Kuang yang baru saja siap dibina. Pada ketika itu Kedah masih lagi luas dan besar kawasannya, bermula dari Segenting Kra dan diperentah oleh Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam. Baginda adalah juga Mahadammayaza dan Boromoraja Ekataat V, semua ini bergantong kepada siapa yang menulis sejarah dan dimana sejarah itu ditulis. Bukti status baginda sebagai pemerentah ada tercatit di muka surat 43, Undang-Undang Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005, Transliterasi Teks Penyenggara Mariyam Salim.
Pada tahun 1812, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (sejarah hari ini mengatakan baginda ialah Sultan Kedah, ini tidak benar kerana ia ditulis menurut acuan mereka yang berkuasa) dinaik kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah(rujuk Undang-Undang Kedah), Syarif Yang Di Pertuan menjadi hulubalang dan sepatutnya membantu mengusir tentera Raja Buddha Burma di Pulau Salang di Pho Kheag (hari ini, Phukhet), dalam wilayah Satun. Tindakan ini bertujuan untuk membantu Paduka Seri Sultan Bisnu ibni Paduka Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin yang mana pada ketika itu menjadi Raja Satun dan merupakan bapa saudara kepada Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah.
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah belot kepada Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. Apabila beliau mendapat kuasa dari Syarif Yang Di Pertuan, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah memberi bantuan kepada tentera Raja Rama II Chakri Sokho Thai untuk membunuh Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah, Syarif Yang Di Pertuan di Istana Kota Meang Kuang. Lokasi sebenar Kota Meang Kuang telah di bocorkan oleh beliau (dan Tengku Anum) dan serangan thai dari negeri Siam dilakukan secara serang hendap (lihat “Sejarah Kedah Sepintas Lalu”, Haji Ibrahim Ismail).
Mengapakah sejarah kita tidak menceritakan peristiwa ini? Serangan keatas Kedah bukan setakat Kedah yang ada hari ini, malah termasuk wilayahnya di Selatan Thailand. Sempadan yang ada hari ini cuma wujud dalam tahun 1909/10, berikutan perjanjian Inggeris dan thai. Untuk mendapat “title Sultan Kedah” dari penjajah Inggeris, beliau sanggup menggadaikan Pulau pinang (Inggeris mengatakan sebagai syurga dunia) dan mengahwinkan anak perempuannya dengan Francis Light. Elok juga kalau tengok siapa itu William Light yang membuka Adelaide. Cari catitan ini, dalam internet, kami dah jumpa. Ini buktinya,
Dan ini pula kulit bukunya,
Ini pula dari buku “Warisan Mahawangsa Kedah” terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dimana Francis Light dipanggil “….anak kami Light Kapitan Dewa Raja…”
Penulis sejarah negeri Kedah menceritakan peperangan tahun (Musuh Bisik) 1821 sebagai serangan keatas Kota Kuala Kedah, lantas mengalih pandangan kita dari tujuan sebenar serangan itu. Serangan keatas wilayah Kedah diselatan negeri Siam (utara Kedah hari ini) termasuklah juga Pulau Langkawi dan negeri Kedah (hari ini). Serangan ini dirancang agar serentak dengan serangan Burma keatas Chieng Mai dan membunuh raja Islamnya Paduka Seri Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib Ibni Syarif Yang Di Pertuan.
Gambar menunjukkan panji-panji tentera Benua Islam Siam Kedah pada tahun Musuh Bisik 1821 yang di rampas. Peperangan ini dipimpin oleh Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang yang juga menjadi Maharaja Besar Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma dari tahun 1825-1862. Dimanakah Paduka Seri Ahmad Tajuddin Halim Syah ketika tentera dan rakyat Kedah diserang oleh tentera Thai/Burma?…dengan pertolongan Inggeris dia menetap di Melaka !!.
“According to the interrogation of Zeya Suriya Kyaw, a Burmese military officer who was arrested by the Siamese, Bodawhpaya ordered one of his palace chamberlains, Atwinwun, to assemble an army of 30,000 men to wage war against the Siamese southern provinces (masa ini negeri Melayu Islam lagi) in the years 1809-1810. It is evident that the Burmese general, on this occasion, sought to establish an alliance with the East India Company at Penang and urged the Sultan of Kedah to resume sending the gold and silver “flowers”, which are symbol of submission, to Ava (di Burma), in return for permission to collect the revenue derived from the bird nests on the lands between Junk Ceylon or Thalang island and Kedah”.As cited in Sunait, 2005: 4,”The changing nature of conflict between Burma and Siam as seen from the growth and development of Burmese state from the 16th to tha 19th centuries“,Pg33,Pamaree Suraikat, Asean Research Institiute working papers.
Ini menunjukkan bahawa pasa masa itu Burma lah yang berkuasa berbanding thai yang hanya menguasai negeri Siam setakat segenting Kra sahaja. Rama I hanyalah anak kepada menteri mereka sahaja dan tidak berkuasa penuh lagi diketika itu. Pakatan mereka (Burma dan Thai) telah bermula jauh lebih awal dari yang dijangkakan oleh kita dalam usaha mereka untuk menjajah wilayah-wilayah dalam negeri Siam Islam. Apabila mereka berkuasa di Burma mereka tidak menekan Thai yang baru mula menjajah negeri siam.
“However, according to a contemporary Burmese inscription in the 17th century (SHMKM V, 1998: 148), Ayutthaya was not included in the mandala or the realm of power of the restored Toungoo kings. In fact, the strong kings of the dynasty did not launch any grand-scale attacks on Ayutthaya, as Lieberman remarked.”Page 8 & 9.
Nama-nama negeri dan pemerentah yang disenaraikan disini adalah bukti bahawa wilayah Kedah adalah jauh lebih besar sebelum tahun 1909/10. Perjanjian Inggeris/Thai ini telah mengecilkan Negera Kedah menjadi negeri Kedah sepertimana hari ini. Wilayah Kedah iaitu Kayang (Perlis) berpisah dan kekal diperentah oleh seorang raja dari keturunan Syarif Yang Di Pertuan ia itu Syed Mohammad Hatta. Berikut adalah negeri-negeri diselatan Thailand hari ini yang pernah berada dalam wilayah Benua Islam Siam Nagara Kedah dan nama raja-rajanya yang turut dibunuh sewaktu serangan tahun Musuh Bisik 1821.
1) Negeri Chang Mai-Rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib Ibni Syarif Yang Di Pertuan.
2) Negeri Tenangserim-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Nai Cau Abu Megat Manja Ibni Syarif Yang Di Pertuan (sebelum pada itu Raja Kubang Pasu).
3) Negeri Surattani-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Fai Megat Iskandar Ibni Syarif Yang Di Pertuan.
4) Negeri Ranong-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Tunku Anjang Johan Ibni Paduka Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin.
Keluarga Muslim Samranak dari Ranong.
5) Negeri Legor-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Ngah Megat Terawis Ibni Syarif Yang di Pertuan Yang Maha Mulia.
6) Negeri Satun-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Tunku Bisnu Ibni Paduka Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin.
7) Negeri Songkhala rajanya ialah Paduka Seri Sultan Nai Lang @ Syed Alang Alauddin, bergelar Panglima Bukit Gantang ibni Sultan Mudzafar Syah III. Ban Nai Lang disana hari ini merujuk kepada baginda, Ban-Nai-Lang bermaksud Kampung-Syed-Alang.
8 ) Negeri Bangnara Narathiwat rajanya ialah Paduka Seri Sultan Tunku Nong Chik Ibni Paduka Sultan Tunku Long Putra @ Laksemana Datu, Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah tahun 1778 masihi hingga 1821 masihi.
9) Negeri Legeh (Yala) ialah Paduka Seri Sultan Tunku Long Taha ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putera @ Laksemana Datu (Perdana Menteri Kedah).
10) Negeri Jammu Patani rajanya ialah Sultan Idris Ibni Paduka Seri Sultan Sallehuddin keturunan Raja Jammu Patani Patih Siam Ibni Paduka Seri Sultan Madzafar Syah, Raja Patani.
Artikel ini ditulis bukan untuk menuntut wilayah tersenarai seperti diatas itu kembali. Malaysia dan negara jiran pun sudah merdeka. Akan tetapi, masyarakat hari ini perlu tahu kemelut sejarah yang digelapkan oleh penjajah dan bagaimana ia berlaku. Paling tidak, sedikit sebanyak kita mula mengerti kenapa berlaku kekocohan di Patani hari ini. Sebelum ini kita mungkin tidak mempedulikannya. Cerita orang-orang tua dahulu bahawa Kedah sebagai sebuah negara yang jauh lebih besar dari hari ini terbukti kebenarannya.
No comments:
Post a Comment