Wednesday, October 17, 2012

-PERATUS ISLAM DI NEGERI-NEGERI MALAYSIA-

POPULASI PENDUDUK DI NEGERI MENGIKUT AGAMA TAHUN (2010)

AGAMA ISLAM KRISTIAN BUDHA HINDU LAIN-LAIN
NEGERI
MALAYSIA 61.3% 9.2% 19.8% 6.3% 3.4%
JOHOR 58.2% 3.3% 29.6% 6.6% 2.3%
KEDAH 77.2% 0.8% 14.2% 6.5% 1.3%
KELANTAN 95.2% 0.3% 3.8% 0.2% 0.5%
MELAKA 66.1% 3.0% 24.2% 5.7% 1.0%
N. SEMBILAN 60.3% 2.4% 21.2% 13.4% 2.7%
PAHANG 74.9% 1.9% 14.4% 4.0% 4.8%
PERAK 55.3% 4.3% 25.4% 10.9% 4.1%
PERLIS 87.9% 0.6% 10.0% 0.8% 0.7%
PULAU PINANG 44.6% 5.1% 35.6% 8.7% 6.0%
SABAH 65.4% 26.6% 6.0% 0.1% 1.9%
SARAWAK 32.2% 42.6% 13.5% 0.2% 11.5%
SELANGOR 57.9% 3.8% 24.4% 11.6% 2.3%
TERENGGANU 96.9% 0.2% 2.5% 0.2% 0.2%
KUALA LUMPUR 46.4% 5.8% 35.7% 8.5% 3.6%
LABUAN 76.0% 12.4% 9.0% 0.4% 2.2%
PUTRAJAYA 97.4% 0.9% 0.4% 1.0% 0.3%
SUMBER: BANCIAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA 2010
Berdasarkan statistik Islam merupakan agama majoriti anutan penduduk Malaysia iaitu sebanyak (61.3%) di ikuti Budhha (19.8%), diikuti oleh Kristian sebanyak (9.2%), Hindu (6.3%) dan lain-lain (3.4%).

Dari segi taburan penduduk Muslim melebihi 50% terramai ialah Putrajaya 97.4%, Terengganu 96.9%, Kelantan 95.2%, Perlis 87.9%, Kedah 77%, Labuan 76%,Pahang 74.9%, Melaka 66.1%, Sabah 65.4%, Negeri Sembilan 60.3%, Johor 58.2%, Selangor 57.9% dan Perak 55.3%  Manakala Negeri yang mempunyai penduduk Muslim kurang dari pada 50% ialah Kuala Lumpur 46.4%, Pulau Pinang 44.6% dan Sarawak 32.2%.
Dari segi taburan penduduk di negeri-negeri sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia masih didominasi oleh penduduk Muslim iaitu mewakili lebih 50% jumlah penduduk. Bagi negeri-negeri yg majoritinya bukan Islam ialah Sarawak (67.8%), Pulau Pinang 55.4% dan Kuala Lumpur 53.6%.
Berdasarkan statistik juga umat Islam masih dianggap tidak kuat kerana mereka hanya mewakili 61.3 % dari jumlah keseluruhan penduduk. Ia bertambah parah sekiranya kita kaitkan dgn maslah kualiti umat Islam spt pencapain ekonomi, taraf pendidikan, masalah sosial dan sebagainya. Oleh kerana itu, usaha-usaha memperkukuhkan umat Islam mesti diusahakan dari masa ke semasa. Pastikan umat Islam sentiasa bersatu padu. Perpecahan umah akan memberi implikasi besar kpd survival umat Islam utk jangka panjangnya.Realiti yg berlaku sekarang ini adalah bukti kukuh bahawa perpecahan  sama sekali tidak menguntungkan Ummah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...