Jerarld F. Dirks, Bekas Paderi Yang Menemui Keindahan Di Dalam Islam
Jerald F. Dirks
Jerald F. Dirks
, ialah seorang paderi yang pernah dinamakan sebagai Ketua Dewan Gereja
Metodis. Kini pemegang Bachelor of Arts (BA) dan Master of Divinity (M
Div) dari Universiti Harvard. Beliau juga berkelulusan Master of Arts (MA) dan Doctor of Psychology (Psy D) dari Universti Denver, Amerika Syarikat. Kini beliau menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
Dibesarkan
di dalam lingkungan masyarakat beragama Kristian Metodis, membuatkan
Jerald terbiasa dengan bunyi dentingan lonceng yang mengalun dari sebuah
bangunan Gereja Kristian Metodis yang jaraknya hanya dua blok dari
rumahnya. Bunyi lonceng yang bergema setiap pagi minggu ini menjadi
tanda bagi seluruh anggota keluarganya agar segera menghadiri upacara
keagamaan yang diadakan di gereja.
Tidak
hanya dalam upacara ibadah sahaja, mereka juga terlibat aktif di dalam
setiap kegiatan yang dianjurkan oleh pihak Gereja. Jadi tidak
menghairankan Jerald mengikut serta dalam kegiatan yang diadakan oleh
pihak gereja sejak dari beliau kecil lagi. Beliau mengikuti pelajaran
khusus selama dua minggu yang diadakan oleh pihak gereja setiap bulan
Jun. Para peserta mendapat pengajaran mengenai Bible selama mengikuti pelajaran khusus ini.
''Saya
mengikuti pelajaran khusus ini sehingga memasuki tahun kelapan, selain
upacara keagamaan setiap pagi ahad dan belajar agama setiap hujung
minggu,'' kata muallaf kelahiran Kansas
pada tahun 1950 ini. Diantara pelajar yang belajar pengajian ini,
Jerald adalah pelajar yang paling menonjol. Tidak pernah sekalipun dia
tidak hadir ke kelas. Dan dalam menghafal ayat-ayat Bible, beliau sering
mendapatkan penghargaan.
Tempat kelahiran Jerald, Kansas
Penglibatan Jerald dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh komuniti Gereja Metodis terus berlaku sehingga beliau memasuki Sekolah Menengah. Diantaranya beliau terlibat secara aktif di dalam organisasi pemuda Kristian Metodis. Beliau juga kerap memberi khutbah dalam upacara keagamaan setiap hujung minggu yang khusus diadakan untuk anak muda seusianya.
Khutbah
yang beliau sampaikan telah menarik minat komuniti Kristian Metodis di
tempat lain. Ramai gereja yang menjemput beliau untuk memberikan khutbah
di gereja. Sejak itu, Jerald bercita-cita untuk menjadi seorang paderi.
Ketika
melanjutkan pengajian di Universiti Harvard, Jerald tidak mensia-siakan
kesempatan demi menjayakan cita-citanya itu. Beliau memasuki kelas
perbandingan agama yang diajar oleh Wilfred Cantwell Smith
untuk dua semester. Di dalam kelas perbandingan agama ini, Jerald
mengambil bidang khusus dalam mempelajari dan mengkaji agama Islam.
Wilfred Cantwell Smith
Sebenarnya Jerald lebih tertarik untuk mempelajari agama Budha dan Hindu. Dibandingkan dengan Islam, menurut beliau, agama Kristian dan Islam ini tidak ada persamaan sama sekali.
Tetapi
untuk memenuhi tuntutan piawaian kelulusan akademik, Jerald diwajibkan
untuk membuat kajian mengenai konsep wahyu di dalam Al-Quran. Beliau
mula membaca pelbagai buku dan sumber-sumber mengenai Islam, yang
sebahagian besar pembacaanya ditulis oleh penulis bukan Islam. Beliau
juga membaca dua Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dalam dua versi
yang berbeza.
Pihak
Harvard memberikan penghargaan Hollis Scholar kepada Jerald di atas
kajiannya. Sebuah penghargaan tertinggi untuk para mahasiswa jurusan
Teologi Universiti Harvard.
Untuk
mencapai cita-citanya, Jerald rela mengisi musim cutinya dengan bekerja
sebagai seorang paderi muda di sebuah Gereja Metodis terbesar di negara
Uncle Sam tersebut. Pada waktu itulah beliau berjaya mendapat
pengiktirafan dari pihak Gereja Metodis Amerika untuk menjadi seorang pengkhutbah .
Setelah lulus dari Harvard College pada tahun 1971, Jerald terus menyambung pelajarannya di Harvard Divinity School.
Beliau mengambil jurusan teologi dan dibiayai oleh Gereja Metodis
Amerika. Selama beliau disana dalam mempelajari bidang teologi, Jerald
juga mengikuti program perintis di Hospital Peter Bent Brigham di Boston.
Harvard Divinity School
Beliau menamatkan pengajiannya di Harvard Divinity School pada tahun 1974 dan memperoleh gelaran Master di bidang teologi. Selepas mendapat gelaran master teologi, beliau sempat menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi paderi di dua buah Gereja Metodis Amerika yang terletak di pinggir Kansas.
Aktivitinya
sebagai seorang paderi tidak hanya terbatas di dalam gereja saja.
Beliau mula bergerak ke skop yang lebih luas di dalam usaha dakwahnya,
seperti sekolah, pejabat, dan lain-lain.
Meninggalkan Aktiviti Gereja
Pelbagai
usaha dakwah yang dilakukannya tidak memberikan kesan yang positif
terhadap kehidupan masyarakat di sekelilingnya. Beliau menyaksikan
bagaimana turunnya moral masyarakat di Amerika di tengah-tengah
kehidupann beragama. Bahkan keadaan sama juga terjadi di dalam
lingkungan gereja.
''Dua dari sepuluh pasangan di Amerika selalu berakhir dengan perceraian, masalah sosial di sekolah dan di jalanan semakin meningkat,
tidak ada lagi rasa tanggungjawab dan disiplin di kalangan anak muda.
Malah yang lebih mengejutkan ada diantara paderi Kristian yang terlibat
di dalam skandal seks dan kewangan. Masyarakat Amerika sedang menuju
kepada kehancuran moral,'' paparnya.
Melihat
kenyataan ini, Jerald mengambil keputusan untuk menyendiri dan tidak
lagi menjalankan aktivitinya memberikan khutbah kepada para jemaah.
Beliau mula beralih untuk terlibat aktif di dalam kajian yang dilakukan
oleh isterinya. Kajian mengenai sejarah kuda Arab ini membuatkan beliau
dan isterinya mempunyai banyak hubungan dengan warga Amerika
berketurunan Muslim Arab. Salah satunya adalah dengan Jamal.
Babak Pergaulan Dengan Arab Muslim
Pertemuan
Jerald dengan lelaki Arab-Amerika ini berlaku pada musim panas pada
tahun 1991. Pada awalnya sekadar berhubung melalui panggilan telepon,
kemudian berterusan sehinggakan Jamal berkunjung ke rumah Jerald. Pada
kunjungan kali pertama ini, Jamal menterjemahkan beberapa sumber dari
bahasa Arab ke Inggeris. Jerald dan isterinya amat berterima kasih di
atas pertolongan Jamal.
Ketika
waktu solat asar tiba, Jamal meminta izin untuk menggunakan tandas dan
meminjam surat khabar untuk digunakan sebagai alas solat. Apa yang
diminta oleh Jamal itu diambilkan oleh Jerald. Ini pertama kalinya
beliau melihat gerakan solat di dalam agama Islam.
Jamal
dan isterinya berkunjung ke rumah mereka seminggu sekali. Jerald
sebenarnya terkejut dengan keikhlasan Jamal dan isterinya untuk membantu
beliau.
''Selama berada di rumah kami, tidak pernah sekalipun dia memberikan komen mengenai agama Kristian. Jamal juga tidak pernah menyampaikan ajaran Islam kepada kami. Yang dia lakukan adalah memberikan contoh kelakuannya di depan kami, seperti bercakap dengan suara serendah mungkin jika ada diantara kami yang bertanya mengenai agamanya. Ini yang membuat kami kagum,'' kata Jerald.
''Selama berada di rumah kami, tidak pernah sekalipun dia memberikan komen mengenai agama Kristian. Jamal juga tidak pernah menyampaikan ajaran Islam kepada kami. Yang dia lakukan adalah memberikan contoh kelakuannya di depan kami, seperti bercakap dengan suara serendah mungkin jika ada diantara kami yang bertanya mengenai agamanya. Ini yang membuat kami kagum,'' kata Jerald.
Dari
perkenalannya dengan Jamal dan keluarganya, Jerald mendapat banyak
pengetahuan baru. Jamal telah menunjukkan kepadanya disiplin melalui
solat yang dilaksanakannya. Selain pelajaran moral dan etika yang
diperlihatkan oleh Jamal dalam urusan perniagaan dan sosialnya serta
cara Jamal berkomunikasi dengan kedua anaknya. ''Begitu juga apa yang
dilakukan oleh isterinya telah menjadi contoh bagi isteriku.'' tambah
Jerald.
Dari
Jamal, beliau dapat mengetahui tentang sejarah Arab dan peradaban
Islam, kisah-kisah dan perilaku Nabi Muhammad, serta ayat-ayat Al-Quran
dan makna yang terkandung di dalamnya. Setidaknya Jerald meluangkan
lebih kurang 30 minit setiap kali Jmal datang ke rumahnya untuk
berbincang mengenai Islam. Dari situ Jerald mengakui dirinya mulai
mengenali apa itu Islam.
Contoh yang baik membuatkan ramai tertarik dengan islam
Melalui Jamal, Jerald sekeluarga diperkenalkan kepada keluarga Arab lainnya. Diantaranya keluarga Wael dan keluarga Khalid. Jerald sentiasa berinteraksi dengan komuniti Arab Amerika ini. Dari interaksi tersebut, Jerald mendapat pengetahuan tentang ajaran Islam yang selama ini tidak diketahuinya semasa berinteraksi dengan komuniti masyarakat Kristian. Di dalam komoniti islam, Jerald dapat merasakan persaudaraan dan toleransi yang wujud di dalamnya.
Pada
Disember 1992, Jerald menyoal dirinya sendiri, ''Aku adalah seorang
penganut Kristian, tetapi kenapa Aku bergaul dan berinteraksi dengan
komuniti masyarakat Muslim Arab?.'' Sebuah komuniti masyarakat yang
menurutnya menyanjung tinggi nilai-nilai moral dan etika, serta
menunjukkan sikap saling menghargai pasangan hidup masing-masing,
anggota keluarga mahupun sesama masyarakat sekitarnya. Keadaan ini
hampir tidak wujud di dalam masyarakat Amerika.
Kejadian Yang Tak Diduga
Untuk
menjawab keraguannya itu, Jerald memutuskan untuk mempelajari lebih
mendalam tentang ajaran Islam melalui kitab suci Al-Quran. Dalam
perjalanannya mempelajari Al-Quran,
Jerald menjumpai nilai-nilai yang sesuai dengan kata hati kecilnya yang
selama ini tidak pernah dijumpainya di dalam ajaran Kristian yang
dianutinya.
Walaupun
demikian, perkara tersebut tidaklah membuatnya untuk terus memeluk
Islam. Beliau merasa belum bersedia untuk meninggalakan identitinya
sebagai seorang Kristian selama hampir 43 tahun lamanya dan bertukar
kepada identiti baru sebagai seorang muslim.
Walaupun
begitu, beliau memutuskan untuk berkunjung ke Timur Tengah bersama
isterinya pada awal tahun 1993. Ditakdirkan, ketika jerald berseorangan
menikmati makanan di sebuah restoran, Jerald melihat pemilik restoran,
Mahmoud sedang membaca Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris. Tanpa
berkata-kata, Mahmoud melontarkan senyum ke arah Jerald.
Selepas
itu berlakulah kejadian yang tidak diduga olehnya. Isteri Mahmoud,
Iman, iaitu seorang Muslim Amerika, datang ke arah mejanya sambil
membawa makanan yang telah dipesan. Iman memberitahu kepada Jerald
bahawa buku yang dibaca oleh suaminya adalah Al-Quran. Tidak berhenti
itu, Iman juga bertanya adakah Jerald seorang muslim sama seperti
dirinya. Pertanyaan tersebut di jawab dengan satu perkatan: Tidak.
Namun
ketika Iman menghampiri mejanya untuk memberikan bil, tanpa disadari
Jerald meminta maaf atas sikapnya tadi, beliau berkata: ''Saya takut
untuk menjawab pertanyaan anda tadi. Namun jika anda bertanya kepada
saya adakah saya percayakan Tuhan itu hanya satu, maka jawapan saya
adalah ya. Jika anda bertanya adakah saya percaya bahawa Muhammad adalah
salah satu utusan Tuhan, maka jawapan saya tetap sama, ya.'' Mendengar
jawapan tersebut, Iman hanya berkata: ''Tidak apa, mungkin ia memakan
masa yang lama untuk mebina kepercayaan yang benar-benar kuat.''
Ikut Berpuasa Dan Solat
Ketika
memasuki minggu kelima pengembaraannya di Timur Tengah iaitu pada bulan
Ramadhan yang jatuh pada bulan Mac tahun 1993, untuk kali pertamanya
Jerald dan isterinya berpuasa untuk menghormati masyarakat di
sekitarnya. Pada bulan Ramadhan itu juga, Jerald mula terikut-ikut
melaksanakan solat lima waktu bersama-sama dengan temannya yang Muslim
dan kenalan barunya yang berasal dari Timur Tengah.
Kunjungan ke Amman memberikan sejuta makna kepada Jerald
Ketika berakhirnya pengembaraan beliau menjelajah kawasan Timur Tengah, hidayah akhirnya datang. Peristiwa penting di dalam hidup Jerald ini berlaku ketika beliau diajak oleh seorang rakannya untuk mengunjungi Amman, ibukota Jordan.
Ketika
Jerald sedang melintas jalan di pusat bandar Amman, tiba-tiba seseorag
lelaki tua datang menghampirinya dan mengucapkan, Salam Alaikum dan
mengulurkan tangannya untuk bersalaman, serta melontarkan pertanyaan
adakah Jerald seorang Muslim?. Sapaan salam dalam ajaran Islam itu
membuatnya kaku. Jerald juga tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan
kepada orang tua tersebut bahawa dirinya bukanlah seorang Muslim.
Lebih-lebih lagi rakan yang bersamanya juga tidak pandai berbahasa Arab.
Mengikrarkan Keislaman
Ketika
itu Jerald merasa dirinya berada di tengah laluan yang sukar untuk
diungkapkan. Beliau hanya mempunyai dua pilihan, iaitu berkata N'am yang
bermaksud ya atau berkata La yang bermaksud tidak. Hanya Jerald yang
mampu menentukan pilihan tersebut, sekarang atau tidak sama sekali.
Setelah
berfikir agak lama dan memohon petunjuk dari Allah, Jerald menjawab
dengan perkataan N'am. Sejak peristiwa tersebut, Jerald rasmi menyatakan
dirinya telah memeluk Islam. Hidayah tersebut juga datang kepada
isterinya.
Selepas
kepulangannya ke Amerika, salah seorang saudaranya yang juga merupakan
seorang paderi telah memberitahu jerald yang beliau begitu tertarik
terhadap ajaran Islam. Dihadapan Jerald, saudaranyanya berhenti menjadi
paderi Metodis dan mengucapkan dua kalimah syahadah.
Kini
hari-hari Jerald dihabiskan di dalam bidang penulisan dan menjelajah
keserata dunia untuk memberikan ceramah tentang Islam dan hubungan
antara Islam dan Kristian. Beliau juga kerap diundang di dalam program
Islam di kaca-kaca televisyen.
Salah satu hasil karyanya yang menjadi best seller adalah "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam".
He holds a Master's degree in Divinity from Harvard University and a Doctorate in Psychology from the University of Denver.
Author
of "The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between
Christianity and Islam" (2001), and "Abraham: The Friend of God" (2002).
He has published over 60 articles in the field of clinical psychology, and over 150 articles on Arabian horses.
No comments:
Post a Comment