Gambar di dalam kaabah
Pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang
yang dibina oleh Kaum Quraisy, tiang itu diguna untuk menyokong
bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga
tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.
Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.
Sekitar
tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi
reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan
dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu
yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah.
Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.
Terdapat
sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung
Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang
dihiasi emas dan perak.
Lantai
dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah
juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.
Dalam
Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah
syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu
digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru
bahagian dalam dinding Kaabah.
Oleh
kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan
iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama
itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.
Ada
pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga
tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang
untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi.
Terdapat
sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu
berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi
di sebelah sudut utara dalam Kaabah. Antara barangan lain yang terdapat
dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru
Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai
kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.
Dr Muzammil Siddiqi
Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998;
Di
dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di
antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi
untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita
tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang,
tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik,
dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang
dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah
atas diliputi kain yang ada
kalimah
di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau
dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.
Ilustrasi Bahagian Dalam Kaabah
Perigi Harta Dalam Kaabah
Mengikut
kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat
dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail
a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu
telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada
Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di
bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.
No comments:
Post a Comment