FUNAN, PAN-PAN DAN SRIVIJAYA
Salam
kepada semua pembaca. Seperti yang telah saya janjikan pada kali ini
kita akan lihat mengapa Funan hilang dan apa kaitannya dengan Srivijaya.
Sepertimana yang telah kita tahu pendahulu
Srivijaya adalah Funan sebagaimana yang G. Coedes katakan. Funan pada mulanya ditolak
jauh ke wilayah selatan Kemboja, dan akhirnya ditendang keluar dari Kemboja
oleh Chen-la, yakni bekas jajahan utara Funan pada separuh kedua abad keenam
masihi. Kelas pemerintah Funan mungkin telah melarikan diri ke salah satu
negara bawahannya yakni, Pan-pan dengan tentera laut mereka. G. Coedes
berfikir kaum elit Funan melarikan diri ke Jawa, tetapi jika difikirkan balik,
Funan tidak mempunyai sebab untuk pergi ke tanah asing tersebut dan dikatakan penduduk
di sana tidak mesra dengan orang asing.
Dalam tahun 686 masihi Srivijaya telah
menghantar ekspedisi dari kem tentera lautnya di Pulau Bangka untuk mendarat di
Jawa tengah, yakni Kha-ling (Ho-ling). G. Coedes berfikir bahawa Srivijaya sebenarnya
menyerang Jawa barat, yaitu kerajaan Tarumanagara. Walau bagaimanapun
sebenarnya Srivijaya tidak mempunyai sebab untuk menakluk Jawa barat di mana hampir
tidak wujud pesaing yang sebenar disana. Sebenarnya Srivijaya mendarat di
Pekalongan Jawa tengah, sebuah pelabuhan yang mungkin ibu Kota Kha-ling
(Sanjaya). Menurut "Zhu-fan-Zhi" Pekalongan adalah satu lagi nama
bagi Jawa, Bukti pendudukan Jawa tengah oleh Srivijaya adalah 'inskripsi
Sojomerto' yang terpahat nama 'Dapunta Selendra'. 'Selendra' ertinya
'Sailendra' dalam bahasa Sanskrit, yang mungkin seorang komander kerajaan
Srivijaya yang dihantar dari Pulau Banka pada tahun 686. Tidak dapat dinafikan
lagi Dapunta Selendra adalah pengasas kerajaan Sailendra di Jawa tengah.
Bercakap mengenai kerajaan Pan-Pan dan kaitannya
dengan Srivijaya, mari kita sama-sama meneliti tinggalan-tinggalan sejarah yang
dikatakan milik Srivijaya yang berada dibawah wilayah kekuasaannya. Wilayah
Pan-pan adalah terdiri dari Teluk Ban Don, termasuk Chaiya, Phunphin dan Surat
Thani. Berhampiran Sungai Phunphin, terdapat sebuah gunung kecil (bukit) yang
dinamakan 'Khao Si Wichai', yang bermaksud ' gunung Sri Vijaya '. Di atas 'Khao
Si Wichai terdapat lapan kuil Hindu. Struktur yang dibaik pulih menunjukkan
imej-imej Visnu.
Quaritch
Wales berkata:"Saya kini yakin bahawa penaklukan Fu-nan di rantau ini pada
abad ketiga sebahagian besarnya dirangsang oleh keinginan untuk mengawal
perdagangan darat". Apabila I-Ching meninggalkan Canton pada 671, wilayah
Srivijaya meliputi 1/2 bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu termasuk Takua
Pa dan Kedah di pantai barat, dan Chaiya, Nakhon Si Thammarat (Ligor),
Songkhla, Pattani, dan Kelantan di pantai timur . Pada suku terakhir abad
ketujuh, Srivijaya telah menghantar utusan pertama pada tahun 670 sebagai satu-satunya
negara jajahan di Semenanjung Tanah Melayu. Chi-tu, Tan-tan dan Pan-pan hilang
dan mereka tidak pernah kembali lagi. Fakta ini menunjukkan kepada kita bahawa Srivijaya
menguasai politik dan ekonomi bahagian tengah Semenanjung Tanah Melayu.
Pada
peringkat seterusnya, pada awal 680 masihi, Srivijaya menyerang Jambi dan
Palembang, untuk mengawal hujung selatan Selat Melaka. Tambahan pula seperti
yang telah disebutkan tadi Srivijaya menghantar tentera laut untuk menakluk
Kha-ling di Jawa. Hasil daripada kempen ini tidak direkodkan, tetapi Srivijaya
berjaya mengatasi kerajaan Sanjaya di Jawa tengah, yang telah menghantar
kedutaan kepada Dinasti Tang pada 646, 666 dan 670. Tarumanagara, sebaliknya
tidak mempunyai rekod menghantar utusan ke China. Kemudian nama Sailendra muncul
tiba-tiba dalam Inskripsi Ligor pada tahun 775 sebagai negeri terkuat
Srivijaya, yang rajanya berhak untuk digelar sebagai Maharaja. Srivijaya
mempunyai 14 negara-negara kota dan Sailendra di Jawa tengah adalah salah satu
daripadanya.
Pada
peringkat berikutnya Chaiya telah diserang oleh Chen-la (Khmer) sekitar tahun
745 Masihi dan raja-raja Srivijaya meninggalkan Chaiya dan Nakhon Si Thammarat.
Srivijaya mengalihkan ibu kotanya ke wilayah selatan, seperti Kedah atau Jambi
atau Palembang, namun lokasi sebenar tidak dikenal pasti tetapi saya lebih
cenderung untuk mengatakan ia adalah Kedah. Untuk Chen-la menduduki Chaiya ia mengambil
masa yang lama, kerana Chaiya adalah pelabuhan utama terpenting yang
menghubungkan Takua Pa di pantai barat Semenanjung dengan pantai timur, oleh
itu Chaiya mungkin dikawal dengan ketat oleh armada tentera Srivijaya. Dalam
tahun 747 raja Chen-la melawat kerajaan Tang dan maharaja menawarkan jamuan
khas kepada deligasi Chen-la. Chen-la mula menghantar utusan dan ufti pada tahun
750, selepas 33 tahun tidak berbuat demikian. Pada tahun 753, 755, 767, 771,
dan 780, Chen-la menghantar utusannya berturut-turut ke China, mungkin pada
tahun-tahun tersebut adalah mudah untuk Chen-la menghantar misi-misi ke Tang
selepas menawan Chaiya dan Nakhon Si Thammarat.
Walau bagaimanapun, penawanan Chaiya tidak dapat
membinasakan Srivijaya, kerana Srivijaya mempunyai 14 negara kota bawahannya
dan secara keseluruhannya mereka boleh hidup. Chen-la mempunyai tentera yang
kuat, tetapi tentera lautnya tidak cukup kuat untuk mengalahkan Srivijaya
kerana mereka adalah bangsa Agraria. Sebaliknya, Chen-la mudah dikalahkan oleh
tentera laut dari, Sailendra yang dipelopori oleh bangsa Malayu Austronesia yng
hebat dalam ilmu maritim. Shih-li-fo-shi hilang dari rekord kerajaan Tang sejak
tahun 742, dan 'Kha-ling' menghantar utusan semula ke China pada 768. Tetapi
misi terakhir dari Kha-ling adalah pada tahun 666 atau 670. Kha-ling' pada masa
ini nampaknya adalah Sailendra (Srivijaya) dari Jawa tengah yang
mewakili empayar Srivijaya. Ini bermakna kerajaan Sailendra berjaya memulihkan
kekuasaannya dan mendapatkan kembali Chaiya dari Chen-la serta menggenggam
hegemoni di kalangan konfederasi Srivijaya.
Peristiwa
kemenangan kerajaan Sailendra dapat dibuktikan dengan inskripsi Ligor
yang bertarikh 775, di mana hegemoni Sailendra di kalangan konfederasi Srivijaya
telah diisytiharkan dan gelaran 'Maharaja' telah diberikan kepada raja
Sailendra. Dahulunya Sailendra hanyalah salah satu dari negeri bawahan
Srivijaya namun sekarang ia menjadi pemimpin kepada empayar Srivijaya. Pergolakan politik dan pertukaran kuasa yang berlaku
pada kurun ke 7 ini tidak direkodkan dalam mana-mana petitih di Semenanjung
Tanah Melayu, namun penyerangan Chenla terhadap Chaiya dan
perampasan kembali Chaiya oleh Srivijaya dari tangan Chenla adalah perkara yang
memang berlaku sepertimana yang dapat kita bayangkan melalui inskripsi Ligor.
Pada
masa yang sama Sailendra juga menyerang Kemboja dan Champa pada tahun 767,774,
dan787. Selain itu kuasa politik international Chen-la merudum setelah
berlakunya peristiwa penyerangan tersebut sehingga kurun ke 12. Berkemungkinan
besar Śrīvijaya meletakkan Kamboja dibawah kekuasaannya untuk jangka masa yang
lama. Pada masa yang sama juga kita jangan lupa bahawa Champa telah berhenti
menghantar utusan ke China sejak tahun 749. Champa telah dimusnahkan dan berada
dibawah penguasaan Śailendra (Śrīvijaya) setelah ia diserang.
Daripada
artikel ini ada beberapa perkara yang dapat kita analisa. Yang pertama adalah
kita dapat tahu bahawa Srivijaya adalah penerus kepada kegemilangan Funan yang
telah runtuh. Kita juga dapat tahu bahawa elit-elit Funan telah melarikan diri
ke salah satu daripada negeri bawahannya yang terletak di semenanjung Tanah
Melayu yakni di Pan-pan. Dari sini jelas bahawa Funan adalah sebuah Kerajaan
Melayu! Mengapa saya berkata demikian? Kerana kita tahu bahawa banyak
Inskripsi-inskripsi yang dipahat oleh pemimpin Srivijaya adalah dalam bahasa
Melayu Kuno. Dan seperti yang telah saya katakan Srivijaya adalah penerus bagi
Funan. Jika Funan adalah sebuah kerajaan Khmer maka sudah pasti batu-batu
bersurat atau inskripsi yang ditulisnya tak kira walau dimana jajahannya
sekalipun maka akan ditulis dalam bahasa Khmer!
Selain
itu kita juga dapat melihat flow atau aliran perjalanan Elit Melayu Funan ini
yakni dari utara iaitu Funan ke selatan Kemboja kemudian ke Pan-pan dan Chaiya
serta menggabungkan kuasa negara-negara kota utara semenanjung menjadi satu
yakni Sriwijayamala. Dari situ kita dapat tahu bahawa Srivijaya telah
menghantar seorang jeneralnya yang bergelar Dapunta Selendra untuk menyerang
Jawa Tengah iaitu kerajaan Sanjaya. Maka dari sinilah bermulanya pengaruh
kebudayaan utara semenanjung Tanah Melayu meresap dalam masyarakat Jawa!! Anda
terkejut? Ya sebenarnya kitalah yang mempengaruhi budaya mereka yang mereka
banggakan itu bukan sebaliknya. Semasa era Srivijaya dibawah pimpinan
Sailendralah banyak unsur budaya utara semenanjung seperti pembuatan Batik,
Wayang Kulit, gamelan, pengaruh bahasa, dan terutama sekali yang amat jelas
bagi saya yang merupakan penggemar masakan Kelantan dan Jawa adalah dari segi
makanan tradisi.
Sebagai
contoh makanan tradisi adalah seperti Nasi Tumpang yang ada di Jawa dan ada
juga terdapat di Kelantan dan Pattani. Kedua adalah Nasi kerabu walaupun di
Jawa atau lebih tepat di Grisik disebut sebagai Nasi Krawu. Satu lagi masakan
Kelantan yang ada kaitan dengan Jawa adalah itik Solo, samada ada kaitan dengan
wilayah Solo di Jawa atau tidak itu perlu diselidiki. Jadi adakah asyik kita
sahaja yang meresap pengaruh suku-suku lain? Adakah suku-suku lain tiada
lansung menyerap pengaruh budaya kita? Itu persoalan yang saya tinggalkan untuk
anda semua fikir-fikirkan. Sekian dahulu buat masa ini dan tunggukan artikel
saya yang seterusnya, Assalammualaikum.
________________________________________________________________________________Nota tambahan: setelah meneliti balik segala teori-teori mengenai Srivijaya di Semenanjung Tanah Melayu, saya berpendapat elit-elit funan telah melarikan diri bukan sahaja ke pan-pan tetapi juga ke negeri kembarnya yakni Chih Tu. Chih tu dianggap sebagai negeri kembar funan kerana ada dicatatkan dalam laporan duta dari dinasti Sui yang menyatakan bahawa Chih Tu sendiri didirikan oleh elit dari funan. Oleh sebab itu adalah lebih logic sekiranya Chih Tu menjadi lokasi pelarian dari funan untuk membina kekuatan baru. Seperti yang telah diketahui Chih Tu telah wujud sejak abad pertama masihi lagi sezaman dengan funan. Malahan Chih Tu dianggap sebuah kerajaan yg terhebat dan terkaya di semenanjung selain funan pada zaman tersebut. Kekayaan Chih Tu dapat digambarkan dengan membaca laporan yang dibuat oleh duta dinasti Sui. Kesimpulannya walaupun masih lagi menjadi tanda tanya samaada benar atau tidak telahan saya ini, namun hakikatnya hanya beberapa negara kota ini sajalah yang mampu menjadi tonggak kebangkitan kerajaan awal Srivijaya dan semuanya di semenanjung dan bukan di sumatera. Samaada Chih Tu, Pan-Pan, Langkasuka atau Holotan, negara-negara kota ini layak menjadi pewaris Funan dan pembina Srivijaya.
No comments:
Post a Comment