BANGSA AUSTRONESIA DAN TANAH BERTUAH EDEN OF THE EAST
Salam. Sudah terlalu lama
rasanya tidak menulis, saya ingin meminta maaf kepada para pembaca
kerana terlalu banyak hal yang telah menyebabkan saya tidak dapat
menulis seketika. Dalam artikel kali ini saya ingin mengetengahkan
mengenai Nusantara sebagai Atlantis atau Garden Of Eve yang sering
disebut-sebut oleh masyarakat barat . Saya amat yakin bahawa Nusantara
adalah tempat yang paling sesuai untuk ciri-ciri yang telah diberikan
oleh para cerdik pandai dan pendita tamadun-tamadun dunia sejak
beribu-ribu tahun. Sepertimana kebiasaannya yang kita baca dalam
epic-epik atau kisah tentang Syurga dunia atau Garden Of Eve, kita
sering mendengar bahawa mereka menggambarkan tempat tersebut sebagai
sebuah tempat yang beriklim tropika.
Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang
digambarkan mereka juga adalah dari iklim tropika. Oleh sebab itu saya
agak sangsi jika atlantis diletakkan di sebelah barat atau lautan
atlantik. Pemahaman masyarakat greek terdahulu tentang kedudukan laut
yang sebenar juga adalah berbeza dengan pemahaman kita. Masyarakat greek
menganggap bahawa lautan atlantik adalah satu-satunya lautan yang
terbesar setelah lautan meditranian yang mehgelilingi dunia. Mereka
tidak tahu dengan kewujudan lautan Pasifik apatah lagi laut cina
selatan. Oleh sebab itu mereka meletakkan atlantis di sebelah barat
meditranian.Seperti juga pemahaman masyarakat barat pada zaman gelap
dimana mereka menganggap seluruh dunia adalah leper. Ini semua kerana
mereka sendiri belum menjelajah lautan tersebut sehinggalah Columbus
berjaya menemui jalan ke timur. Sama seperti masyarakat yunani sebelum
itu Columbus juga sebenarnya mahu mencari lautan pasifik dan kawasan
kepulauan Melayu atau Nusantara dan India dan bukan tujuan asalnya untuk
menemui Amerika.
Berbalik kepada perincian
masyarakat dunia tentang sebuah syurga di dunia, tempat misteri ini
sering digambarkan dengan tumbuhan-tumbuhan mewangi, kayu kayan yang
berbau harum sepreti gaharu dan cendana dan kemenyan yang merupakan
sesuatu yang amat berharga kepada mereka ketika itu. Seperti yang kita
tahu masyrakat Austronesia adalah masyarakat yang sangat menggemari bau
bauan . Buktinya masyarakat di seluruh kepulauan Nusantara sering
menggunakan pelbagai jenis bauan ini untuk pelbagai tujuan sama ada
perubatan, sihir, atau sebagai pakaian seharian. Bunga-bungaan yang
wangi akan dimasak bersama minyak kelapa bagi dijadikan minyak rambut
atau minyak urut. Halia, lengkuas kunyit juga digunakan untuk mengubati
diri. Bunga-bunga pula dipakai oleh masyarakat ini dalam upacara
keagamaan atau ritual dan menghiasi kepala serta dijadikan kalung.
Apabila mereka mengembara bersama perahu-perahu mereka yang hebat mereka
mengembangkan ilmu wangi-wangian ini kepelusuk dunia.
Masyarakat luar yang tidak
pernah menghidu bau-bauan yang sebegitu hebat ini menganggap mereka
datang dari tempat yang seakan syurga dibumi, maka berlakulah
perdagangan atau pertukaran barang-barang diantara masyarakat Nusantara
dengan masyarakat tamadun lain. Siapa tahu berkemungkinan besar sebelum
para rahib, pendita, ilmuan India, Yunani dan Mesir Purba menggunakan
baun-baun wangi ini, mereka telah berjumpa dengan orang-orang Nusantara
dan mempelajarinya dari kita! Ini kerana kesemua bahan-bahan wangian ini
berasal dari Nusantara. Malahan hal ini telah dapat dibuktikan oleh
sains. Para saintis telah mengesahkan bahawa pokok kemenyan yang
terdapat di Afrika dan Yaman juga adalah berindukkan daripada pokok
kemenyan dari Nusantara dan telah berevolusi setelah beribu tahun berada
dalam kondisi cuaca yang berbeza. Ini bermakna bangsa Nusantara adalah
bangsa yang memperkenalkan kemenyan dan lain-lain bauan kepada mereka.
Sebagai contoh dalam kitab
Taurat, terdapat ayat yang menceritakan tentang sejenis minyak atau
wangian yang telah dikaji oleh saintis. Setelah bertemu dengan para
rabbi mereka mendapat maklumat bahawa bahan utama dalam pembuatannya
adalah terdiri daripada bahan asas yang sebahagian besar hanya boleh
diperolehi dari Nusantara iaitu, kesturi, kayu manis, kulit kayu cassia,
serai ( yang sememangnya hanya terdapat di Nusantara)dan lain-lain.
Bahan–bahan ini digunakan dalam kuil yahudi bagi membina atau
menghadirkan rasa atau perasaan sawai yang membolehkan para rahib
bertafakur mengingatkan syurga sebenar, dalam erti kata lain mereka cuba
mewujudkan bauan syurga melalui bahan-bahan dunia yang separuh
daripadanya berasal dari Nusantara! Kayu gaharu atau depu yang sering
digunakan dalam kuil-kuil juga adalah manifestasi syurga didunia yang
cuba dicipta oleh imaginasi separa sedar mereka. Kita juga tahu bahawa
kapur barus dan halia adalah salah satu daripada bahan yang diturunkan
Allah dari syurga seperti yang terdapat dalam Al Quran dan hadis.
Sementelahan melalui kajian
terhadap Book Of Enoch para pengkaji sejarah purba membuat kesimpulan
bahawa masyarakat purba menganggap bahawa pokok pisang adalah pokok
khuldi. Menurut Marco Polo sebahagian mayarakat India yang dijumpainya
mengatakan bahawa khuldi yang disebutkan oleh kitab peerjanjian lama
adalah pokok pisang. Dalam masyarakat Austronesia terutamanya Hawaii,
pisang tidak boleh dimakan oleh perempuan. Mungkin ini ada kaitannya
dengan buah khuldi yang dilarang makan oleh Allah SWT di dalam syurga.
Dalam masyarakat Melayu pula pisang tidak boleh dimakan bagi perempuan
yang memakai susuk dan perempuan yang dalam keadaan tertentu seperti
bersalin dan dalam pantang . Selain itu pisang juga dianggap sebagai
pokok kehidupan dan kematian. Dalam masyarakat Melayu, dukun dan bomoh
selalunya menggunakan batang pisang untuk melakukan penyihiran yang
membolehkan seseorang itu dianggap sebagai telah mati. Batang pisang
juga digunakan oleh para dukun untuk membunuh musuhnya dengan menjadikan
batang tersebut sebagai tumbalnya. Dalam upacara khatan juga batang
pisang turut digunakan. Adakah semua ini ada kaitannya?
Pisang juga dikatakan sebagai
salah satu tumbuhan yang paling awal ditanam oleh masyarakat Austronesia
iaitu lebih kurang 10 ribu tahun dahulu. Oleh sebab itu banyak lagenda
yang mengatakan bahawa pisang adalah tanaman dari syurga yang turun
bersama Nabi Adam. Namun, walaupun pisang bukan pokok khuldi ,saya
pernah mendengar seorang ulama menceritakan bahawa di dalam syurga ada
terdapatnya pokok pisang dan bidara. Pokok pisang yang berasal dari
nusantara ini juga wujud di negara-negara Afrika terutama Afrika timur.
Hal ini kerana pokok pisang telah dibawa oleh para pedagang Nusantara
bersama mereka untuk ditanam di destinasi dagangan mereka. Begitu juga
dengan pokok kelapa yang menjadi saksi ilmu kelautan dan perdagangan
Melayu purba.
Tidak dapat kita nafikan lagi
tradisi merantau bahari dan dagang dalam masyarakat Melayu Nusantara
sejak beribu-ribu tahun lamanya. Malahan para pengkaji barat memang
menyokong kuat teori bahawa kaum Austronesia adalah pedagang yang paling
hebat dalam ilmu kelautan sejak beribu-ribu tahun yang lampau. Buktinya
dapat kita saksikan apabila para sejarawan dan pengkaji tumbuhan
menemui kesan-kesan atau bukti yang menunjukkan bahawa rempah ratus yang
terdapat di pantai timur Afrika bukan tumbuhan tempatan sebaliknya
dibawa daripada Nusantara melalui jalan perdagangan. Bukti yang lebih
nyata adalah dalam maysarakat yang terdapat di Pulau Madagaskar sendiri
dengan terdapatnya masyarakat yang bertamadun tinggi iaitu masyarakat
Merina. Namun mengapa kita tidak mengesan nama-nama rempah ratus ini
dalam bahasa Austronesia? Hal ini adalah kerana sejak 3500 tahun yang
lampau rempah ratus ini selain dibawa terus dari Nusantara ia juga
dibawa dari India yang turut mendapatkan rempah ratus ini di Nusantara
dan menanamnya disana.
Oleh sebab itu nama rempah ratus
yang terdapat di Timur Afrika mendapat pengaruh bahasa India berbanding
bahasa Austronesia. Manakala bagi rempah ratus yang datang terus
daripada laluan kayu manis atau Nusantara kebiasaanya mempunyai nama
yang berpengaruh Austronesia tanpa dipengaruhi bahasa Indic. Dalam teks
kuno berbahasa latin dan yunani juga ada disebut tentang suatu perkataan
yang dikatakan berasal daripada Nusantara. Perkataan ini sering
dikaitkan dengan nama rempah ratus yang berasal dari Nusantara . Menurut
ahli bahasa perkataan REX sebenarnya merujuk kepada nama pihak yang
menyelenggara atau mentadbir sebuah sistem perdagangan atau dalam erti
kata lain ketua atau Raja. Dalam masyarakat Nusantara ada perkataan yang
hampir menyamai bunyi ini iaitu Ratu atau Datu yang memang adalah
perkataan asli Nusantara atau perkataan bahasa Melayu. Datu juga
kebiasaannya mengetuai sebuah kapal atau ekspedisi perdagangan.
Oleh itu dapat di jangkakan
bahawa perkataan REX yang banyak terdapat dalam nama rempah ratus yang
berasal dari timur ini sebagai ratu natau datu. Mereka adalah raja di
laut REX juga boleh disama ertikan dengan RAJA. Namun ahli bahasa juga
mengatakan bahawa perkataan REX ini bukan berasal daripada perkataan
INDIC sebaliknya perkataan suatu tamadun lain dari timur yang LEBIH TUA.
Anda bisa mengangak sendiri apa yang dimaksudkan ahli bahasa
tersebut.Tambahan lagi , satu tradisi masyarakat Austronesia yang dapat
dikaitkan dengan perdangangan zaman purba ialah tradisi keranda perahu.
Amalan ini hanya dapat ditemui dalam masyarakat Mesir purba, Viking dan
Austronesia.
Apa yang hebat tentang bangsa
Austronesia dan pada masa yang sama juga misterius ialah mengenai
bahasanya. Seperti sebelum ini telah banyak artkel kita bincangkan
perkaitan bahasa Melayu dengan bahasa Avestan dan Sanskrit. Namun ada
yang lebih menarik . Menurut kajian yang dilakukan oleh prof Susumo Ohno
dan Shichiro Murayama,mereka mendapati walaupun bahasa Jepun dari segi
tatabahasanya lebih mirip kepada bahasa Korea atau Moggolic namun dari
segi intonasi dan phonologi bahasa Jepun lebih banyak menyamai bahasa
Malayo Polinesia. Solheim percaya bahawa tamadun manusia di utara
seperti China , Korea dan Jepun telah bermula dari selatan iaitu dari
Nusantara ke atas dan bukannya dari atas seperti teori Yunan dan Taiwan
ke bawah. Oleh itu mereka bersepakat mengatakan bahawa budaya Yayoi
adalah bawaan dari Nusantara keselatan China dan terus ke Semenanjung
Korea dan kemudian ke Jepun . Malahan saya ada menjumpai kajian yang
dibuat oleh saintis Korea yang menyatakan bahawa dari segi DNA
masyarakat Semenanjung Korea dan Jepun mempunyai trait DNA yang lebih
banyak persamaan dengan kaum Nusantara atau Asia Tenggara berbanding
China atau Moggolia. Ini adalah suatu penemuan yang mengukuhkan lagi
hipotesis bahawa permulaan tamadun timur adalah bermula dari sini!
Banyak lagi teori-teori yang
dikaji oleh saintis barat yang menyatakan tentang ada kemungkinan besar
berlakunya penghijrahan tamadun dari masyarakat Austronesia ke Yunan dan
dari garisan pantai dan terus ke Jepun yang kemudian ke Amerika utara
dan selatan. Ini belum lagi termasuk teori tentang asal usul ubi keledek
yang memang berasal dari kawasan Nusantara dan dibawa ke Amerika
selatan. Tambahan lagi kajian menunjukkan budaya Jomon juga dipengaruhi
oleh budaya Nusantara atau Austronesia iaitu budaya maritime. Jumpaan
artifak maritime seperti serampang ,jala dan serpihan tembikar yang sama
rekabentuknya dengan di Nusantara mengukuhkan lagi teori
Jomon-Nusantara ini.
Dalam tradisi masyarakat tamadun
Aztek dan Mayan pula, mereka percaya mereka berasal dari tempat yang
bernama Aztlan yang telah dimusnahkan oleh gunung berapi dan tenggelam.
Mereka berpindah menggunakan perahu. Aztlan ini dipercayai adalah
Atlantis dan Atlantis tersebut adalah tak lain tak bukan Nusantara atau
Sundaland. Selain daripada membawa tamadun Nusantara atau Sundaland,
masyarakat Austronesia juga dikatakan membawa ayam( bukan haiwan pribumi
Amerika terutama Ayam Hitam yang hanya dapat diperolehi di Nusantara
dan diketahui dalam perubatan Melayu sebagai banyak khasiat) , anjing
dan budaya cacah atau tattoo.
Dalam tamadun Korea , Jepun,
Amerika selatan dan juga tradisi masyarakat pasifik serta pribumi
Nusantara, ada satu kesamaan yang lain iaitu amalan meletakkan TOTEM
sebagai lambang nenek moyang. Reka bentuk totem yang terdapat di Rapanui
dan di Amerika Selatan serta di Amerika Tengah juga adalah sama seperti
dalam tradisi di Nusantara. Apakah makna semua ini?? Mereka semua
mempunyai kedudukan tangan yang sama dan memakai sejenis topi atau
mahkota yang seakan-akan sama. Satu lagi persamaan antara
tamadun-tamadun hebat ini adalah tentang lagenda naga mereka. Setiap
tamadun ada naga mereka yang tersendiri. Saya rasa tidak perlu saya
ulangi apa kepentingan simbol naga dalam masyarakat Melayu Nusantara
kerana telah disebut banyak kali oleh Srikandi dalam artikel beliau.
Zaman dimana padi mula
diperkenalkan di tempat-tempat tertentu seperti di Taiwan dan Korea juga
mempunyai misteri yang tertentu. Hampir kesemuanya bertepatan dengan
masa berlakunya letusan-letusan gunung berapi besar seperti Pinatubo
Arayat dan Toba. Ini mengukuhkan lagi teori penghijrahan selatan ke
utara oleh Solheim. Pemakaian subang besar yang bergayutan atau yang
menyebabkan lubang menjadi besar juga diamalkan di Amerika dan juga di
Nusantara! Ini belum termasuk pembinaan bangunan berbentuk pyramid
tangga yang diamalkan oleh seluruh masyarakat di Nusantara dan di
Amerika Selatan dan tengah seperti Aztek dan Mayan serta di Tahiti dan
Indonesia.
Daripada perbincangan diatas apa
yang dapat saya simpulkan adalah hipotesis yang cuba meletakkan benua
atlantis yang telah lenyap itu di Nusantara adalah berasas. Segala bukti
dan petunjuk telah dibentangkan dari sudut anthropologi, geologi,
geografi, sejarah, sosiologi, bahasa dan DNA. Apa yang tinggal untuk
kita adalah membantu usaha-usaha murni pihak-pihak yang bertungkus lumus
mencari bukti-bukti tersebut dengan mencari maklumat-maklumat tambahan
dan melakukan perkongsian ilmu mengenai penemuan mereka dengan
rakan-rakan dan saudara mara anda terutama dari kalangan rumpun Melayu
Nusantara. Jika tidak dapat dibuktikan sekalipun sekurang-kurangnya kita
tidak dituduh sebagai bangsa pemalas yang hanya mengharapkan bantuan
bangsa lain untuk mengkaji sejarah sendiri. Malu rasanya jika ini
berlaku. Sekian, wallah hu a’lam.
No comments:
Post a Comment