Terowong Selat (Bahasa Inggeris: Channel Tunnel, bahasa Perancis: le tunnel sous la Manche) merupakan satu terowong kereta api sepanjang 51.5 km (31 batu) di bawah Selat Inggeris di Selat Dover. Ia menyambungkan Folkestone, Kent di England dengan Coquelles dekat Calais di utara Perancis.
Terowong ini merupakan satu projek mega lama dan mahal yang terhenti beberapa kali, sebelum akhirnya siap pada 1994. Ia merupakan terowong kereta api kedua terpanjang di dunia, cuma Terowong Seikan di Jepun lebih panjang, namun bahagian bawah lautnya sepanjang 39 km (24 batu) adalah terowong bawah laut terpanjang di dunia. Terowong ini dijalankan oleh Eurotunnel.
Bangunan Empire State
Bangunan
Empire State adalah bangunan pencakar langit Art Deco 102 tingkat di
bandar raya New York. Nama bangunan ini diambil dari nama gelaran New
York. Sejak runtuhnya World Trade Center pada serangan 11 September
2001, bangunan ini kembali menjadi bangunan tertinggi di New York.
Sekarang, bangunan ini adalah bangunan kedua tertinggi di Amerika
Syarikat, di belakang Menara Sears di Chicago.
Jambatan Golden Gate
Jambatan
Golden Gate merupakan sebuah jambatan gantung yang merentangi Golden
Gate, satu bukaan di Teluk San Francisco ke arah Lautan Pasifik. Sebagai
sebahagian U.S. Route 101 dan State Route 1, ia menghubungkan kota San
Francisco di hujung utara Semenanjung San Francisco kepada Marin County.
Jambatan Golden Gate jambatan gantung terpanjang di dunia sepanjang ia
siap dibina pada tahun 1937, dan menjadi simbol yang dihargai di San
Francisco dan California. Sejak siap dibina, panjang rentangnya telah
dipintas oleh lapan lagi jambatan gantung. Ia masih lagi menjadi
jambatan gantung kedua terpanjang di Amerika Syarikat, selepas Jambatan
Verrazano-Narrows di Kota New York. Pada tahun 2007, ia berada pada
kedudukan kelima di dalam Senarai senibina pilihan Amerika yang
diterbitkan oleh Institut Senibina Amerika.
Terusan Panama
Terusan Panama
Terusan
Panama (bahasa Sepanyol: Canal de Panamá) ialah terusan kapal utama
yang merentasi Segenting Panama di Amerika Tengah dan mengaitkan Lautan
Atlantik dengan Lautan Pasifik. Pembinaan terusan ini merupakan salah
satu projek kejuruteraan terbesar dan paling susah yang pernah
dilakukan. Ia mempunyai kesan yang hebat pada perkapalan antara
kedua-dua lautan tersebut, dan menyebabkan laluan yang panjang dan
berbahaya melalui Laluan Drake dan Cape Horn di hujung paling selatan
Amerika Syarikat tidak diperlukan lagi. Jarak pelayaran dari New York ke
San Francisco melalui terusan ini ialah 9,500 kilometer (6,000 batu),
manakala jarak dahulu mengelilingi Cape Horn ialah 22,500 kilometer
(14,000 batu).
Walaupun konsep untuk sebatang terusan di
Panama telah wujud sejak dari awal abad ke-16, percubaan pertama untuk
membina sebuah terusan bermula pada tahun 1880 di bawah pimpinan
Perancis. Selepas percubaan itu gagal, kerja itu akhirnya disiapkan oleh
Amerika Syarikat, dengan terusan tersebut dibuka pada tahun 1914.
Pembinaan terusan sepanjang 77 kilometer (48 batu) dilanda oleh
berbagai-bagai masalah, termasuk penyakit (khususnya demam malaria serta
demam kuning) dan tanah runtuh. Sebanyak 27,500 orang pekerja
dianggarkan maut dalam pembinaan terusan ini.
Sejak
pembukaannya, Terusan Panama adalah amat berjaya dan terus merupakan
laluan utama untuk perkapalan antarabangsa. Ia membekalkan laluan kepada
melebihi 14,000 buah kapal yang membawa muatan melebihi 203 juta tan
setiap tahun. 14,011 buah kapal melalui terusan ini pada tahun 2005,
dengan jumlah muatan sebanyak 278.8 juta tan, iaitu hampir 40 buah kapal
setiap hari.
Terusan Panama boleh menampung
kapal-kapal dari kapal pesiaran peribadi yang kecil sehingga kapal
komersil yang agak besar. Saiz kapal yang paling besar yang boleh
menggunakan terusan ini dikenali sebagai Panamax; semakin banyak kapal
moden melebihi had ini, dan dikenali sebagai kapal pasca-Panamax. Jangka
masa pelayaran tipikal untuk sebuah kapal kargo merentasi terusan ini
ialah sekitar sembilan jam.
No comments:
Post a Comment