Thursday, October 11, 2012

-JERUNG TERGANAS DAN BANYAK MENYERANG MANUSIA-

BULL-SHARK

Bull shark, jika diterjemahKAN langsung ke Bahasa Melayu, namanya jadi jerung lembu. Tanpa mahu mengelirukan sesiapa pun, maka lebih baik kita guna terma BULL SHARK. Untuk mengetengahkan satu komponen dalam sunnattullah ini, bull shark atau nama sainsnya Carcharhinus leucas (pembaca tak perlu ingat nama pelik ni) ditemui di serata dunia, selagi mana ada habitat air hangat, tepi pantai dan dalam sungai. YA, dalam sungai.

Jika jerung lain tidak mampu hidup dalam ekosistem air tawar, bull shark pula sebaliknya. Dari segi mekanisma tekanan osmosis, darah jerung mempunyai kemasinan yang tinggi seperti air laut. Namun bull shark berupaya mengurangkan tahap kemasinan sehingga 50 peratus, menjadikan jerung yang ini berenang di sungai dengan sesuka hati beliau.

Bull shark juga terkenal dengan sifat agresif dan sukar dijangka, menggolongkannya bersama jerung harimau dan jerung putih (great white) sebagai jerung yang pernah menyerang manusia. Jerung jenis ini mampu berenang jauh hingga 4 ribu km di Sungai Amazon, Illinois, dan Sungai Ganges di India.
Saiz maksimum: 9 kaki (3 meter), rupa: besar dan gemuk, kelabu di atas, putih di bawah. Memandangkan bull shark adalah pemangsa apeks, bull shark jarang diancam oleh haiwan lain. Yalah, jika jerung ini berada di puncak dalam rantai makanan (top of the food chain), siapa yang boleh makan dia?

.Atas:bull shark
bawah: great white














Dibandingkan jerung dengan virus, hanya secubit sahaja manusia yang mati dibunuh jerung berbanding virus yang saiznya ultra mikro namun besar pengaruhnya hingga membawa kepada pandemik. Jika jerung menyerang manusia, kenapa salahkan makhluk ini yang hanya mengikut apa yang diprogramkan Allah berjuta tahun dahulu? Maka pada masa itu siapa yang menceroboh habitatnya? Dan siapa pula yang memutuskan bekalan makanannya?

Akhirnya semua kembali kepada keimanan. Dengan iman yang mantap, ketamakan, kikir hatta sifat rakus akan dihapus. Setakat yang kita nampak secara tersirat, saintis tidak mengaitkan sikap dengan usaha menjaga alam. Manusia bukan wujud di dunia untuk menjadi penakluk di dunia semata-mata, sedang kita juga sebahagian daripada alam. Keseimbangan adalah matlamatnya, dan kesederhanaan dalam penggunaan adalah kuncinya. Because one thing affect another. Dunia itu satu sistem, semuanya berkaitan dan penting. Satu komponen rosak, komponen lain boleh terjejas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...