Untuk catitan kali ini mari kita sama-sama menghayati tafsir daripada surah al-kahfi ayat 83 hingga 98 di bawah ini.
“Dan
mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain.
Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang
menerangkan) sedikit tentang perihalnya". Sesungguhnya Kami telah
memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri
kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). Sehingga apabila ia
sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah
matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang
kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai
Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau
bertindak secara baik terhadap mereka". Ia berkata: "Adapun orang yang
melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya;
kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan
azab seksa yang seburuk-buruknya. Adapun orang yang beriman serta
beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan
perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia
sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu
kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan
daripadanya. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara
meliputi akan segala yang ada padanya. kemudian ia berpatah balik
menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua
gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak
dapat memahami perkataan. Mereka berkata: "wahai Zulkarnain,
sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di
bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran
kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina
sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" Dia menjawab: "(kekuasaan
dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari
bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai)
aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang
kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul
separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun
perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat
kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api,
berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka
mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat
menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat
dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan
menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu
benar".”
Dzuu al-Qarnain( English-Alexander, Malay-Zulkarnain)
mengikut bahasa Arab bererti ‘lelaki yang memiliki dua tanduk’. Dalam
ayat di atas, diterangkan tentang seorang lelaki yang merupakan seorang
raja yang pernah menguasai dua pertiga dunia dan hampir keseluruhan
empayar timur dan barat. Maka ‘dua tanduk’ tersebut bukanlah tanduk yang
sebenar dari segi harfiahnya, namun dari segi ma’nawiahnya bermaksud
‘dua empayar;timur dan barat’. Zulkarnain merupakan seorang raja yang
agung.(Allah lebih Agung sebenarnya). Baginda memerintah sebelum masa
kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.(English-peace be
upon him).Dengan penguasaan kedua-dua empayar Timur dan Barat,
pertembungan budaya Timur dan Barat yang dikenali sebagai hellenistik(
English-hellenistic) berlaku.
Kemunculan Zulkarnain banyak
dikaitkan dalam salasilah keturunan raja-raja dalam sesetengah bangsa.
Barat menganggap bahawa Alexander The Great merupakan Zulkarnain yang
sebenar yang dinyatakan al-Quran. Orang-orang Parsi menganggap Raja
Cyrus merupakan Zulkarnain yang sebenarnya. Dan orang-orang Melayu pun
xnak kalah.(nak jugak).Mereka mengaitkan pula Parameswara, dengan
mengatakan Parameswara berketurunan dari Zulkarnain(dalam hikayat
tersebut Zulkarnain dinyatakan sebagai Iskandar Zulkarnain).Ada juga
yang menganggap Zulkarnain itu nabi.Anda?
Namun, setelah pelbagai
kajian dilakukan, sejarawan bersepakat mengatakan bahawa Zulkarnain
yang sebenar yang digambarkan oleh Al-Quran seperti dalam tafsir di atas
ialah Raja Cyrus.
Cyrus adalah seorang maharaja Parsi dari
dinasti Archaemenid.Baginda lahir dalam kira-kira tahun 600-599 Sebelum
Masihi atau 575-576 Sebelum Masihi(perbezaan pendapat katakan...
‘biasalah’).Cyrus merupakan pengasas kepada empayar Parsi yang terbesar
yang pernah direkodkan sejarah, yang meliputi hampir seluruh kawasan
barat daya Asia ,Asia Tengah, Mesir dan Hellespoint di barat hinggalah
ke Sungai Indus di bahagian timur.( sbesar manapun x sampai gak ke Jepun
mahupun China…selamat diorang).Cyrus mati(atau meninggal) dalam tahun
529 atau 530 Sebelum Masihi( perbezaan pendapat lagi…) ketika menakluki
Mesir.Usaha2 penaklukan diteruskan oleh anaknya Cambyses II.
(sumber- Wikipedia)
Gambaran Raja Cyrus( ihsan Wikipedia)
Apakah
istimewanya maharaja yang seorang ini sehinggakan digelar yang
agung(English-the great), malah diceritakan pula kisahnya di dalam
al-Quran? Dan siapakah pula Yakjuj dan makjuj(English-Gog and magog)?
Adakah mereka ini binatang atau hewan ? Dan siapakah pula bangsa yang
tiada perlindungan dan pakaian dalam tafsir di atas? Penjelasan Saifulislam lebih kurang sama dengan apa yang saya dapat tahu dari tafsir-tafsir al-Quran dan buku-buku agama.
Yakjuj
dan Makjuj adalah satu golongan orang gasar(ganas dan kasar) yang
berketurunan dari anak nabi Nuh A.S. yang bernama Yafits bin Nuh.(rujuk
tafsir).Jadi ada pendapat yang saya baça mengatakan Yakjuj dan Makjuj
itu ialah bangsa Magyar. Ada pula yang mengatakan mereka ialah orang
Mongol(sebagaimana yg dinyatakan Saifulislam). Wallahualam.
Berkenaan
dengan tembok yang dibina tersebut, saya juga ada terbaca riwayat yang
mengatakan lokasinya terletak di antara dua banjaran pergunungan di
Arménia dan Azerbaijan sekarang ini.Namun saya rasa penjelasan
Saifulislam lebih terperinci kerana terhadnya pembacaan saya.
Apapun, diharap pembaca sekalian mendapat input berguna dari nukilan ini.
“Manusia akan melupakan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah melupakan manusia”
No comments:
Post a Comment