Dalam buku itu, Collon
menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi
menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan
negara Zionis itu.
Penipuan itu adalah:
1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.
Dalam
persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin
bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.
Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.
2.
Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi
mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70
Masihi.
Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya
bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo
Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak
pernah berlaku.
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.
“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.
Menurut
Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di
Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Memetik
pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud
sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak
memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.
“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.
3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.
Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.
Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.
4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.
“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.
Malah,
katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu,
sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan
Pappe.
“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.
5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.
Kata
Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang,
malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi
menjelaskan sempadannya.
“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.
Melalui
peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk
Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan
manusia’.
“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.
6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.
Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.
AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.
7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.
“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.
Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.
Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.
Bagaimanapun,
kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara
demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau
kepada Israel menyerang Gaza.
8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.
Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.
“Apabila
kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam
dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara
Yahudi, Kristian dan Islam.
“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.
9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.
Sebaliknya,
kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka
merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.
10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.
Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.
Bagi
Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan
kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur
Tengah.
“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya. – Agensi
No comments:
Post a Comment