Saturday, March 31, 2012

-PEMBANTAIAN UMAT ISLAM KASHMIR-

KASHMIR

Umat Islam Kashmir Sedang Menunggu Bantuan
Seperti kebanyakan umat Islam lain yang terdapat di benua Asia, rakyat di Kashmir telah menghabiskan separuh kedua abad ke-20 dalam kancah peperangan dan konflik. Sebab utama mengapa keamanan dan ke­stabilan tidak wujud di Kashmir selama lebih kurang 50 tahun adalah disebabkan oleh penindasan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan India yang mendudukinya.
Kashmir merupakan kawasan dunia yang sangat penting dari segi ekonomi, kerana mengandungi emas, batu zamrud dan batu delima. Memandangkan kawasan yang diduduki India ini terletak di kawasan gunung-ganang, maka ia menjadi petempatan strategik untuk mengawal keadaan persekitaran. Inilah sebab­nya mengapa Kashmir, yang memiliki ke­pentingan strategik dan kekayaan hasil bumi­nya, telah menarik banyak bangsa sepanjang sejarahnya. Walau bagaimanapun, sebab paling utama mengapa negara-negara di kawasan tersebut amat berminat terhadap Kashmir adalah kerana identiti Muslimnya.
India, yang terkenal dengan sikap prejudis­nya menentang Islam, ataupun Rusia dan China tidak akan membenarkan Kashmir untuk mencapai objektifnya menjadi sebuah negara Islam merdeka, atau pun bersatu dengan kerajaan Islam Pakistan. Hakikat bahawa rakyat Kashmir yang merupakan umat Islam menjadi sebab asas kepada terjadinya sekatan ekonomi, tindakan kekejaman, penahanan dan penderaan yang tidak ber­justifikasi yang dikenakan ke atas mereka. Dengan cara ini, kuasa-kuasa ter­sebut dapat menghalang umat Islam dari memegang kuasa, dari segi ekonomi dan juga politik. Dengan cara yang sama juga, me­reka turut melakukan seka­tan dan tekanan anta­ra­bangsa untuk menghalang kerajaan Islam Pakistan dari menyokong rakyat Kashmir.
Pergerakan yang Terancang dan Strategik di Kashmir
Sub-benua India kekal di bawah pengaruh British sehingga akhir Perang Dunia II. Apabila British berundur, umat Islam India berhasrat untuk memiliki negara mereka sendiri dan dengan itu menubuhkan Pakistan. Terdapat perpindahan populasi di antara India dan Pakistan. Ramai umat Islam yang tinggal di India berpindah ke Pakistan. Walau bagaimanapun Jammu/Kashmir yang majoriti populasinya terdiri daripada umat Islam, terus kekal di bawah kawalan India. Hal ini terjadi akibat muslihat India dan juga sokongan daripada pihak British. Kashmir terus hidup di bawah penindasan India sehingga kini.

Berlaku tragedi kemanusiaan yang memilukan di luar kem-kem pelarian di Kashmir. Sehingga 10 orang dimuatkan dalam sebuah bilik, khemah satu katil. Umat Islam Kashmir sedang berhadapan dengan kebuluran, kemarau dan penyakit berjangkit. Apa yang boleh dijadikan makanan adalah beberapa ranting kering yang dicampakkan ke dalam perigi.
Umat Islam Kashmir berharap untuk menentang peraturan India yang menekan itu dan seterusnya mendapatkan kemerdekaan. India telah menjalankan proses pembunuhan beramai-ramai terbesar sebanyak tiga kali, iaitu pada 1947, 1965 dan 1971. Beratus-ratus ribu umat Islam Kashmir dibunuh. Lebih 4,000 orang wanita didera dan diperkosa. Sekolah-sekolah yang menyediakan pendidikan keagamaan telah ditutup untuk mengelakkan daripada berlakunya kesedaran Islam.18 Pergerakan pembunuhan dan asimilasi menjadi semakin kejam selepas tahun 1990. Rakyat ditahan tanpa sebab dan diseksa sehingga mati. Rumah-rumah dirampas, rakyat yang tidak bersenjata dianiaya, dan syarikat akhbar serta sekolah-sekolah ditutup. Kerajaan India masih tidak berasa puas dengan melakukan kekejaman bersenjata sahaja. Maka, empangan yang diperlukan untuk tujuan pertanian turut dirampas untuk menekan lagi umat Islam. Mereka mengisinya sehingga penuh dan tiba-tiba membukanya kembali apabila hujan monsun tiba. Kesannya, kawasan tanah rendah di Kashmir dan Pakistan mengalami banjir. Malah, beribu-ribu manusia kehilangan nyawa dan kawasan yang terlibat pula mengalami kerosakan yang sangat teruk.
Pada bulan Oktober 1993, satu siri serangan besar-besaran telah dilakukan ke atas Masjid Hazratbal di Srinagar yang merupakan ibu kota Kashmir. Pihak berkuasa India telah mengepung masjid tersebut selama lebih kurang sebulan kerana mendakwa ia menjadi sarang latihan militari umat Islam. Lebih dari 100 orang telah dibunuh ketika itu. 300 orang yang tidak bersalah pula telah ditahan. Bekalan elektrik dan air ke bandar tersebut telah dipotong.
Sebagai tambahan kepada penganiayaan yang dilakukan oleh kerajaan India di Kashmir, masalah pelarian yang serius turut berlaku. Di bawah ini, anda dapat membaca luahan Sefer Turan, seorang wartawan televisyen Turki, Kanal 7, berkenaan nasib para pelarian yang terdapat di dalam kem yang sedang dibincangkan ini. Ia sudah cukup untuk memberikan kesedaran kepada kita tentang apa yang berlaku:
Kem pelarian Ambor telah ditubuhkan pada 1990 untuk penduduk Kashmir yang melarikan diri dari Jammu Kashmir. Taraf hidup adalah sangat rendah dari kebiasaan. Para pelarian ditempatkan di dalam rumah-rumah sempit yang berlumpur. Di dalam sebuah rumah satu bilik yang kami masuk, terdapat sebuah katil. Apabila saya bertanya berapa ramai orang yang tinggal di situ, saya diberitahu, "Sembilan." Kem tersebut mengandungi 214 buah keluarga ataupun 1,110 orang individu. Sudah cukup dengan hanya memasuki sebuah pondok berlumpur untuk melihat betapa rendahnya taraf hidup mereka. Pondok tersebut secara umumnya mengandungi dua buah bilik. Terdapat beberapa periuk dan kuali yang tidak boleh digunakan. Juga terdapat satu atau dua katil yang sebenarnya tidak kelihatan seperti katil. Seorang ibu duduk di satu penjuru sambil memangku bayinya. Sumber api bumi digunakan untuk memasak, yang mana beberapa dahan yang dicari oleh mereka dibakar. Tiada apa-apa yanag boleh dimakan sama sekali di situ! Saya berasa segan untuk membuka tudung kuali untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Di dalam setiap khemah, tiada apa-apa yang dapat dimakan dan tiada ruang untuk tidur. Sehelai kain kecil yang agak lusuh terdapat di tengah lantai salah satu dari khemah-khemah yang ada di situ. Mungkin ia digunakan sebagai bantal. Apabila saya bertanya berapa ramaikah penghuni khemah tersebut, saya diberitahu 11 orang. Di luar, sebuah periuk sedang mendidih...19

Selepas 1980, penguasa-penguasa Hindu yang anti-Islam di India menjadi lebih kuat dan telah melakukan serangan-serangan yang besar ke atas umat Islam. Kumpulan-kumpulan ini mahu memadamkan segala kesan-kesan Islam di India dan telah menjalankan polisi-polisi asimilasi paksaan, termasuklah pembunuhan. Di samping itu, pendidikan Islam, membaca al-Quran, dan bersolat di dalam penjara diharamkan sama sekali. Nama-nama perkampungan Islam juga telah ditukar kepada nama Hindu. Sentimen keagamaan umat Islam meningkat dari sehari ke sehari. Acara membakar Al-Quran yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah satu contoh permusuhan askar-askar India terhadap Islam.
Contoh yang diberikan di atas hanyalah satu daripada drama-drama pelarian yang berlaku di seluruh dunia. Kehidupan jutaan pelarian di Palestin, penderitaan hampir sejuta pelarian umat Islam sewaktu Perang Kosovo, dan beratus-ribu lagi pelarian Chechen adalah lebih memilukan.
Kira-kira 90 peratus daripada populasi Kashmir adalah umat Islam. Sejumlah 700,000 askar-askar India ditugaskan menentang mereka yang seramai 4 juta orang. Pada tahun 1990-99 sahaja, jumlah wanita, kanak-kanak dan askar yang dibunuh dalam serangan oleh India melebihi 65,000. Secara purata, 20 orang umat Islam dibunuh setiap hari, wanita dirogol secara berkumpulan, masjid-masjid dan hospital-hospital dibom. Sekolah pula dibakar.
Di dalam semua situasi tersebut, ada hikmah yang mesti difahami bagi mereka yang memiliki berkesedaran. Terdapat hikmah bagi setiap peristiwa yang berlaku di dunia ini, yang mana ia merupakan satu ujian kepada umat manusia. Pengajaran yang mesti difahami oleh mereka yang beriman tentang pengalaman tersebut ialah kepentingan untuk memberikan penjelasan tentang kewujudan Allah dan menyebarkan ajaran al-Quran ke seluruh dunia. Apa yang perlu dilakukan oleh mereka ialah memenuhi tanggungjawab untuk memerangi segala fahaman yang cenderung untuk menafikan kewujudan Allah Yang Maha Esa, dan mencegah kemungkaran serta mengajak manusia untuk melakukan kebaikan. Dengan cara ini, manusia yang berkesedaran dan benar-benar takutkan Allah akan muncul, dan segala kezaliman akan dihapuskan. Mereka yang menindas orang lain akan bertanggungjawab ke atas perkara yang dilakukannya itu, baik di dunia mahupun di akhirat. Allah telah menjelaskan kebenaran ini di dalam ayat-ayat yang berikut:
Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya pasti akan mendapat kehinaan sebagaimana orang-orang sebelum mereka telah mendapat kehinaan. Sesungguhnya Kami telah menurunkan bukti-bukti yang jelas. Dan bagi orang-orang kafir ada seksa yang hina. Pada hari Allah membangkitkan mereka semua, lalu Dia memberitahu mereka segala apa yang telah dikerjakan. Allah mengumpulkan (mencatatkan) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. (Al-Mujaadilah, 58: 5-6)
Asas perjuangan ini adalah pertandingan idea-idea yang mesti dilancarkan untuk menghapuskan segala macam kekejaman, konflik, dan falsafah ateis yang menyediakan asas kepada kekacauan yang berlaku. Di dalam perjuangan ini, asas kepada segala keamanan, keharmonian dan kasih-sayang, iaitu kesedaran manusia, akan digerakkan untuk mengelakkan manusia yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah memberikan khabar gembira sebagai balasan kepada perjuangan tersebut:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa', 21: 18)



Kekejaman yang Diabaikan oleh Dunia
India berupaya melaksanakan polisi durjana yang menindas penduduk Kashmir selama lebih 50 tahun disebabkan oleh sokongan secara nyata dan juga tersembunyi yang diterima dari beberapa golongan di Barat. Umat Islam Kashmir berada di bawah rejim penindas Hindu disebabkan oleh keputusan-keputusan PBB, yang mana ke­ba­nya­kan­nya tidak dilaksanakan. Populasi Kashmir dikuasai oleh umat Islam. Perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan sokongan yang diberikan oleh Pakistan telah dilemahkan oleh polisi-polisi berat sebelah oleh beberapa golongan dari Barat.

PERIKATAN ANTI-ISLAM HINDU DAN YAHUDI



Sebuah artikel yang bertajuk “Kumpulan-Kumpulan Anti-Islam Bersatu Menerusi Internet” yang diterbitkan di dalam New York Times pada 2 Jun 2001, telah mendedahkan perhubungan di antara Hindu dan Yahudi. Laman web yang dikendalikan oleh puak militan Hindu di Amerika telah ditutup berikutan komplen-komplen yang mengatakan ia memupuk kebencian terhadap Islam dan menyokong keganasan. Namun demikian, beberapa hari kemudian laman web ini telah dibuka semula oleh kumpulan fanatik Yahudi yang tinggal di negara tersebut. Akhbar-akhbar menyebut tentang asas-asas perhubungan tersebut seperti berikut:
“Sebuah perikatan yang luar biasa telah membawa dua falsafah agama yang ekstrem daripada bahagian-bahagian dunia yang berbeza, yang sekali pandang, hanya memiliki sedikit persamaan. Namun corak hidup etnik campuran yang rapat di New York telah menjadikan kumpulan-kumpulan Hindu dan Yahudi yang kecil di sana, memahami bahawa perkongsian musuh yang sama sudah cukup untuk membina asas-asas persahabatan. Ikatan anti-Islam mereka sangat kuat... “Kami berjuang untuk perang yang sama,” kata Rohit Vyasmaan, yang menolong mengendalikan laman web Hindu itu, HinduUnity.org, dari rumahnya di Flushing, Queens.
Ketika beberapa kumpulan di Eropah cuba untuk mengabaikan persoalan di Kashmir semungkin yang boleh, beberapa media Amerika telah melaporkan isu tersebut kepada seluruh komuniti dunia secara subjektif. Kajian yang lebih mendalam menunjukkan bahawa beberapa berita harian Amerika jarang menyentuh tentang isu penganiyaan di Kashmir. Di dalam laporan yang mereka buat sekali-sekala, situasi yang berlaku itu hanya digambarkan sebagai "penindasan yang dilakukan ke atas golongan penderhaka dalaman di beberapa bahagian di India." Sebagai contoh pada 22 Januari 1990, akhbar New York Times telah menyuarakan pandangan yang menuduh Pakistan memberi sokongan kepada puak pemisah Islam di Kas
hmir yang telah merosakkan kestabilan negara itu dan ini seterusnya menimbulkan kemarahan Pakistan.20 Adalah mudah untuk kita melihat komen-komen yang subjektif seperti ini di dalam media-media Barat.
Tekanan India di kawasan tersebut dan proses asimilasi yang dilakukan telah menjadi semakin getir sejak tahun-tahun ke­belakangan ini. Telah wujud "puak fanatik Hindu" yang mana kerajaan India mendakwa tidak mampu untuk mengawalnya. Padahal semua orang tahu bahawa konflik di antara mereka hanyalah palsu dan tidak benar sama-sekali. Pergerakan ini bertujuan untuk menghapuskan kesemua umat Islam Kashmir, seperti mana yang dilakukan dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Masjid Babur Shah.
Bagaimanakah kita dapat menilai situasi yang sedang berlaku ini? Mengapa masih terdapat segelintir golongan yang membiarkan Kashmir terus berada di bawah penindasan India dan juga turut memberikan sokongan kepada puak pengganas dari negara tersebut? Jawapannya ialah kerana banyaknya aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelobi yang anti-Islam. Mereka kadang-kala dapat mempengaruhi dengan hebat sekali corak pengurusan Barat, yang seterusnya mempengaruhi pendirian golongan-golongan prodemokrasi Barat dan juga prokemanusiaan.
Sebagai kesimpulan, umat Islam Kashmir bukan sahaja perlu mempertahankan diri mereka dari India, ataupun kumpulan-kumpulan radikal Hindu, tetapi turut perlu melancarkan peperangan ideologi kepada kumpulan-kumpulan pelobi yang memberikan sokongan di sebalik apa yang sedang berlaku kini.
Kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam nampaknya menjadi dalang utama kepada peningkatan tahap propaganda yang sedang berlaku. Kekejaman yang dihadapi oleh umat Islam Kashmir adalah amat dahsyat. Sepanjang catatan sejarah, propaganda-propaganda yang disebarkan telah menyebabkan rakyat Kashmir digambarkan jauh dari keadaan mereka yang sebenar. Kekejaman dan penderaan yang dikenakan ke atas mereka yang tidak bersalah telah ditutup. Dengan itu, dunia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Cara manusia bertindak seolah-olah laporan-laporan daripada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia tidak pernah wujud sama sekali. Rakyat Kashmir yang menentang penindasan India dan berjuang untuk mendapatkan keamanan di tanah air mereka sendiri, telah digambarkan kepada dunia sebagai "puak pelampau."
Padahal hasrat utama rakyat Kashmir, yang telah dikongkong oleh India lebih dari separuh kurun, hanyalah untuk hidup dengan bertunjangkan agama yang mereka anuti, tidak ditindas hanya kerana mereka beragama Islam, dan memiliki tanah tempat tinggal bagi membolehkan mereka membesarkan anak-anak di dalam keadaan yang aman dan selamat.
Hakikat bahawa umat Islam Kashmir tidak dapat menikmati hak-hak asas mereka dan telah pula didera buat sekian lama telah cukup untuk memberitahu kepada kita semua tentang betapa segera dan pentingnya tindakan menyebarkan moral al-Quran ke serata dunia untuk menentang ateisme dan juga untuk manusia yang berkesedaran mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku kini.
Jelaslah kini, manusia yang betul-betul sedar tidak boleh menutup mata dan telinga mereka sewenang-wenangnya. Pem­beritahuan kepada masyarakat awam tentang ketidakadilan yang sedang berlaku dan menerangkan bahawa sebuah kehidupan yang aman dan adil hanya dapat dicapai dengan mengikuti ajaran al-Quran menjadi tugas penting kepada setiap muslimin ketika ini. Adalah menjadi tugas umat Islam juga untuk memberitahu setiap orang-orang yang beriman tentang berita baik pertolongan dari Allah dan juga nasib malang yang akan menimpa jika mereka tidak berhenti dari terus melakukannya. Ayat-ayat di bawah ini dengan jelas menggambarkan perbezaan ganjaran yang akan diterima oleh mereka yang beriman dan mereka yang zalim:
Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat), (iaitu) pada hari yang sudah tidak berguna bagi orang-orang yang zalim untuk meminta maaf, dan bagi merekalah laknat dan mereka akan mendapat tempat tinggal yang buruk. (Al-Mu'min, 40: 51-52)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...