KEMBOJA, Kebencian Terhadap Islam Selama Bertahun-Tahun
Kemboja adalah sebuah negara yang kecil dan miskin di Asia, yang berada di antara India dan China, di sebuah kawasan yang dipanggil Indochina. Kebanyakan rakyatnya buta huruf dan selama berabad-abad bergantung kepada pertanian untuk meneruskan kehidupan. Elemen paling penting dalam pertanian ini ialah tanaman padi beras yang banyak terdapat di negara itu. Majoriti masyarakatnya terdiri daripada bangsa Khmer, sebuah kumpulan etnik tertua di kawasan tersebut. Terdapat ramai juga minoriti Cina dan Budda di situ. Umat Islam juga membentuk sebuah minoriti yang lain.
Umat Islam di Kemboja dilarang hidup berlandaskan agama, menggunakan abjad Arab, ataupun menunaikan solat. Sesiapa yang melanggar larangan-larangan tersebut akan dihukum dan dibelasah teruk. Rakyat menjadi semakin miskin: Harta benda peribadi telah dirampas oleh kerajaan dan hak-hak mereka dicabuli. Mereka mati akal untuk menentang penindasan kerajaan. Satu-satunya cara yang mereka ada ialah melarikan diri. Gambar ini menunjukkan umat Islam yang lari dari penindasan di bawah keadaan yang amat susah. |
Kita sudah pun mengkaji kebencian komunisme terhadap agama dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh komunis ke atas tanah penduduk Islam. Contohnya, rejim Maoist Khmer Rouge adalah rejim yang tersangat kejam di Kemboja. Ia mendapat kuasa melalui sokongan orang-orang Cina. Sewaktu rejim ini berkuasa, terdapat usaha-usaha untuk memisahkan umat Islam dari agama mereka sendiri.
Khmer Rouge adalah sebuah kumpulan komunis yang dibentuk dan dipimpin oleh Maoist yang digelar Pol Pot. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam hutan Kemboja sambil mengimpikan sebuah kekuasaan, dan akhirnya pada tahun 1975 ia menjadi kenyataan. Selepas menawan negara itu, mereka telah menubuhkan sebuah rejim yang kejam dan totalitarian (Pent: iaitu sistem pemerintahan yang memiliki sebuah parti politik sahaja), yang mana ia tidak pernah dilihat sebelum ini. Rejim Khmer Rouge memutuskan tugas utama komunis adalah untuk bekerja bermatia-matian di sawah padi, dan dengan itu memaksa keseluruhan masyarakat di negara tersebut berkerja untuk mereka. Berpuluh-puluh ribu rakyat yang hidup di bandar-bandar - ahli politik, pegawai kerajaan, guru dan golongan intelektual - telah dihantar ke perkampungan dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang serba kekurangan.
Berehat sebentar semasa waktu berkerja, memakan hasil tuaian tanpa kebenaran walau sebahagian kecil sahaja, ataupun mengamalkan sebarang bentuk agama dianggap sebagai "aktiviti-aktiviti yang menentang kerajaan," dan dengan itu pembunuhan pun bermula. Di antara tahun 1975 dan 1979, kawasan sawah padi telah bertukar menjadi sebuah "padang pembunuhan." Kira-kira 3 juta orang daripada populasi total seramai 9 juta orang telah dibunuh, sama ada ditembak, atau dikapak di kepala, atau dicekik, atau dibiarkan mati kelaparan.
Seperti disemua negara-negara komunis yang lain, polisi kejam yang menindas umat Islam telah diwujudkan. Perang telah diisytiharkan ke atas nilai-nilai keagamaan rakyat, dan rejim terbabit telah melakukan kezaliman dalam usaha mereka memalingkan rakyat dari agama yang dianuti. Beratus-ratus ribu umat Islam telah dibunuh. Statistik berikut sudah cukup untuk membuktikannya: Kira-kira 200,000 umat Islam hidup di Kemboja pada hari ini. Sebelum revolusi komunis, angkanya adalah 800,000 orang, iaitu umat Islam mewakili seramai 7 peratus dari keseluruhan populasi.
The Black Book of Communism telah menggambarkan kebuasan yang dilakukan oleh rejim Khmer Rouge ke atas umat Islam Cham:
Pada tahun 1973, masjid-masjid dirobohkan dan solat diharamkan di dalam zon bebas. Tindakan sedemikian menjadi lebih meluas selepas bulan Mei 1975. Al-Quran dikumpulkan dan dibakar, dan masjid-masjid sama ada telah ditukar menjadi bangunan lain atau diranapkan. 13 orang pembesar Islam telah dihukum pada bulan Jun, setengahnya kerana pergi bersolat dan tidak menghadiri penyatuan politik, yang lain pula kerana berkempen mendapatkan hak mengadakan majlis perkahwinan keagamaan. Ada lagi yang lebih dahsyat: kira-kira 1000 orang yang pergi mengerjakan haji ke Makkah, hanya 30 orang sahaja yang berjaya hidup. Tidak seperti rakyat Kemboja yang lain, bangsa Cham sering memberontak, dan ramai di antara mereka yang mati dalam pembunuhan beramai-ramai dan serangan balas yang tercetus berikutan kebangkitan tersebut. Selepas pertengahan tahun 1978, rejim Khmer Rouge memulakan proses penghapusan sistematik ke atas masyarakat Cham, termasuklah wanita dan kanak-kanak... Ben Kiernan mengira bahawa kadar keseluruhan kematian di kalangan Cham ialah 50 peratus.65
Kira-kira 70 peratus umat Islam yang tinggal di ibu negaranya, Phnom Penh, telah meninggalkan negara ini disebabkan oleh kekejaman rejim Khmer Rouge dan terpaksa mencari perlindungan di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Laos. Apabila Vietnam menakluk Kemboja pada tahun 1979, kezaliman Khmer Rouge pun berakhir. Namun, penindasan ke atas umat Islam masih juga tidak reda. Kerajaan Vietnam yang disokong oleh Soviet, terus melakukan kekejaman ala Khmer Rouge. Mereka mengenakan polisi yang benar-benar menekan bagi menghapuskan Islam secara total. Beberapa tempat ibadah telah dimusnahkan dan tokoh-tokoh keagamaan telah dibunuh. Kebanyakan dari mereka telah diseksa dengan kejam di dalam penjara dan dijadikan buruh paksa.
Sehingga hari ini sekali pun, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyebarkan Islam atau untuk berkomunikasi dengan rakyat Kemboja di negara-negara lain. Ibadah secara berjemaah diharamkan. Vietnam turut memusnahkan semua artifak-artifak bersejarah yang mereka temui. Ketika ini terdapat hanya 20 buah masjid kecil yang masih berdiri di Kemboja.
Hari ini, berpuluh-puluh ribu ketulan tulang manusia dan tengkorak mangsa bunuh rejim Khmer Rouge dipamerkan di sebuah muzium di Phnom Penh. Seperti juga Chechnya dan Turkestan Timur, peristiwa di Kemboja telah mendedahkan kepada dunia wajah sebenar kezaliman komunis.
No comments:
Post a Comment