SUDAN
Sebuah Negara Yang Cuba Lari Dari Pergaduhan dan Perang Saudara
Sudan, sebuah negara yang betul-betul terletak di bahagian selatan Mesir, turut menyebabkan kuasa-kuasa anti-Islam berasa tidak senang dan tidak selesa disebabkan oleh identiti keislamannya. Salah satu masalah paling utama yang melanda Mesir ialah konflik berpanjangan di antara penduduk di bahagian utara dan selatan. Konflik ini adalah pertembungan di antara agama dan etnik yang berbeza. Umat Islam tinggal di bahagian utara, manakala Kristian Afrika membentuk masyarakat di bahagian selatan. Pemecahan etnik dan agama ini adalah satu legasi ataupun warisan British yang telah membentuk satu sempadan di negara tersebut. Legasi ini menuntut korban nyawa. Semenjak tahun 1960-an, penduduk di bahagian selatan (yang beragama Kristian) membentuk sebuah pemberontakan terancang bagi menentang pemerintahan Khartoum oleh umat Islam Arab di bahagian utara. Pemberontakan ini diuruskan oleh Pertubuhan Kristian yang menggelarkan diri mereka sebagai "Anya-Nya."Pada tahun 1989, pemberontakan di bahagian selatan menjadi lebih agresif berikutan penubuhan rejim Islam di negara tersebut. Ini kerana terdapat "sesetengah pihak" yang sering mengapi-apikan pemberontakan menentang pentadbiran Khartoum.
Seperti yang boleh dibayangkan, Israel menjadi ketua yang menyokong kebangkitan Anya-Nya. Di dalam buku The Israeli Connection (Perhubungan Israel) tulisan Benjamin Beit-Hallahmi, beliau mendedahkan bahawa Israel telah menyokong pemberontakan di bahagian selatan semenjak 1960-an lagi. Semenjak itu, Israel telah memberikan kepada pergerakan Anya-Nya pelbagai senjata api dan latihan ketenteraan. Mossad, iaitu sebuah agensi pakar milik Israel, telah membina hubungan dengan pemberontak di bahagian selatan melalui stesen-stesennya yang terletak di Uganda, Chad, Ethiopia dan Congo, dan kira-kira 30 gerila Anya-Nya telah diberi latihan khas di ibu pejabat Mossad yang terletak di bandar Torit. Pada tahun 1970, Israel membuat perjanjian dengan Uganda, yang terletak di selatan Sudan, dan dengan itu meningkatkan kebolehannya untuk mengeksploitasi sempadan Uganda-Sudan dan juga untuk memberikan sokongan kepada Anya-Nya. Berdasarkan maklumat Rolf-Steiner, seorang askar upahan, yang bertarung dengan Anya-Nya, Israel menjadi pelindung utama pihak pemberontak di bahagian selatan.45
Sudan melalui era pergolakan politik sehingga tahun 1989, apabila Pertubuhan Persaudaraan Islam yang dipimpin oleh Hasan al-Turabi mengambil-alih sistem pemerintahan negara. Semenjak itu, wujudlah sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh al-Turabi. Berikutan dengan pengenalan undang-undang Islam oleh Parlimen Sudan, Anya-Nya memulakan kebangkitan barunya. Kali ini mereka bergerak di bawah nama Tentera Pembebasan Rakyat Sudan (SPLA). Sebelum duduk semeja untuk berunding dengan pihak pemerintah, pemimpin SPLA iaitu John Garang mahukan pembatalan undang-undang Islam sebagai satu pra-syarat. Apabila parlimen enggan menerima pra-syarat tersebut, kezaliman mula meningkat. Kebangkitan ini yang menentang rejim Islam telah mendapat sokongan daripada pelbagai negara.
Israel sekali lagi menjadi penyokong utama. Dr Ahmed Abdul Halim, Duta Sudan ke Mesir memberitahu kepada Al-Ahram Weekly yang diterbitkan di Mesir bahawa, "(SPLA) mendapat sokongan ketenteraan terutama sekali dari Israel dan pembantu-pembantu militari Eritrea."46 Fakta-fakta yang muncul hari demi hari mendedahkan bahawa Israel menjadi dalang utama kepada pemberontakan bersenjata Kristian.
Helah Kebuluran dan Penipuan "Negara Pengganas"
Ketika ini sedang berlaku peperangan bagi menentang rejim Islam di Sudan. Perang ini mempunyai dua dimensi yang berasingan. Satu adalah helah kebuluran dan satu lagi adalah konsep "negara pengganas."
|
Walaupun dihantui dengan pelbagai jenis musibah, Sudan telah mengambil langkah serius bagi membangunkan semula negara tersebut dengan berkuasanya pihak rejim Islam pada tahun 1989. Pentadbiran tersebut, yang dipimpin oleh mahasiswa Sorbonne iaitu Hasan al-Turabi yang berslogankan "Agama adalah enjin sebenar kemajuan," telah menjadikan beribu-ribu hektar tanah sesuai digunakan untuk tujuan pertanian. Dua buah projek empangan terbesar di Sungai Nil telah dimulakan bagi menggunakan sumber air Sudan yang melimpah-ruah. Ia digunakan untuk mengairi tanah seluas kira-kira 1.5 juta ekar di sepanjang sungai tersebut dan juga bagi menjadikan Sudan sebagai negara penghasil tenaga elektrik terbesar. Namun demikian, Sudan gagal untuk memasarkan produk keluarannya kerana ia telah dilabel sebagai sebuah "negara pengganas," di samping sekatan ekonomi yang dikenakan ke atasnya.
Dengan cara ini, proses kemajuan di Sudan sedang dihalang. Di sebalik semua ini, para wartawan Barat sering melaporkan berita-berita tentang kes-kes kelaparan di Sudan. Satu-satunya kawasan di negara tersebut yang dilanda kelaparan sebenarnya adalah di bahagian selatan, yang memberontak menentang pemerintahan pusat.
Matlamat utama di sebalik laporan-laporan sedemikian ialah: Pertama sekali untuk menggambarkan bahawa kerajaan sebagai bertanggungjawab dengan menyebarkan propaganda tentang "kebuluran di Sudan," dan kemudian cuba untuk meraih pengaruh di negara tersebut dengan mengatakan bahawa bantuan kemanusian sedang dihulurkan kepada mereka yang kelaparan di negara tersebut. Sudah tentu bahawa penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Sudan adalah satu tugas kemanusiaan yang sangat penting, dan mereka harus disokong. Namun, apa yang sering berlaku ialah bantuan-bantuan tersebut tidak sampai ke destinasi yang ditetapkan atau pun intensif-intensif sedemikian tidak dilakukan dengan niat untuk menolong. Hakikatnya bantuan yang diberikan tidak mempunyai kualiti yang bagus dan tidak sesuai. Hal ini menjadi petanda penting terhadap niat sebenar penghantaran bantuan terbabit. Mereka yang pernah melihat bantuan tersebut di tempatnya pasti mengatakan bahawa makanan yang diberikan tidak berkualiti dan hanya sesuai diberikan kepada haiwan. Seorang pemerhati telah melaporkan seperti berikut:
|
Saya melihat dengan mata saya sendiri bantuan makanan gandum yang dihantar ke Sudan. Kerajaan Sudan bercadang untuk menjadikan gandum tersebut makanan kepada haiwan ternakan kerana ia sudah melebihi tarikh luputnya dan mempunyai kualiti yang sangat teruk. Saya berasa hairan apa...akan...terjadi kepada gandum ini jika ia tidak dihantar ke Sudan? Saya percaya mereka (Pent: iaitu yang menghantar gandum ke Sudan) akan memusnahkannya atau pun menjadikannya sebagai makanan kepada haiwan mereka sendiri. Inilah kebenaran di sebalik bantuan yang diberikan oleh...negara-negara Barat yang lain, bantuan yang dipergunakan sebagai propaganda. Kerajaan baru Sudan kini tidak lagi mengetuk pintu negara-negara penindas dan meminta bantuan makanan dari mereka.47
Genap 83 peratus dari 25 juta rakyat Sudan beragama Islam, 10 peratus animis dan 7 peratus lagi Kristian. Animisme dan Kristian hidup di selatan, manakala umat Islam di bahagian utara. Tanah yang subur di bahagian utara menyangkal propaganda “berlaku kebuluran di Sudan.” |
Seperti yang telah ditekankan berulang-kali dalam buku ini, punca utama terhadap apa yang sedang berlaku di Sudan kini adalah disebabkan oleh identiti Islamnya yang kuat. Namun demikian, sebenarnya kerajaan Omar Hassan al-Bashir yang memegang kuasa selepas al-Turabi, sedang melakukan konsesi atau pun penyerahan ke atas garis-garis panduan Islam negara tersebut dan mengambil beberapa langkah bagi memenuhi hasrat Barat. Hakikatnya al-Bashir, yang dituduh membawa semangat nasionalisme Arab ke Sudan, yang berhasrat mahu menangkap tokoh-tokoh seperti al-Turabi yang mendapat sokongan dari banyak negara Islam, telah memberikan petanda kepada kita semua bahawa sebuah perkembangan yang tidak diundang sedang berlaku di negara tersebut.
No comments:
Post a Comment