Thursday, October 6, 2011

SEJARAH KEDAH :REALITI ATAU DIPESONGKAN-SIRI 2...

Masih Ada Yang Ingat Sejarah Bangsa

April 22, 2010
Oleh Anak Waris | Kategori Kejatuhan, Pejuang Bangsa, Pengkhianat Bangsa, Sejarah, Sembang-Sembang

Artikel ini telah dibaca sebanyak: 2,018 kali

Siam Islam Kedah, dari cerita anak turun mereka - diolah dari blog sejarah nagara Kedah.
- Anak saya menelefon saya dari K.L menyuruh saya membaca sebuah cerita dari ‘internet’, mengenai ‘50 tahun merdeka tetapi buta sejarah bangsa’. Dia berkata yang saya mesti tahu, mesti minat, sebab abah sering menceritakan kepada kami dahulu… Saya pun minta tolong orang muda di kampung ini supaya membaca dan membawa salinan pada saya. Setelah dibaca, saya merasa sedih, seronok pun ada, seram sejuk pun ada. Saya pun ada benda yang hendak saya beritahu. Sudah lama sangat.. terpendam di dalam hati, kena la saya ceritakan juga… selagi hayat masih ada.. Saya bukan nak memburukkan sesiapa.. tidak!
Tetapi kenapa mereka seperti itu.. menyatakan mereka bagus.. kenapa? Dendam? Sudah berapa ratus tahun sudah berlalu.. Malaysia sudah 50 tahun merdeka. Zaman sudah berubah, apa nak ditakutkan lagi..
Zaman dahulu sudah la datuk nenek kami kena bunuh, harta pesaka datuk nenek kami pun mereka rampas.. mereka kata mereka yang punya, dosa besar tu, kita orang Islam. Hari ni mereka memerintah, sejarah pun mereka tukar dan pesongkan, buang dan lenyapkan ikut sedap mereka. Mereka kata pula yang merekalah yang buat itu dan ini.. Sebab itulah orang kata raja-raja dulu penyamun, perampas kuasa. Mereka ingat kita ni sudah tiada, kalau kata ada sekalipun, kita akan buat tak tau sahaja, mungkin kita sudah lupa apa yang moyang mereka lakukan kepada moyang kita.. Sekarang ini saya merasa terpanggil hendak bercerita.. Beri tahu semua orang, terpulang sama ada mereka percaya ataupun tidak..
Dahulu semasa bangsa Thai memerintah, puak Raja Kota Setar curang dan bersubahat sama. Puak Thai zaman itu memang kejam, bukan bunuh tapi sembelih moyang kami hidup-hidup, orang kampung, habis mereka bunuh, perempuan mengandung mereka toreh perut, budak-budak dicantas kepala di istana yang terletak di Kota Meang Kuang (bermaksud nagara luas/benua luas). Mereka membunuh keturunan Maharaja Siam Islam di Kota itu. Puak Raja Kota Setar yang bersubahat dengan Thai memberitahu lokasi istana raja. Mereka berpakat dengan Thai, menyerang hendap dan cuba membunuh Raja Besar Benua Siam di situ. Raja Siam ketika itu bernama Sharib (Khalifah Syarif Abu Bakar Syah). Yang menjadi dalang, lari menyembunyi di Melaka (Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, Raja Kota Setar) dibawah Inggeris apabila cucu Maharaja Siam, Syed Alang Alauddin yang duduk di Istana Kuning Alor Setar mengejar Thai dengan tentera Siam Islam Kedah.

ayuthia
Makam Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. Sumber: facebook – The age of discovery : SIAM 1340-1600/The Malay Press
Tunku Anum pula melarikan diri ke Ligor. Jangan tukar sejarah, mereka ini memberi kerjasama dengan musuh (Thai) dan kenapa kita hendak menyanjung mereka? Sebab apa pula mereka wira Kedah kononnya? Mereka inilah pengkhianat bangsa dan agama. Saya dan keturunan saya ni sudah mengetahui lama sudah, cuma tidak boleh bercakap (wajah dah serius dah pulak), sebab mereka memasang ’spy’ dikampung-kampung masa tu. Mereka ingat mereka akan berkuasa sampai bila-bila la kot. Sampai masa kita ni mati jugak. Dok bohong buat apa..
Tentera Siam Islam dan Datuk Bendahara Negara Kedah menyerang Thai di Thalang dan menang di sana. Tetapi (Paduka Seri) Sultan Ahmad Tajuddin (Halim Syah), Raja Kota Setar senyap, lalu menyuruh Datuk Bendahara Kota Setar dengan anaknya, Tengku Abdullah mengadap Raja Buddha Rama I Sukuthai tahun 1812-1813. Mereka merancang hendak membunuh Raja Siam, Sultan Sharif dengan Tengku Long Putera (Perdana Menteri Negara Kedah merangkap penghulu Berahman Indera). Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, merasakan jikalau beliau membunuh Tengku Long Putera dan adiknya Tengku Anjang Johan, beliau boleh menjadi Sultan Kedah. Mereka suda berpakat dengan Thai.
Tahun 1814, Datuk Bendahara Kota Setar menghantar 3 utusan menyuruh Sultan Mad Zaffar Syah III tunduk kepada Thai dan menghantar bunga emas ke Bangkok tetapi baginda menolak. Akibatnya Raja Rama Chakri menyuruh Kedah menyerang Perak dan berlakulah peperangan sesama Melayu Islam di Kerian dalam tahun 1816.
Tahun 1818 tentera Siam Islam Kedah, pimpinan Syed Alang Alauddin, menyerang Thai di Pulau Tongka, tetapi kalah. Pada tahun 1821, Thai menyerang Kota Kuala Kedah dengan menggunakan 100 perahu, dengan menyamar membawa bendera Siam Islam. Orang Kedah ketika itu menyangka bahawa mereka orang Siam Islam seperti Maharaja Benua Siam Islam dahulu. Pada masa itu terdapat sambutan kenduri anak Dato Bendahara di Kota Kuala Kedah. Mereka membunuh semua orang termasuk Tengku Long Putera (@Laksamana Datu) yang menjadi Penghulu Berahman Indera merangkap Perdana Menteri Maharaja Benua Siam Islam dengan adik dia, Tengku Anjang Johan. Kubur Tengku Long dan Tengku Johan masih berada di sini. Syed Alang Alauddin cucu Khalifah Syarif ni berjaya bertahan di Istana Kuning, Kota Setar.
Ayahanda beliau, Sultan Mad Zaffar Syah III, pada ketika itu bersemayam di Kuala Kangsar, menjadi Raja Kuala Kangsar di bawah Maharaja Siam Negara Kedah. Beliau terselemat kerana duduk jauh tetapi adik-adik beliau (bapa saudara Syed Alang Alauddin), habis dibunuh – Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Ada ka patut, hari ni makam-makam mereka yang shuhadah ni, mereka kata kubur bangsa India. Siasat punya siasat rupa-rupanya yang jadi dalang ialah Tengku Anum dengan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, yang kononnya masa berlaku kejadian melihat pengorekkan terusan di Merbok (di Sungai Patani), padahal mereka sudah tau Thai hendak menyerang. Takut kena tangkap, seorang lari ke Ligor dekat Segenting Ke Ra (masa tu bawah Thai), seorang lagi lari ke Pulau Pinang bawah perintah Inggeris.
Pasai dok sebut-sebut siam-siam ni, awak ingat siapa Siam ni? Jawapannya – kita la!! Orang Melayu kita la. Sama macam kita pergi Selangor ka, Johor ka, kita jumpa orang Melayu. Mereka kata mereka Jawa, kita pergi kampung mereka, mereka bertutur bahasa Jawa. Orang Melayu di Kedah ni, Melayu saja-saja ka? Betul ka kita Melayu Kedah? Kita ni sebetulnya ialah orang Siam, orang Siam Islam. Siam tu Islam, memang dari dulu lagi kita ni Islam. Kita bukan baharu masuk Islam. Yang mereka dok kata ni jahat bunuh orang buat apa? Yang itu ialah Thai, sukutai, orang Melayu kita kata, puak Thai. Bahasa Siam kata puak ‘kapiag’ (bahasa Kedah). Maaf, untuk makluman saja.. tu la makna dia. Mereka dok sebut-sebut Siam tu bukan pasal apa, pasal Thai ni turun dari negeri Siam, mereka kata Siam la. Tapi yang sebenarnya yang datang itu ialah bangsa lain dah.. agama pun dah lain. Zaman dahulu bukan ada suratkhabar, televisyen seperti hari ini, sebab tu banyak rakyat tak tau cerita sebenar. Tapi kami ni kaum kerabat Raja Siam Islam tau semua dari ‘alif’ sampai ‘ya’. Mereka bukan nak datang tanya kita pun sebab mereka dok ingat kita ni Thai, mereka tak tau. Mereka dok belajar sejarah orang putih di sekolah tu, termasuklah awak sekali…
Terimakasih kepada sahabat saya Khairul kerana berkongsi alamat..
Artikel sama yang berkaitan:
  1. Mata Pelajaran Sejarah Wajib Lulus Mulai 2013 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di...
  2. Pengumpul Artifak Melayu. Khazanah Warisan Bangsa Tentu pelik pada zaman moden ini melihat seseorang berpakaian seperti pahlawan Melayu dahulukala. Siap dengan lilitan pontoh...
  3. Pahlawan Melayu yang Hilang – Si Bongkok Baru ini, penulis ada berjumpa dengan sahabat dari selatan – Johor dan bersembang panjang, maklumlah dah lama...
  4. Sejarah Melaka yang Dipesongkan. Salah Siapa? Mengikut sejarah, Melaka dibuka oleh Parameswara pada tahun 1400. Tetapi mengikut Manuskrip Melayu Lama - Buku Undang-Undang...
  5. Kejatuhan Empayar Melaka. Pengajaran dan yang Tersirat. Melaka sebelum ditawan Portugis atau Peringgi ialah sebuah pusat perdagangan yang maju di Asia Tenggara. Semua masyarakat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...