Saturday, March 31, 2012

-PENGHINAAN TERHADAP JENAZAH GADDAFI-SIRI 1

Mayat Gaddafi Mulai Berbau | Sungguh Seksa Jasad Arwah

Sejahat atau sekeji mana manusia bernama Gaddafi itu, namun sesuatu yang pasti dan wajib dilakukan ialah menyegerakan pengebumian mayat arwah oleh orang-orang Islam yang lain. Arwah tetap seorang Islam.
Namun, sesuatu yang menyedihkan apabila orang-orang Islam di negara Libya juga masih sanggup membiarkan jenazah sesama muslim itu terbiar begitu lama.

Mayat Gaddafi dikhabarkan mulai berbau dan mereput. Malah dibawah tempat mayatnya dibaringkan juga cairan mayat mulai mengalir.
Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.
Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

“Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain,” kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.


“Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.
Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran),” tambahnya.
Sama dengan saja rakyat disana dengan kekejaman Gaddafi jika benar seperti yang digembar-gemburkan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...