Sunday, April 1, 2012

KERAJAAN BRUAS,SEBAHAGIAN DARI EMPAYAR SIAM KEDAH..SIRI 3

Sejarah Keturunan Raja Kota Beruas

Raja Kota Beruas Nai Hisbu Mad Azam Shah bergelar Intaraja II Songtam Ayuthia telah berkahwin dengan puteri Sultan Langkasuka iaitu Sultan Yaacub Putera Jalil Shah bergelar Khun Waranwangsa. Baginda adalah Raja Dinasti Ayut’ia Ke 15, sekitar tahun 1548 Masihi. Hasil perkahwinan tersebut baginda dikurniakan tiga orang putera.

a) Raja Dinasti Ayut’ia Ke 26 iaitu Sri Su Tammaraja (1605), Khalifatullullah Akhirul Zaman, Sultan Mahmud Syah Melaka. Sila rujuk ms 98, Buku Undang-undang Kedah.

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di Negeri Melaka pada hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Seribu Enam Puluh Tujuh, Tahun Jim, (1657 M) bulan ramadhan hari Abra’a fasal pada menyatakan Undang-Undang hubaya-hubaya jangan dilalui perkataan ini”.

Cop mohor yang dijumpai di Riau oleh kerajaan Melaka baru-baru ini adalah juga milik baginda, bukanya milik Sultan Mahmud Syah raja wilayah Melaka sekitar tahun 1400-1511. Sultan Mahmud Syah yang dimaksudkan diatas adalah Raja Besar Benua Siam Islam yang juga bergelar Khalifatullah Akhirul Zaman.

b) Putera kedua Raja Beruas ialah Raja Dinasti Ayut’ia ke 27 iaitu Narai, nama sebenar Tun Sa’ban, bergelar Laksemana Hang Tuah ketika di Melaka dan akhir sekali menjawat jawatan Sultan Acheh bergelar Sultan Iskandar Muda,1661.

c) Putera ketiga Raja Beruas ialah Dinasti Ayut’ia Ke-28 iaitu Pra Petraja Sultan Tengku Abu Narawanara. Di Melaka baginda digelar Hang Kasturi.

Istana Alam Shah di Kelang, telah siap dibina oleh Khalifahtullah Akhirul Zaman, Sultan Mahmud Syah, Raja Besar Benua Siam Islam pada tahun 1650 Masihi setelah baginda berpindah dari Kota Lukut, lokasi sebenar Kota Melaka berikutan serangan Belanda. A Farmosa bukan Kota Melaka sebaliknya ia Kota Portugis.

Sila rujuk ms 1, Buku Undang-undang Kedah.

“Pada tarikh seribu Enam Puluh Tahun, Tahun Zai (1650 Masihi) pada Tujuh Belas Hari Bulan Jamadilakhir, Hari Jumaat; Bahawa pada ketika itu adalah titah Syah Alam Yang Maha Mulia terjunjung ke atas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan datuk besar di hulu, Alaihi Rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit”

Kenyataan diatas membuktikan bahawa Portugis tidak menyerang Melaka dalam tahun 1511, malah keberadaan mereka disana adalah dengan perentah Maharaja Benua Siam Islam untuk mengawal Selat Melaka setelah kemangkatan Laksemana Cheng Ho. Baginda berada di Kota Lukut sehingga diserang Belanda dalam tahun 1641 dan berpindah ke Kelang yang juga merupakan sebahagian dari Melaka. Sejarah kita ditulis versi kegemilangan Raja wilayah Melaka yang telah diusir oleh Portugis atas perentah Maharaja Benua Siam.

Terdahulu, tindakan Raja wilayah Melaka memerdekakan wilayah itu dengan pergi mengadap Maharaja China Yong Le tanpa pengetahuan Raja Besar Benua Siam sangat tidak di sukai olehnya. Malah tentera Raja Besar Benua Siam pernah menyerang pelabuhan Melaka untuk mengambil semula wilayahnya, namun dilarang oleh Maharaja China yang mungkin telah tersilap memberi pengiktirafan itu kepada Raja Melaka. Gelaran Paduka Seri Sultan (saudara kepada Raja Besar) membuktikan ini adalah gelaran raja daerah/wilayah sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah.

Pada tahun 1641 masihi tentera Belanda dan pemberontak Minangkabau mengusir Sultan Mahmud Syah dari Kota Melaka di Kuala Lukud, negeri Sembilan. Perkataan Siambilan ialah bahasa Siam yang bermaksud kerajaan Siam hebuh jatuh. Sultan Mahmud Syah berundur dan dalam perjalanan berundur itu baginda berhenti beristirihat atau berteduh di bawah satu pokok maka tempat tersebut kemudian dinamakan Selangor.

Dalam bahasa siam, Selangor bermaksud berteduh di bawah teduhan tumbuhan pokok. Kejadian ini telah direkodkan sebagai Parameswara berteduh dibawah pokok melaka dan menamakan kawasan itu Melaka. Sultan Mahmud Syah mangkat di Istana Syah Alam Kelang, Selangor pada tahun 1668 masihi dan dimakamkan di Kota Beruas.

Padahal sejarah yang kita pelajari tidak memaklumkan bahawa Melaka ialah nama lama bagi Semenanjong tanah melayu dan telah wujud dizaman Sultan Muhammad Johan Syah atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah Yang Adil. Duit emasnya ada disimpan di muzium Negeri Kedah. Sultan Muhammad Johan Syah adalah ayahanda kepada Sultan Rijaluddin yang bergelar Parameswara Melaka.

Putera Almarhum Sultan Mahmud Syah iaitu Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Shah, suami kepada puteri Raja China Hang Li Poh ketika itu bersemayam di Istana Jugra (sebahagian dari melaka). Dengan mangkatnya ayahanda baginda, maka pihak Belanda mengambil kesempatan untuk menyerang dan serangan mereka ditujukan kepada Istana Alam Syah Kelang dan Kota Jugra di Selangor.

Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Shah terpaksa berundur dan berpindah ke Istana Ayut’ia Kota Palas kepunyaan Raja Siam Khun Woran Wangsa Langkasuka, yang terletak di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi Kedah.

Di m.s 16, Buku Undang-undang Kedah tercatat zaman Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dan di m.s 17 tercatat,

"Hijrah Al-Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam pada Seribu Tujuh Puluh Delapan Tahun, Tahun Dal, (1668 Masihi) pada Bulan Rabiulawal hari Isnin, Zaman Hadirat Maulana Syah Alam Semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang".

Dari buku sejarah "A History Of South East Asia",1955 DGE Hall ada menyatakan Sultan Muhiyuddin Mansor Syah digelar Dinasti Ayut’ia Ke 31 Maha Tammaraja II Boromokot. Putera baginda ialah Raja Siam Tong Oo (Burma) digelar Maha Dammaiyaza dari bahasa Arab yang bermakna pembesar darah dari lainan raja.
Maha Dammaiyaza juga dikenali dengan nama Syarif Abu Bakar Syah. Ketika itu baginda bersemayam di Istana Ayut’ia Mandalay Burma (Myanmar). Pada tahun 1752 Masihi baginda diusir oleh tentera Buddha Burma, Raja Aluang Praya Lanna Chakri Sokho Thai. Maha Dammaiyaza dan permaisurinya Suriya Marin iaitu puteri kepada Sultan Langkat, Sumatra Pasai.

Mereka kemudiannya berpindah ke Kota Ayut’ia Bangkok Siam. Sultan Langkat adalah putera Maharaja Ayut’ia sebelum ini iaitu Narai Tun Sa’ban atau Sultan Iskandar Muda Acheh (Hang Tuah). Dengan itu, Permaisuri Suriya marin adalah cucu kepada Narai Tun Sa’ban atau Sultan Iskandar Muda Acheh (Hang Tuah).

Pada tahun 1758 Masihi Sultan Mualana Muhiyuddin Mansor Syah mangkat di Kota Palas dan di makamkan di Kota Buluh Melaka, Langkawi. Kesempatan ini diambil oleh pihak tentera Raja Buddha Lanna Sokho Thai untuk menyerang Raja Siam Kemboja, Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah ibni Sultan Syarif Abu Bakar Syah yang bersemayam di Kota Ayut’ia Funaan Siamreap. Dalam pertempuran ini Raja Buddha Lanna Sokho Thai Aluang Phraya terbunuh disatu tempat yang kemudiannya diberi nama Thaikala. Thaikala ialah dari bahasa siam yang bermaksud mati dibunuh.

Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar III Kedah anakanda kepada Maha Dammaiyaza dan permaisurinya Suriya Marin kembali dari Kemboja bersama-sama pengikut dan tenteranya ke Istana Balai Besar (Berahman Indera) Alor Star Kedah dan bersemayam di situ. Baginda kemudiannya berpindah setelah ditabal menjadi Raja Kuala Kangsar.

Pada tahun 1767 Masihi Ayut’ia Bangkok diserang oleh tentera Sokho Thai yang dipimpin oleh general Taksin Burma. Boromoraja V Ekataat Syarif Abu Bakar Syah yang
bersemayam di situ terpaksa berundur ke Nakhon Si Tammarat dan bersemayam di Istana Ayut’ia Nambang Ligor Siam.

Pada tahun 1782 Masihi tentera laut Raja Buddha Rama I Chakri Sokho Thai menyerang Kota Nambang Ligor yang didiami oleh umat Islam dalam pertempuran ini tentera Islam telah menang dan medan pertempuran tersebut digelar Cherat Nakhon Si Tammarat Siam.

Sultan Syarif Abu Bakar Syah kemudiannya kembali ke Kedah dan membina istana di dalam bukit dan dinamakan Istana Kota Meang Kuang. Meang Kuang bermakna Kota Negara Luas Benua Siam Kedah. Kawasan kota tersebut berada di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah.

Pada tahun 1778 Masihi Syarif Abu Bakar Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah melantik Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Syah untuk menjadi Raja Pulau Pinang, Kedah manakala kekandanya (dari bonda pertama) Paduka Seri Sultan Tengku Long Putera Laksemana Datu menjadi Raja Legeh merangkap Seri Paduka Perdana Menteri Benua Siam Kedah. Kedua-dua mereka adalah anak saudara Syarif Abu Bakar Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah dari berlainan ibu.

-PENINDASAN UMAT ISLAM DI KENYA-

MINORITI MUSLIM DI KENYA.
Thumbnail for version as of 06:19, 21 November 2009 
1.1 Pendahuluan.
Minoriti dari sudut istilah politik yang digunakan diperingkat antarabangsa ialah sekumpulan atau beberapa kumpulan daripada rakyat disesebuah negara. Istilah ini kebiasaannya berkait rapat dengan bangsa, bahasa atau agama. Selalunya apa yang diperjuangkan oleh sesebuah kelompok minoriti ialah keadilan yang sama dengan golongan majoriti dari segi hak-hak kemajuan, politik dan kebebasan melaksanakan tuntutan agama.[1]
Suatu perkara serius yang dihadapi oleh masyarakat Islam kini ialah kejahilan mereka tentang perkembangan yang berlaku kepada kumpulan-kumpulan minoriti Muslim di dunia. Masyarakat Islam yang hidup sebagai kelompok minoriti bilangannya hampir 1/3 daripada jumlah keseluruhan masyarakat Muslim di dunia. Mereka biasanya tinggal di negara-negara yang agama rasminya Kristian atau lain-lain agama. Kajian statistik yang lengkap tentang jumlah minoriti Muslim ini adalah perlu memandangkan ia akan memudahkan lagi untuk mengetahui perkembangan semasa mereka. Kajian ini memerlukan kerjasama sepenuhnya dari semua pihak yang berkaitan kerana ketidakseriusan dalam melaksanakannya akan membuatkan maklumat-maklumat tentang mereka dikeluarkan secara kasar sahaja atau tidak tepat atau menyimpang daripada realiti. Perangkaan yang diperolehi melalui kajian berkenaan juga akan dapat digunakan bagi mengikuti hal ehwal sosio-ekonomi dan politik mereka disamping menjadikannya sumber lengkap untuk mengetahui pertumbuhan populasi serta pembangunan minoriti Muslim.[2]
2.0 NEGARA KENYA.
Kenya adalah sebuah negara di Afrika Timur yang bersempadan dengan Ethiopia di utara, Somalia di timur, Tanzania di selatan,Uganda di barat, Sudan di barat laut serta dipisahkan Samudera Hindia di bahagian tenggara. Negara ini berpenduduk sebanyak 37.021.860 orang (statistik pada tahun 2008) dan kota terbesarnya adalah Nairobi, yang juga merupakan ibu kotanya. Bahasa penghantar yang sering digunakan di Kenya adalah bahasa Inggeris dan juga bahasa Swahili sebagai bahasa kedua yang digunakan sebagai bahasa pembantu. Bahasa Swahili banyak menggunakan bahasa Arab dan berkembang sebagai bahasa penghantar di Kenya. Kenya mempunyai penganut pelbagai agama seperti majoriti penduduk yang menganut agama Kristian adalah sebanyak 78%, kepercayaan asli 10%, Islam 10% dan lain-lain agama sebanyak 2%.[3]
Dari sudut politik, Kenya merupakan sebuah negara yang mengamalkan negara republik demokrasi perwakilan dengan sistem residen dimana Presiden Kenya menjadi ketua negara dan ketua pemerintahan sekaligus. Negara ini menggunakan sistem multipal iaitu kekuasaan eksekutif dipegang oleh pemerintah yang juga memegang kuasa legislatif.
Pendidikan di Kenya mempunyai nilai yang luar biasa di bidangnya, yang dipandang sebagai kunci kejayaan peribadi dalam komunitinya sejak 2003, kerajaan memperkenalkan Kenya Pendidikan Dasar Universal, menambah bilangan 1.5 juta murid ke sekolah dasar negeri.
Sistem pendidikan mempunyai lapan tahun pendidikan dasar, empat tahun pendidikan menengah, dan empat tahun pendidikan universiti. Pendidikan di Kenya cukup mahal dan ia merupakan beban yang besar bagi sebahagian besar keluarga, yang sebahagian besar hidup di bawah garis kemiskinan universal US $ 1 per hari.
Sistem pendidikan di Kenya juga dibebani oleh kekurangan kemudahan yang mencukupi serta guru. Dari sekitar 600.000 murid yang mengambil kelas lapan ujian nasional, kurang dari setengah masuk ke sekolah menengah kerana kekurangan kemudahan. Kurang daripada 60.000 pergi menyambung pelajaran ke universiti atau akademi, terutama kerana kurangnya kemudahan dan kos pendidikan.[4]
3.0 PERMULAAN ISLAM DI KENYA.
Pada dasarnya, kemajuan dalam penyebaran Islam di Kenya muncul antara 1880 dan 1930. Ini adalah ketika sebahagian besar struktur sosial dunia Afrika yang tidak stabil, meninggalkan mereka memerlukan era yang baru, pandangan dunia yang lebih luas meliputi atau mengatasi perubahan berpengalaman. Akibatnya, Islam baru memperkenalkan nilai-nilai agama melalui upacara dan ritual luaran yang ditunjukkan, beberapa di antaranya dapat diikuti tanpa kesulitan. Sosio-kultural Muslim diberikan dengan rasa bangga dan perasaan teruja. Tamadun Islam yang dikenalpasti dengan cara hidup Arab (Ustaarabu), sebagai lawan dari 'barbarianism' (Ushenzi) maka dominasi bentuk Arabisme Islam di Afrika Timur. Kemudahan dengan mana Islam boleh diterima, bererti bernambah amalan-amalan adat baru, dan upacara-upacara ritual keagamaan dengan cara-cara Afrika, dengan cara-cara baru untuk mentakrifkan identiti seseorang dengan bentuk-bentuk ekspresi baru. Bercampur dengan umat Islam menyebabkan makna penukaran kembali ke rumah sebagai Muslim dan tidak asing. Lacunza-Balda menunjukkan bahawa Islam boleh diterima dengan mudah. [5]
Dalam hal ajaran agama, Islam sering dianggap sebagai lebih mudah daripada Kristian, iman untuk berlatih. Mungkin aset yang paling berharga yang dimiliki Islam dalam hal ini adalah bahawa seseorang boleh dosa tanpa dikecualikan oleh orang boleh memperoleh reputasi sebagai seorang 'muslim buruk' tapi kita tidak berhenti menjadi seorang Muslim. Walaupun sebahagian besar penukaran adalah individu, ada masyarakat yang memeluk Islam al-Masih.[6]
Penganjur kegiatan Mubaligh Pioneer Muslim mubaligh ke pedalaman sebahagian besar Tanganyikans, yang diseberangi mubaligh mereka bekerja dengan perdagangan, di sepanjang pusat mula di sepanjang jalur kereta api, seperti, Kibwezi, Makindu dan Nairobi. Kedudukan di antara mereka adalah Ma'alim Mtondo, sebuah Tanganyikan dimasukkan dengan menjadi mubaligh Muslim pertama ke Nairobi. Mencapai Nairobi pada akhir abad Kesembilan Belas, beliau memimpin sekumpulan Muslim lain, dan mubaligh dari pantai untuk menubuhkan sebuah 'desa Swahili' pada masa kini Pumwani. Sebuah masjid kecil yang dibina untuk berdakwah sebagai titik awal dan ia mulai berdakwah Islam dengan sungguh-sungguh. Lelaki tempatan menerima ajaran Islam dan selepas belajar daripada guru-guru mereka memahami kepimpinan urusan agama. Khamis Ngige adalah seorang tokoh agama tempatan daripada sejarah awal. Setelah belajar daripada Ma'alim Mtondo, ia kemudian menjadi Imam Masjid Pumwani. Berbeza pendakwah tersebar di luar bandar 1900-1920, memperkenalkan Islam ke daerah-daerah sekitar, Mt. Kenya, Murang'a, Embu, Meru, Nyeri dan Kitui. Serius ini bergerak interior mubaligh sudah keluar dari antusiasme peribadi dengan pengaruh yang sangat kuat. Hanya beberapa orang Afrika menerima Islam, dan kesan hidup pendek. Islam di Kenya Barat Pedagang Muslim memperkenalkan Islam ke wilayah barat antara 1870 dan 1885.

Dari tahun 1970-an, pan-gerakan Islam menguasai seluruh dunia. Islam kembali muncul sebagai kuasa global yang berpotensi, dikemaskini membawa Islam, melalui bentuk-bentuk baru komunikasi tersebar melalui globalisasi. Secara sejarahnya, telah diberikan melalui politik, ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
Kebangkitan agama semakin peribadi dan awam dalam kehidupan Islam, mencipta kesedaran tentang keyakinan Islam, yang berpunca pada peningkatan ketaatan keagamaan, membina masjid, doa dan puasa, program aturcara agama, penerbitan, dan penekanan tentang pakaian dan nilai-nilai Islam. Kebelakangan ini, penegasan semula Islam dalam kehidupan awam, seperti cara peningkatan daripada Mahkamah kadhi di Kenya belum pergi diperhatikan.
Aktivis Islam kontemporari berhutang kepada ideologi dan model organisasi muslim Mesir persaudaraan (Ikhwhan) yang dipimpin oleh Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb dan Masyarakat Islam Jamaat-I-Islami yang dipimpin oleh Mawlana Abdul al-Maududi. Idea-idea mereka dan kaedah revivalisme diamati di berbagai belahan dunia saat ini. Mereka menyalahkan barat untuk mengelirukan para pemimpin Muslim dan pemimpin Muslim untuk membuta mengikuti cara Eropah. Sedangkan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar, dalam membalas tuntutan dan tentangan moden, gerakan kebangkitan sangat penting dalam menyebarkan dan mengembalikan Islam sejati. Kesedaran Muslim yang berpanjangan telah menyebabkan daya tarik Islam, yang dikontroversi memberikan rasa bangga. Kaedah yang digunakan dalam tren terbaru Islamisasi, adalah dua kali ganda, ada yang ditujukan bagi kaum muslimin, dan lain-lain sampai kepada bukan Muslim. Ada telah dipertingkatkan aksi sosial, pembangunan sekolah, kemudahan kesihatan, dan bantuan pengagihan makanan. Selain itu, proses dilakukan melalui media cetak, penyiaran, peningkatan pembentukan organisasi Mubaligh, dan pertubuhan debat awam.
4.0 MINORITI MUSLIM DI KENYA.
Kenya mempunyai penduduk 17.780.000 orang pada tahun 1982. Dari jumlah tersebut sekitar 5.330.000 atau 30 peratus daripada penduduk adalah Muslim. Namun statistik terbaru yang dibuat pada tahun 2008, jumlah peratus bilangan penduduk Islam di Kenya hanyalah sebanyak 10% iaitu seramai kira-kira 3.4 juta orang.[7] Dari lapan wilayah Kenya, umat Islam berada di majoriti di pantai, utara-timur dan timur wilayah. Luas wilayah ketiga wilayah dibuat dua-pertiga daripada keluasan wilayah Kenya. Muslim juga hadir dalam jumlah besar di semua wilayah lain. Kaum muslim dari Kenya terdiri daripada orang-orang Arab (50.000), yang Swahilis (800,000), dan Somalia (500,000). Ada sejumlah besar Muslim asal Asia dan sebahagian besar juga sekarang Boranas Muslim. Muslim yang datang di semua puak-puak lain dari Kenya termasuk Kikuyu, Meru, Makemba, Bulahya, dan Massai. Di Nairobi, ada penduduk Muslim yang berasal dari Sudan. Sebahagian besar Muslim di Kenya adalah dari mazhab Syafie. Kaum muslim asal Sudan, bagaimanapun, adalah daripada mazhab Maliki dan orang-orang Asia pada umumnya berasal dari mazhab Hanafi.[8]
Kristian hampir sama banyak seperti Muslim tetapi mereka mengawal hampir seluruh negeri. Hal ini disebabkan oleh kenyataan bahawa semua sekolah berada di tangan misi Kristian. Pendidikan masih banyak di bawah pengaruh misi. Dengan demikian umat Islam akhirnya menjadi di kalangan yang kurang terlatih dan yang paling miskin di negara ini.[9]
Pada awal 1960an, penduduk Somalia utara-timur wilayah meminta dilancarkan pemberontakan penyatuan dengan Somalia. Mereka sukar ditangani. Perang Shifta membawa kesengsaraan kepada populasi besar Muslim di wilayah tersebut itu, ternakan mereka musnah dan Muslim disana turut diseksa. Misi Kristian adalah untuk mengambil keuntungan dengan menubuhkan sendiri penyatuan di kalangan umat Islam dan cuba mengangkat anak yatim piatu di agama yang berbeza dari ibu bapa mereka.[10]
Penduduk Muslim Kenya adalah relatif lebih kecil dibandingkan dengan Tanzania, bahkan ia juga sangat berbeza, yang mewakili sejumlah komuniti Afrika, Asia, dan Arab. Penduduk Muslim yang tinggal di daerah pesisir merupakan kerabat dekat warga Muslim Zanzibar. Penduduk wilayah bahagian tengah meliputi warga Kikuyu, Masai, dan Maru, memeluk agama Islam setelah Perang Dunia I sebagai akibat kontrak dagang dengan warga pesisir. Terdapat sejumlah perkumpulan Muslim, seperti Kenya Muslim Welfare Society, yang memperkasakan pendirian sejumlah sekolah dan klinik, namun warga Muslim Kenya tidak terlibat dalam politik nasional sebagai sebuah kelompok yang beroganisasi.[11]
Pada tahun 1982, untuk pertama kalinya seorang menteri Muslim dilantik di dalam kerajaan Kenya. Hanya ada sekitar dua timbalan menteri Muslim daripada jumlah dua puluh tiga menteri di Parlimen berkenaan iaitu 14 peratus daripada jumlah timbalan. Ada beberapa umat Islam lain di kedudukan tinggi tetapi didalam jumlah yang sangat kecil.[12]
Sekolah kerajaan berkecuali dalam hal agama. Tetapi boleh belajar agama di sekolah yang ditaja oleh dominasi jika mereka tertarik memiliki guru yang berkualiti dan mereka mampu membayar gajinya. Kerajaan akan membayar gaji guru agama jika ia mampu mengajar mata pelajaran lain juga. Jadi, misi Kristian mampu membanjiri sekolah kerajaan dengan para guru, adalah kerugian besar bagi kaum muslimin. Bahkan, banyak dari mereka harus mengambil kursus dalam kekristinan kerana tidak ada kursus dalam Islam yang sedia dan nilai dalam agama (agama apapun) adalah wajib. Lebih jauh lagi, pendidikan di Kenya ini tidak percuma. Dengan demikian, sebahagian termiskin daripada penduduk, termasuk Muslim, menjadikan diri mereka didiskriminasi kerana kemiskinan.[13]
Namun ada sekolah-sekolah Islam di seluruh negeri. Ia tidak lebih daripada sekolah-sekolah kecemasan, yang dibina oleh kaum Muslim berdekatan dengan masjid-masjid mereka. Kebajikan Masyarakat di Kenya telah dilancarkan sejak tahun 1974 tentang program ambisius menyokong sekolah-sekolah yang akan membolehkan mereka untuk kemajuan dan memodernisasi kurikulum Islam mereka dengan memberi bantuan kepada penduduk. Sekolah-sekolah ini juga digunakan sebagai alat untuk meningkatkan keadaan kesihatan anak-anak. Sesetengah Muslim menjadi profesor di universiti dan hanya sekitar 10 peratus daripada pelajar muslim.[14]
Ada lebih daripada 120 pertubuhan Islam di Kenya. Sesetengah masyarakat ini adalah waqfs masjid, seperti masyarakat mengurus masjid utama di Nairobi. Yayasan Islam juga turut ditubuhkan untuk menerbitkan buku-buku Islam dalam bahasa tempatan, yang terpenting adalah penafsiran Al-Quran dalam Bahasa Swahili oleh Sheykh Sholih Al-Parsi. Yayasan itu juga turut menyokong sekolah-sekolah Islam terkemuka di Isiolo dan Machakos. Pada tahun 1976, Majlis Tertinggi Muslim Kenya ditubuhkan.[15]
Terdapat juga Mahkamah Kadi yang ditubuhkan dimana umat Islam berada di dalam majoriti. Mahkamah Kadi yang paling penting terletak di Mombasa yang merupakan mahkamah tunggal ketika itu. Sejak tahun 1978 terdapat satu lagi mahkamah yang terletak di Nairobi. Sekitar 500 Muslim Kenya menunaikan haji setiap tahun dan hubungan antara kaum Muslim dari Kenya dan umat Islam lain adalah baik.[16]
Perlembagaan menyediakan anda kebebasan beragama dan kerajaan tidak membiarkan para penyalahgunaan. Namun, kumpulan-kumpulan Muslim dan Kristian tetap terlibat dalam sebuah debat lama tentang apakah mahkamah Islam khusus harus diiktiraf dalam perlembagaan negara. Pemerintah saat ini terlibat dalam pertikaian ini dalam usahanya untuk menulis sebuah perlembagaan baru. Lazimnya kerajaan membenarkan beberapa kumpulan mubaligh untuk membantu kaum miskin dan untuk mengendalikan sekolah-sekolah dan rumah sakit.
5.0 ISU-ISU SEMASA MUSLIM DI KENYA.
5.1 Muslim Kenya di Kuasai Sekolah Majoriti.
Gereja Katolik di Kenya akan melakukan larangan bertudung bagi siswi muslimah yang bersekolah di lembaga-lembaga pendidikan milik gereja Katolik. Mereka mengancam akan mengeluarkan siswi muslimah bertudung jika tidak mematuhi aturan tersebut.[17]
Di Kenya, Gereja Katolik membiayai banyak insitusi pendidikan baik milik swasta mahupun milik publik, terutama di daerah-daerah pinggiran di mana banyak penduduk Kenya yang sulit mendapatkan akses pendidikan. Akibatnya, banyak Muslim Kenya yang jumlahnya sekitar 10 juta jiwa dari total 36 juta jiwa penduduk negeri itu, yang menyekolahkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang dibiayai Gereja Katolik.[18]
Para orang tua siswi bertudung memperlihatkan rencana helah yang akan diterapkan Gereja Katolik. Salah satunya Mustafa Muslim yang menilai Gereja Katolik telah mengambil langkah yang boleh menimbulkan kontroversi serta mengganggu proses pendidikan anak-anak mereka. "Ini adalah isu yang sensitif, tapi pihak gereja tetap ingin menjalankan rencananya yang membuat para orangtua Muslim dalam keadaan yang serba sulit. Kami menyatakan bahawa kami pertahanankan terhadap keIslaman kami dan kami boleh memindahkan anak-anak kami ke sekolah lain. Agama bukan hal yang mudah," tegas Salim. Sebagai orang tua, Salim menekankan pentingnya agama dan pendidikan bagi puterinya Sahra, yang berusia 10 tahun.[19]
Kritik terhadap Gereja Katolik atas rencananya melarang siswi bertudung juga dilontarkan Syaikh Sharif Katamy, pejabat di Dewan Tinggi Muslim Kenya. Ia menilai rencana itu boleh menimbulkan konflik antara umat Islam dan umat Kristian di negeri itu.
Atas tindakan gereja itu, Syaikh Khatami menyeru kaum Muslimin Kenya untuk tidak menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah-sekolah milik gereja. Ia juga mengajak Muslimin Kenya untuk melakukan aksi boikot penuh terhadap institusi-institusi milik gereja dan memutus hubungan mereka dengan kalangan gereja. Langkah ini, kata Syeikh Khatami, sebagai bentuk protes atas sikap Gereja Katolik.
Sementara itu, cendekiawan Muslim yang terkenal lantang di Kenya, Syaikh Mohamed Dor menyatakan bahawa para pemuka Muslim akan segera mengadakan pertemuan dan mengeluarkan fatwa berkait rencana Gereja Katolik melarang siswi bertudung. Pemerintah Kenya berusaha meredakan ketegangan antara Muslim dan Gereja dengan meminta pihak gereja untuk membenarkan siswi bertudung di sekolah-sekolah Katolik. Namun pihak gereja menyatakan akan melakukan rundingan terlebih dulu dengan kalangan Katolik di negeri itu.[20]
5.2 Kenya Mahu Hapus Undang-Undang Islam.
Rencana Kristian Kenya Hapuskan Hukum Islam Dari UUD pada 10 Desember 2009
seorang petinggi Kristian Kenya. Dewan Kristian Nasional Kenya mahu dihapuskan hukum Islam dalam Undang-Undang Afrika Timur. "Kami telah mengatakan bahwa mereka (pengadilan Islam) tidak mempunyai urusan untuk berada dalam konstitusi nasional," Sekretariat Umum dewan gereja, Rev Peter Karanja, mengatakan kepada para wartawan pada tanggal 3 Desember di Limuru berdekatan dengan Nairobi. Karanja mengatakan bahwa orang Kristian takut pada pemeliharaan pengadilan Kadhi, seperti yang dikenal secara lokal, dalam rancangan konstitusi terbaru akan menjadi langkah selanjutnya terhadap pemerintahan Islam di Kenya, di mana umat Islam membentuk 10% dari 39 juta orang dan Kristian hampir 80%. [21]
Kadhi adalah istilah Arab yang di Kenya dipakai untuk menunjuk seorang hakim Muslim yang memiliki kekuatan dalam mengadili kes menurut hukum Islam. Konstitusi Kenya hari ini memiliki pengadilan Kadhi sebagai sebahagian dari peradilan. Seorang Ketua disediakan untuk Kadhi dan pengadilan digunakan untuk menentukan isu-isu status pribadi, perkawinan, perceraian atau warisan untuk kaum Muslim. Rancangan konstitusi membuat proposal sama sejak 1991, ketika Kenya memulakan perdebatan tentang cara menulis undang-undang baru, para pemimpin gereja memprotes dengan memasukkan lembaga Islam yang disebut pengadilan Kadhi dalam undang-undang dasar. [22]
Rancangan undang-undang itu baru diterbitkan pada November 2009 oleh sebuah komuniti ahli yang dipilih oleh Parlimen Nasional. Para ahli telah menyatakan ketika mereka menerbitkan rancangan bahwa pengadilan Islam tidak terbukti memacu perdebatan dalam rapat-rapat untuk membahas konstitusi yang diselenggarakan di seluruh negeri. "Para ahli menganggap NCCK tidak benar-benar jujur dalam menyatakan pengadilan Kadhi tidak menimbulkan perdebatan," balas Karanja. "Di mana-mana para ahli itu pergi mereka menerima memorandum dari orang-orang Kristian yang mengatakan bahwa mereka memiliki masalah dengan memasukan masalah peribadi dalam urusan satu agama ke dalam konstitusi nasional."Ini adalah upaya kedua untuk menulis sebuah undang-undang baru bagi Kenya. Pada tahun 2005, laporan mengatakan bahawa banyak orang Kristian memberikan suara dalam menentang rancangan yang diakui pengadilan Kadhi.[23]

Pada bulan Julai, para pemimpin Muslim telah meningkatkan seruan untuk dimasukkan ke dalam undang-undang pengadilan yang baru. Para pemimpin itu mengatakan para pengikut Islam memiliki alasan khusus yang hanya boleh ditangani oleh pengadilan mereka sendiri. "Pengadilan akan berurusan dengan perkawinan, perceraian dan warisan di kalangan umat Islam, yang tidak ada hubungannya dengan orang Kristian," kata Sheikh Mukhtar Khitamy, Dewan Tertinggi Muslim Kenya. "Kami akan mempertahankan keberadaan pengadilan dalam konstitusi dengan segala cara. "Wakil Presiden Kalonzo Musyoka sebelumnya pada bulan September telah meyakinkan komuniti Muslim bahawa pengadilan Kadhi akan tetap dalam undang-undang.

Kalonzo mengatakan polisi dan beberapa pemimpin agama yang mengusulkan penghapusannya dari undang-undang pengadilan perlu dididik tentang bagaimana cara mereka bekerja. Dia mendesak umat Islam untuk bersabar dan mempromosikan dialog untuk memastikan pengadilan dipertahankan dalam undang-undang baru. "Pengadilan Kadhi seharusnya tidak menjadi isu perdebatan kerana itu telah berada di sana selama lebih dari 45 tahun dan sudah dimasukkan dalam konsep yang berbeza sebelumnya. Ada kebenaran untuk mempertahankan pengadilan Islam dalam konstitusi baru," kata Wapres. Berbicara ketika ia bergabung dengan Muslim di berbuka puasa di Masjid baluchi di Mombasa pada Jumat, Kalonzo mengatakan isu tidak akan membahagi Kenya. Wapres mengatakan ada kepentingan untuk meleraikan perbezaan antara Muslim dan Kristian dalam kepentingan perdamaian di negeri ini. Bulan lalu, Ketua Kadhi Syaikh Hammad Kassim berkata pemimpin Islam sedang dalam dialog dengan orang-orang yang menentang pengadilan untuk memastikan mereka memahami bagaimana mereka bekerja.[24]
6.0 MASJID DI KENYA.
Masjid di Kenya telah pun mencapai tahap teknologi yang mengikuti arus peredaran semasa, ini kerana sebuah masjid di Kenya telah memasang alat penghalang signal. Alat ini berfungsi untuk mematikan semua signal di kawasan masjid. Dengan demikian tidak akan ada signal yang masuk ke dalam masjid, sehingga telefon juga tidak akan berbunyi sekalipun ianya terlupa untuk dimatikan.[25]
Masjid tersebut adalah Masjid Ibnul Qayyim yang berada di kota Garissa di wilayah timur laut Kenya yang majoritinya umat Islam. Syeikh Ahmad Hussein Kidiye Imam Masjid Ibnul Qayyim, menyatakan, pemasangan ini adalah sebuah pengembangan yang dapat meningkatkan kualiti ibadah. Masjid ini merupakan masjid pertama yang menerapkan teknologi terbaru ini.[26]
'Jamia Masjid' adalah sebuah masjid yang terletak di Banda Street, Nairobi, Kenya di Central Business District. Masjid adalah salah satu yang paling menonjol di Kenya dengan struktur keagamaan, masjid ini dikenali oleh kubah perak, dan dua menara berkembar. Rencana utama: Islam di Kenya. Jalan Sunni Islam adalah agama sekitar 7% daripada penduduk Kenya. Namun, perkiraan untuk peratusan daripada penduduk yang melekat kepada Islam sangat bervariasi. Wilayah Timur Utara didominasi etnik Somali dan Muslim. Negeri Coast juga mempunyai penduduk Muslim yang signifikan. Nairobi mempunyai beberapa masjid dan penduduk Muslim terkenal. Mahkamah syariah agama, yang disebut Mahkamah Hakim, diberi bidang kuasa atas perkara sivil tertentu seperti perceraian dan warisan di bawah perlembagaan Kenya. Muslim telah mengeluh bahawa mereka disasarkan dan didiskriminasi oleh kerajaan, terutamanya sejak tahun 1988 pengebomban kedutaan Amerika Syarikat di Nairobi dan di tempat lain. Agama mereda di Kenya tidak menampilkan perbezaan antara budaya 42. Mereka terutamanya memaparkan tradisi yang lebih besar "payung" budaya.[27]
7.0 MASA DEPAN MINORITI MUSLIM DI KENYA.
Dapat dirumuskan bahawa masa depan minoriti Muslim di Kenya berada dalam keadaan yang tidak menentu kerana terlalu banyak isu-isu berkaitan Islam telah dipertikaikan di negara tersebut, seperti isu pemakaian tudung yang telah ingin diharamkan oleh sekolah katolik kepada pelajar yang bersekolah di bawah kendalian gereja tersebut. Hal ini memperlihatkan bahawa mereka tidak menjaga sensitiviti melibatkan sesebuah agama yang dianuti oleh minoriti penduduk di Kenya.
Antara lain adalah isu dimana Kristian di Kenya telah menolak pengadilan Islam (qadi) sebagai salah satu daripada bentuk pengadilan. Mereka menyatakan sekiranya pengadilan itu dicampur di dalam pengadilan yang sedia ada maka ianya bermakna percampuran agama yang akan menjadi satu.
Namun disebalik isu-isu tersebut, masyarakat minoriti Islam di Kenya tidak lemah, malahan ada yang lantang bersuara menyatakan hak dan persetujuan seperti mereka melakukan demonstrasi bantahan untuk isu penahanan seorang ulama Jamaica iaitu Syekh Abdullah Al-Faisal, disamping itu terdapat juga usaha-usaha ulama Kenya untuk menangani isu HIV/AIDS. Hal ini memperlihatkan bahawa minoriti Muslim di Kenya berani bersuara mempertahankan hak dan isu berkaitan walaupun mereka ditindas pada sesetengah perkara.
8.0 RUMUSAN.
Secara keseluruhannya Kenya merupakan salah sebuah Negara yang terletak di Afrika. Kenya mempunya penduduk seramai 37,02,1860 dan 10% daripadanya adalah masyarakat Islam. Masyarakat Islam di Kenya banyak menduduki di kawasan pesisir pantai. Secara amnya, minority Kenya turut menghadapi konflik dengan majoriti masyarakat disana. Terdapat beberapa isu sensitive masyarakta minoriti Muslim di Kenya yang telah dicerobohi oleh masyarakat Kristian di sana seperti isu tidak membenarkan pemakaian tudung dan isu larangan undang-undang Islam di praktikkan di sana. Namun minoriti Muslim Kenya tidaklah selemah yang Kristian sangka, kerana minoriti ini juga berani untuk melakukan demonstrasi ke atas isu yang mencabar hak-hak mereka dan juga isu-isu semasa. Minoriti Muslim disana juga mencapai taraf hidup yang kurang memberangsangkan kerana ekonomi mereka dikuasai dan dikawal majoriti penduduk disana yang beragama Kristian. Namun minoriti Muslim di sana tidak ketinggalan dari sudut teknologi seperti penggunaan alat-alat komunikasi dan yang terbaru alat penghalang signal yang pertama digunakan di masjid di Kenya. Minoriti Kenya pada hari ini memerlukan pembelaan serta mendapat hak-hak mereka sebagai rakyat Kenya agar mereka tidak ditindas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...