Pada 4 April 2009 yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan 
satu tindakan kurang ajar dan biadap apabila seorang lelaki berketurunan
 Suluk, Datu Abdul Razak Datu Aliuddin, bersama 11 orang pengikutnya 
telah mengadakan perhimpunan haram dan bertindak membakar enam bendera 
Sabah di hadapan Pasaraya Milimewa dan Pasar Rakyat, Lahad Datu sekitar 
jam 8.30 pagi (Sabtu). Kesemua mereka adalah wargananegara Malaysia 
kerana memiliki mykad berumur antara 18 hingga 41 tahun yang tinggal di 
sekitar daerah Lahad Datu.
Datu Abdul Razak sebelum ini mengaku sebagai 'Sultan Sabah' yang berkuasa penuh ke atas negeri ini dan menggunakan cop mohor dan bendera Kesultanan Sulu telah beberapa kali mendapat liputan media masa tempatan sebelum kejadian ini.

Sultan Sulu???
Datu Abdul Razak sebenarnya bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Malah menurut satu sumber, terdapat 97 individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu, terutamanya dari selatan negara Filipina. Malahan, terdapat beberapa ‘Sultan Sulu’ yang telah membina laman sesawangnya sendiri bagi menarik perhatian umum. Secara umumnya, para penyamar Sultan ini menggunakan gelaran Sultan of Sulu & North Borneo (Sabah), satu nama yang menunjukkan kebangangan mereka sendiri kerana secara tidak langsung, mereka mengakui Sulu dan Sabah sememangnya dua buah entiti yang berbeza. Jika mereka bijak sedikit, sudah pasti mereka menggunakan nama Sultan of Sulu Darul Jambangan, bagi menunjukkan keseluruhan wilayah Sultan Sulu yang meliputi Pulau Sulu, Basilan, Tawi-tawi, Selatan Palawan dan sebahagian Jambangan (Zamboanga). Kebanyakan 'Sultan' ini hanya menumpukan dua perkara semata-mata, iaitu hendak menuntut Negeri Sabah, serta mendapatkan wang pajakan dari Kerajaan Malaysia. Malangnya, jarang kedengaran 'Sultan Sulu' yang berjuang hendak memerdekakan kembali wilayah Kesultanan Sulu. Malahan, mereka sendiri sebenarnya tidak berkuasa langsung dalam aspek pemerintahan di 'wilayah' mereka di selatan Filipina, termasuklah 'Sultan Sulu' yang diiktiraf oleh Pemerintah Filipina!

"Pejabat Di-Raja" salah seorang penyamar Sultan Sulu di Filipina
Pingat & Darjah Kebesaran Sultan Sulu???
Antara
 sekian banyaknya ‘Sultan Sulu’, yang paling menarik perhatian sudah 
tentu Sultan Rodinood Julaspi Kiram, apabila tersebarnya berita dia 
telah menganugerahkan “Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu” kepada beberapa
 orang rakyat Malaysia. Antaranya ialah enam artis Malaysia yang 
menerima pingat Seri Pengiran Diraja Sulu (SPDS) yang membawa gelaran 
Datuk Seri Pengiran iaitu kepada penyanyi 1960-an Jeffrey Din dan L 
Ramli, pelakon Mat Sentul dan penyanyi popular 1980-an, Azizul Khamis, 
Sheqal dan Salwa Abdul Rahman. Mantan isteri penyanyi Nash Lefthanded, 
Sosilawati Lawiya yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage 
didakwa menerima Pingat Paduka Diraja Sulu (PPDK) yang membawa gelaran 
Datuk Paduka.
Seorang
 lelaki yang mendakwa sebagai Setiausaha Eksekutif dan Penyimpan Mohor 
Besar Diraja Sultan Sulu dan Borneo Utara, Putra Eddy T Sulaiman, 
mendakwa anugerah berkenaan diberikan berdasarkan sumbangan mereka dalam
 bidang hiburan. Beliau mendakwa, setiap penerima anugerah itu diberikan
 kad pengenalan khas yang membuktikan pengurniaan darjah kebesaran 
Kesultanan Sulu dan pemilihan penerima pingat itu dibuat secara teliti 
oleh jawatankuasa khas berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang 
masing-masing. Sultan Sulu bercadang memberikan anugerah darjah 
kebesaran baginda kepada pengamal media di negara ini seperti wartawan 
dan jurugambar. Apa tujuan niat dan motif sebenar mereka memberi ‘Darjah
 Kebesaran’ kepada penyanyi dan akan datang, kepada wartawan ni, hanya 
Allah sahajalah yang tahu. Mungkin meniru idea sebuah negeri yang 
mengurniakan pingat ‘Datuk’ kepada seorang pelakon antarabangsa atas 
alasan ia dapat membantu mempromosikan sektor pelancongan negeri 
tersebut.
Apa
 yang menambahkan panas kepada berita tersebut adalah apabila seorang 
lelaki yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, Datu Mudarasulail Kiram, 
mengatakan terdapat pihak tertentu yang menyebarkan risalah mengenai 
penganjuran ‘Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu’ dan
 disertakan dengan borang permohonan untuk memiliki darjah kebesaran 
tersebut lengkap dengan senarai harga bagi setiap anugerah. Penganjur 
majlis berkenaan didakwa menetapkan ‘harga’ bagi bayaran darjah Datuk 
Seri Panglima Diraja Sulu (SPDS) adalah RM220,000, selain Datuk 
Bendahara Diraja Sulu (DBDS) (RM150,000), Datuk Paduka Diraja Sulu 
(DPDS) (RM120,000), Datuk Pangeran Sultan Sulu (DPSS) (RM80,000) dan 
Datin Seri Sultan Sulu (DSSS) (RM80,000).
Penyelesaian???
Kesultanan Sulu mempunyai Tartib (Protokol) yang tersendiri termasuk dalam hal pewarisan takhta. Merujuk kembali kepada sejarah dan adat Kesultanan ini, Kesultanan Sulu sebenarnya mempunyai dua pewaris (digambarkan dalam bendera Sulu) seperti berikut :
i. Pewaris Pertama - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Azimuddin / Alimuddin I ibni Sultan Badaruddin I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Keris. Terbahagi kepada dua keluarga :
a) Keluarga Kiram
b) Keluarga Shakiraullah
ii.
 Pewaris Kedua - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin 
ibni Sultan Badruddin I, dari isterinya seorang Puteri anak pemerintah 
Puak Tidung di Kalimantan Timur, dikenali sebagai Keluarga Maharajah 
Adinda. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Tombak. 
Bendera asal Kesultanan Sulu
Bendera Kesultanan Sulu yang digunakan sejak Abad ke-17 bagi menggambarkan kewujudan dua Keluarga Pewaris
Kesultanan
 Sulu mewujudkan Pewaris Kedua sebagai "Penyelamat dan Penyambung" 
kepada Kesultanan Sulu, iaitu sekiranya hak Kesultanan Sulu berakhir di 
tangan Pewaris Pertama. Sejarah perkara ini perlu dilihat kembali kepada
 semasa pemerintahan Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat 
yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732. Putera sulung Sultan 
Badaruddin-I yang bernama Datu Lagasan menaiki takhta Kesultanan Sulu 
dengan gelaran Sultan Azimuddin @ Alimuddin I. Tetapi selepas 
pembaptisan baginda oleh para paderi Sepanyol di Manila sekitar tahun 
1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The 
Christian Sultan of Jolo). Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan 
kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin / Alimuddin @ Don Fernando de 
Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan 
baginda itu ke agama Kristian.
Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya, Raja Muda Datu Bantilan, yang merupakan putera Sultan Badaruddin I yang kedua. Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila dan diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Sepanyol dan para Jesuit Kristian. Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.
Takhta kesultanan Sulu kemudianya digilirkan antara beberapa pewaris daripada Keluarga Pertama dan Kedua ini. Hinggalah kepada Sultan Sulu yang terakhir daripada Keluarga Kedua iaitu Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo. Namun, memandangkan usia beliau yang telah lanjut dan tua, beliau kemudian menyerahkan takhtanya kepada seorang pewaris daripada Keluarga Pertama iaitu Sultan Jamalul Azam. Takhta Sultan Sulu kemudiannya dimonopoli sepenuhnya oleh Keluarga Pertama yang kemudiannya dikenali dengan nama keluarga 'Kiram'. Memandangkan tempoh Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo menaiki takhta tidak sampai seminggu, nama baginda sering digugurkan dalam senarai salasilah Sultan-sultan Sulu hingga menyebabkan hak keturunan Keluarga Kedua dinafikan dan tidak diketahui oleh para pewaris daripada Keluarga Pertama pada hari ini. Waris daripada Keluarga Kedua ini kemudian dikenali dengan nama keluarga 'Maharajah Adinda' dan mereka masih mempunyai hak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu jika ia termansuh disebabkan oleh tindakan daripada Keluarga Kiram ini.

Petunjuk daripada Geran Pajakan Penyerahan Kekal Sabah
Dalam geran yang ditandatangani bagi pajakan secara kekal bagi wilayah Sabah, dinyatakan sebanyak empat kali perkataan "Pewaris dan Penyambung" atau dalam Bahasa Inggerisnya "The Heir and Successor". "Pewaris" yang dimaksudkan disini ialah Keluarga Kiram yang ketika itu memonopoli jawatan Sultan Sulu, sementara "Penyambung" yang dimaksudkan ialah Keluarga Maharajah Adinda, yang berhak untuk menuntut kembali takhta Kesultanan Sulu sekiranya terjadi apa-apa perkara yang menyebabkan ianya termansuh oleh Keluarga Kiram. Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala". Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi mempersoalkan apatahlagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah. Kuasa yang boleh dipohon oleh para waris Sultan Sulu yang benar-benar berhak hanya dari segi tuntutan wang pajakan semata-mata.
Pulau / Sepoh Janggi
Keturunan
 Waris Kesultanan Sulu merupakan saudara kepada Kesultanan Brunei. 
Sultan Mohammmad Hassan, Sultan Brunei ke-9, telah menyerahkan satu 
"Lambang Pusaka”, iaitu belahan biji benih Coco De Mer, yang dipanggil 
di Sulu sebagai "Pulau Janggi", dan di Brunei sebagai "Sepong/Sepoh 
Janggi". Pulau Janggi ini telah diberikan kepada Putera Bongsu / 
Pangiran Shahbandar Maharajalela, yang telah dihantar untuk menjadi 
Sultan Sulu sekitar tahun 1600 dengan gelaran Sultan Mawalil Wasit I. 
Pulau
 Janggi @ Sepoh Janggi (Coco de Mer) ini hanya diamanahkan kepada 
Keluarga Maharaja Adinda, bukan kepada Keluarga Kiram atau 
Shakiraullah". Ini bertujuan sebagai bukti akan kesahihan hak pewaris 
kedua sebagai pewaris dan penyambung kepada Kesultanan Sulu (The Heirs 
and Successors). Juga merupakan pewaris yang sememangnya berkelayakan 
sepenuhnya untuk menuntut hak ke atas Wilayah dan Harta Milik Kesultanan
 Sulu iaitu sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini terjadi kepada
 Sultan Sulu daripada “Pewaris Pertama”.
Pulau
 Janggi @ Sepoh Janggi ini telah dipulangkan ke Muzium Brunei oleh 
Pewaris Maharajah Adinda yang bernama Datu Aliuddin Haddis Pabila bin 
Datu Syeikh pada 4 Mei 1978 dan telah disahkan kebenarannya oleh 
Pengarah Muzium Brunei pada masa itu. Pihak Muzium Brunei telah 
mengesahkan ketulenan Barang Pusaka tersebut dan mengesahkan hanya 
“Pewaris Kedua” sahaja yang berhak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu
 yang telah kosong pada hari ini. 
Bersambung...

No comments:
Post a Comment