Showing posts with label DUNIA ISLAM. Show all posts
Showing posts with label DUNIA ISLAM. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Islam Di Hungary


Masjid lama di Pécs.
 
Masyarakat Islam di Hungary dianggarkan seramai lebih 60,000 orang, dimana kira-kira 0.6% dari jumlah penduduk di negara tersebut. Namun kini, Islam merupakan agama paling cepat berkembang di Hungary .Orang Muslim telah lama bertapak di Hungary sejak tibanya mereka dari Magyar ke Eropah khususnya dalam pemerintahan Hungary Uthmaniyyah.Setelah sekian lama umat islam di tindas dan di tekan semasa pemerintahan rejim komunis..islam kembali mengambil peranan penting sebagai agama kedua rasmi di Hungary..sejak tahun 2012 ,komuniti Islam di sini telah di iktiraf oleh pemerintah..pelbagai usaha giat di jalankan oleh orang islam..umat islam telah berani menonjolkan diri dalam segenap aspek kehidupan di sini..jika dulu..mereka terpaksa menyembunyikan identiti islam mereka..sekarang mereka bebas mengamalkan ajaran islam..bancian baru menunjukkan peningkatan populasi umat islam dari 40 000(2008) meningkat hingga lebih 60 000 (2012)..Ini kerana kebanyakkan mereka pada masa itu tidak berani mengistiharkan diri mereka sebagai islam..terpaksa menukar nama ke dalam bahasa Hungary atau mengklaimkan diri mereka sebagai penganut Kristian,Muslim Roma adalah penganut islam terawal di samping Hungary Muslim..Sesungguhnya perancangan Allah LEBIH HEBAT DARI PERANCANCANGAN musuh islam dan PEMERINTAH KOMUNISME untuk menghapuskan islam dari bumi Hungary selama-lamanya..ISLAM juga berkembang dengan kemasukkan imigran Arab,dan dari pelbagai pelusuk dunia ke sini..banyak pelajar islam yang belajar di sini dalam bidang perubatan..terutama di bandar Szegeb.islam semakin berkembang dengan semangat yang kuat umat islam di sini..

Bangsa Utama pemeluk islam (2012)

1) Bosniak--20 000
2) Bulgaria/Pomak- 140
3) Chinese/Hui-  600
4) Croat- 3 000
5) Greek- 150
6) Roma- 2 300
7)Hungarian- 25 000
8) Macedonia- 2 400
9) Serbia- 760
10) Turki-10 000


Jumlah keseluruhan: 64 950 (2012)

 


 -(sumber:joshua project)

 Sejarah


Dalam bentuk lama bahasa Hungary, orang Islam dipanggil sebagai Böszörmény, satu istilah yang dikekalkan sebagai nama keluarga, dan sebagai nama pekan Hajdúböszörmény.[1]
Islam di Hungary tiba sebelum Empayar Uthmaniyyah. Islam pertama kali dibawa ke Hungary oleh kumpulan etnik Böszörmény. Mereka ini adalah sebahagian dari "Turkish Folk of Chevalison" dan Orang Bulgaria Volga yang telah tinggalkan tanah leluhur mereka sewaktu abad ke-11, ke-12, ke-13 dan ke-14 dan membentuk sebuah kepentingan politik, ketenteraan, kewangan dan faktor perdagangan. Pengarang Islam pertama yang menceritakan tentang masyarakat Muslim ini ialah Yaqut al-Hamawi (575-626 AH/1179-1229 EK)." [2]
Yaqut menulis didalam kamus geografinya yang masyhur, "Mu'ajam al-Buldan," [3] mengenai mesyuaratnya dengan pemuda Ismaili di Syria yang belajar Islam di sana dan sesetengah sejarah serta kehidupan mereka di Hungary.
Pada abad ke-16, sewaktu zaman pendudukan Utmaniyyah Hungary, beberapa cendiakawan Muslim telah dilahirkan di Hungary. Di antara yang terpenting ialah Grand Vizier yang datang ke Hungary ketika era pemerintahan Uthmaniyyah, Kanijeli Siyavuş Pasha (dari Nagykanizsa) yang menduduki fungsinya sebanyak tiga kali di antara tahun 1582 dan 1593, dan dervish Mevlevi Pecsevi Árifi Ahmed Dede, seorang berbangsa Turki yang juga penduduk asal Pécs.
Pada abad ke-19, setelah jatuhnya revolusi 1849, lebih daripada 6,000 orang Poland dan Hungary berhijrah dari tanah air mereka sendiri lalu mengikut Jeneral Josef Bem dalam siri penaklukan Turki, contohnya para pegawai Hungary Richard Guyon (Kurshid Pasha), György Kmety (Ismail Pasha) dan Maximilian Stein (Ferhad Pasha) yang menjadi jeneral Turki. Guyon dijelaskan dalam Kamus Oxford Biografi Kebangsaan sebagai "orang Kristian pertama yang mendapat pangkat pasha dan komando ketenteraan Turki tanpa harus menukar status agamanya", ini sebagai suatu tanda dalam memodenkan sistem meritokrasi di bawah pemerintahan Uthmaniyyah pada abad ke-19.

Saturday, March 9, 2013

Teknologi ketenteraan zaman khalifah yang hebat


 Semasa awal pemerintahan Islam, jihad sebagai kaedah dasar penyebaran dakwah Islam telah menjadi bahagian penting dari usaha membangun kekuatan Daulah Islam. 
Jihad adalah perang di jalan Allah untuk meninggikan kalimat Allah. Oleh sebab itu diperlukan persiapan baik logistik, formasi perang, strategi, komandan dan pasukan tentera serta persenjataan. Persenjataan memerlukan adanya industri.

Kewajiban ini difahami menurut dalâlah iltizâm atau kaidah mâ lâ yatimmu al-wâjib illâ bihi fahuwa wâjib (suatu kewajiban yang tidak akan sempurna kecuali dengan adanya sesuatu maka sesuatu itu menjadi wajib hukumya). Jadi, membina industri ketenteraan/perang wajib hukumnya berdasarkan mafhum dari dalil tersebut.
Manjaniq (Swing-beam)
Manjaniq pertama kali digunakan oleh kaum Muslim pada peristiwa pengepungan Bani Thaif. Adalah Salman Al-Farisi -seorang Parsi yang masuk Islam di masa Rasulullah Saw- orang pertama yang memperkenalkan senjata ini atas perintah Nabi Saw.
Manjaniq merupakan mesin balok pengayun yang dioperasikan oleh orang-orang yang menarik tali pada satu sisi balok sehingga hujung yang lain akan berayun sangat kuat dan menembakkan peluru dari tali yang melekat pada hujungnya.[1]

Manjaniq sebenarnya telah dikenali sebelum masa penaklukan Islam. 
Bangsa Avar pernah menggunakannya semasa penyerbuan Thessalonica di tahun 597 M. Malah mesin pelontar ini dipercayai dicipta pertama kali oleh China antara abad ke-5 dan ke-3 SM, dan sampai ke Eropah sekitar 500 M[2]. 
Lalu pada masa pemerintahan Islam, Salman mengusulkannya kepada Nabi Saw sebagai senjata perang, seperti yang diriwayatkan dalam Sirah al-Halabiyah.

“Hingga pada hari pecahnya dinding benteng Thaif,” demikian Ibnu Hisyam meriwayatkan dalam kitab Sirah-nya, “Sekumpulan sahabat Rasulullah Saw masuk ke dalam bawah dababah[3], lalu mereka berusaha masuk ke dalam dinding benteng Thaif agar mereka boleh membakar pintu benteng. Bani Tsaqif lalu melemparkan potongan-potongan besi yag telah dipanaskan dengan api sehingga membakar dababah yang ada dibawahnya, kemudian Bani Tsaqif melempar mereka dengan anak panah sehingga beberapa orang gugur.” [4]

Atas cadangan Salman ini, Nabi Saw terus mengangkatnya sebagai mudir[5] untuk mengelola industri ketenteraan dan membuat manjaniq untuk memperkukuh kekuatan pasukan artileri yang dipersiapkan untuk terjun ke medan tempur.

Pedang Damaskus (Sword of Damascus)
Dihiasi dengan ornamen garis bergelombang, berkeluk, ringan, dan mampu menembusi baju besi, menjadikan pedang damaskus salah satu senjata perang paling bersejarah.
Pedang ini diperkenalkan di Damaskus pada abad ke-12 M.[6] Eropah lalu cuba menghasilkan yang serupa dengannya, namun hingga masa ini masih belum mampu meniru 100%. Malah dengan teknologi metalurgi/logam sekalipun belum dapat membuat tandingan yang memiliki ketajaman yang sama dengan Pedang Damaskus ini.

Pedang yang pernah mengentarkan Pasukan Salib ini, memiliki seperti lapisan kaca di permukaannya. Sutera akan terbelah bila jatuh di atasnya. Pedang lain pun akan menemui nasib yang sama jika beradu dengannya. Tidak ada yang menyangka, bahawa ilmuwan Muslim telah menerapkan teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.
Selama ratusan tahun, tidak ada yang mengetahui rahsia kehebatan pedang tanpa tandingan ini. John D. Verhoeven -seorang profesor metalurgi modern dari Iowa State University- yang berkerjasama dengan Alfred H. Pendray, seorang tukang besi dari Florida, yang telah cuba membuat pedang ini selama bertahun-tahun. 

Dari penerapan nanoteknologi bahan impurities (non-besi dan non-carbon) dalam adunan keluli yang membentuk pola mirip aliran air yang dikenali dengan Multi Walled Carbon Nano Tube[7], barulah diketahui rahsia di balik kehebatan pedang damaskus ini.

Teknologi Pembuatan Peluru/Mesiu (Gunpowder)
Tidak hanya mampu dalam seni membuat pedang, kaum Muslim juga mampu mengembangkan teknologi pembuatan peluru/mesiu. Walaupun senjatanya serbuk peluru/mesiu pertama kali ditemui di China yang digunakan sebagai alat pembakaran pada abad 9 M, dua abad sebelumnya seorang ahli kimia Muslim Khalid bin yazzid telah mengenali lebih dulu potassium nitrat (KNO3), bahan utama pembuat peluru,mesiu.[8]

Eropah baru mengenali peluru/mesiu setelah dibawa oleh pasukan Mongol pada tahun 1240 M.[9] Dan selanjutnya dikembangkan menjadi bahan peledak, contohnya untuk mendorong peluru, kemudian seabad setelahnya disempurnakan menjadi senjata api.

Jauh sebelum Eropah mengembangkan teknologi pembuatan peluru/mesiu, ilmuwan-ilmuwan Muslim telah lebih dulu mencubanya. 

Banyak ilmuwan Mulim yang menguasai teknik pemurnian potassium, satu teknik yang tidak diketahui oleh orang-orang China. Jabir Ibnu Hayyan (wafat tahun 815 M), Abu Bakar Al-Razi (wafat tahun 932), dan Hasan Al-Rammah adalah ilmuwan-ilmuwan Muslim yang telah menguasai teknik ini dan telah dijelaskan di dalam karya-karya mereka. Teknik pemurnian ini dilakukan agar potassium boleh digunakan sebagai bahan peledak.
Pemurnian potassium ini pernah didakwa Barat sebagai penemuan Roger Bacon. Namun dakwaan ini dipatahkan sendiri oleh ilmuwan Barat lainnya iaitu Partington. 

Hasan Al-Rammah telah menjelaskan proses ini secara terperinci di dalam karyanya Al-Furusiyyah wa Al-Manasib Al-Harbiyyah. Penguasaan Al-Rammah atas penggunaan serbuk peluru/mesiu sangat luar biasa. 

Ia telah berjaya menulis sebanyak 107 rumus atau keterangan penggunaan peluru/mesiu. 22 keterangan di antaranya dicipta khusus untuk membuat roket.

Semasa Perang Salib meletus tahun 1249 M, Raja louis IX dan para pasukannya pernah merasakan kehebatan muncung meriam dan roket kaum Muslim. 

Betapa hebatnya nampak peluru meriam yang ditembakkan pasukan Muslim, membuat Raja Louis IX putus asa dan akhirnya ditakluk. Peristiwa itu diakui sendiri oleh Jean de Joinville, salah seorang perwira tentera Perang Salib.

The Mohammed’s Greats Gun
Inilah salah satu senjata paling fenomena yang digunakan dalam perang paling menakjubkan sepanjang sejarah. The Mohammed’s Greats Gun, itulah sebutan senjata yang dibuat pada tahun 1942 ini . Meriam ini dibuat sebagai jawapan atas keinginan Muhammad al-Fatih untuk menembus benteng pertahanan Kostantinopel.
“Aku dapat membuat meriam tembaga dengan kapasiti seperti yang anda inginkan,” kata Orban -seorang ahli insinyur yang diundang Al-Fatih ke Adrianopel-, 

“Aku telah mengamati secara terperinci tembok di Konstantinopel. Aku tidak hanya akan memecahkan tembok itu dengan senjataku. Malah, tembok Babilon pun akan hancur kerananya.”[10]
Tentu saja perkara ini disambut gembira oleh Muhammad Al-Fatih. Impian untuk mewujudkan bisyarah Rasulullah Saw (tentang takluknya Kontantiopel) sudah di depan mata. Maka dijalankanlah projek tersebut. 

Dan senjata terbesar di dunia yang pernah ada pada masanya akhirnya berada dalam genggaman Muhammad Al-Fatih. Mempunyai panjang 8,2 meter, diameter 76 cm, dengan berat 18,2 ton, meriam ini mampu melontarkan bola besi padat berdiameter 70 cm dengan berat 680 kg sejauh 1,6 km.

Ketenteraan Hebat, Negara pun Kuat
“Pasukan Utsmaniyah sangat cepat gerakannya,” kata Bertrand de Broquiere –seorang pengembara berasal Perancis-, 

“Seratus pasukan Kristian akan jauh lebih huru-hara  dari sepuluh ribu pasukan Utsmaniyah. Tatkala gendang perang telah ditabuh, maka dengan segera mereka akan bergerak, mereka tidak akan berhenti melangkah hingga arahan dikeluarkan. Mereka adalah pasukan yang terlatih. Dalam semalam mereka mampu melakukan tiga kali ganda perjalanan yang dilakukan oleh musuh-musuhnya orang-orang Kristian.”[11]

Kaum Muslim memang telah berhasil membina angkatan bersenjata yang kuat dan pasukan yang terlatih. Walaupun tidak boleh dikatakan bahawa ketenteraan sebagai satu-satunya faktor penentu kemenangan di medan perang, tetapi ia merupakan salah satu sebab di antara sebab-sebab yang membawa kepada kemenangan. 

Maka tidak hairan jika Rasul Saw sangat memperhatikan strategi perang, kekuatan pasukan, dan persenjataan di setiap peperangan. Dan seterusnya juga menjadi perhatian para Khalifah pada masa selepasnya.

Di masa Abbasiyah, sebagaimana yang dikatakan oleh Philip K. Hitti, “tentera kaum Muslim terdiri dari pasukan infanteri (harbiyah) yang bersenjatakan tombak, pedang dan perisai, pasukan panah (ramiyah) dan kavaleri (fursan) yang mengenakan pelindung kepala dan dada, serta bersenjatakan tombak dan kapak. Tiap pasukan pemanah membawa pelontar nafa (naffathun), mengenakan pakaian anti api dan melontarkan bahan mudah terbakar ke pasukan musuh.”[12]

Ibn Shabir al-Manjaniqi, seorang arkitek terkenal pada masa an-Nashir (1180 – 1225), telah menulis sebuah buku tentang teknik dan seni peperangan. Pada masa itu juga, para arkitek telah membina mesin pengepung, seperti katapul, pelontar, dan pendobrak.[13]

Tidak hanya hebat di darat, tentera kaum Muslim pun hebat di laut. Mu’awiyah adalah khalifah pertama yang melancarkan jihad melalui lautan. Kemudian pada masa Khalifah Abdul Malik, industri peralatan maritim untuk pertama kalinya dibina di Tunisia.

“Dari sana, penaklukan atas Sisilia dilaksanakan,” demikian Ibnu Khaldun menceritakan dalam Muqaddimah-nya, “Dan pada masa itu pula ditaklukkan Qusharrat. Setelah itu di bawah Bani Ubaidi dan Bani Umayyah, armada Ifriqiyah dan Andalusia terus-menerus bergantian menaklukkan kota demi kota.”[14]

“Sepanjang masa pemerintahan Daulah Islamiyah,” kata Ibnu Khaldun, “kaum Muslim menaklukkan seluruh sisi lautan. Kekuasaan dan dominasi mereka semakin luas. Bangsa Kristian tidak dapat berbuat apa-apa terhadap armada kaum Muslim, di mana pun di laut Tengah. Sepanjang waktu, kaum Muslim mengarungi gelombang untuk menguasai semua semenanjung yang merentas di pantai Laut Tengah, seperti Mayorca, Minorca, Ibiza, Sardinia, Sisilia, Pantelleria, Malta, Crete, Cypus, dan semua bahagian Mediterranean Romawi dan Franka.” [15]

Penaklukan dan penyebaran Islam yang begitu massif bukanlah semata-mata kerana ketenteraan yang kuat, tetapi faktor utama semua itu adalah ideologi Islam. Motivasinya pun bukan lantaran memburu ghanimah (harta rampasan perang) atau sumber daya alam. 

Semua wilayah yang akan ditaklukkan sama di mata kaum Muslim, baik kaya maupun miskin. Seperti Afrika Utara yang tidak punya kekayaan apa pun, kaum Muslim dengan penuh keyakinan masuk ke sana dan menyebarkan Islam.

Sungguh, suatu masa nanti musuh-musuh Islam akan terperanjat menyaksikan kekuatan kaum Muslim bangkit kembali. Mereka akan menggenggam Timur dan Barat sebagaimana orang-orang sebelum mereka. Islam akan masuk sedemikian cepat ke dalam setiap rumah dengan segenap kemuliaannya.

“Sungguh perkara agama ini,” demikian Rasul Saw mensabdakan dalam riwayat Imam Ahmad, “akan sampai ke seluruh dunia sebagaimana sampainya malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun, baik di tengah penduduk kota atau di tengah penduduk kampung, kecuali Allah akan memasukkan agama ini ke dalamnya dengan kemuliaan yang dimuliakan dan kehinaan yang dihinakan; kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan Islam dan kehinaan yang dengannya Allah menghinakan kekufuran.”[16]

Wallahu a’lam bi ash-showwab.Era Islam

Monday, March 4, 2013

ISLAM DI GREECE-PINTU MASUK BALKAN

.
Hellenic Republic
Ελληνική Δημοκρατία
Ellīnikî Dīmokratía
Yunani  
Bendera jata negara



Ibu negara:
dan Bandar terbesar
Athens
37°58′N 23°43′E / 37.967°N 23.717°E / 37.967; 23.717
Bahasa Rasmi     Greek
Bangsa (2010 / 2011
 [1][2][3][4])




 -  Presiden Karolos Papoulias
 -  Perdana Menteri Antonis Samaras
 -  Speaker Vangelis Meimarakis


Merdeka          Empayar Kesultanan Turki Uthmaniyah
 -  pengistiharan   1 Januari 1822 
 -  Rasmi 3 Februari 1830 
 - 

KELUASAN
 -  JUMLAH 131,957 km2 [5](97th)
50,949 sq mi 
 -  PERAIRAN(%) 0.8669
Populasi
 -  2011 10,815,197[6] (77th)



Peta kedudukan Greece


"Pemuda Yunani di Masjid" (Jean Léon Gérôme, minyak di canvas, 1865); lukisan minyak ini menggambarkan Orang Greece Muslim bersolat di sebuah masjid)

Sejarah Muslim Autochthonous di Greece

Penduduk Muslim asli di Greece tidak dari satu bangsa sahaja; ia mengandungi beberapa etnik, linguistik dan latar belakang sosial yang sering bertindan.ISlam merupakan agama minoriti sekitar 3.5 % dari populasi negara.Pada 2012, dianggarkan sekitar 370 0000 muslim atau lebih dekat mencecah 500000 yang terdiri dari imigran dari Asia dan Afrika Utara.DI Athens, umat islam sekitar 200 000 orang.Bangsa utama pemeluk islam ialah,TURK,GREEK-PONTIC,POMAKS,ROMA DAN ALBANIA.pada masa antara sekitar 1900,muslim Greek adalah kaum muslim utama d sini..

Agama Islam adalah di anuti beberapa kumpulan etnik autochthonous yang tinggal di wilayah Greece kini, iaitu Pomaks, etnik Turk, sesetengah kumpulan Roma, dan Muslim Yunani, yang memeluk agama Islam terutamanya pada abad ke-15 dan ke-18. Penduduk Muslim negara ini berkurangan secara besar disebabkan perjanjian penukaran penduduk 1923 di antara Greece dan Republik Turki baru, yang juga menyingkirkan sekurang-kurangnya 1.5 juta orang Greece dari Asia Minor.

Istilah Minoriti Muslim (Μουσουλμανική μειονότητα) merujuk pada minoriti agama Islam, linguistik dan etnik di Thrace barat, sebahagian dari timur laut Greece. Pada 1923, di bawah syarat Perjanjian Lausanne, orang Muslim yang tinggal di Greece harus berpindah ke Turki; di mana, orang Kristian yang tinggal di Turki harus berpindah ke Greece dalam sebuah "pemindahan penduduk". Cuma Orang Muslim Thrace dan Kristian Istanbul dan kepulauan Gökçeada dan Bozcaada (Imvros dan Tenedos) tidak ditukarkan. Untuk penerangan selanjut pada masyarakat ini, lihat Minoriti Muslim Greece.

Fakta bahawa orang minoriti Muslim di Greece tetap tinggal sementara orang Greece dari Istanbul dan kepulauan Gökçeada dan Bozcaada telah dipaksa berpindah ke Greece oleh kerajaan Turki telah dinyatakan oleh kumpulan hak kemanusiaan dan membangkitkan sentimen nasionalisme di sesetengah hujung masyarakat Greece. Sentimen yang mirip juga dirasai di bahagian masyarakat Turki mengenai keadaan terkini pada Muslim Greece Thrace barat, yang biasanya dianggap etnik Turki.

Kebanyakan Muslim Greece autochthonous menganggap diri mereka etnik Turki. Peninggalan Empayar Uthmaniyyah, masyarakat ini menetap kebanyakannya di Thrace Barat, di mana mereka dibenarkan untuk menetap di bawah Perjanjian Lausanne 1923. Di bandar Komotini, ia terdiri dari hampir 40 peratus jumlah penduduk. Terdapat juga sebuah masyarakat Turki di bandar Xanthi di mana ia terdiri dari 23 peratus penduduk. Ada juga masyarakat Muslim dan Muslim Turki menetap di sesetengah kepulauan Dodecanese yang, sebagai sebahagian Itali di antara 1912 dan 1947, tidak dikenakan penukaran penduduk di antara Turki dan Greece pada 1923. Bilangan mereka adalah sekitar 5,000, kebanyakan mereka ada pengenalan Turki dan berbahasa Turki. Masyarakat terkuat berada di Kos (2,000 orang) dam Rodos (3,000 orang) , terutamanya di kampung Platanos.

Orang Pomak pada umumnya tinggal di perkampungan padat di Pergunungan Rhodope Thrace Barat. Sementara masyarakat Roma Greece kebanyakannya Orthodoks Yunani, orang Roma di Thrace kebanyakannya Muslim.

 Pendatang Muslim di Greece

Pendatang pertama yang beragama Islam, kebanyakannya Arab Palestin, tiba pada awal 1970-an dari Timur Tengah, dan bertumpu di dua pusat bandar utama, Athens dan Thessaloniki. Sejak 1990, telah ada pertambahan dalam bilangan pendatang Muslim, lima puluh peratus dari Albania. Selebihnya datang dari negara-negara Timur Tengah, dan juga Pakistan, India dan Bangladesh.
Kebanyakan masyarakat pendatang Muslim, yang berbilangan sekitar 140,000 orang, menetap di Athens. Sebagai pengakuan hak agama mereka, kerajaan Greece telah meluluskan pembinaan sebuah masjid pada Julai 2006. Tambahan lagi, Gereja Ortodoks Yunani telah mendermakan 300,000 kaki persegi, bernilai pada sebuah tafsiran $20 juta, di Athens barat untuk tujuan sebuah kubur Muslima







































 

ISLAM BERSINAR DI BULGARIA



Fakta penting
Republic of Bulgaria
 
Presiden: Rosen Plevneliev (2012)
Perdana Menteri: Boyko Borisov (2009)
Keluasan daratan: 42,683 sq mi (110,549 sq km);keseluruhan: 42,823 sq mi (110,910 sq km )

Population (2012 ): 7,093,635
Ibu Negara(2009 ):

 Sofia, 1,192,000 juta

Unit Mata wang: Lev
Bahasa: Bulgarian 85%, Turkish 10%, Roma 4%
Bangsa: Bulgarian 83.9%, Turk 9.4%, Roma 4.7%, termasuk Macedonian, Armenian, Tatar, Circassian) 2% (2001)


Masjid Banya Bashi yang dibina pada 1576 oleh arkitek terkenal kerajaan Ottoman iaitu Sinan, merupakan satu-satunya masjid yang masih berfungsi setelah 500 tahun penguasaan Ottoman di Sofia, ibu negara Bulgaria.

Penduduk Islam Bulgaria terdiri dari Turki, Islam Bulgaria, Pomak, Roma, dan Tatar Crimea tertumpu di kawasan timur laut Bulgaria dan di Pergunungan Rhodope. Menurut bancian pada 2001, jumlah orang Islam adalah 966,978 orang dan ini mewakili 12.2% daripada populasinya.pada tahun 2012.meningkat kepada 1.2 juta orang.. Berdasarkan kumpulan etnik, orang Islam Bulgaria boleh dipecahkan seperti berikut:

Sejarah umat islam Bulgaria

Kebanyakan orang Islam di Bulgaria mengikuti ajaran Sunnah Waljamaah. Sunnah Waljamaah telah diperkenalkan oleh empayar Ottaman Turki sewaktu pemerintahan selama lima abad di Bulgaria. Mazhab-mazhab Syiah seperti Alians, Kizilbashi dan Bektashi juga terdapat di sini. Kira-kira 80,000 penduduk Islam yang bermazhab Syiah tinggal di kawasan-kawasan seperti Razgrad, Sliven dan Tutrakan. Mereka terdiri dari penduduk asal Bulgaria yang telah memeluk Islam semasa pemerintahan empayar Ottoman, akan tetapi telah memilih mazhab Syiah kerana toleransinya terhadap kepelbagaian kewarganegaraan dan agama. Sebagai contoh, Kuzulbashi Bulgaria boleh mengekalkan adat-adat komunikasi, pengakuan, dan memuja orang alim cara Ortodoks. Penggabungan adat-adat Ortodoks ke dalam Islam telah mencipta satu asimilasi yang hanya boleh didapati di Bulgaria.
Setakat 1987, Bulgaria memiliki 1,267 buah masjid yang diuruskan oleh seramai 533 orang pemimpin komuniti agama. Masyarakat Islam diketuai oleh seorang Ketua Mufti dan lapan mufti kawasan dan pengamal undang-undang Islam. Kesemua mereka akan berkhidmat selama lima tahun. Masjid terbesar di Bulgaria adalah Masjid Tumbul yang terletak di Shumen. Masjid ini telah dibina pada 1744.
Orang Islam di Bulgaria telah mengalami penindasan agama semasa tahun-tahun pemerintahan rejim Todor Zhivkov. Ia kerana secara tradisi gereja Ortodoks masih mengangap mereka sebagai orang asing, meskipun mereka sebenarnya adalah etnik Bulgaria. Rejim komunis Bulgaria telah mengumumkan kepercayaan Islam adalah berlawanan dengan kepercayaan komunis dan rakyat Bulgaria. Perkara ini telah mewajarkan penindasan terhadap kepercayaan Islam.
Seperti penganut agama-agama lain, penduduk Islam di Bulgaria telah menikmati kebebasan beragama setelah kejatuhan rejim Zhivkov pada 1989. Masjid-masjid baru telah dibina di banyak bandar dan kampung. Beberapa kampung telah mengatur kursus pengajian Al-Qur'an untuk penduduk muda (pengajian Al-Qur'an dilarang sama sekali semasa pemerintahan rejim Zhivkov). Orang Islam juga mula menerbitkan surat khabar sendiri iaitu Musulmani dalam kedua bahasa Bulgaria dan Turki.


 
Orang Islam di Bulgaria menurut kumpulan etnik (2012)

  • Turki (612,818)
  • Gipsi- Bulgaria (112,495)
  • Millet (77,712)
  • Pomak (71,978)
  • Gipsi- Balkan /Roma(23,298)
  • Bulgarian (18,623)
  • Crimean- Tatar (5,800)
  • Arab (4,710)
  • Gipsi Bulgaria -Timur (2,456)
  • Gipsi -Vlach (1,463)
  • Macedonian (1,020)
  • Albania (876)
  • Circassian (512)
  • Kurdis (190)

Sunday, March 3, 2013

Amerika Syarikat: Negara Islam yang dimurtadkan


Ternyata Amerika yang selama ini sinonim sebagai pusat kekafiran, justeru lebih dulu mengenal Islam sebelum para penyebar agama lain dari Eropah menguasai negeri itu. Fakta-fakta ini mungkin akan membuat kita berbeza memandang Amerika, iaitu sebagai sebahagian dari wilayah yang dakwah disana harus diteruskan.

1. Khashshash bin Said bin Aswad

Ada banyak versi tentang siapakah yang pertama kali membawa agama Islam ke Amerika. Salah satunya yang boleh disebut adalah Khashshah bin Said bin Aswad yang tercatat dalam sejarah pada tahun 889 masehi telah mendarat di benua itu.

Dia seorang navigator muslim yang berasal dari Cordoba, Sepanyol. Sebagaimana kita ketahui, Sepanyol ketika itu merupakan pusat peradaban Islam di Barat, di bawah pimpinan Khilafah Bani Umayah II.

Menyeberangi lautan Atlantic, pelaut muslim ini tercatat sebagai di antara pembawa agama Islam ke Amerika, hanya terpaut 200-an tahun setelah Rasulullah SAW wafat.

Para ahli sejarah dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 - 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Nuffnang Ads
Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut, iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu.

Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyyabahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfayadi Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.

Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.

Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi .

Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

2. Laksamana Ceng Ho

Selain itu sejarah juga mencatatkan bahawa Laksamana Ceng Ho yang beragama Islam, juga pernah mendarat di benua Amerika. Yang menarik, laksamana yang juga seorang da `i muslim ini mendarat 70 tahun lebih awal dari Colombus.

Bahkan armada dan kapal Ceng Ho jauh lebih besar daripada kapal milik Colombus. Namun kerana sejarah dunia ditulis oleh orang lain, maka fakta bahawa Ceng Ho mendarat lebih dahulu dari Colombus seolah lenyap di balik pembohongan nyata.

Gambar di atas menunjukkan bahawa kapal Cheng Ho memang jauh lebih besar berbanding kapal Colombus. Kapal ini juga tercatat pernah mendarat di nusantara, selain berdiplomasi dan berdagang, juga menyebarkan dakwah Islam.

Cheng Ho punya nama arab, iaitu Haji Mahmud Shams. Beliau adalah seorang muslim China yang lahir tahun 1371 dan meninggal dunia tahun 1433. Terkenal sebagai pelaut dan pengembara China terkenal yang melakukan beberapa pelayaran antara tahun 1405 hingga 1433.

3. Columbus

Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaituMartin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari Sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Spanyol.Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta di atas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

4. Indian Muslim

Yang menarik adalah islamnya suku-suku asli yang menghuni benua Amerika, iaitu Indian. Gambar utama kertas ini adalah lukisan wajah seorang kepala suku Cherokee, Seqouya.

Tercatat begitu banyak bukti bahawa suku-suku itu banyak yang sudah mengenal agama Islam, seperti Apache, Cherokee, Sioux, Anasazi, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah (mirip nama mekkah Al-Mukarramah), Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.

Begitu banyak bukti bahawa bangsa Indian sudah memeluk agama Islam. Misalnya, beberapa tulisan cherokee abad ke-7 terpahat pada batu-batu di Nevada sangat mirip dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab.

Ciri lain adalah gambar atau lukisan yang kita lihat tentang kostum yang dikenakan oleh bangsa Indian. Ternyata banyak kepala suku Indian mengenakan tutup kepala khas orang Islam, seperti serban ini. Bahkan mereka mempunyai aksara Syllabary yang mirip bahasa Arab.

Dan fakta yang tidak dapat dinafikan, adalah sebuah naskah perjanjian antara kerajaan Amerika dan Kepala Suku Indian Cherokee. Naskah itu hingga kini masih tersimpan rapi di bangunan Arkib Perpustakaan Negara di ibu kota Washington DC.
Yang menarik, nama kepala Suku Cherokee adalah Abdel-Khak and Muhammad Ibnu Abdullah. Jelas itu nama muslim.

Namun penduduk suku Indian yang banyak menganut agama Islam menurun secara drastik akibat pembunuhan. Salah satunya polisi rasmi kerajaan USA berupa Indian Removal Act tahun 1830 yang memberikan kebenaran rasmi buat bangsa Eropah untuk mengusir atau membunuh bangsa Indian.

Tercatat lebih dari 70,000 orang indian di usir dari tanahnya sehingga mengakibatkan ribuan orang meninggal.

Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku-buku akademik.

5. Muslim Afrika Amerika

Salah satu faktor penyebaran agama Islam di Amerika adalah didatangkannya ribuan budak-budak dari Afrika ke benua Amerika. Dan mereka umumnya beragama Islam. Muhammad Ali peninju legenda adalah salah satu contoh keturunan Afrika yang tetap menjadi muslim di Amerika. Dan tidak sedikit nama mereka yang mirip dengan nama-nama Arab, seperti Karim Abdul Jabbar, sang pemain basket.

Selama tahun 1520-an telah didatangkan budak ke Amerika Utara dari Afrika. Dianggarkan sekitar 500 ribu jiwa dihantar ke daerah ini atau 4.4% dari total 11.328.000 jiwa budak yang ada.Diperkirakan sekitar 50% budak atau tidak kurang dari 200 ribu jiwa budak yang didatangkan berasal dari daerah-daerah yang dipengaruhi oleh Islam.

Menurut bancian AS tahun 2003, ada sejumlah 37,1 juta warga kulit hitam di AS, yang bererti 12,9 peratus dari jumlah keseluruhan populasi. New York City mempunyai rakyat kulit hitam di bandar tertinggi pada tahun 2000 dengan jumlah 2 juta jiwa.

Malcolm X

Bicara tentang Islam di Amerika, kita tidak boleh melewatkan nama Malcolm X, tokoh Muslim dari kaum Afrika-Amerika yang ketokohannya dapat digandingkan dengan Dr. Martin Luther King.

Malcolm X dicatat sebagai orang yang berjuang menghapuskan segala macam diskriminasi lebih-lebih yang menimpa kaum Afrika-Amerika yang sering dikonotasikan dengan kaum negro yang terdiskriminasikan.

Malcolm menjadi orang nombor 2 di Nation of Islam selepas Elijah Muhammad, ia juga yang membuat organisasi ini menjadi besar dalam kurun waktu 1 dekad. Di tahun 1952, Nation of Islam hanya dianggotai 500 orang, tapi di tahun 1963 anggotanya berkembang pesat menjadi 25,000 orang. Malcolm juga yang mengajak peninju fenomenal, Casius Clay, bergabung dengan Nation of Islam yang kemudian menukar namanya menjadi Muhammad Ali.

Dakwah Malcolm X semakin mantab dan lurus terutama setelah melakukan perjalanan ibadah haji atas jemputan Kerajaan Saudi Arabia di tahun 1964. Malcolm berangkat ke Jeddah, Arab Saudi, untuk belajar Islam sekaligus menunaikan haji.

Walau pun awalnya datang dalam keadaan tidak berkemampuan berbahasa Arab dan pemahaman yang keliru tentang Islam, namun setelah dipertemukan dengan sumber-sumber penajar Islam yang original, Malcolm X mendapatkan gambaran yang berbeza dari pandangannya selama ini.

Terutamai setelah melihat jamaah haji yang berkumpul dari belahan bumi, dari pelbagai bangsa, bangsa dan warna kulit yang semua memuji Tuhan yang satu dan tidak saling membezakan.

Muhammad Ali: Petinju Legenda

Muhammad Ali lahir di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Namanya mengikuti nama ayahnya, Cassius Marcellus Clay, Sr. Ali kemudian menukar namanya selepas bergabung dengan Nation of Islam dan akhirnya memeluk Islam Sunni pada tahun 1975.

Terinspirasi oleh Malcolm X untuk bergabung dengan Nation of Islam, dan diberi nama Muhammad Ali oleh tokoh NOI Ellijah Muhammad.

Muhammad Ali secara tegas menentang penglibatan Amerika Syarikat dalam perang Vietnam. Saat menentang wajib tentera ke Vietnam, Ali dijatuhi hukuman lima tahun penjara, namun dia berjaya melepaskan diri daripada hukuman penjara dalam keputusan sidang bandingnya. Hukuman penjara ini akhirnya dibatalkan selepas tiga tahun dibacakannya hukuman tersebut.

Muslim Amerika

Saat ini boleh dibilang Islam lebih banyak dipeluk oleh kalangan Afro-American ini berbanding dengan penduduk dari kulit putih. Apalagi dengan adanya perbezaan ras yang ternyata masih kental. Dan kewujudan muslim Afro-American ini-sedikit banyak-turut mewarnai benua Amerika dengan warna Islam.

Saat ini jumlah penduduk USA dianggarkan 308 juta. Yang beragama Islam dianggarkan hanya sekitar 3 juta sahaja, atau sekitar 1%. Jumlah ini sangat minoriti, dan sayangnya rata-rata mereka hidup tertindas. Terutama setelah peristiwa runtuhnya menara WTC di tahun 2001.

Menjadi Minoriti Tertindas

Sejak itu umat Islam yang hidup di Amerika tidak tenang hidupnya, sebab sewaktu-waktu mereka boleh saja dikejar-kejar dan dimasukkan ke penjara, tanpa alasan yang jelas. Ditambah lagi hukuman dari masyarakat yang termakan oleh penggiringan pandangan media massa. Penderitaan mereka semakin lengkap.

Banyak serangan-serangan yang berlaku tehadap Muslim Amerika selepas kejadian itu, walaupun ini terbatas pada kelompok minoriti kecil.

Menurut survey yang dilakukan pada 2007, 53% Muslim Amerika menganggap bahawa menjadi lebih sukar menjadi seorang Muslim (di AS) selepas serangan itu.

Wanita Muslim yang menggunakan hijab / jilbab diganggu, menyebabkan beberapa wanita Muslim yang memilih untuk tinggal di rumah, sedangkan yang lain untuk sementara meninggalkan amalan (pekerjaan).

Yahudi Amerika: Minoriti dan SANGAT berkuasa

Meski jumlahnya hanya sekitar 5 juta orang atau 1.6% dari jumlah keseluruhan penduduk USA, namun komuniti yahudi SANGAT berkuasa.

Hal itu kerana orang-orang Yahudi sangat kompak dan membina semua unsur kekuatan secara serius. Selain membina pelbagai industri besar, mereka juga menekuni perniagaan berskala international, termasuk rajin membina rangkaian industri media massa, komputer, telekomunikasi, minyak bumi, harta, hiburan, life style, sampai keurusan pertanian.

Bahkan kesedaran politik kekuatan yahudi di Amerika sangat maksimum. Dengan budaya money politik yang tinggi, yahudi selalu bersedia memodali para calon penguasa di negeri itu, di mana memang faktor pemilikan modal wang menjadi syarat nombor satu untuk mencapai puncak kekuasaan (red: dalam sistem demokrasi kapitalisme)

Dan buat yahudi, siapa pun yang ingin mendaki puncak kerjaya politik, selalu ada dana dan modal yang boleh digelontorkan tanpa batasan. Yang penting, politik polisi rejim itu harus sangat pro kepentingan yahudi. (Red: begitulah yg terjadi saat ini dalam sistem demokrasi kapitalisme. Hal ini tentu bertentangan dengan sistem Islam yang diredhai oleh Allah iaitu Khilafah Islamiyah) Sumber globalmuslim.web.id

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...