Showing posts with label HUKUM ISLAM. Show all posts
Showing posts with label HUKUM ISLAM. Show all posts
Saturday, July 27, 2013
Sunday, March 10, 2013
6 Fakta Tentang Babi yamg perlu umat islam tahu
1.Apakah
anda tahu yang babi tidak dapat disembelih di leher? kerana mereka
tidak memiliki leher. sesuai dengan anatomi naturalnya? Bagi orang
muslim beranggapan kalau babi memang harus disembelih dan layak bagi
penggunaan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan
memiliki leher.
2.Pengguna daging babi sering mengeluh bau air kencing pada daging babi (menurut kajian yang dilakukan, hal tersebut disebabkan kerana praeputium babi sering bocor, sehingga urine babi merembes ke daging)
3.Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi lain. Ia melahap semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada tersisa.
4. Kadang-kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak sedap.
5. Penyakit-penyakit cacing pita merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang dapat terjadi kerana memakan daging babi. Cacing berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 – 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).
6. Daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon”. Persentase penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara negara Islam, peratusnya amat rendah, sekitar 1/1000.
2.Pengguna daging babi sering mengeluh bau air kencing pada daging babi (menurut kajian yang dilakukan, hal tersebut disebabkan kerana praeputium babi sering bocor, sehingga urine babi merembes ke daging)
3.Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi lain. Ia melahap semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada tersisa.
4. Kadang-kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak sedap.
5. Penyakit-penyakit cacing pita merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang dapat terjadi kerana memakan daging babi. Cacing berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 – 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).
6. Daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon”. Persentase penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara negara Islam, peratusnya amat rendah, sekitar 1/1000.
credit kaskus.us
Wednesday, March 6, 2013
Sukan yang disyariatkan Rasulullah
Sukan sesuatu yang mengembirakan. Ia boleh dikategorikan sebagai
jenis-jenis permainan dan hiburan yang halal. Bersukan bermatlamat
seperti yang dinukilkan dalam hadis di bawah ini amat dituntut.
JENIS-JENIS SUKAN YANG HALAL
Ada
beberapa macam sukan yang disyariatkan Rasulullah
SAW, untuk kaum Muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan
mereka.
Di mana sukan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk
menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak
mendatangkan ketangkasan dan keinginan.
Sukan tersebut
kebanyakannya bentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada
manusia berjiwa kuat, dan mempersiapkan mereka untuk maju ke medan jihad
fi sabilillah.
Di antara sukan itu ialah:
1.Pertandingan.
Sahabat-sahabat
Nabi SAW dulu pernah mengadakan pertandingan lumba lari cepat, kerana
Nabi sendiri membolehkan. Ali adalah salah seorang yang paling cepat.
Nabi sendiri mengadakan pertandingan dengan isterinya, bertujuan memberi
pendidikan kesederhanaan dan kesegaran serta mengajar kepada
sahabat-sahabatnya.
Kata
Aisyah, “Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian
saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah
bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda:
Kemenangan ini untuk kemenangan itu.” Iaitu seri atau sama-sama menang. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).
2.Lumba lari dan bergusti
Rasulullah
SAW pernah gulat/bergusti dengan seorang lelaki yang terkenal kuatnya, namanya
Rukanah. Permainan ini dilakukan beberapa kali. (Riwayat Abu Daud).
Dalam satu riwayat dikatakan:
"Sesungguhnya
Rasulullah SAW gulat/bergusti dengan Rukanah yang terkenal kuatnya itu,
kemudian ia berkata: kambing lawan kambing. Kemudian Nabi
bergusti, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya. untuk lain kali
lagi, lantas Nabi bergusti, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya,
lantas Nabi bergusti untuk ketiga kalinya.
Lantas seorang lelaki itu
bertanya: Apa yang harus saya katakan kepada keluargaku? Nabi menjawab:
Katakan "kambing telah dimakan oleh serigala, dan larilah kambing."
Kemudian apa pula yang aku katakan untuk yang ketiga?
Nabi menjawab:
Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergusti dengan kamu dan untuk
mengalahkan kamu, kerana itu ambillah hadiahmu."
Dari
hadis ini ahli-ahli fiqih beristimbat hukum tentang dibenarkannya
pertandingan lari cepat, baik dia itu dilakukan antara lelaki dengan
lelaki atau antara lelaki dengan perempuan mahramnya atau dengan
isteri-isterinya.
Dari hadis-hadis itu pula ulama fiqih berpendapat
bahawa pertandingan lari cepat, gusti dan sebagainya tidak menghilangkan
kekhusyukan, kehormatan, pengetahuan, keutamaan dan lanjutnya umur.
Sebab Rasulullah SAW. sendiri waktu bergulat dengan Aisyah sudah berumur
di atas 50 tahun.
3.Memanah
Di
antara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan
perang-perangan. Sebab di satu masa Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai
sekumpulan sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah,
maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan
sabdanya: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat
Bukhari)
Pertandingan
lempar panah itu bukan sekedar hobi atau sekadar bermain-main saja,
tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang
diperintah Allah dalam firmanNya "Dan bersiap-siaplah kamu untuk
menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."
Dalam
menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang
dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu
tiga kali." (Riwayat Muslim)
Dan
sabdanya pula: "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk
sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad
yang baik)
Namun begitu, Rasulullah SAW. memperingatkan para pemain
agar tidak menjadikan binatang-binatang jinak dan sebagainya sebagai
sasaran latihannya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang
Arab jahiliah.
Abdullah
bin Umar pernah melihat sekumpulan manusia yang sedang berbuat
demikian, kemudian Ibnu Umar mengatakan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.
melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran
memanah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dilarangnya
permainan seperti itu kerana terdapat unsur-unsur penyiksaan terhadap
binatang dan meragut jiwa binatang serta memungkinkan untuk
membuang-buang harta, Tidak benar kalau permainan manusia itu dengan
mengorbankan makhluk hidup yang lain.
Justeru itu pula Rasulullah SAW. melarang mengadu binatang seperti
yang dilakukan orang-orang Arab dahulu, iaitu mereka membawa dua ekor
kambing atau lembu kemudian diadu sampai mati atau hampir mati.
Lantas
mereka senang dan tertawa. Para ulama berkata: "Bahawa prinsip
dilarangnya mengadu binatang, kerana terdapatnya unsur menyakiti dan
melumpuhkan binatang tanpa faedah, tetapi hanya sekadar bermain-main."
4.Main Anggar
Yang
sama dengan permainan memanah, ialah main anggar. Dalam hal ini
Rasulullah SAW telah memberi perkenan kepada orang-orang Habsyah
(Ethiopia) bermain anggar di dalam Masjid Nabawi, dan ia pun memberi
perkenan pula kepada Aisyah untuk menyaksikan permainan itu.
Dan
kepada para pemain Rasulullah mengatakan: "Kerana kamu (kami melihat),
hai Bani Arfidah." Panggilan Bani Arfidah adalah suatu jolokan yang
biasa digunakan orang-orang Arab untuk memanggil penduduk Habsyah.
Umar, kerana wataknya tidak suka bermain-main, maka dia bermaksud akan
melarang orang-orang Habsyah yang sedang bermain itu, tetapi kemudian
dilarang oleh Nabi. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah, ia berkata:
"Ketika
orang-orang Habsyah sedang bermain anggar dihadapan Nabi, tiba-tiba
Umar masuk, kemudian mengambil kerikil dan melemparkannya kepada mereka.
Kemudian Rasulullah SAW. berkata kepada Umar.--biarkanlah mereka itu,
hai Umar." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini
merupakan suatu kelapangan dari Rasulullah SAW dengan mengizinkan
permainan seperti ini dilakukan di Masjidnya yang mulia itu, agar di
dalam masjid dapat dipadukan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi; dan
sebagai suatu pendidikan buat kaum Muslimin, agar mereka suka bekerja
di waktu bekerja dan bermain-main di waktu santai. Di samping itu,
bahawa permainan semacam ini bukan sekedar bermain-main saja, tetapi
suatu permainan yang bermotif latihan.
Para
ulama berkata setelah membawakan hadis ini sebagai berikut: "Bahawa
masjid dibuat adalah demi kepentingan urusan kaum Muslimin. Oleh kerana
itu apa saja yang kiranya bermanfaat untuk agama dan manusia, maka
bolehlah dikerjakan di masjid."
Kiranya kaum Muslimin di zaman-zaman
terakhir ini mahu memperhatikan, mengapa masjid-masjid mereka itu
dikosongkan dari jiwa hidup dan kekuatan, dan dibiarkan sebagai tempat
orang-orang apatis.
Pengarahan
Nabi dalam mendidik dan memberikan hiburan hati isteri-isterinya,
iaitu dengan memperkenankan permainan yang mubah seperti itu.
Sehingga
kata Aisyah: "Sungguh saya saksikan Nabi membatas saya dengan
selendangnya, sedang saya melihat orang-orang Habsyah itu bermain di
dalam masjid, sehingga saya sendiri yang merasa bosan. Mereka itu
lincah selincah gadis muda belia yang masih suka bermain." (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Aisyah
juga berkata: "Saya pernah bermain-main dengan boneka perempuan di
rumah Rasulullah SAW, bersama kawan-kawan saya perempuan yang juga
bermain-main dengan saya; dan tatkala Rasulullah SAW masuk, mereka itu
bersembunyi, tetapi Rasulullah SAW. senang melihat mereka itu bersamaku,
kemudian mereka bermain-main bersamaku lagi." (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
5 Menunggang Kuda (Berpacu Kuda)
Allah
SWT berfirman: "Kuda, kaldai dan himar adalah supaya kamu naiki dan
sebagai perhiasan." (an-Nahl: 8)
Dan bersabda Rasulullah SAW "Kuda itu
diikat jambulnya untuk kebaikan." (Riwayat Bukhari)
Dan sabdanya pula:
"Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda)." (Riwayat Muslim)
Dan
sabdanya lagi: "Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah bererti
permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang lelaki
berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik
kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar
berenang." (Riwayat Thabarani)
Dan
berkatalah Umar: "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan
perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda."
Ibnu Umar
meriwayatkan. "Sesungguhnya Rasulullah SAW. pernah mengadakan pacuan
kuda dan memberi hadiah kepada pemerangnya." (Riwayat Ahmad)
Semua ini
sebagai dorongan Nabi terhadap masalah pacuan kuda. Sebab berpacu kuda
sebagaimana kami katakan di atas, adalah permainan, olahraga juga suatu
latihan.
Anas
pernah ditanya: Apakah kamu pernah bertaruh di zaman Rasulullah
s.a.w.? Apakah Rasulullah s.a.w. sendiri juga pernah bertaruh?
Maka
jawab Anas: "Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah SAW) pernah
bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka
dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan
menghairankannya." (Riwayat Ahmad)
Taruhan
yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah)
yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari
salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya.
Adapun hadiah yang
dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul
itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang
dilarang.
Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang
disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah
haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat
Ahmad).
Dan
Beliau bersabda: "Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia
dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk
berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan
apanya saja - mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu
kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun
kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan
perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan.
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger
adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Terus menuju
kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di
saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang
melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar,
penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh
berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini
berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari
Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum
sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas
tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk,
apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding
usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia
akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya
dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka
akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan
disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan
ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya
manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia
pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam
pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot
pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini
merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf
dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai
ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan
ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam
keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam
keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan
dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada
refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak
kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi
usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh
menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah,
untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan
pengsan atau mati mendadak.
Begitu
pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat
membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada
tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang
masuk.
Sebagaimana
keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada
kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan
kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi
pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan
minum.
Diriwayatkan
ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang
dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk
seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk
sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).
Tuesday, March 5, 2013
13 Perkara Yang Perlu Wanita Islam Jaga
Dalam kehidupan seharian, ada banyak perkara yang perlu dijaga oleh wanita Islam, selain batas-batas pergaulan yang harus dijaga, ada perkara- perkara lain yang perlu di jaga oleh wanita Islam..
1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sumber: www.cahayaislam.net
Wednesday, December 12, 2012
Keindahan Islam yang Orang Tidak Nampak
Kedua-dua
gambar di bawah adalah hukuman hudud yang dijalankan di Afghanistan
sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu.
Bayangkan
jika Malaysia menjalankan hukuman hudud seperti di atas. Sudah tentu
ribuan akan hadir ingin melihatnya dari dekat. Dan jutaan akan
melihatnya melalui siaran langsung melalui kaca TV. Agak-agaknya
beranikah lagi bakal pencuri/perompak/penyamun ingin melakukan
kerja-kerja tersebut. Beranikah bakal perogol/penzina/pelaku maksiat
melakukan kerja-kerja terkutuk berkenaan?
Nah!
itulah Islam. Dan itulah hukuman yang Allah tetapkan untuk seluruh umat
manusia. Jelas dinaskan di dalam AlQuran. Sungguhpun nampak seperti
kejam namun untuk melaksanakannya amat susah kerana memerlukan saksi
yang mencukupi dan disoal kenapa ia melakukan perkerjaan tersebut.
Bayangkan sebaik sahaja ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. InsyaAllah aktiviti jenayah dan maksiat akan turun mendadak secara 'drastik'. Masing-masing akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah yang keterlaluan. Penjara pula lama-lama akan kosong dengan penghuni. Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggung makan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.
Sudah tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman. Peniaga dan hartawan tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai/rumah boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir berpuluh kali untuk mencuri. Anak dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut kalau-kalau terjebak dengan penzinaan.
Justeru itu, lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan sebagainya boleh dikira mengikut kiraan 'minit'. Pihak berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa? Kerana mereka 'sombong'. Tidak mahu mengikuti perintah Allah. Jadi tunggulah saat kemusnahanan yang pasti akan tiba dengan lebih parah lagi.
Bayangkan sebaik sahaja ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. InsyaAllah aktiviti jenayah dan maksiat akan turun mendadak secara 'drastik'. Masing-masing akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah yang keterlaluan. Penjara pula lama-lama akan kosong dengan penghuni. Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggung makan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.
Sudah tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman. Peniaga dan hartawan tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai/rumah boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir berpuluh kali untuk mencuri. Anak dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut kalau-kalau terjebak dengan penzinaan.
Justeru itu, lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan sebagainya boleh dikira mengikut kiraan 'minit'. Pihak berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa? Kerana mereka 'sombong'. Tidak mahu mengikuti perintah Allah. Jadi tunggulah saat kemusnahanan yang pasti akan tiba dengan lebih parah lagi.
Hukum Allah vs Hukum Buatan Manusia
Ini akibatnya jika manusia teruskan undang2 yang memberi muka kepada pesalah.

berikut beberapa fakta menggerunkan tentang pemandu mabuk, maaf dalam english sebab dipetik dari MADD website
On average someone is killed by a drunk driver every 45 minutes. In 2008, an estimated 11,773 people died in drunk driving related crashes—a decline of 9.8 percent from the 13,041 drunk driving related fatalities of 2007.
Pemandu mabuk merupakan satu gejala yang serius dan perlu dibendung dengan sebaik mungkin....Fifty to 75 percent of drunk drivers whose licenses are suspended continue to drive.
jika
tidak masaalah ini mungkin menjadi lebih teruk sehingga ibu ibu di
Malaysia pula perlu menganjurkan satu pertubuhan untuk menentang pemandu
mabuk
Alcohol-related crashes in the United States cost the public an estimated $114.3 billion in 2000, including $51.1 billion in monetary costs and an estimated $63.2 billion in quality of life losses. People other than the drinking driver paid $71.6 billion of the alcohol-related crash bill, which is 63 percent of the total cost of these crashes.
kepad yang minu, harap anda dapat bertanggunjawab terhadap pengguna jalanraya yang lain
A first time drunk driving offender on average has driven drunk 87 times prior to being arrested.
pihak
polis juga, diharap akan bertindak tegas terhadap mereka yang memandu
mabuk, jika ada bau alkohol atau pemandu kelihatan tidak stabil terus
periksa dan ambil tindakan, jangan lepaskan mereka
Over 1.46 million drivers were arrested in 2006 for driving under the influence of alcohol or narcotics. This is an arrest rate of 1 for every 139 licensed drivers in the United States.

RUGINYA ORANG YANG MINUM ARAK
Abul
Laits mengatakan, “ Jauhilah minum arak, kerana di dalamnya mempunyai
10 perkara yang tercela: 1- Apabila seseorang itu minum arak maka
kedudukannya seperti orang gila, akhirnya di menjadi bahan ketawa
kanak-kanak. Dan tercela ia bagi orang yang berakal. 2- Arak itu boleh
menyebabkan hilang dan menyebabkan musnahnya wang ringgit. 3- Minum arak
boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat. 4- Minum arak
akan menghalangi seseorang itu ingat atau berzikir kepada Allah S.W.T.
dan akan menghalangi dia dari mengerjakan solat. 5- Minum arak akan
mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin
denggan mudah menceraikan isterinya tanpa dia sedari. 6- Minum arak
adalah anak kunci segala perbuatan jahat, orang yang minum arak mudah
sekali melakukan perbuatan terkutuk. 7- Minum arak boleh menyakiti
keluarganya dan teman-temannyan kerana mengiringi ketempat fasik. 8-
Orang yang minum arak wajib dihad, di hukum dengan 80 sebatan, kalau ia
tidak dipukul di dunia dia akan di pukul di akhirat dengan cemeti api
neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan
teman-temannya. 9- Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup
baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama
40 hari. 10- Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.
Dalil Al-Quran haram minum arak
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
| “ | "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90) |
Dalil Hadis haram minum arak
Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
| “ | Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733) [2] | ” |
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
| “ | "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392) | ” |
Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.
Hukuman Hudud minum arak
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
| “ | Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. [4] | ” |
Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak
dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80
kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas
peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang
sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga
dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini
ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung.
Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di
dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :
- Orang yang sudah mukallaf
- Dengan kemahuan sendiri
- Mengetahui haram hukum meminumnya
- Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil
Hudud: Undang-Undang Yang Paling Rasional
Dalam
tulisan kali ini saya akan cuba menjawab serba sedikit
persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan di dalam isu hudud ini.
Persoalan pertama yang sering dibangkitkan adalah undang-undang hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Untuk
tujuan perbincangan katakanlah kita terima bahawa hudud adalah
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya adakah apa
sahaja undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah
undang-undang yang tidak baik dan perlu diketepikan begitu sahaja?
Jika
benar sesuatu undang-undang itu benar-benar bercanggah dengan
Perlembagaan, tidak bolehkah Perlembagaan tersebut dipinda bagi
membolehkan undang-undang yang baik tersebut diluluskan dan seterusnya
dilaksanakan.
Sememangnya bermasalah
Adakah
meminda peruntukkan dalam Perlembagaan adalah suatu jenayah atau 'dosa'
yang besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali. Bukankah selama ini
Perlembagaan negara ini telah beberapa kali dipinda?
Selanjutnya
adakah semua undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan
adalah undang-undang yang baik dan tidak menzalimi rakyat? Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Penerbitan & Mesin Cetak dan Akta Universiti dan Universiti Kolej (Auku)
adalah contoh undang-undang yang digubal menurut peruntukan
Perlembagaan dan sehingga kini diputuskan oleh Mahkamah, undang-undang
tersebut adalah selaras dengan Perlembagaan.
Menzalimi Rakyat
Tetapi
siapa yang boleh menafikan akta-akta tersebut, meskipun selaras dengan
Perlembagaan, adalah undang-undang yang zalim dan telah terbukti
menzalimi rakyat yang tidak berdosa.
Sehingga
kini suara-suara yang meminta undang-undang tersebut sama ada dipinda
atau dimansuhkan masih terus berkumandang. Meskipun undang-undang
tersebut selaras dengan Perlembagaan kenapakah ianya diminta untuk
dipinda atau dimansuhkan?
Dalam konteks undang-undang hudud adilkah untuk kita meminta undang-undang Allah tersebut dipinda bagi membolehkan ianya selaras dengan Perlembagaan?
Sudah tentu alternatif terbaik, jika ianya bercanggah dengan
Perlembagaan maka sewajarnya Perlembagaan itu sendiri yang harus
dipinda.
Mungkin
ada yang berhujah adalah sukar untuk kita meminda Perlembagaan
Persekutuan? Apa yang lebih susah dari meminda peruntukan Perlembagaan
Persekutuan apabila ianya menyentuh isu imuniti Raja. Bukan sahaja
pindaan tersebut memerlukan dua pertiga tetapi ia juga perlu persetujuan
Majlis Raja-Raja. Tetapi, seperti yang kita maklum, pindaan tersebut
berjaya dilakukan meskipun sukar.
Hujah
yang saya berikan di atas bertolak dari andaian bahawa undang-undang
hudud bercanggah dengan Perlembagaan. Namun perlu saya nyatakan di sini
ada juga dari kalangan ahli undang-undang yang berpendapat undang-undang
hudud tidak bercanggah dengan Perlembagaan.
Senarai Negeri
Antara
hujah lain yang dikemukakan oleh ahli undang-undang ini adalah bidang
kuasa kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang sepertimana yang
dinyatakan di dalam Senarai Negeri di Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan adalah termasuk menggubal undang-undang Islam (Islamic law)
dan perkataan undang-undang Islam di dalam Senarai Negeri tersebut
hendaklah ditafsirkan secara luas sepertimana yang difahami oleh Islam.
Persoalan
kedua yang juga sering ditimbulkan adalah undang-undang hudud terlalu
keras dan ianya menakutkan orang bukan Islam. Undang-undang memotong
tangan pencuri dan merejam penzina dianggap undang-undang yang tidak
bertamadun dan ketinggalan zaman.
Pertamanya
persoalan orang bukan Islam. Jika dilihat kepada Enakmen Hudud yang
digubal di Kelantan dan Terengganu, adalah jelas ianya tidak terpakai
kepada orang-orang bukan Islam. Oleh itu kebimbangan orang-orang bukan
Islam tidak berasas.
Selanjutnya
isu sama ada sesuatu undang-undang itu keras, tidak bertamadun atau
ketinggalan zaman adalah persoalan persepsi. Kita lihat undang-undang
yang mengenakan hukum mati sendiri, sehingga kini ianya menjadi bahan
perbahasan. Ada yang menyatakan ianya adalah undang-undang yang keras,
tidak bertamadun dan ketinggalan zaman kerana ianya bercanggah dengan
hak asasi manusia.
Memandangkan
persepsi masyarakat berbeza, ada negara yang meneruskan hukum mati dan
ada negara yang tidak. Hatta bagi negara yang mengekalkan hukum mati
mereka juga tidak sepakat tentang kaedah untuk melaksanakan
undang-undang hukum mati tersebut.
Menyuntik Racun
Ada
yang setuju dengan kaedah menggantung penjenayah. Ada pula yang setuju
ianya dilaksanakan dengan cara menembak penjenayah dan ada pula yang
setuju ianya dilaksanakan dengan cara menyuntik racun atau menggunakan
bilik gas beracun. Bagi yang memilih untuk menggantung, mereka
berpendapat hukuman tembak adalah terlalu keras dan tidak bertamadun dan
begitulah sebaliknya.
Hatta
ada juga para sarjana undang-undang yang berhujah undang-undang
memenjarakan penjenayah juga bukan sahaja zalim tetapi juga tidak
berkesan mengurangkan kadar jenayah. Ini kerana hukuman penjara bukan
sahaja menghukum penjenayah yang melakukan jenayah tetapi juga ianya
menghukum orang lain yang tidak terlibat dengan jenayah yang dilakukan
oleh penjenayah tersebut.
Sebagai
contoh jika seorang pencuri dipenjarakan, ianya bukan sahaja menghukum
pencuri tetapi juga menghukum isteri dan anak-anaknya kerana mereka
dengan secara paksa dipisahkan dari suami dan bapa mereka. Ia juga
menghukum pembayar cukai yang terpaksa menanggung makan dan minum si
pencuri tersebut di penjara. Tidakkah ini zalim?
Negara
kita mengenakan hukuman penjara ke atas pencuri namun secara jujur
adakah undang-undang tersebut telah berjaya mengurangkan kadar jenayah
kecurian dalam negara ini? Pada masa kini kecurian juga boleh berlaku di
dalam balai polis sendiri, tempat yang sepatutnya paling selamat.
Penjara semakin sesak menunjukkan tiada kesan positif langkah ini
Selanjutnya
jika kita mempelajari falsafah, prinsip dan teori hukuman kita tentu
biasa dengan istilah pencegahan. Tujuan hukuman antara lain adalah untuk
mencegah. Hukuman potong tangan sebagai contoh memenuhi kriteria
pencegahan kerana ianya bukan sahaja menakutkan pencuri tetapi juga
orang-orang yang mungkin ada niat mencuri.
Pengaiban
Hukuman
tersebut juga satu bentuk pengaiban yang paling baik kepada penjenayah.
Tangan kudung sejak dari lahir atau tangan kudung kerana dipotong oleh
doktor atas alasan kesihatan sudah tentu tidak sama aibnya dengan tangan
kudung kerana menjalani hukuman kerana mencuri.
Seperkara
lagi yang perlu kita faham meskipun hukum hudud secara relatifnya
mengandungi hukuman yang agak keras ianya juga dalam masa yang sama
menuntut satu kaedah pembuktian yang paling ketat. Dalam bahasa
undang-undang, jenayah hudud menuntut satu standard pembuktian yang
lebih tinggi dari undang-undang jenayah yang diamalkan sekarang.
Standard
pembuktian jenayah hudud adalah melampaui segala keraguan sedangkan
undang-undnag jenayah yang sedia ada hanya mengenakan standard
pembuktian 'melampaui keraguan munasabah' sahaja. Jadi undang-undang
manakah yang lebih melindungi hak orang yang dituduh?
Subscribe to:
Posts (Atom)
























