Showing posts with label ISKANDAR ZULKARNAIN. Show all posts
Showing posts with label ISKANDAR ZULKARNAIN. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Melayu Dari Titisan Iskandar Zulkarnain?


Pada 16 Januari lalu, TV2 telah menyiarkan sebuah filem epik tentang riwayat hidup Alexander The Great. Sesetengah pihak melihat watak ini sebagai Iskandar Zulkarnain. Filem itu menggambarkan raja agung itu sebagai watak biseksual, ghairahkan kuasa, penyembah dewa dan keputusannya di bawah dibawah telunjuk ibunya, Olivia (Angelina Jolie).

Raja yang agung itu menurut kacamata Barat adalah anak Raja Philips II; pemerintah Macedonia. Bapanya terbunuh, lalu Alexander jadi raja. Baginda mula menakluk Parsi di bawah pemerintahan Darius I.

Setelah Parsi dijatuhkan, kembaranya diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Asia Tengah, dan Asia Selatan. Baginda dan ketumbukan tenteranya merentasi Hindu Kush iaitu kawasan banjaran gunung menuju ke India.

Bagaimanapun, Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola. Kemuncaknya, Alexander dibunuh para pengikutnya dengan racun. Usianya 33 tahun saat itu. Demikian tafsiran Barat ke atas raja itu melalui filem tersebut.

Sekurang-kurangnya, setakat ini, ada tiga rujukan yang boleh diangkat sebagai penilaian. Pertama, filem Alexander itu, kedua Sulalatus Salatin dan ketiga al-Quran sendiri.

Lewat filem tersebut, saya membuat beberapa rumusan begini. Menurut kacamata Barat, Alexander berasal dari Rom, tenteranya Galdiators dan mungkin baginda dan tenteranya pernah bergaul, berkahwin dengan kaum China sehingga ada kalangan warga China yang mendakwa mereka sendiri adalah daripada jurai keturunan Rom. Wallahu'alam..

Kisah-kisah lain

Dalam Sulalatus Salatin, turut disebutkan bahawa Iskandar Zulkarnain berasal daripada Rom. Tun Seri Lanang menyebutkan bahawa Raja Iskandar itu anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya.

Maka, sudah wujud perbezaan antara catatan Melayu dan catatan Barat, iaitu perbezaan daripada sudut nama ayahnya.

Tun Seri Lanang menyebutkan secara jelas bahawa catatan beliau itu diambil daripada Hikayat Raja Iskandar. Selain itu, watak-watak lain yang wujud dalam catatan beliau itu adalah Nabi Ibrahim Khalilullah sebagai imam Raja Iskandar. Bermaksud, syariat yang diamalkan oleh raja agung itu adalah syariat Nabi Ibrahim a.s.

Turut disebutkan watak Nabi Khidhir a.s yang muncul ketika mahu menikahkan Iskandar dengan Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kida Hindi yang jatuh dalam taklukannya.

Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Ta'ala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina.

Adapun sekarang, bahawa tuan hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berputusan kiranya sehingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"

Maka, di sini bermulanya perkahwinan Raja Iskandar dengan seorang puteri dari belahan dunia Timur. Ada kemungkinan juga Raja Iskandar memiliki isteri-isteri di jajahan yang telah ditaklukinya untuk meluaskan pemerintahannya itu.

Di dalam filem Alexander, raja agung itu memiliki dua orang isteri. Satu isteri daripada Parsi dan seorang lagi dari India. Kedua-duanya adalah hasil daripada penaklukannya. Hakikat yang sebenarnya berlaku, wallahu'alam..

Raja Iskandar berasal dari Parsi?

Sementara itu, ada riwayat lain menyatakan, Khurosh Komeni, raja Parsi adalah raja yang memenuhi ciri-ciri perwatakan Iskandar sebagai yang disebut dalam al-Quran. Baginda adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.

Khurosh dikatakan berjaya menyatukan kedua-dua kerajaan ini menjadi sebuah empayar yang luas. Tapi, Khurosh juga dikatakan penganut Zoroaster atau Zarathushtra yang juga memulakan penaklukan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasanya. Pada ketika inilah beliau bertempur dengan kaum barbar yang diancam Yakjuj, Makjuj.

Khurosh mengarahkan agar dibina tembok guna menghalang kemaraan kedua-dua bangsa ini. Ada riwayat menyatakan Khurosh menjadikan Nabi Daniel, sebagai penasihat.

Dalam filem Alexander, penasihatnya adalah seseorang pemuda kacak yang sangat intim dengannya sehinggakan pemuda itu menjadi kekasihnya. Hal ini tentu sekali tertolak jika mahu disamakan dengan Zulkarnain dalam al-Quran itu.

Bagaimanapun, catatan Melayu dan Parsi ada persamaan. Dua watak nabi diperkenalkan di sini, iaitu Nabi Khidhir dan Nabi Daniel.

Satu hal yang menarik juga diperhatikan, dari manakah nama Iskandar itu didapati? Saya beranggapan, nama Iskandar itu bukan namanya yang sebenar, tetapi dinamakan begitu di India atau di Parsi setelah baginda menetap seketika di sana.

Iskandar bukanlah nama Rom tapi ia adalah nama bangsa-bangsa yang ada kaitan dengan India atau Parsi. Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain, riwayat itu banyak mencatatkan hal peperangannya di India dan apakah yang telah dilakukannya di sana.

Zulkarnain adalah gelaran bermaksud; seseorang yang mempunyai dua kuasa; di Timur dan Barat. Hal gelaran seperti ini dianugerahkan kepada raja-raja seperti Zulkifli. Nama Zulkifli a.s, hakikatnya bukanlah nama, sebaliknya gelaran.

Menurut hemat saya, masing-masing kuasa di sebelah Timur dan Barat seperti Rom dan Parsi ini, sama-sama mendakwa bahawa sosok Iskandar itu adalah milik mereka. Namun dalam al-Quran, disebutkan baginda pergi menakluk ke arah matahari terbit dan matahari jatuh, ertinya baginda berasal dari kawasan yang berada antara Timur dan Barat.

Baginda bukan milik Timur dan Barat

Baginda bukan bukan milik belahan Timur dan Barat. Baginda bukan berasal dari Rom dan Parsi. Hanya, setelah melanggar Rom, maka Rom menyatakan baginda berasal dari Rom. Begitu juga setelah melanggar Parsi, baginda dianggap berasal dari Parsi.

Sebaliknya, baginda mungkin daripada bangsa yang kerdil dan akhirnya keluar menjadi raja yang agung, hasil daripada kesungguhannya mahu menyatukan belahan dunia Timur dan Barat untuk setia tunduk kepada perintah Allah.

Menurut hemat saya, memang ada kemungkinan baginda hidup sezaman atau hadir dalam suasana persekitaran Tauhid selepas Nabi Ibrahim a.s berhasil menumbangkan kekuasaan Raja Namrud dengan izin Allah s.w.t.

Pendek kata, Iskandar sebenarnya mucul selepas beberapa ketika setelah Dinasti Namrud telah tumbang. Jadi, di negara Babylon itulah berkemungkinan besar Iskandar dilahirkan. Sama ada baginda datang daripada Dinasti Namrud atau sebaliknya, wallahu'alam..

Maka selepas itulah Iskandar meneruskan penjelajahannya untuk mengembangkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Baginda memulakan awal penaklukannya di Barat. Mungkin di sini beliau tinggal lama untuk menyatukan Rom di bawah Tauhid.

Iskandar kembali ke Timur untuk meluaskan empayarnya di sana; menaklukkan kerajaan Parsi, Asia (India) dan di sanalah baginda melaksanakan satu tugas berat, yang menjadi klimaks, puncak teragung kepada riwayat pemerintahannya, iaitu membina tembok yang memisahkan serangan Yakjuj dan Makjuj daripada sebuah kaum yang tertindas.

Kaum itu, seperti yang diriwayatkan di dalam al-Quran, adalah kaum yang tidak mengerti bahasa percakapan Iskandar. Ertinya, bahasa pertuturan kaum Iskandar itu telah tidak lagi dimengertikan oleh kaum tersebut. Wilayah tersebut terletak antara dua buah gunung dan kaum tertindas oleh Yakjuj, Makjuj itu belum pernah tersua dengan budaya Iskandar.
Saya mencadangkan bahawa bangsa yang tidak mengerti bahawa Iskandar dan Iskandar pula tidak mengerti bahasa percakapan mereka itu adalah bangsa Sanskrit yang mencipta bahasa Sanskrit. Wallahu'alam..

Ada kemungkinan Iskandar dan tenteranya tinggal dalam tempoh yang agak lama dengan kaum itu itu membangunkan tembok besi di kawasan antara dua gunung tersebut. Boleh jadi, hasil perkahwinan dengan bangsa tersebut, telah melahirkan jurai keturunan Melayu sepertimana yang wujud pada hari ini.

Jika usul ini boleh diterima, bermaksud, Melayu itu adalah hasil jurai keturunan sebangsa dengan Nabi Ibrahim a.s yang terlepas ke Nusantara dengan pernikahan campur hasil dari titisan darah Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dahulu.

Maka, sebab itulah dengan ketentuan Allah, bangsa Melayu lebih mudah menerima Islam berbanding kaum lain di Nusantara ini, kerana nenek moyang mereka memegang ajaran-ajaran Tauhid, warisan daripada Iskandar Zulkarnain. Wallahu'alam..

Mereka akhirnya diberikan perlindungan dalam bentuk sebuah negara. Seharusnya kaum Melayu itu bersyukur dengan sebab mereka terbebas daripada penjajahan Yakjuj, Makjuj sepertimana peristiwa gelap yang telah menimpa nenek-moyang mereka dahulu.

Sesungguhnya perdebatan siapakah Iskandar Zulkarnain tidak ada penghujungnya. Hanya Allah yang Maha mengetahui segala-galanya. Siapapun beliau, yang pasti Allah swt telah memberinya kuasa dan empayar pemerintahan yang luas. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya. Allahu 'alam

Rujukan tambahan:
1) Iskandar Zulkarnain: Fahri Abdullah al-Masri
2) Alexander vs Iskandar Zulkarnain: Kamarul PLF

Wednesday, September 26, 2012

-ALEXANDER BUKAN ISKANDAR ZULKARNAIN-


ISKANDAR Zulkarnain bukan Alexander The Great. Kedua-duanya amat berbeza, kecuali kekeliruan sejarah yang menganggap mereka berdua sama orangnya.

Kekeliruan ini ditimbulkan kerana ciri perkasa dalam cara mereka berperang dan menakluki dunia, sehingga tidak dapat membezakan akhlak dan visi mereka berdua.

Bila kita menonton filem Alexander, jelas menunjukkan perbezaan akhlak mereka.

Alexander berkubang dengan nafsu bila mengahwini Roxana yang dalam satu adegan bertelanjang bulat. Jelas ini bukan tingkah laku Iskandar Zulkarnain.

Filem Alexander dicipta dari segi visi Kristian. Ini boleh dilihat dari sudut usianya. Alexander mencapai segala kejayaannya dalam usia 33 tahun atau 35 tahun, menyerupai pencapaian keagamaan oleh Nabi Isa yang wafat atau diangkat ke hadrat Allah dalam usia 33 tahun. Walaupun ini tidak disebut, itulah yang disampaikan secara halus.

Nama Zulkarnain, disebut dalam Surah al-Kahfi ayat 89-99, apabila Zulkarnain tiba di Armenia, penduduknya meminta pertolongan kerana selalu dianiaya oleh kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj atau Gog-ma-Gog.

Zulkarnain mendirikan dinding campuran besi dengan tembaga sebagai sempadan atau halangan daripada kaum Ya’juj dan Ma’juj itu, tanpa mengambil upah sedikit pun. Zulkarnain juga menyaksikan matahari terbit iaitu untuk menghayati kebesaran Allah SWT dan matahari terbenam di barat.

Alexander tidak berakhlak seperti Zulkarnain. Alexander dengan tenteranya yang besar membawa malapetaka kepada negara yang diserangnya. Di Mesopotamia atau Iraq, Alexander meruntuhkan Babylon dan menghanguskan kota Persepolis yang hebat itu.

Walaupun Alexander membuka kota Alexanderia di Mesir, kebanyakan kota strategik, termasuk Kaherah dimusnahkan. Kota Alexanderia atau Iskandariah dirikan kerana kepentingan pelayaran di Laut Mediteranean untuk ke Greece dan menguasai lautan itu.

Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya, Zulkarnain beragama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim sedangkan Alexander tidak beragama atau menganut fahaman Hellas atau Hellenism, suatu fahaman dalam masyarakat Greek waktu itu. Macedonia adalah sebuah negeri dalam Greece.

Zulkarnain memerangi kezaliman, penganiayaan dan menegakkan kebenaran, agama dan kemanusiaan, sedangkan Alexander menyerang untuk keagungan diri, memusnahkan kemanusiaan dan menghambakan manusia.

Jangan samakan Alexander dengan Zulkarnain yang memang agung menjadi contoh perjuangan untuk membina negara Islam kepada Nabi Muhammad SAW.

Kisah Zulkarnain termaktub dalam wahyu Allah SWT, Alexander hanya dicatat dalam sejarah Eropah sebagai penjajah dan pemusnah kemanusiaan di seluruh dunia.

Monday, July 2, 2012

ISKANDAR ZULKARNAIN &TEMBOK BESAR CHINA


UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

SUMBER awal yang menyebutkan, Zulkarnaen, tanpa nama Iskandar di depan, adalah Alexander the Great, menurut khazanah literatur Islam Ibn Hisyam. Ibn Hiyam adalah salah seorang ahli sejarah Islam awal yang menulis sejarah kehidupan Rasulullah. Sebagai bahan dasar penulisan sejarah Rasulullah tersebut, beliau banyak mengambil bahan dari sejarah Rasulullah ditulis oleh Ibn Ishaq yang sekarang diyakin tidak ada lagi..

Ibn Hisyam mengasosiasikan Zulkarnaen dengan Alexander dari Yunani. Tafsiran '2 tanduknya' adalah rentangan kekuasaannya terbentang dari Yunani ke Persia, yang dahulu kekuasaan kerajaan Persia sampai ke India, atau dari barat sampai ke timur. Kemungkinan besar sejak itulah dikatakan Zulkarnaen adalah Alexander, atau Iskandar menurut bahasa Arab dan Eskandar menurut bahasa Persia.



Cuma masalahnya, Alexander diperkirakan bukan seorang monoteis, atau percaya kepada keEsaan Allah. Kerana itu Sayyid Abul Ala Maududi berpendapat, Zulkarnaen bukanlah Alexander. 

Maududi berpendapat sifat-sifat Zulkarnaen adalah: 

  1. Sudah meninggal dunia semasa Qur'an diturunkan. 
  2. Mempunyai 2 tanduk 
  3. Kekuasaannya meliputi suatu daerah yang sangat luas 
  4. Membangun tembok untuk menahan Yajuj dan Majuj 
  5. Penguasa yang adil dan percaya kepada Tuhan

Cyrus the Great (590 — 529 sebelum Masehi) adalah pendiri dan penguasa kerajaan Persia Kuno. Kerajaannya terbentang dari Asia Barat Selatan (Libanon, Israel) hingga Pakistan (sekarang), dari Timur Tengah hingga Armenia. Kekuasaannya meliputi Timur Barat Utara Selatan. Kerajaan Persia terkenal dengan logo kambing dengan 2 tanduk yang melingkar. 

Menurut Al Maududi mengenai tembok besi untuk menghalang Yajuj dan Majuj, beliau berpendapat Yajuj dan Majuj adalah bangsa barbar yang tinggal di daerah Asia Tengah (seperti Mongol, Tartar, Hun, Scythian). Menurut Maududi, Cyrus telah membangunkan dinding untuk membatasi bangsa yang lebih beradap dari bangsa-bangsa barbar tersebut. 

Selain itu Cyrus terkenal sebagai raja yang adil dan bijaksana. Bahkan dikhabarkan dia melepaskan Bani Israel kerana Bani Israel adalah kaum monoteistik dan memerintahkan pembangunan Kuil Sulaiman sebagai tempat penyembahan kepada Tuhan. 

Orang Israel dan Christian mengenal adanya Book of Daniel, yang menceritakan kehidupan orang Israel dibawah kekuasaan dan tirani Nebukadnezar, dengan Daniel sebagai tokoh utamanya. Daniel adalah orang Israel yang memiliki kemampuan menafsirkan mimpi, dan dia sempat menjadi penasihat Nebukadnezar kerana kemampuannya trersebut. 

Pada suatu ketika Daniel bermimpi, adanya seekor domba atau biri-biri mempunyai 2 tanduk. Salah satu tanduknya agak panjang sebelah. Domba itu menyeruduk ke Barat, ke selatan dan keUtara. Tidak ada binatang yang tahan tandukan domba tersebut. Maka seekor kambing dengan tanduk tunggal diantara 2 matanya muncul dari barat.

'Munculnya Ya’juj dan Ma’juj di Asia' Oleh: Syekh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid

Munculnya Ya’juj dan Ma’juj di Asia
Menurut buku, "Mengungkap Misteri Perjalanan Dzulqarnain ke Cina: Munculnya Ya'juj dan Ma'juj di Asia", Zulkarnain bukanlah Alexander Agung, kerana Alexander Agung bukanlah seorang Muslim dan juga merupakan agresor. Zulkarnain tidak lain adalah Akhnaton (Amnihotib IV), Raja Mesir yang berkuasa antara tahun 1370 s.d. 1352 SM (Dinasti XVIII). 

Akhnaton adalah anak dari Amnihotib III yang kita kenal dengan Fir'aun, raja Mesir yang mengaku dirinya sebagai Tuhan dan ingin membunuh nabi Musa. Banyak fakta yang ditampilkan oleh penulis yang mengarah Zulkarnain sebagai anak Firaun. Zulkarnain inilah yang diyakini sebagai orang yang membela Nabi Musa ketika Firaun ingin membunuhnya yang disebutkan dalam Al-Quran sebagai 'lelaki yang beriman'. 

  • Q.S. 40:27: Dan berkata Fir`aun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan di muka bumi". 
  • Q.S. 40:27: Dan Musa berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman kepada hari berhisab". 
  • Q.S. Al-Mu`min:40:28 Dan seorang lelaki yang beriman di antara keluarga (pengikut-pengikut) Fir`aun yang menyembunyikan imannya berkata: "Apakah kamu akan membunuh seorang laki-laki karena dia menyatakan: "Tuhanku ialah Allah padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika ia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar nescaya sebahagian (bencana) yang diancamnya kepadamu akan menimpamu". Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta.

Siapakah lelaki beriman itu? Menurut penulis itu, dia tidak lain adalah Zulkarnain. Bersama isteri dan keenam puterinya beliau mengajar untuk bertauhid dan dia adalah satu-satunya raja Mesir dalam sejarah yang beriman kepada satu Tuhan, Tuhannya Matahari, yang pada masa itu Matahari dianggap sebagai Tuhan oleh masyarakat Mesir. 

Bahkan sangat mungkin anak Firaun ini beriman, kerana beliau hidup semasa dengan Nabi Musa yang ketika kecil nabi Musa dirawat oleh isteri Firaun. Pergaulannya dengan nabi Musa menyebabkan Akhnaton beriman kepada Allah. Akhnaton menjadi raja setelah ayahnya Firaun tewas di laut merah ketika mengejar nabi Musa.

Dari sekian banyak raja Mesir, hanya Raja Zulkarnain (Akhnaton) dan keluarganya yang tidak ditemui muminya. Meskipun piramid digunakan untuk makam Raja Akhnaton berhasil ditemukan, namun para ahli sejarah tidak berhasil menemukan muminya. Mengapa tidak ada makam Raja Akhnaton? 


Salah satu jawapannya ialah Raja Akhnaton atau Zulkarnain tidak meninggal di Mesir, tetapi di luar Mesir. Perjalanan Zulkarnain ke luar Mesir berdasarkan perintah Allah yang tercatat dalam kisah Zulkarnain di Al-Quran Q.S. Al-Kahfi: 83-99.

Zulkarnain diperintahkan untuk menuju 

  •  tempat terbenam matahari (bahagian barat bumi),
  •  tempat terbit matahari (bahagian timur bumi), 
  • dan juga menuju tempat "baina as-saddain (di antara dua bukit). 

Berdasarkan bukti, fakta, dan argumentasi yang diberikan oleh penulis buku itu, penulis meyakini bahwa yang dimaksud tempat terbenam matahari adalah kepulauan Maladewa, kemudian beliau menyusuri khatulistiwa menuju tempat terbitnya matahari. Kepulauan Kiribati dinyatakan oleh penulis sebagai tempat terbitnya matahari. 

Di tempat ini terbit dan terbenamnya matahari selalu sama sepanjang tahun, iaitu terbit selalu jam 06.30 dan terbenam selalu jam 18.30, dengan kata lain siang hari selalu 12 jam, dan malam hari selalu 12 jam. Setelah itu beliau diperintahkan oleh untuk berbelok arah menuju tempat yang terletak di antara dua bukit. Berdasarkan penelitian beliau, lokasi itu tidak lain adalah China.

Cerita Zulkarnain juga berkait dengan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam kaidah bahasa Arab, kata Ya'juj dan Ma'juj ini adalah kata yang aneh kerana tidak dapat ditashrif. Ternyata Allah ingin membuktikan sebuah sejarah dengan menggunakan kata aslinya. 


Ya'juj dan Ma'juj ternyata berasal dari bahasa China:
  • Ya = Asia 
  • Jou atau Zhou = Benua, tempat tinggal 
  • Ma = kuda
Di dalam Surat AL-Kahfi disebutkan bahawa Ya'juj (Penduduk Benua Asia) dan Ma'juj (Penduduk Benua Kuda) adalah perosak di muka bumi.

Pemahaman tentang Ya'juj dan Ma'juj ini juga sejalan dengan hadits nabi:

  • "Kamu katakan, kamu tiada musuh. Kamu tetap akan melawan musuh kamu sehingga keluar Ya'juj dan Ma'juj yang bermuka lebar, bermata sepit, bersosok (atau berkulit kuning), akan turun dari setiap perbukitan, seakan wajah mereka rata bagai permukaan palu." (Hadits riwayat Imam Ahmad)
Hadits di atas menerangkan sebaagian karakteristik fizik Ya'juj dan Ma'juj yang mendiami Asia Timur, Asia Utara, Asia Tengah, dan benua kuda (Bangsa Mongol. Orang Barat menyebutnya Horse People).

Di dalam hadits lain Rasulullah saw bersabda:

  • "Tiada ilah selain Allah. Celaka orang-orang Arab akibat kejahatan yang kian dekat. Tembok pemisah (perlindungan dari) Ya'juj dan Ma'juj terlah terbuka, seperti ini," beliau sambil melingkarkan ibu jari dan telunjuknya. Zainab berkata, "Kataku: Wahai Rasulullah, apakah kita akan binasa sedang di tengah-tengah kita terdapat orang-orang shaleh?" Beliau menjawab, "Ya, jika kejahatan merajalela." HR. Bukhori.

Perlu dicatat, penulis itu menganggap bahawa Tembok China yang kita ketahui kini adalah tembok yang dibangun oleh Zulkarnain atas permintaan rakyat China untuk melindungi mereka dari bangsa Ya'juj dan Ma'juj. Hadits riwayat Bukhori di atas diperkirakan disampaikan oleh nabi antara tahun 622-632M. Ketika itu sebahagian tembok pemisah yang dibangun Zulkarnain di Vina telah terbuka, yakni antara tahun 615-632 M. 

Pada rentang tahun itu, China menjadi negara superpower di Asia bahagian utara yang dapat menghancurkan Turki bahagian timur dan menguasai Mongolia pedalaman, Rodesia, dan daerah-daerah di Asia Tengah dengan kekuatan tentara yang sangat dahsyat di bawah kepemimpinan Kaisar Taizon. 

Berbagai bencana, peperangan, dan peristiwa yang terjadi antara 615 - 632 M rupanya menjadi sebab terbukanya sebahagian tembok pemisah sebagai pertahanan dari Ya'juj dan Ma'juj, seperti dalam hadits di atas. Bencana, peperangan dan kerosakan yang terjadi merupakan parameter Ya'juj dan Ma'juj. Perang sadis dan tidak berperikemanusiaan juga terjadi sekitar tahun 1200an M di bawah kepemimpinan raja Mongol, Jenghis Khan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...