Showing posts with label WAHABI. Show all posts
Showing posts with label WAHABI. Show all posts
Tuesday, October 16, 2012
-RUMAH RASULLULLAH DI MUSNAHKAN PUAK WAHABI-SALAFI-
Pada kesempatan ini saya akan menyiarkan beberapa foto yang membuktikan tentang kebiadapan kaum Wahabi-Salafy yang telah dengan ganas menghancurkan Rumah Nabi Saw dan isteri tercintanya, Sayyidah Khadijah as, yang merupakan peninggalan bersejarah, yang semestinya dijaga dan dijaga dengan baik. Peninggalan-peninggalan seperti ini merupakan wariasan penting yang boleh menjadi pelajaran yang baik bagi orang-orang terkemudian.
Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun. Inilah bukti penghancuran yang dilakukan oleh Wahabi-Salafy terhadap tapak sejarah Islam.
Di atas ini foto sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
Foto di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke bilik Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as.
Foto di atas adalah sisa runtuhan bilik Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
Di atas ini adalah foto runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, putri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Di atas ini adalah foto runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw biasa melakukan shalat.
Foto di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut.
Pada postingan selanjutnya, saya akan memaparkan foto-foto makam-makam ahlul bayt, para sahabat, dan istri-istri serta kerabat dekat Rasulullah Saw yang dibiarkan oleh Wahabi-Salafy. Insya Allah.
Catatan :
Sebagian besar foto-foto tersebut saya peroleh dari kitab : Ummul Mu’minin, Khadijah binti Khuwaylid, Sayyidah Fie Qalby al-Mushtafa karya DR. Muhammad Abduh Yamani yang telah diterjemahkan oleh penerbit Pustaka IIMaN dengan judul : Khadijah Drama Cinta Abadi sang Nabi. Penulis adalah mantan Menteri Penerangan Kerajaan Arab Saudi.
sumber : http://unik4u.blogspot.com/
Monday, July 25, 2011
PERBEZAAN FAHAMAN WAHABI DAN GERAKAN WAHABI..
Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:
"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesunggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"
Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Perbezaan di antara Fahaman Wahhabi dan Gerakan Wahhabi
Dalam penulisan yang sangat singkat ini, pihak al-Asha'irah bercadang untuk menjelaskan perbezaan di antara Fahaman Wahhabi dan Gerakan Wahhabi. Penjelasan ini adalah berdasarkan kaedah "istiqra' " dan "observation" yang telah dijalankan sekian lama.
GERAKAN WAHHABI:
merupakan satu gerak kerja yang tersusun dan pada kebiasaannya mendapat peruntukan daripada pihak tertentu untuk menyebarkan Fahaman Wahhabi. [Untuk mengetahui apakah ciri-ciri fahaman Wahhabiyyah, sila klik di sini]
Ciri-ciri gerakan Wahhabi ini adalah:
- dianggotai oleh orang yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk menyebarkan dan menegakkan fahaman Wahhabi
- dianggotai oleh orang yang benar-benar yang faham pegangan usul dan furu' ajaran Wahhabi
- sangat mudah dikenali dengan sifat mereka yang berterus terang menyokong tokoh-tokoh Wahhabi dan dalam masa yang sama mengkritik ulama' yang menentang gerakan dan tokoh-tokoh mereka
- sikap mereka lebih tampak kasar dan tegas kerana mereka berpendirian bahawa mereka ingin menyelamatkan umat Islam lain dari gejala bid'ah, syirik, khurafat, kesesatan dan lain-lain slogan yang mereka biasa laungkan [Dan mereka menyangka bahawa mereka berada di atas jalan yang benar sedangkan pada hakikatnya adalah sebaliknya]
adalah kefahaman-kefahaman dalam ajaran Wahhabi yang tersebar masuk ke dalam masyarakat yang mungkin disebabkan kejahilan dan sangka baik yang ada dalam masyarakat terhadap GERAKAN WAHHABI.
Orang awam umumnya dan para agamawan khususnya yang tidak benar-benar memahami selok-belok fahaman dan ajaran Wahhabi pada kebiasaannya mudah untuk membenarkan hujah-hujah GERAKAN WAHHABI dengan sangkaan bahawa hujah-hujah tersebut adalah berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Mereka biasanya tidak mempunyai ilmu atau dalil untuk menolak kefahaman Wahhabi dan dalam masa yang sama mereka tidak mengetahui kaedah tafsiran ulama' Ahli Sunnah dan Jama'ah [Mazhab Fiqh Yang Empat; al-Asha'irah dan al-Maturdiyyah; Ulama' Sufi] yang sebenar-benarnya dalam memahami nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tersebut. Oleh kerana ini mereka menjadi keliru dan secara tidak sedar FAHAMAN WAHHABI ini telah berakar dalam diri mereka dan mereka tidak sedar bahawa FAHAMAN WAHHABI yang mereka anuti ini akan menjuruskan mereka, pada akhirnya, untuk menyertai GERAKAN WAHHABI atau sekurang-kurangnya menyebabkan mereka menolak penerangan yang diberikan oleh ulama' Ahli Sunnah dan Jama'ah.
Ciri-ciri mereka yang berFAHAMAN WAHHABI:
- Lebih bersikap terbuka dan lembut pada awalnya sebelum fahaman Wahhabi ini berakar umbi dalam diri mereka.
- Mengambil sikap berhati-hati di hadapan orang ramai apabila berbicara agar tidak tampak keWAHHABIan mereka dan agar tidak ditolak masyarakat setempat.
- Mereka memuji tokoh-tokoh Wahhabi dan dalam masa yang sama memuji tokoh-tokoh ulama' Ahli Sunnah dan Jama'ah. Dan apabila ditanya "Adakah Wahhabi itu sesat?", mereka akan menjawab: "Orang yang silap faham." [Padahal mereka belum benar-benar faham].
- Pada kebiasaannya, mereka menyebarkan fahaman Wahhabi tanpa disedari bahawa fahaman yang mereka sebarkan adalah FAHAMAN WAHHABI.
- Mereka, pada hakikatnya, belum benar-benar mengenali kedudukan tokoh-tokoh Wahhabi dari kaca mata ulama' Ahli Sunnah dan Jama'ah.
- Agak sukar dikenali kerana mereka tidak bekerja untuk menyebarkan FAHAMAN WAHHABI bersungguh-sungguh.
Ingatlah Ibnu Taymiyyah dan anak-anak muridnya pun tidak memaksa orang lain mengikut pendapat mereka dengan pedang dan kuasa. Sedangkan GERAKAN WAHHABI selepas mereka menegakkan FAHAMAN WAHHABI dengan pedang dan kuasa.
BERHATI-HATILAH UMAT ISLAM DENGAN FAHAMAN DAN GERAKAN WAHHABI SEBELUM GOLONGAN INI MENDUDUKI JAWATAN-JAWATAN PENTING YANG BERKUASA.
Semoga Allah menyelamatkan umat Islam daripada fitnah yang gelap gelita ini.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)