Mungkin sebahagian dari anda pernah menemui ular
sekurang2nya sekali seumur hidup, kalau tidak pun dah tengok kat zoo
atau di TV…Jadi, apa itu ular? ular ialah reptilia bersisik, panjang dan
tidak berkaki. Terdapat 141 spesis ular di malaysia..tapi hanya 37
spesis yang berbisa iaitu 16 spesis ular darat manakala 21 spesis ular
laut.
Peminat
ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai
"ofidiofobia" (bahasa Inggeris: snakephobia). Pakar ular dikenali
sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).
Antara Jenis-Jenis ular yang berbahaya yang ditemui di Hutan Malaysia
1. Ular Kapak
1. Ular Kapak Bakau (Trimeresurus purpureomaculatus)
2. Ular Kapak Bodoh (Malayan Pit Viper) (Calloselasma rhodostoma)
3. Ular Kapak Gunung
4. Ular Kapak Hidung Pipeh
5. Ular Kapak Hijau
6. Ular Kapak Sumatra
7. Ular Kapak Tokong
2. Ular Katam
1. Ular Katam Belang
2. Ular Katam Kepala Merah
3. Ular Katam Tebu
3. Ular Sawa
1. Ular Sawa Darah /Batik
4. Ular Tedung
1. Ular Tedung Hitam
2. Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah)
3. Ular Tedung Senduk
5. Ular Laut (Anhydrina schistosa)
Ular berbisa & merbahaya yang lazim ditemui di Malaysia:
Ular Katam Tebu
Ular Katam Krait
Sifat - Sifat Ular Katam ( dipanggil juga sbg katang )
-Jalur berulang ulang -bergerak perlahan -neurotoxic ( Menyerang Sistem
Saraf ) -lazim ditemui di bahagian pantai dan sungai -Biasanya gigitan
ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesalutan yang teruk. -Jangka
masa kesakitan juga tidak berlarutan. -Tiada kesan bengkak atau
perubahan warna kulit pada tempat gigitan. - Tanda gigitan seakan2 ular
tedung
Ular Tedur Selar
Ular Tedung Hitam
Sifat-Sifat Ular Tedung
-Warna
Putih Keperang Perangan ( tedung selar ) warna hitam Bertompok putih di
Tengkuk ( Tedung Hitam -Kepala yang mengembang seperti senduk ( pasal
tu dipanggil Ular Senduk ) -Neurotoxic-toksik kepada saraf dan
melibatkan komplikasi jantung -Ular tedung selar terkenal kerana
sifatnya yang memakan ular lain. -Mengembangkan diri supaya kelihatan
lebih besar -Mampu menyemburkan bisa -Boleh Berdiri separuh badannya
*king cobra-ular berbisa paling besar didunia
Ular Matahari
Ular Kapak Hijau
Ular Kapak Tokong
Sifat-Sifat Ular Kapak -
Kepala yang besar dan berbentuk segitiga - Ada warna hijau, koko dan
berbelang - Hematotoxic, toksik kepada darah -Mengakibatkan pendarahan
pada rongga badan -Dikenali juga sebagai ular temu Bulan di kalangan
orang asli ini kerana sifatnya yang gemarkan cahaya dan aktif pada waktu
malam -lazim di kawasan penanaman, ladang getah dan hutan
rendah,bahagian utara semenanjung
Ular Air
Sifat - Sifat Ular Air
-
Bentuk ekor yang leper - Kesemua ular laut adalah berbisa - Patukkan
tidak menyebabkan rasa sakit keterlaluan - Mengakibatkan pereputan otot,
air kencing bertukar menjadi hitam - Kesemua ditemui dilaut dan
kadangkala berada di bahagian atas terumbu karang diatas air
Jenis Toksin Ular •
Toksin darah (Haemotoxins) – Merosakkan sel darah merah dan membunuh
Tisu- tisu badan • Toksin saraf (Neurotoxins) – Merosakkan sistem saraf •
Toksin jantung (Cardiotoxins) – Kerosakkan Jantung
Panduan
dalam gambar ni boleh digunakan untuk mengetahui jenis ular berdasarkan
corak patukan..perhatikan kedudukan dan bentuk taring
Langkah berjaga-jaga:
- Selalunya
ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada
manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut,
terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada
secara sengaja ataupun tidak. Oleh itu anda patut berjaga-jaga: Elakkan
daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular.
- Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak.
- Jangan
sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai
terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan
sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu.
- Sekiranya
nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau
mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu.
- Seandainya
anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan
jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga
berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasem pantai
atau muara sungai yang berair cetek.
- Ular laut adalah tidak
agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia
mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan
sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu
musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut.
- Pakai
pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung
tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di
kawasan yang menjadi habitat ular.
- Kebanyakan ular berbisa
keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila
berjalan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu
suluh dan sebagainya.
- Semasa berkhemah, bersihkan
sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu
terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan
badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang
atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan,
kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seterusnya
menarik perhatian ular.
Jika anda digigit ular:
- Cuba
bunuh ular tersebut kerana ia penting, bagi tujuan mengenal pasti
antivenin bagi bisa ular tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada
kesilapan menyuntik antivenin yang salah, ia tidak hanya sia-sia malah
juga boleh membahayakan nyawa si mangsa.
- Tetapi jangan
membuang terlalu banyak masa untuk membunuh ular itu kerana rawatan awal
kepada mangsa adalah lebih penting. Di samping itu amat dikhuatiri
ketika sibuk membunuh ular itu ia mungkin akan digigit sekali lagi.
- Untuk
membunuh ular, gunakan kayu panjang, jika boleh gunakan buluh. Pukul
dengan kuat di bahagian belakang kepala ular tersebut tetapi
seboleh-bolehnya jangan hancurkan kepalanya kerana ular juga boleh
dikenal pasti dari bentuk kepalanya. Sekiranya percubaan membunuh ular
tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan
corak warna ular tersebut.
- Walaupun ular tersebut telah
mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya. Jangan cuba
mengusik kawan atau bermain-main dengannya kerana berkemungkinan ular
tersebut masih hidup.
- Walaupun ular tersebut telah mati,
bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh sehingga 1
jam setelah ular tersebut mati.
- Jangan cuba menyedut bisa
ular, ini kerana bisa ular pasti boleh menyerap kedalam tisu mulu anda
dan masuk ke ruang peredaran darah, mulut adalah anggota yang terdekat
dengan otak!
- Untuk Ular berbisa anda boleh ikhtiar untuk
mengikat diatas bahagian yang terkena gigitan, ia akan dapat membantu
melambatkan Bisa dari menular
- Antivenin adalah spesifik
kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap memberikan antivenin ia boleh
membawa maut. Terdapat sejenis antivenin yang dipanggil antivenin
Polivalent yang mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa
gigitan ular.
- Nota: Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular yang boleh digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular.
Fakta Tentang Ular
MAKLUMAT 1: Ular tidak pernah mengerdipkan matanya, kerana ular tidak punya kelopak mata.
Hal
ini menjadikan penglihatan ular cukup tajam. Penglihatannya tidak dapat
dilekakan. (Dalam pembelajaran seni tempur dan beladiri, ada guru-guru
berpesan supaya kita menyerang lawan ketika lawan mengerdipkan mata.
Walaupun kerdipan itu menutup pandangan lawan sekadar tidak sampai satu
saat, tetapi peluang itu sangat berharga untuk mengelirukan serangan.
Jika lawan tak serang-serang juga, alamatnya kita kenalah jegilkan biji
mata sepanjang pertembungan itu. Ataupun pakailah cermin mata hitam agar
lawan tidak perasan waktu kita mengerdipkan kelopak mata). Namun
begitu, ada ular yang penglihatannya jadi kabur ketika ia marah.
Nampaknya kita tidaklah perlu risaukan sangat ular yang sedang terbuka
matanya kerana mungkin ketika itu ia sedang lena dibuai mimpi. Tapi
jangan lupa, ular begitu sensitif terhadap pergerakan di alam
sekelilingnya.
MAKLUMAT 2: Ular tidak punya telinga.
Ia
mengesan bunyi melalui getaran tanah. Beruntungnya kita manusia punya
kelopak mata untuk tidur lena, menyelamatkan mata daripada dimasuki
benda-benda kecil, mengelakkan kepedihan, menenangkan fikiran dan
lain-lain. Beruntungnya kita kerana punya telinga untuk mendengar, untuk
diambil pahala ketika bersuci, untuk dijadikan tapak kepada
anting-anting dan sebagainya. Pernahkah kita bersyukur?
MAKLUMAT 3: Ular menelan, tidak mengunyah.
Apalah
lazatnya terus menelan tanpa mengunyah seperti ular dan buaya? Untung
kan jadi manusia? Cuma salah satu kebaikannya ialah menjimatkan masa.
Tapi jangan kita pula makan seperti ular, nanti perut tidak cukup kuat
untuk menghadamkan makanan. Datang pula penyakit lain.
MAKLUMAT 4: Ular mengesan bau menggunakan lidah.
hebatnya
ciptaan tuhan! Patutlah lidahnya terjelir ke sana sini. Perlakuan ini
juga jangan kita tiru, nanti dikata tidak siuman kerana asyik
terjelir-jelir.
MAKLUMAT 5: Terdapat 2700 jenis ular dalam 30 rumpun keluarga. Besar juga keluarga ular ni.
MAKLUMAT 6: Badan ular tidak basah dan tidak berlendir sebagaimana yang mata kita sangkakan.
Kulitnya
kering dan sejuk. Saya pernah memegang ular tetapi tidak terperasan pun
akan hal ini. Memang betul kulit ular nampak macam basah, berlendir,
berkilat dan segar tetapi hakikatnya tidak. Banyak lagi kejadian alam
ini yang membuatkan mata kita tertipu. Kalau belut memang licin, basah
dan berlendir.
MAKLUMAT 7: Ular bersalin kulit mulai dari kepala.
Maka
ular tidak perlu risau tentang jerawat, jeragat, panau, kayap, kurap,
kedut dan lain-lain seperti manusia. Jimat duit. Tak perlu juga buat
pembedahan ataupun suntikan.
MAKLUMAT 8: Ular terberat di dunia ialah dari jenis anaconda. Tapi tidaklah seberat anaconda dalam filem.
MAKLUMAT 9: Ular senduk boleh terus mematuk sebaik-baik sahaja menetas.
Ini baru betul dikatakan “kecil-kecil cili berapi”.
MAKLUMAT 10: Ular orok-orok (rattles) melahirkan anak, tidak bertelur.
Ular jenis ini antara yang terbisa. Kelebihan yang Tuhan beri kepadanya ialah mampu membidankan diri sendiri.
MAKLUMAT 11: Setiap kali ular orok-orok bersalin kulit, gelang baru akan tumbuh di ekornya.
Gegelang ini terkenal kerana goncangan dan bunyi gemersiknya. Kejadiannya sama seperti kuku manusia.
MAKLUMAT 12: Pakar ular dinamakan herpetologi/ophiologist.
MAKLUMAT 13: Ular terkecil di dunia ialah ular benang di Hindia Barat.
Jika karbon sebatang pensel dikeluarkan, ular benang boleh masuk ke dalam lubang pensel itu.
MAKLUMAT 14: Larian manusia adalah lebih laju daripada ular.
Kelajuan
ular hanya sepantas manusia berjalan. Oleh kerana ketakutan, kita
menyangkakan ular yang mengejar lebih laju daripada kita.
•
(14 maklumat di atas terdapat dalam buku bertajuk :Ketakjuban Ular” oleh
Alexandra Parsons, diterjemahkan oleh Grace Lau, Vinpress Sdn Bhd 1997)
Walaupun
ular juga di buat peliharaan tetapi ingat tempatnya bukan bersama kita
'wild animal for wildlife areas ' Jangan tiru aksi ini !!!!!
Sumber dari National Poison Centre USM, Utusan Malaysia dan Pengalaman Penulis Sendiri