Monday, October 1, 2012

-SEJARAH EMPAYAR SIAM KEDAH-SIRI 26

Siapa mula menipu sejarah?


Gelaran dan Maharaja Benua Siam Islam Kedah
Dalam penulisan sejarah, kekadang kita terlupa bahawa sejarah mereka yang terkenal yang kita tulis itu bukanlah sehebat mana pun. Dengan perkataan yang indah, mereka yang telah lama meninggalkan kita itu menjadi seolah-olah satu figura yang kuat, hebat , baik, terpuji, idola dan sebagainya. Hakikat sebenar, kita tidak akan dapat mengetahuinya secara terperinchi namun kita harus sedar bahawa mereka juga adalah seperti kita juga, lapar kena makan, sakit kena cari ubat, letih pula perlu tidor. Yang tidak memerlukan itu semua hanyalah Allah SWT yang menjadikan mereka dan juga kita. Oleh kerana itu Allah bersifat maha segala-galanya. Di kalangan yang besar, DIA lah yang Maha Besar dalam semua aspek kebesaran dan tiada lagi dapat menyaingi NYA.
Sepanjang hayat mereka masih ada, dalam kerjaya mereka sebagai ketua Negara, orang besar empat, orang besar lapan, pentadbir dan penghulu sudah pasti ada peningkatan kerjaya disepanjang karier mereka. Kita sendiri sebagai individu, mempunyai peningkatan karier dari bergelar Encik ke Tuan, terima anugerah mungkin menjadi Datuk, Tan Sri dan sebagainya akan tetapi individu itu tetap orang yang sama. Kita tetap kita. Sebagai individu berkeluarga mungkin pada mulanya kita bergelar adik, kemudiannya menjadi abang, setelah berkahwin bergelar suami atau isteri, bergelar Ayah setelah mendapat cahayamata, kemudiannya menjadi Pak Cik, Datuk atau nenek setelah memperolehi cucu.
Jika sekiranya kita hari ini ada peningkatan dalam karier dan gelaran, tidakkah pemerentah kita dizaman dahulu tidak berhak untuk dinilai sebagai pemerentah yang mempunyai peningkatan dalam kariernya. Apakah Laksemana Hang Tuah di Melaka itu tidak ada peningkatan kariernya, sampai bila-bila kekal sebagai Laksemana?. Kononnya Hang Tuah di riwayatkan hilang atau ghaib, seolah-olah kisahnya cuba ditutup oleh mereka-mereka yang berkepentingan, dengan itu makamnya tidak di ketahui. Makam yang dikatakan Makam Hang Tuah di Melaka pun baru sahaja diwartakan, kurang lebih 10 tahun yang lalu. Hakikat sebenarnya baginda telah menaiki takhta Kerajaan Benua Siam di Ayuthia dan dikenali sebagai Narai. Setelah tamat tempoh memerentah, baginda dilantik menjadi Raja Acheh dan mangkat disana.
Sedangkan kita tahu dalam Undang Undang Kedah orang nombor dua dalam pemerentahan beraja ialah Bendahara dan sekiranya raja tidak ada Bendahara lah menjadi ganti raja. Bendahara lah yang menggantikan tempat raja apabila raja yang memerentah itu mangkat kerana jawatan Bendahara ini dilantik dari anakanda sulong raja yang memerentah ketika itu.
Bukti
Menurut buku Sejarah, “Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak”, ms22,MA Fawzi Basri yang menulis dan mengemukakan fakta dari tulisan Winstedt dalam bukunya, “Riwayat Negeri Perak” menulis seperti berikut,
“ Sultan Mudzafar Shah III Kedah meninggalkan Berahman Indera (Balai Besar, Alor Star Kedah) dan bersemayam di Kuala Kangsar. Manakala Raja Alang, Putera raja dari Kedah menjadi bendahara”.
Bendahara Kedah yang dimaksudkan ialah Nai Lang, Raja Siam Songkhla Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin Shah. Baginda juga di kenali sebagai Panglima Bukit Gantang. Pasti kita menjadi hairan bagaimana nama-nama ini tidak direkodkan dalam Salasilah Kesultanan Kedah hari ini. Pada masa yang sama kenapa nama Sultan sultan yang memerentah contohnya, Syah Alam Yang maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka, lengkap dengan gelaran masing-masing ditulis dalam Undang-Undang Kedah, tidak dalam Undang-Undang negeri lain. Bahasa Siam pula turut ditulis jawi dan turut tercatit dalam Undang-Undang Kedah. Pasti ada sesuatu yang ingin di terangkan kepada kita hari ini untuk kita kaji dan membuat penyelidikan.
Dari buku sejarah “A History Of South East Asia”, DGE Hall.1955 menyatakan Maharaja Dinasti Ayut’ia Ke 31 bergelar Maha Tammaraja II Boromokot. Dengan memadankan maklumat ini dengan tahun yang disebut dalam Undang-Undang Kedah kita dapat tahu bahawa Maha Tammaraja II Boromokot tak lain tak bukan adalah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah yang bersemayam di Kota Palas Pulau Langkawi. Jangan kita pedulikan gelaran dalam bahasa siam kerana seperti yang kami sebut diawal artikel ini, gelaran walaupun pelbagai, orangnya tetap sama. Lagi pun mereka ini bukannya orang kebanyakan tetapi Maharaja Besar Benua Siam, sudah pasti sejarah mereka ada direkodkan dan tak mungkin tersilap orang kerana tahunnya pun juga sama.
‘Cross reference’ kita akan tepat sebab memang ada bukti bertulis yang tidak di edit atau diusik iaitu Undang Undang Kedah. Tidak ada muka suratnya yang hilang, di koyak malah semuanya diterjemahkan oleh Maryam Salim kecuali beberapa perkataan sahaja. Sebab kita memadankan dengan maklumat ini adalah kerana Undang-Undang Kedah memperkatakan mengenai kerajaan Benua Siam, dengan merujuk kepada kerajaan Benua China dan Benua Keling dalam sebuah buku bertajuk Undang-Undang Kedah, bukannya Undang-Undang Melaka (setakat pelabuhan sahaja) atau negeri lain yang kononnya sangat gagah dimasa itu. Tidak ada undang-undang, bermakna tidak ada kerajaan, sekadar wilayah sahaja dalam kerajaan Benua Siam kedah, menggunakan Undang-Undang Kedah. Tak perlu diceritakan secara terperinchi disini kerana kita semua tahu Semenanjong Tanah Melayu dikenali sebagai Melaka di zaman dahulu dan Melaka inilah yang berada di bawah wilayah Benua Siam Islam Kedah.
Catatan Tom Pires dalam The Suma Oriental of Tom Pires yang ditulis di Melaka dan India dalam tahun 1512-1515 mengatakan,
“There are three ports in the Kingdom of Siam on the Pegu side , and on the Pahang and Champa side there are many. They all belong to the said kingdom and are subject to the king of Siam. The land of Siam ia large and very plentous, with many people and cities, with many lords and many foreign merchants, and most of these foreigners are Chinese, because Siam does a great deal of trade eith China. The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China.”

The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China. Peta dari tahun 1574.

Ini bukanlah sebahagian peta yang menunjukkan wilayah Thailand dahulu tetapi peta Benua Siam Islam yang dimaksudkan dalam Undang-Undang Kedah. Peta sekitar tahun 1730 ini adalah sebelum Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah mangkat (1758, Marhum Kota Palas Pulau Langkawi). Kerajaan Tai masih belum wujud lagi. Kewujudan mereka hanyalah selepas mereka menyerang dan menawan Ayuthia mulai tahun 1767 dan Raja Rama I Buddha mula memerentah. Merekalah penjajah negeri Siam Islam. Logikkah jika kita fikirkan perbezaan Bahasa Tai dan Melayu begitu jelas walaupun sempadan kedua negara hanya tanah dan sungai sahaja, bukannya lautan. Perbezaan bahasa yang jelas ketara menunjukkan bahawa bahasa dan bangsa Tai ini muncul secara tiba-tiba di alam melayu sebagai penjajah.
Walaupun kita tahu Maharajanya berada di Odia (atau Ayutthaya, ibu negara Benua Siam) akan tetapi lokasi itu hanyalah pusat pemerentahan sahaja. Raja-raja wilayahnya bergilir menaiki takhta kerajaan sepertimana kita di Malaysia hari ini bergilir melantik raja-raja negeri sebagai Yang Di pertuan Agong negara. Renungkan, dari mana Tunku Abdul Rahman mendapat idea ini sewaktu menggubal perlembagaan negara kita dulu kalau bukan dari sejarah juga. Beliau tahu kaedah yang digunakan kerana beliau kerabat diraja Kedah. Kami pun tahu juga.
Putera baginda Maha Tammaraja II Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ialah Raja Siam Tong Oo (Burma) digelar Maha Dammaiyaza dari bahasa arab yang bermakna pembesar dari darah berlainan raja. Maha Dammaiyaza juga dikenali dengan nama Syarif Abu Bakar Syah. Baginda bersemayam di Istana Ayut’ia Mandalay Burma (Myanmar) sebelum diserang oleh Aluangphaya. Pada tahun 1752 Masihi baginda diusir oleh tentera Buddha Burma, Raja Aluang Praya Lanna Chakri Sokho Thai. Maha Dammaiyaza dan permaisurinya Suriya Marin (iaitu puteri Sultan Langkat, Sumatra Pasai Acheh) kemudiannya berpindah ke Kota Ayut’ia Bangkok Siam. Sultan Langkat ini adalah putera dari Maharaja Ayut’ia sebelum ini iaitu Narai Tun Sa’ban atau Sultan Iskandar Muda Acheh (pernah menjadi Laksemana di Melaka bergelar Hang Tuah). Makam baginda Sultan Langkat terletak di Jeti Kuala Kedah dan di kenali sebagai Makam Tok Pasai.
Penipuan mereka
Semua ‘clue’ kepada persoalan siapa maharaja Siam sebenarnya ada di depan mata kita. Kita tak peduli apa sejarah Thailand hari ini nak tulis kerana mereka adalah penjajah negeri Siam yang dulunya beragama Islam. Kita bukan berada di negeri mereka. Mereka telah mencaturkan sejarah negeri Siam Islam dahulu mengikut acuan mereka sebagai pemerentah yang berkuasa melalui penulis upahan. Mereka bukan orang Siam tetapi dari puak Sukhuthai yang beragama Buddha dan merupakan penjajah kepada negeri Siam Islam mulai dari pemerentahan Rama I yang beragama Buddha. Mereka lah penyamun dan telah meng’hijack’ sejarah bangsa Siam Islam dan turut mengakui diri mereka sebagai orang Siam hanya kerana mereka ketandusan tamadun dan ingin menumpang ketamadunan bangsa Siam Islam ini, lalu merampasnya.
Dengan itu apabila berkuasa sepenuhnya dalam negeri Siam dengan bantuan Inggeris, mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka iaitu Sukuthai dan turut menukar bahasa Siam yang digunakan beratus tahun lamanya dinegeri Siam kepada bahasa Tai. Bahasa Tai dan bahasa Siam tetap tidak sama, datang lah apa pun, tulis lah apa pun. Jangan nak mengaku mengatakan ia sama. Kebencian mereka terhadap orang Siam Islam ini berterusan hingga ke hari ini, sehinggakan mereka sanggup membunuh rakyat negara mereka sendiri di Patani hanya kerana mereka beragama Islam.
Apakah kita tidak faham lagi kenapa lebih banyak pelarian Vietnam ditahun 70an dulu sanggup mengharungi laut China Selatan datang ke semenanjong berbanding negara jiran lain?. Kenapa semenanjong ini menjadi lubuk pendatang tanpa izin dari negara-negara berdekatan yang masih lagi ditimpa kesusahan?. Apakah hubungan sejarah yang kita tidak ketahui, ditutup oleh penjajah ini?. Dimanakah kekuatan pemerentah negara dan bangsa kita? Apakah erti Benua Siam, Benua Keling dan Benua China yang tercatat dalam Undang-Undang Kedah.
Tidakkah terfikir oleh kita kenapa orang-orang melayu di Utara semenanjong hari ini tidak mempunyai rumpun sepertimana di selatan semenanjong, ada Bugis, ada Mandaling, ada Minang, ada Banjar, ada Jawa dll. Hanya sebahagian kecil orang Melayu didaerah Yan adalah dari rumpun Acheh tetapi bagaimana pulak dengan yang lain, seperti di Kelantan dan Terengganu. Apakah rumpun mereka sebenarnya?. Ini kerana mereka adalah asalnya orang  Siam Islam. Kami juga telah menemuduga ramai orang di Kedah hari ini di mana asal usul keturunan mereka adalah pelarian dari Patani, terutama sekali di daerah Baling, Kuala Nerang dan Pedu (melalui Durian Burung). Mereka melarikan diri dari Patani kerana yang menyerang Patani dahulu bukannya Siam Islam lagi tetapi bangsa Thai Buddha yang baru saja menjajah negeri Siam.
Tindakan Kita
Sejarah Kedah harus di bongkar habis-habisan oleh semua pengkaji sejarah dan sastera tempatan. Kita bentangkan kertaskerja di peringkat seminar, forum dan bengkel sejarah, kita jalankan penyelidikan di peringkat Phd agar terdapat lebih banyak rujukan sejarah sebenar. Semua ini adalah mengenai sejarah bangsa kita dan kita berhak memperkatakan sejarah kita tanpa perlu merujuk kepada mereka. Walaupun kita dimaki, dihamun, diaibkan, kita tidak harus menyerah kalah, kerana kita adalah satu bangsa yang merdeka bukan sekadar 50 tahun saja tetapi semenjak tahun 222 Hijrah bersamaan tahun 812 masihi, iaitu tahun yang disebut dalam Undang-Undang Kedah. Itulah perlembagaan negara Islam kita yang pertama, itulah kebijaksanaan bangsa kita. Selagi kita bernama manusia selagi itulah kita harus memperjuangkan nasib sejarah bangsa kita yang telah dirampas oleh mereka. Harus diingat juga bahawa sejarah ini adalah sejarah tamadun Islam dan setiap jihad walaupun melalui penulisan mata pena, ia tetap ada ganjarannya di akhirat kelak.
Kami sambut dengan rasa penuh kesyukuran dan berterima kasih di atas keberanian pakar bahasa dari universiti tempatan yang sanggup menjalankan kajian setelah terkejut mengetahui bahawa bahasa Siam yang digunakan di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tidak sama dengan Bahasa Tai yang digunakan di Thailand hari ini.

-SEJARAH EMPAYAR SIAM KEDAH-SIRI 25

Antara Kejatuhan dan Konspirasi


Ada pendapat mengatakan bahawa raja-raja Ayuthia dizaman dahulu itu bukannya beragama Islam. Untuk itu kita lihat Undang-Undang Kedah ms 36,
“Demikianlah zaman raja-raja yang dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja di Benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan (teks jawi)”
Ayat ini menunjukkan bahawa raja-raja Siam (banyak) di benua Siam beradat sejak zaman berzaman lagi dan adat yang digunakan adalah berteraskan kepada peraturan dan kehendak agama islam seperti tercatat dalam Undang-Undang Kedah. Bahasa Siam Cau Phaya Kersan, bermaksud Tuanku di garisan yang kedua atau lebih mudah difahami lagi Timbalan Yang Di Pertuan Agong.
Dalam Undang-Undang Kedah tidak langsung menyebut tentang bahasa Tai kerana bangsa mereka ini bukannya beragama Islam. Yang disebut ialah bahasa Siam dan Benua Siam dalam buku Undang Undang Kedah yang menceritakan undang-undang Islam dan ditulis menggunakan teks jawi, iaitu huruf dari Al Quran.
Sebelum ini kami telah menceritakan bahawa kejatuhan pusat pemerentahan Benua Siam di Ayuthia dalam tahun 1767 adalah disebabkan oleh pembelot iaitu general kepada Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan, telah bertindak memihak kepada Burma. General ini yang bernama Mokhtar Hussain dikenali sebagai Pija Tak Sin adalah juga raja wilayah di selatan Ayuthia dan dikatakan telah murtad.
Sebelum pada itu dalam tahun 1758 berikutan kematian Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Marhum Kota Palas, Pulau Langkawi, kesempatan ini digunakan oleh Aluangphaya untuk menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma (juga sebahagian dari wilayah Kerajaan Benua Siam ketika itu). Pada masa itu Toung Oo diperintah oleh Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan dan baginda dikenali sebagai Mahadammaiyaza Dipati. Dengan itu kita boleh katakan bahawa Burma hanya wujud selepas tahun 1758.
Berikutan serangan tahun 1758 itu Alaungphaya telah berjaya mengalahkan tentera Toung Oo dan Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan berundur ke Ayuthia. Serangan kedua pula diatur dengan kerjasama pembelot Pija Thak Sin dalam tahun 1767 dan Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan telah berundur ke Istana Nambang Ligor di Nakhon Si Thammarat.
Sebaik saja wilayah Ayuthia tumbang Tak Sin telah melantik dirinya sebagai raja Ayuthia. Perlantikkan ini bukan sebagai Raja Benua Siam kerana wilayah Ayuthia sahaja yang telah ditawan. Boromoraja Ekataat keV Syarif Yang Di Pertuan telah berundur ke Ligor dan bersemayam di Istana Siam Nambang di Nakhon Si Thammarat sementara menanti Istana Kota Meang Kuang siap.
Pihak tentera Raja Buddha Burma Aluangphaya juga menyerang anakanda Sultan Syarif Abu Bakar Syah iaitu Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah yang bersemayam di Kota Ayut’ia Funaan Siamreap dan menjadi Raja Kemboja Cempakasari disana. Dalam pertempuran sengit inilah Raja Buddha Lanna Sokho Thai AluangPhaya terbunuh di satu tempat yang kemudian diberi nama Thaikala. Thaikala ialah bahasa siam bermakna, Mati dibunuh.
Dalam tahun 1781 Pija Tak Sin telah di isytiharkan gila dan dia telah dihukum bunuh dengan cara dibungkus kepalanya dan bahagian belakang kepala dipukul dengan kayu hingga mati. Pihak Burma dibawah Raja Alaungphaya telah bersetuju melantik Yotfa Chulalok, seorang general menerajui takhta Ayuthia. Chulalok bermaksud anak menteri. Dia kemudiannya menaikki takhta kerajaan Ayuthia dan bergelar Rama I.
Kita ikuti keratan penyelidikkan yang dibuat oleh John E. Wills, Jr. dari University of Southern California bertajuk “Great Qing and Its Southern Neighbors, 1760-1820: Secular Trends and Recovery from Crisis”
“The general who now emerged supreme in Siam became Rama I, the first king of the Chakkri Dynasty that still reigns. He had a Chinese mother, and reportedly had spent some of his youth as an adopted son in Taksin’s household. But that does not entirely explain the extraordinary terms in which his accession was reported to the Qing court. In a document which needs further examination but which probably was prepared in Thailand in Chinese, he reports the death of his beloved father Taksin, and states that on his deathbed Taksin “exhorted me to rule with care, not to change the old order, to have care for our own sovereign land and to honor the Heavenly Dynasty”. The phrase I translate “sovereign land” is the very ancient sheji, “altars of earth and grain”. If this document was prepared in Siam – it has a very un-Chinese Siamese seal on its cover – it must have been written by a well-educated member of the Chinese community there, and I suspect that it was a result of a decision by the Chinese leadership to conceal from the imperial court the kind of change of ruling house that had led to such long delays in full recognition after the fall of Ayutthaya. Rama I used the same Chinese surname as Taksin – Zheng, with all its echoes both of the eunuch admiral Zheng He (sedangkan Cheng Ho beragama Islam) and the Ming Loyalist leaders. His descendants continued to use it and maintained active tribute relations with the Qaing until 1855”.
Huraian
“The general who now emerged supreme in Siam became Rama I, the first king of the Chakkri Dynasty”
Sahlah bahawa Buddha Yotfa Chulalok adalah anak menteri dan sorang general, bukan dari keturunan raja.
“..and reportedly had spent some of his youth as an adopted son in Taksin’s household”
Semasa remaja dia hanyalah anak angkat kepada Thaksin yang murtad.
“In a document which needs further examination but which probably was prepared in Thailand in Chinese, he reports the death of his beloved father Taksin, and states that on his deathbed Taksin “exhorted me to rule with care, not to change the old order, to have care for our own sovereign land and to honor the Heavenly Dynasty”
Wakilnya mengadap Maharaja China Manchu Islam dengan dokumen yang diragui kesahihannya, seolah-olah Thaksin itu ayahnya yang sebenar dan menyambung old order bermaksud meneruskan pemerentahan cara Islam.
“…it has a very un-Chinese Siamese seal.”
Cop mohor yang pernah diberikan oleh Maharaja China Manchu Islam kepada raja Siam Islam yang memerentah telah di palsukan. Cop mohor asal telah dibawa oleh Syarif Yang Di Pertuan menyebabkan mereka ketandusan cop resmi untuk berurusan dengan Maharaja China Manchu Islam itu. Oleh itu mereka perlu menyerang Syarif Yang Di Pertuan dan merampas kembali cop kerajaan, bunga mas dll kembali untuk membuktikan merekalah yang berkuasa. Ini mereka lakukan dalam tahun 1821 berikutan serangan Musuh Bisik keatas Kota Meang Kuang. Mereka merampas cop mohor, Bunga Mas dan lain-lain peralatan di Raja. Dengan itu hari ini kita menyangkakan Bunga Mas itu dihantar kepada mereka di Ayuthia.
“..it was a result of a decision by the Chinese leadership to conceal from the imperial court the kind of change of ruling house that had led to such long delays in full recognition after the fall of Ayutthaya.”
Perubahan dalam pentadbiran kerajaan cuba disembunyikan dari pengetahuan Maharaja China Manchu Islam oleh orang-orang China kaya yang berpengetahuan. Penangguhan ini disebabkan ketiadaan cop mohor dalam urusan surat resmi.
“Rama I used the same Chinese surname as Taksin – Zheng, with all its echoes both of the eunuch admiral Zheng He (sedangkan Cheng Ho beragama Islam) and the Ming Loyalist leaders.”
Jelas, Buddha Yotfa Chulalok Rama I cuba menipu Maharaja China Manchu Islam dengan menggunakan nama utama (surname) dari keturunan Laksemana Cheng Ho yang hari ini kita semua tahu beragama Islam !!! Kenapa Laksemana Cheng Ho dan tidak nama raja lain yang pernah memerentah Benua Siam Islam? Mudah sahaja, kerana Rama Tibodi II Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (bergelar Parameswara di Melaka) telah berkahwin dengan adik perempuan Laksemana Cheng Ho (salah seorang dari dua beradik) dan hari ini kita kenalinya sebagai Puteri Lindungan Bulan.
Nama baginda Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah ada disebut dalam Undang-Undang Kedah dan baginda bersemayam di Kota Naga berhampiran Jitra Kedah. Naga disini sebagai simbol Maharaja China bermaksud baginda adalah Raja Besar Benua Siam. Makam baginda terletak di Kota Si Putih. Si Putih yang dimaksudkan disini adalah adik Laksemana Cheng Ho, Puteri Lindungan Bulan.
Setelah membaca penulisan dan penyelidikkan John E. Wills, Jr. dari University of Southern California ini, siapakah sebenarnya yang menipu sejarah orang Melayu dari rumpun Siam ini?

-SEJARAH EMPAYAR SIAM KEDAH-SIRI 24

SENARAI KESAN PEMBUNUHAN DAN KEMUSNAHAN HARTA WARISAN BENUA ISLAM SIAM KEDAH PADA TAHUN 1876 MASIHI.


1. Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah iaitu Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah mati dibunuh di Gurun, Kedah. Al-marhum dimakamkan di Makam Diraja Siam, Kampung Tualang, Mukim Tualang, Kedah Darul Aman.
2. Paduka Perdana Menteri Benua Islam Siam Kedah iaitu Sultan Tunku Mohammad Chan Mad Sirat @ Keramat Tok Tekai juga dibunuh di Permatang Harimau, Mukim Lesung, Kedah. Al-marhum dimakamkan di puncak bukit di Kampung Permatang Harimau. Isteri almarhum ialah puteri raja cina Manchu (dua beradik dengan permaisuri Syed Alang Alauddin). Tentera cina Manchu serta isteri al-marhum juga dimakamkan di puncak bukit tersebut. Makam mereka berdua dan keturunan mereka masih ada hingga kini. Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi adalah merujuk kepada nama baginda
3. Nai Long Ibrahim Putera Sultan Nai Long Abu Toha Raja Siam Selama, Perak mati dibunuh dan dimakamkan bersama para syuhadah yang menentang penceroboh iaitu tentera raja Buddha Rama V Chula Luang Khun. Mereka dimakamkan di tanah perkuburan Islam Kubur Panjang (kubur beramai-ramai), Mukim Rambai, Pendang, Kedah.
4. Pada tahun 1876 masihi juga Laksemana Khweng Wi dan para Syuhadah dibunuh Di Kampung Alor Berhala, Padang Besar Tobiar, Tobiar, Pendang, Kedah.
5. Di Bukit Raya daerah Pendang juga mereka membunuh cucu Sultan Idris Jammu Patani iaitu Radin Megat Haji Osman Ibni Radin Megat Mad. Beliau dimakamkan di Makam Diraja Patani, masjid Kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang. Warisnya berjaya disembunyikan dan masih ada hingga kini.
6. Laksemana Tunku Ibrahim menemu ajalnya dengan dibunuh di Kampung Sungai Mas, Kuala Muda, Kedah. Makamnya terdapat di Makam Langgar, Sungai Emas, Kuala Muda, Kedah.
7. Manakala Raja Siam Negeri Salama Benua Islam Siam Kedah, Sultan Nai Long Abu Toha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (adinda Long Jaafar) dibunuh di Kampung Ayer Melintas, Kepala Batas, Pulau Pinang (ayahanda Nai Long Ibrahim). Salasilahnya membawa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
8. Sultan Ismail Raja Kinta dan Sultan merangkap Menteri Larut Matang, Nai Ngah Ibrahim,ditangkap di Kampung Raja Berlindung, Sidim, Baling, Kedah oleh Inggeris setelah kembali dari majlis pengkebumian Almarhum Sultan Jaafar Muadzam Syah dan dibuang ke benua Afrika. Maklumat kedudukkan mereka di Baling ini diberikan oleh Sultan Abdul Hamid bakal Sultan Kedah yang mahukan kuasa dan sanggup berpakat dengan thai untuk membunuh Nai Long Jaafar @ Sultan Jaafar Muadzam Syah, Raja Besar Benua Siam terakhir, dari waris Bani Hashim.

Paduka Seri Sultan Abdul Hamid : Cantikkan pakaian ala barat ini? segak dan bergaya tanpa jubah mahu pun serban. Pelaris di kedai-kedai?… betulkan iqtikad anda dahulu. Cuba bandingkan dengan pakaian rasmi Rama V Chulalongkorn yang memerentahkan agar Sultan Jaafar Muadzam Syah dibunuh dalam tahun 1876 dahulu. Tak banyak bezanya, bukan. Dah tengok gambar Sulltan Selangor yang pertama? berbaju melayu, bertanjak atau Sultan Yusuf Al Mahdi yang segak bersongkok. Cuba anda buat perbandingan.
9. Selain membunuh sultan dan pembesar negeri, penjajah raja Buddha juga memusnahkan banyak harta-harta peninggalan yang membuktikan sejarah keagongan Islam Benua Siam Kedah. Antaranya,
i. Istana Raja Iskandar Zulkarnain dan masjid di Lakhokna (Laguna Merbok) Pulau Tiga Sungai Merbok. Masjid tersebut adalah tempat perlindungan Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah, Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah pada tahun 1876 Masihi. Ini sudah pasti tidak diceritakan akan tetapi yang di ceritakan bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah pun pernah singgah di istana ini sebelum berangkat ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Melaka.
ii. Penceroboh juga memusnahkan Istana Pho Diset Sultan Saidina Jamalul Alam Badrul Munir di Ayut’ia Pinang Tunggal, Kedah Darul Aman.
iii. Istana Sultan Syed Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir yang terletak di puncak Bukit Choras dan gudang yang terdapat di Bukit Gedong juga dimusnahkan.
iv. Mereka memusnahkan istana Sultan Saidina Hussin Ali Rah yang terdapat di Kota Pagar Ayer, Mukim Limbong, Kedah
v. Istana milik Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Hussin Syah Ali Rah yang berada di Alor Raja, Mukim Langgar, Kedah turut dimusnah. Makam Sulltan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi dijumpai ditimbus bagi mengelak ia di musnahkan oleh penjajah thai dan kini berada di Tanjong Inggeris, Langgar.
vi. Di Alor Ganu, Anak Bukit, Kedah, iaitu di Kota Sarjana mereka memusnahkan istana Sultan Mohammmad Syah Yang Adil bergelar Baba Ghiyai.
vii. Istana Kota Naga milik Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Syah yang Adil. Baginda bergelar Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia dan tapak istana itu terletak di Kampung Naga, Jenan, Kubang Pasu, Kedah juga turut jadi sasaran penjajah ini. Baginda Sultan Rijaluddin ini lah yang bergelar Parameswara sewaktu semenanjong ini masih bergelar semenanjong Melaka.
viii. Selain itu istana di Kampung Kota Siputih, daerah Kubang Pasu, Kedah juga dimusnah. Istana tersebut ialah milik Aishah Begum @ Mah In Intatiral dari Dinasti Ayut’ia 1530 masihi. Baginda adalah permaisuri Syah Alam Yang Maha Mulia Zahiruddin Bahadur@ Babur, Raja Monggol India.
ix. Istana Raja Siam Tenasirim Nai Chau Abu Kasim @ Megat Manja Abu Kasim yang terdapat di Kota Kerengga Gunong, Kedah turut dimusnahkan.
x. Istana Kota Meang Kuang yang terletak di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu, Kedah milik Maharaja Siam dinasti Ayut’ia ke 33 iaitu Boromoraja V Ekataat Maha Dammai Yaza Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah.
xi. Istana Persinggahan Tong Bau Kerut Raja Siam Songkhla milik Nai Lang @Syed Alang Alauddin yang terdapat di Kampung Tualang, Mukim Tualang, Kedah juga turut menjadi mangsa kemusnahan.
xii. Istana milik Sultan Tunku Long Taha iaitu raja negeri Legeh juga turut dimusnah. Istana bernama Kota Burha tersebut terletak di Kampung Chelong, Mukim Padang Kerbau, Pendang, Kedah.
xiii. Istana Kota Bukit yang terdapat di Kampung Kota Bukit, Jeniang, Kedah milik Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah juga dimusnahkan.
xiv. Istana Kota Ruman milik Radin Megat Tamtunggal, Radin Megat Tamtunggal ialah putera Raja Jammu Patani. Istana tersebut didirikan di Kampung Kuala Ruman, Sik, Kedah juga jadi sasaran penceroboh untuk melenyapkan keagongan Benua Islam Siam Kedah.
xv. Di Kampung Pelantik, Sik, Kedah terdapat Istana Kota Aur milik Sultan Idris Jammu Patani juga turut dimusnahkan tentera mereka.
xvi. Di Kuala Ketil, Kedah Istana Tanjung Puteri milik Tunku Dayang, (juga turut dibunuh).
xvii. Istana Kota Palas, Gunong Raya, Padang Mad Sirat, Langkawi, Kedah ialah milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah turut dimusnahkan (rujuk Undang-undang Kedah ms 17). Makam baginda ditimbus dengan tanah dan baru sahaja ditemui semula. Taktik yang sama digunakan untuk menggaburi mata penceroboh Buddha Thai sepertimana mana pada makam Sultan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi.
xviii. Istana Raja Siam Khun Waran Wangsa dinasti Ayut’ia tahun 1548 M iaitu Sultan Jalil Yaacob Syah (UUK,ms2) yang terletak di Tanjung Kuah, Pulau Langkawi, Kedah juga jadi sasaran kemusnahan oleh penceroboh.
xix. Istana ayahanda Raja Negeri Kubang Pasu Nai Doi. Manakala istana Sultan Maharaja negeri Siam Tenasirim Nai Chau Abu Kasim @ Megat Manja yang terdapat di Kampung Pulau Maharaja, Mukim Padang Perahu daerah Kubang Pasu juga turut dimusnahkan.
xx. Dengan kekuatan peledak (bom) yang dibekalkan oleh penjajah Inggeris kepada penceroboh, mereka terus menerus cuba melenyapkan bukti-bukti kegemilangan pemerintahan raja Islam Benua Siam di sini. Mereka terus memusnahkan Istana raja Siam Kamboja iaitu Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Syah III Kedah yang terletak di Dusun Raja, Padang Sanai, daerah Padang Terap Kedah.
xxi. Di belakang masjid Kampung Alor Ganu, Anak Bukit, Kedah ada terdapat Istana Putera Maharaja Siam Ligor Pho Chan Koya Long Mud Zafar Syah III Kedah. Istana tersebut juga turut dimusnah.
xxii. Di Kampung Pengapit Batu, Mukim Tajar Kedah istana raja daerah Kota Setar iaitu Sultan Datuk Tajuddin Yahya (Nai Inderajaya) ibni Sultan Mudzafar Syah III Kedah juga dimusnahkan. Ada yang mengubah sejarah dengan mengatakan bahawa baginda adalah Ahmad Tajuddin Halim Syah II. Ini tidak benar.
xxiii. Istana Bukit Mariyam (merujuk kepada Syarifah Mariyam, permaisuri Raja Merong Mahawangsa) di Kuala Muda, Kedah juga dimusnahkan oleh penceroboh raja kafir Thai. Hari ini bukit tersebut ditukar nama kepada Bukit Meriam bagi menutup sejarah realiti.
(Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk dapatkan maklumat ini untuk tatapan saudara/i. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh para syuhadah yang berjuang menegakkan agama islam dizaman itu – Al Fatihah)

-SEJARAH EMPAYAR SIAM KEDAH-SIRI 23

BUKTI-BUKTI SEJARAH EMPAYAR BENUA SIAM ISLAM KEDAH

Sejarah negeri Kedah Darulaman banyak dilindungi oleh campurtangan penjajah Inggeris dan Thai pada awal abad ke 17 dan 18 dahulu menyebabkan banyak bukti-bukti sejarah negeri ini menjadi tidak selari dengan bukti-bukti yang mula dijumpai semula hari ini. Pada masa yang sama penemuan makam Sheikh Abdul Kadir ibni Hussain Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Tanjong Inggeris, Langgar dan penemuan batu bertulis Ibnu Sirdan bertarikh 213 hijrah dalam celah-celah longgokkan batu candi oleh Dr Othman Md Yatim membuktikan agama Islam tiba jauh lebih awal dari tarikh 1400 masihi, tahun yang dikatakan Islam mula tiba ke Melaka.
Penjajah Thai pasti mempunyai muslihatnya apabila mereka membakar naskah Hikayat Merong Maha Wangsa. Tindakan ini diambil oleh tentera raja buddha Thailand Rama V Chakri Sokho Thai Chulalongkorn (Chula Luang Khun) pada tahun 1876 masihi selepas mereka berjaya membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah, Sultan Jaafar Mad Azam Syah ibni Sultan Syed Alang Alauddin di Gurun Kedah. Sayangnya nama baginda dan ayahanda baginda berdua tidak terdapat dalam sejarah Kedah, negeri yang pernah diperentah mereka sebagai Raja Besar. Nama Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima Bukit Gantang ada tercatat dalam sejarah Perak namun peranan dan sumbangan baginda telah di kecilkan.
Sultan Syed Alang Alauddin bergelar Panglima Bukit Gantang telah memerentah dari tahun 1839 hingga 1862 Benua Siam (mengikut buku Konvensyen Sejarah Kedah)yang turut mencangkupi wilayah Perak hari ini. Baginda adalah putera sulong kepada Sultan Mudzafar Syah III ibni Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang meliputi Kedah dan Perak. Sebelum menaikki takhta sebagai Raja Besar Benua Siam, baginda Sultan Mudzaffar Syah III ini pernah menjadi Raja Kemboja Cempakasari (bergelar Po Chan) dan kemudiannya sebagai Raja Kuala Kangsar. Nama sebenar baginda adalah Koya Long. Gelaran Koya mungkin asing bagi kita hari ini namun di Georgetown, Pulau Pinang ada sebuah masjid yang diberi nama Masjid Koya.
Pembakaran naskah Hikayat Merong Maha Wangsa pada 1876 ada tercatat di dalam buku ‘Sejarah Kedah Sepintas Lalu’ sementara catatan dari James Low mengatakan Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun memerintahkan agar hikayat tersebut hendaklah dibakar habis habisan agar penulisan yang berunsur agama Islam dan dakwah Islamiah ini segera dimusnahkan.

-SEJARAH EMPAYAR SIAM KEDAH-SIRI 22

PENINGGALAN SEJARAH DI SG MERBOK


Sungai Merbok adalah sebuah sungai yang terletak di utara bandar Sungai Petani dalam negeri Kedah Darulaman. Dengan kelebaran hampir kurang lebih 1 km di sesetengah tempat ia menjadi laluan mudah bagi kapal-kapal layar yang besar di zaman dahulu untuk mudik ke hulu. Sungai ini di kualanya terletak kawasan peranginan Pantai Merdeka di selatan dan Tanjung Dawai di utaranya.
Sekiranya kita memudik sungai ini dari kuala ke hulu sungai, di kanan kita adalah Kuala Muda sementara di kiri ialah Lembah Bujang. Memang ada pun nama kampung seperti Kg Pengkalan Bujang dan Kg Segantang Garam di kiri sungai ini. Di kanan pula terletak Kg Sungai Layar tempat membaiki kapal layar zaman dahulu. Nama-nama ini sudah pasti ada kaitan dengan aktiviti perniagaan masyarakat setempat ketika itu. Oleh sebab itu nama-nama lain seperti Sg. Jagong, Sg. Tukang, Sg. Layar, Sg. Pasir dll disekitar Sungai Petani, Telok Bayu, Bendang Raja, kolam Duli merupakan kawasan perdagangan di raja pada zaman dahulu. Di kawasan Sungai Merbok inilah terdapat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan terutama sekali dikawasan yang di panggil Istana Pulau Tiga.

Peninggalan sejarah disini kami boleh bahagikan kepada tiga iaitu,
1) Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
2) Peninggalan ‘Gok’ pembakar kayu untuk membuat arang dan batu bata
3) Peninggalan kubu tentera British
Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
Terdapat 3 buah pulau kecil dalam Sungai Merbok, iaitu Pulau satu, Pulau dua dan Pulau Tiga. Pulau tiga turut juga dikenali sebagai Pulau Kunyit. Pulau-pulau ini walau pun hari ini dikelilingi oleh pokok bakau akan tetapi tanah dibahagian tengahnya kejap dan rata, sesuai untuk didirikan bangunan.

Menghampiri Pulau Tiga. Walaupun berpaya bakau disekelilingnya, dibahagian tengah nya mempunyai tanah dan batu yang kukuh.

Pak Saad menceritakan semula sejarah, setakat yang diketahuinya. Tanah yang didudukinya berhampiran Sg Merbok dikatakan milik raja, raja mana tak pasti pulak.
Menurut seorang penduduk tempatan yang tinggal berhampiran, berusia 73 tahun iaitu Pak Saad terdapat sebuah istana yang didirikan di atas air berhampiran dengan Pulau Tiga. Sewaktu air surut kesan-kesan batu-bata istana ini boleh dilihat didalam air. Istana ini telah dirobohkan sekitar tahun 1876-1881 sewaktu negeri Kedah dijajah oleh tentera Thai. Malah tanah kampung yang mana Pak Saad mendirikan tanah diklasifikasikan sebagai tanah milik raja, bermula dari jambatan Sembeling hingga ke Laguna Merbok.

Alor Sungai Tukang telah pun ditutup untuk membina kawasan perumahan Bandar Laguna Merbok. Sungai Tukang adalah tempat di mana kapal-kapal layar zaman dahulu berlabuh untuk dibaiki.
Di dalam buku sejarah Mahawangsa terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah ada menyebut bahawa Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pernah bersemayam di Istana Pulau Tiga sewaktu melarikan diri dari tentera thai dahulu. Kalau dicari istana ini hari ini, sememangnya tidak akan dijumpai lagi. Ia telah lama dimusnahkan oleh tentera penjajah di zaman dahulu dan serpihannya dibuang  ke dalam air. Bumi bertuah ini sejak zaman dahulu tidak pernah dilanda gempa bumi, untuk merobohkan binaan ini semua. Sekiranya ada, pasti serpihannya dapat dilihat oleh kita hari ini. Begitu juga candi di Lembah Bujang yang sengaja ditimbus untuk menutup sejarah bangsa.

Di riwayatkan bahawa Istana Pulau Tiga adalah sebuah istana lama yang dibina semenjak zaman Iskandar Zulkarnain lagi. Malah dikatakan juga pembinaan istana di Mandalay oleh Raja Mandalika Sultan Madzafar Syah III bergelar Rama Tibodi I adalah mengambil kira saiz dan rekabentuk bangunan tersebut. Hari ini, kesahihannya sudah pasti tidak dapat dipastikan lagi. Dari segi keupayaan masyarakat setempat sememangnya ada kerana Borobodur yang jauh lebih besar pun mampu didirikan di Pulau Jawa. Yang tinggal hanyalah dinding-dinding kotanya sebagai bukti untuk generasi kita hari ini.

Ini adalah gambar Istana Ananda Paagan bermaksud ‘Anakanda bawa wang’ yang tersergam di Mandalay, Myanmar (Burma) hari ini. Di riwayatkan bahawa Raja Mandalika (Mandalay adalah sempena nama baginda) Sultan Madzafar Syah III bergelar Rama Tibodi I (di Ayuthia) melihat contoh Istana di Pulau Tiga untuk membina istana ini di sana. Raja Mandalika inilah dimana namanya terpahat pada Batu Bersurat Terengganu. Adakah Pagaan @ Bagan di Bagan (Serai), Pulau Pinang mempunyai persamaan?


Duit dinar matahari yang dikatakan pernah dijumpai di Pulau Tiga disamping serpihan pinggan mangkuk China. Duit dari ‘cowries’ iaitu sejenis siput turut pernah digunakan di Siam. Dengan itulah penduduk di Utara menyebut kupang untuk sen hinggalah ke hari ini.

Tambak Bunga seperti yang ditunjukkan oleh Saudara Yusuf merupakan tambakan pejal yang kini ditumbuhi pokok jenis Acasia. Di hadapan inilah dikatakan terletaknya Istana Pulau Tiga terapung diatas permukaan air. Pada tambakan ini perahu akan terus bertemu dengan tanah pejal bukannya paya pokok bakau. Ada kemungkinan juga istana tersebut serpihannya berada didalam air sungai (dibuang kesitu) akan tetapi lokasi sebenarnya adalah diatas darat.
Di samping itu terdapat tambak yang ditanam dengan pokok-pokok bunga sebagai backdrop kepada istana tersebut. Hingga sekarang tambak yang rapat ke gigi air ini masih lagi dikenali sebagai Tambak Bunga.

Tidak jauh di seberang Sungai Merbok terdapat kolam-kolam ikan peliharaan yang dinamakan Kolam Duli. Nama seperti Kolam Duli, Tambak Bunga telah kami perolehi melalui wasiat dan kami tidak menyebutnya kepada Saudara Yusuf Saad yang membawa kami mudik Sungai Merbok. Beliau sendiri yang menyebutnya dan menunjukkan kepada kami kawasannya.

Namun begitu kesan-kesan di atas daratan masih lagi jelas kelihatan di antaranya dinding kota istana Pulau Tiga. Batu bata yang digunakan adalah jenis lebar dan leper sepertimana bata-bata candi di Lembah Bujang dan juga binaan pintu gerbang Kota Kuala Muda (Lembah Bujang hanya 15 min sekiranya berkereta).


Walau bagaimana pun rekabentuk binaannya pula tidak pula seperti rekabentuk candi yang dijumpai dengan begitu banyak sekali di Lembah Bujang ini. Kota ini ada tanda-tanda dirobohkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti diterbalikkan dsbnya. Yang anehnya kenapa kewujudan kota ini tidak dihebahkan? Adakah kerana rekabentuknya yang lain dari rekabentuk candi lembah bujang (walaupun bahannya sama) akan menyebabkan ‘contradict’ dengan maklumat sedia ada yang mengatakan candi adalah untuk penganut agama Hindu?
Gok untuk membakar Kayu Arang dan Bata
Gok adalah merupakan tempat membuat kayu arang menggunakan kayu-kayu bakau yang banyak kedapatan di pesisiran Sungai Merbok. Kawasan Sungai Petani ini tanahnya berbukit-bukit dan sesuai untuk mendirikan bangunan yang lebih tinggi berbanding Alor Setar dimana tanahnya berlumpur.

Sekiranya baru dikorek, tanah disekitar ini kelihatan merah seperti luka kerana baru dikorek. Tanah yang berwarna hitam hampir tidak ada di kawasan ini. Dengan peninggalan sejarah sedia ada, adakah kawasan ini, Tanah Merah atau ‘the red earth land’ yang dimaksudkan dalam penulisan sejarah zaman dahulu itu? Cukup untuk kita renungkan seketika.

Pintu masuk ke Gok jelas mempunyai rekabentuk Siam Parsi. Mungkin ini adalah ikutan dari rekabentuk pintu masuk ke Istana Pulau Tiga yang masih ada lagi sewaktu Gok ini dibina dahulu.
Gok ini didirikan sekitar tahun 1850an sahaja memandangkan bata yang digunakan adalah sepertimana saiz bata pada hari ini. Dari jumlah Gok yang berbelas-belas terdapat disini kami yakin ada satu industri membuat arang yang luas di kawasan ini disamping juga untuk membuat batu-bata. Apakah kegunaan arang ini sebenarnya disamping untuk membuat dapur arang, membakar kemian, atau menggerakkan kapal steam yang kekurangan arang batu di satu ketika dahulu? Walau apa pun, industri sebegini yang kami kira besar di zaman dahulu pasti dimiliki oleh pembesar di zaman dahulu.

Memandangkan Sungai Merbok ini luas dengan air yang tenang ia mudah dimudiki oleh kapal-kapal di zaman dahulu apatah lagi kapal-kapal layar yang mengutip barang-barang dagangan. Yang pasti, Sungai Merbok menyimpan seribu misteri sejarah negara berlatarbelakangkan Gunong Jerai yang juga mempunyai kisah yang tersendiri.

Pengusaha dari keturunan China dikawasan ini sudah pun meninggal dunia dan keturunannya yang masih ada tidak lagi ingin meneruskan kerjaya tersebut, lalu Gok ini dibiarkan/ditinggalkan begitu sahaja. Walaubagaimanapun usia Gok ini sudah pasti telah menjangkaui lebih 150 tahun.
Peninggalan kubu tentera British
Objektif kami bukannya mencari kubu tentera Inggeris. Akan tetapi di atas maklumat yang kami dapat, kami turun padang mencari setiap tinggalan sejarah yang ada kaitan dengan pengkajian kami. Di kawasan ini terdapat banyak tinggalan kubu-kubu tinggalan tentera Inggeris teutama sekali di sekitar kawasan peninggalan istana Pulau Tiga. Kubu-kubu ini mungkin didirikan mungkin seawal tahun 1900 ke atas sahaja. Terdapat juga bilik-bilik pegawai yang membawa dari satu ruang ke satu ruang yang lain.
Terletak di bawah tanah, ia didirikan dengan binaan bata moden dan di plaster dengan simen sebagai kemasan akhir. Terdapat ‘Cubicle’ untuk tentera berlindung dari serangan. Kami sertakan gambar-gambarnya.

Filed under Sejarah

-SEJARAH EMPAYAR SIAM KEDAH-SIRI 21

Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang


Sejarah Datok Panglima Bukit Gantang, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang Mempertahankan Serangan Tentera Musuh Bisik Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai dalam tahun 1821.
Dalam meniti sejarah negeri Perak kita pasti akan bertemu dengan satu nama atau gelaran yang terkenal iaitu Datuk Panglima Bukit Gantang. Hari ini pula, gelaran ini masih lagi digunakan dan merupakan gelaran kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan. Ia juga merupakan lambang kepahlawanan ketika itu memerangi penjajah demi memelihara kepentingan agama Islam.
Keperihatinan kerajaan negeri dari aspek sejarah menyebabkan nama ini diabadikan pada beberapa tempat termasuklah nama tempat, nama bangunan, sekolah,dll di sekitar Bandaraya Ipoh dalam negeri Perak. Selain dari itu, masyarakat kita hari ini tidak banyak mengetahui asal usul gelaran pada nama tersebut. Izinkan kami memberi sedikit penjelasan.

Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang ialah Raja Siam Songkhla merangkap Bendahara Empayar Islam Benua Siam Kedah pada tahun 1821. Menurut Undang-Undang Kedah jawatan Bendahara pada zaman dahulu adalah setaraf dengan jawatan Raja Muda.
Sebelum pada itu pada tahun 1801, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang pernah bersemayam di Istana Kota Bukit Gantang, Perak Darul Ridzuan. Pada zaman dahulu wilayah ini adalah sebahagian dari wilayah Kedah. Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin ialah anakanda kepada Raja Kamboja Cempakasari iaitu Pho Chan Koya Long bergelar Sultan Mudzafar Syah III Kedah.
Nama Sultan Mudzaffar Syah III @ Po Chan ini ada tercatat dalam sejarah negeri Perak dan ada catatan yang menyebut baginda sebagai putera atau anakanda raja Siam Ligor (Raja Siam Ligor ialah Syarif Yang Di Pertuan Kedah. Sila rujuk buku Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Tahun 1981).
Sementara itu di dalam Buku “A History Of The State Of Perak” oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Syah melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda).
Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang adalah anak sulong dari 5 bersaudara iaitu Megat Terwis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Mahararaja China Manchu yang beragama Islam.
Semasa negeri Kedah diserang oleh tentera Buddha Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821 masihi, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang yang ketika itu bersemayam di Istana Bukit Gantang mengepalai angkatan tentera Empayar Islam Benua Siam Kedah, menghalang kemaraan tentera Buddha Thai.
Baginda mara dengan menggunakan gajah bersama tenteranya hingga ke Kg Durian Burung, Kedah lalu berkubu di sebuah padang yang kemudian dinamakan dalam bahasa siam, ‘Sanai’ yang bermaksud, tentera dalam. Pada hari ini kawasan ini rata-rata telah dijadikan ladang tebu. Baginda sendiri bersemayam di Ban-Nai-Lang bermaksud, Kampung-Syed-Alang di Songkhla Thailand. Hari ini, lokasi Durian Burung ini memang terletak di selatan Songkhala dan ia bersempadan di sebelah Malaysia (zaman dahulu sempadan ini tidak wujud).
Pada masa yang sama, bapa mertuanya Maharaja China Manchu telah menghantar tentera dari China seramai 36,000 orang berkelamin untuk membantu menantunya Syed Alang Alauddin mempertahankan negeri Kedah. Sebahagian dari tentera Raja China Manchu mendarat dipelabuhan Tak Bai di Songkhla.
Oleh kerana jumlah yang ramai, tentera Maharaja China Manchu terus mara kesuatu tempat yang ditanam sawah padi sebagai satu sumber makanan utama mereka. Di sinilah tentera Panglima Bukit Gantang mengibarkan bendera atau panji-panji yang tertera perkataan kalimah Allah. Tempat ini dinamakan ‘Na Thawi’ bermaksud, ‘Bendang Tunggu Kibar’.
Tentera raja China Manchu diiring pula ke salah sebuah kubu tentera Panglima Bukit Gantang di Padang Sanai. Di sinilah upacara resmi menyambut kehadiran tentera China Manchu telah diadakan secara besar-besaran lengkap dengan panji-panji dan tentera bergajah. Kawasan ini dinamakan Padang Terap bermaksud, Padang Tempat Menyambut. Hari ini, kawasan ini telah dijadikan sebuah daerah iaitu Daerah Padang Terap, dalam negeri Kedah Darul Aman.
Tentera Raja Manchu yang diketuai oleh General Baba telah mengadap Panglima Bukit Gantang dan menyampaikan amanat Maharaja China Manchu agar Panglima Bukit Gantang berperang menegakkan Syiar Islam disamping menyediakan tempat untuk simpanan bekalan makanan tenteranya yang ramai.
Dengan itu Panglima Bukit Gantang memerintahkan tentera raja China Manchu menanam padi huma seluas 27,000 relong (anggaran) untuk stok bekalan makanan mereka. Kawasan ini kini dijadikan hutan simpan Cheba. Cheba ialah bahasa Siam bermaksud, Nama Baba. Tempat tinggal General Maharaja China manchu (General Baba) hari ini bernama Kampung Cheba (Cik Baba).

Kawasan Huma Padi Raja Siam Songkhla, Nai Lang Datuk Panglima Bukit Gantang, Bendahara Empayar Islam Benua Siam Paduka Seri Sultan Sultan Syed Alang Alauddin tahun 1821 bagi menampung bekalan makanan tentera.

Bukit Masjid, tahun 1821. Ketiga-tiga peta ini adalah dengan ikhsan pejabat Tanah/Daerah setempat.


Sultan Idris Jammu Patani, anakanda Sultan Pak Teh Siam Jammu Patani (Pateh) telah berlindung di Istana Kota Aur dalam tahun 1820. Baginda terkorban dalam tahun 1821 di Padang Patani, Mukim Tajar, Kota Setar Kedah.
Jenazah baginda telah dimakamkan di tanah perkuburan Islam Di Raja Patani, Masjid kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang Kedah. Gelaran Jammu Patani bermula dari keturunan asalnya, Sultan Ismail Jammu Patani (Pija tu Nakpa) yang berasal dari Jammu Kashmir, anak saudara Maharaja Monggol India, Zahiruddin Bahadur Syah. Raja-raja Monggol India turut dikenali dengan gelaran Syah Alam.
Sejarah nama-nama tempat dari bahasa Siam Kedah.
Terdahulu, pada tahun 1758, Raja Siam Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Syah III, ayahanda kepada Panglima Bukit Gantang ini telah membawa pengikut-pengikutnya yang terdiri dari orang-orang Islam dari Kemboja balik ke Kedah. Terdahulu, baginda menjadi Raja di Kemboja Cempakasari. Gelaran Koya berasal dari perkataan Nguyen, membawa maksud yang sama.
“During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng (Buddha), the Champs were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Chan, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it. Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to learn Qur’an and Islamic studies. Once studies were completed, these children then return home to teach others in these 13 villages”.
http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstry.html
(Sebelum pada ini, kami ingatkan malumat ini tidak ada, puas kami mencari barulah kami terjumpa dengan penulisan yang agak ringkas dan tepat seperti diatas.)
Pengikutnya ditempatkan di kawasan Pedu. Pedu bermaksud, Abang @ Kekanda. Tindakan berpindah ini adalah berikutan serangan tentera Buddha thai yang telah mula menyerang negeri Islam Kemboja. Di Pulau Pinang hari ini ada sebuah masjid yang dinamakan Masjid Koya, berkemungkinan turut di buka oleh pengikut-pengikut Sultan Mud Zafar Syah III ini yang pergi menetap disana.
Koya Long bermaksud Putera Sulong @ Pe-du. Pho Chan pula adalah gelaran kepada baginda sewaktu menjadi Raja Kemboja Cempakasari. Sejarah penduduk Kampung Pedu, Kuala Nerang dalam daerah Padang Terap Kedah kebanyakkannya adalah dari keturunan Syed yang berasal dari Kampung Syed Pew dan Kampung Syed Sofoun dalam negeri Kemboja Cempakasari. Dahulunya kawasan ini pernah berada dalam Empayar Islam Benua Siam Kedah, sekitar sebelum tahun 1758.
Pelarian Kemboja keturunan Syed ini selain dari bermastautin di Kelantan dan Trengganu turut juga bermastautin di sekitar pekan Kuala Nerang. Perkataan Nerang ialah bahasa siam yang bermaksud, Tempat Ulu Sunyi. Di Kuala Nerang inilah terdapatnya kawasan Bendang Raja. Raja yang dimaksudkan ini ialah Pho Chan Koya Long, Sultan Mudzafar Syah III.
Di Mukim Rambai, dalam daerah Pendang Kedah juga terdapat Bendang Raja milik Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah III yang pernah menjadi Bendahara sewaktu ayahandanya Syarif Yang Di Pertuan masih ada. Rujuk Buku Undang-undang Kedah Dewan Bahasa Dan Pustaka di ms 43 “… Dititah Bendahara Suruh Salin…” . Bendahara pada ketika itu ialah Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Syah III.
Maharaja China Manchu telah mengariskan 3 strategi untuk menyerang tentera Buddha Rama II Chakri Sokho Thai.
Pertama, melalui jalan darat dengan teknik berkumpul tenteranya di Chiangmai untuk menyerang Kota Ayuthia.
Kedua, melalui jalan sungai, tenteranya mara melalui Sungai Chau Phraya dan mereka mendarat di Tak Bai, Songkhla.
Ketiga, melalui jalan sungai juga yang mana tenteranya mara melalui Sungai Mounmin Burma dan mendarat di Pulau Langkawi.

1799 – 1820 H.I.M. Emperor Chia-ch’ing [Jen Tsung Jui Huang Ti] [Shou T'ien Hsing Yün Fu Hua Sui Yü Ch'ung Wên Ching Wu Hsiao Kung Ch'in Chien Tuan Ming Ying Chê Jui], the Great Illustrious Emperor of the Great Ch’ing Dynasty, Son of Heaven, Lord of Myriad Years, etc c. b. at T ‘ien-ti-i-chia Ch’un, Jehol, 13th November 1760, educ. Shang Shu-fang. Appointed as Heir Apparent with the title of Huang T’ai Tzu on 21st December 1773 (secret) and publicly invested 15th October 1795.
http://www.4dw.net/royalark/China/manchu11.html

Biasalah, hari ini kalau ada nama Islam pun sudah dipadamkan dari sejarah. Chia-Ching bermaksud, kepercayaan bersungguh-sungguh, Tsung Jui bermaksud, duduk di tempat yang tinggi.
Di Pulau Langkawi mereka mendarat di sebuah tanah tinggi yang kemudiannya digelar dalam bahasa siam, Ma Chin Cheng yang bermaksud, mari sehingga cerah mentari. Ini disebabkan kehadiran tentera china ini terlalu ramai dan mereka tiba secara berperingkat-peringkat melalui jalan laut.
Tentera ini dipimpin oleh menantu Raja China Manchu yang kedua iaitu Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai, bergelar Mat Sirat. Lokasi penginapan beliau semasa sampai di Pulau Langkawi ialah kawasan yang kini dikenali sebagai Padang Mat Sirat. Mat Sirat ialah gelaran dari bahasa siam untuk Tengku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai (Datuk Saudagar).

Dalam tahun 1821 ini, tentera Raja Sumatra Pasai Acheh telah bertempur dengan tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai di Kuala Kedah. Kapal yang dinaiki Raja Langkat Sumatra Pasai Acheh ini tenggelam dan baginda terbunuh. Dengan menggunakan rakit mayat baginda dibawa ke tebing Kuala Kedah dan dimakamkan disitu. Tempat pemakaman tersebut kini dinamakan, Makam Tok Pasai. Tok Pasai adalah cucu Iskandar Mahkota Alam dan merupakan bapa mertua Syarif Yang Di Pertuan (berkahwin dengan Tengku Marin/Suryamarin).

Jambatnn baru yang dibina di Kuala kedah dinamakan sempena nama baginda, Jambatan Tok Pasai. Hari ini, tidak adakah warisnya yang kini berada di Sumatra Pasai mengaku mengenali @ mengetahui salasilah baginda?
Susulan peristiwa serangan ini tentera China Manchu yang menang peperangan di Langkawi datang untuk membantu tentera Raja Sumatra Pasai Acheh. Tentera ini dibahagikan kepada 4 gelombang.
Gelombang pertama, mendarat di Teluk Bagan dan kawasan ini dinamakan Tanah Raja Teluk Bagan.
Gelombang kedua, mendarat di Kuala Kangkong. Kangkong ialah bahasa siam bermaksud, ditepi longgok. tentera tentera ini mara sehingga Kampung Tokai. Perkataan Tokai ini diwujudkan sempena nama Panglima tentera China iaitu Tok Kai. Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china Manchu ini masih wujud hingga hari ini.
Gelombang ketiga, mereka mendarat di Kuala Sala, perkataan sala ialah dari bahasa siam yang bermaksud, rumah wakaf . Tentera dari gelombang ketiga ini mara dan menetap di Kota Sarang Semut iaitu kawasan kota lama milik Sayidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir, cucu kepada Raja Merong Mahawangsa (222 H). Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china ini masih wujud hingga kini. Istana Kota Sarang Semut dimusnahkan tentera thai sewaktu mereka menyerang Kedah dalam tahun 1876 dan menjajahnya hingga tahun 1881.
Gelombang keempat. Tentera dari gelombang keempat ini mendarat di Kuala Sedaka. Perkataan Sedaka ini dari bahasa siam yang bermakna Tentera Mati Bunuh. Tentera dari gelombang keempat ini terus mara dan menetap di Padang Lumat.
Perkataan Lu-mat juga dari bahasa siam yang bermaksud, Mat Sirat itu Masyhur (merujuk kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai). Kawasan ini asalnya bendang raja, milik Syarif Yang DiPertuan Yang Maha Mulia (tahun 1788). Kesan-kesan sejarah kehadiran tentera china ini masih wujud bermula dari Gurun hinggalah ke Guar Chempedak, dikiri jalan menuju ke Alor Setar.
Untuk maklumat pembaca, isteri (nama sudah tidak diketahui lagi) kepada Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini ialah adinda (adik) kepada isteri Panglima Bukit Gantang Nai Lang Raja Siam Songkhla (kedua beradik perempuan ini adalah anakanda Maharaja China Manchu).
Pada masa yang sama isteri Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai @ Mat Sirat ini juga adalah bonda Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah @ Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai. Manakala kakaknya pula adalah isteri Panglima Bukit Gantang dan bonda kepada Sultan Jaafar Mad Azam Syah atau Long Jaafar.
Kedua mereka adalah anakanda Maharaja China Manchu. Dengan sebab itulah dikatakan bahawa Long Jaafar telah membawa masuk orang-orang China Khaek (Islam) untuk melombong bijih timah di Larut. Long Jaafar @ Sultan Jaafar Mudazam Syah adalah juga cucu Maharaja China Manchu, Maharaja Chia-ch’ing.

Keratan dari buku Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu, 1400-1959, ms 153, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Puak khaek, dari kongsi gelap Hai San (bermaksud bagi pesanan) adalah orang-orang China yang beragama Islam. Patutlah puak Ghee Hin dengan Hai San ini bergaduh. Khaek @ Khaeg bermaksud Islam dalam bahasa Siam Kedah. Sebagai contoh, tempat peranginan Phuket asalnya adalah Po-Kheg bermaksud bapa-Islam atau raja yang memerentah disitu dulunya adalah beragama Islam.
Seterusnya,
“The common name that Thai speakers use to refer to Islam and its followers is khaek while the more educated and official ones have been Thai Islam and Thai Muslim. The word khaek means a stranger or an outsider and a visitor or a guest. Original usage of the term regards khaek as one among several macro-ethnic categories into which the non-Thai world is divided.
Gradually the term khaek is used as a qualifier to specify particular costumes, language and eventually ethnic Malays and Islam followers including Arabs and Indians. By the late nineteenth century khaek was used by the kings in their descriptions of the Malay Muslims in the south.
Reflecting the political conflict of the Malay Muslim in southern Thailand, the term khaek has been regarded as inappropriate and insulting to the Muslim people because it creates a sense of contempt and social distance among the different races and religious beliefs.” Thanet Aphornsuvan, “History and politics of the muslims in Thailand”,Thammasat University. Pg5.
Apabila tentera Datuk Panglima Bukit Gantang berjaya mengusir keluar tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai mereka mendapat berita buruk bahawa datuk baginda, Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayut’ia ke 33, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia telah terkorban di Istana Kota Meang Kuang.
Gambar pintu masuk ke Istana Raja Siam Ligor yang terletak di Kota Nakhon Si Thammarat Thailand. Chau Pija Boromoraja V Ekataat Syarif Yang DiPertuan Yang Maha Mulia Empayar Benua Islam Siam Kedah pernah bersemayam di Istana ini dari tahun 1767 hingga 1782 sebelum berpindah ke Istana Kota Meang Kuang.
Lihat petikan ini yang menunjukkan Syarif sebagai Raja Ligor atau selengkapnya Raja Siam Ligor Nambang,
“Manakala Raja Kuning sudah mangkat dan tiada lagi warisnya yang berketurunan daripada Raja Seri Wangsa yang boleh dilantik menjadi pemerintah menduduki takhta kerajaan Patani. Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang tertua bernama Raja Bakar duduknya di Kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu baginda pun mangkat.”
Semak di sini,
http://www.geocities.com/prawat_patani/bab3.htm
Raja Bakar yang duduk di Kampung Teluk tak lain tak bukan adalah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor Nambang. Nam-bang bermaksud air-telok. Kenapa baginda dipilih? Mudah sahaja, kerana baginda adalah cucu Puteri Nang Kemuning (yang berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah, Khalifah Akhirul Zaman) dan cicit kepada Nang Che Yam (yang berkahwin dengan Pija Tuk Nakpa Sultan Ismail Jammu Kashmir). Sesudah berundur dari Ayuthia, baginda tidak lagi menggunakan nama gelaran Boromoraja Ekataat V. Hari ini, sejarah kita masih terus menafikan kewujudan baginda.
Wasiat dari TNL Kassim mengatakan bahawa lokasi Istana Kota Meang Kuang tempat bersemayamnya Syarif Yang Di Pertuan telah dibocorkan kepada tentera Thai oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin cucu Syarif Yang Di Pertuan segera bertindak untuk menangkap Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menyebabkan beliau meminta bantuan Inggeris dan lari bersembunyi ke Melaka.
Jenazah Almarhum Syarif Yang Di Pertuan telah disemadikan di tanah perkuburan Islam, Makam Di Raja Siam Islam Kampung Tualang, Mukim Tualang, Daerah Kota Setar Kedah Darul Aman. Pada masa inilah Po Chan Koya Long Sultan Muzaffar Syah III menggantikan ayahandanya sebagai Raja Besar Benua Siam dan ditabal di Berahman Indera (Balai Besar). Di dalam buku Konvension Sejarah Kedah Darul Aman Malaysia 1981 ada catatan mengenai Putera Raja Siam Ligor pernah bersemayam di Alor Ganu Anak Bukit, Kedah diantara tahun 1821-1839.


…yang memerentah Kedah sekitar tahun 1821-1839?…Putera Raja Ligor menulis jawi dalam surat beradat??? Siapa Putera Raja Ligor ini? Siam Islam atau thai Buddha? Kalau dah ada maklumat sebegini tak payahlah mendiamkan diri.
Oleh Dato Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof, “Surat-surat Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II (1904-1845) : Suatu Pengenalan, Warisan Mahawangsa Kedah, ms 30,31.

Putera Raja Siam Ligor yang dimaksudkan ini ialah Raja Siam Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Kedah ibni Raja Siam Ligor Nambang, Syarif Yang Di Pertuan atau dikenali dalam sejarah Thailand sebagai Maharaja Siam Dinasti Ayuthia ke 33, Boromoraja Ekataat V. Baginda Pho Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III pernah bersemayam di Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan sebagai raja daerah merangkap Bendahara. Baginda berpindah kembali ke Alor Ganu, Anak Bukit, Kedah Darul Aman apabila memegang tampuk pemerentahan induk.
Pada tahun 1821 Masihi Sultan Mudzafar Shah III ditabal menjadi Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah lalu bersemayam di Istana Kota Serjana, Alor Ganu. Putera baginda iaitu Raja Siam Songkhla Datok Panglima Bukit Gantang Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin dilantik menjadi Bendahara dan bersemayam di Istana Kuning Alor Setar Kedah. Istana Kuning telah dibina pada tahun 1668 Masihi oleh datok neneknya iaitu Maharaja Siam Islam Boromokot, Sultan Muhiyuddin Mansor Shah.
Manakala Tunku Muhammad Chan Keramat Tok Tekai Mat Sirat pula dilantik menjadi Paduka Sri Perdana Menteri Empayar Islam Benua Siam Kedah dan bersemayam di Istana Kota Burha, mukim Padang Kerbau, Pendang Kedah Darul Aman. Puteranya Nik Diah @ Tunku Ngah Haji Muhammadiah Keramat Tok Bai dilantik oleh Sultan Mud Zafar Syah III Kedah menjadi Sultan Muhammad I Legeh (Kelantan). Baginda pun bersemayam di Istana Raja Legeh Kok Lanas, Jeli, Kelantan.
Sultan Mud Zafar Syah III Kedah melantik cucundanya iaitu putera kepada Panglima Bukit Gantang iaitu Nai Long Jaafar untuk menjadi Raja Larut Matang dan bersemayam di Istana Kampung Pokok Asam, Taiping Perak manakala adindanya Nai Long Abu Toha pula menjadi Raja Selama dan bersemayam di Istana Bagan, Pulau Pinang.
Turut dilantik ialah Syed Harun Jamalullail ibni Nai Ta @ Syed Muhammad Hatta Jamalulail sebagai Raja Perlis (Penghulu Kayang). Sebelum pada itu, ayahanda baginda Syed Mohammad Hatta turut terbunuh di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821. Adinda Syed Harun, Paduka Seri Sultan (Syed) Ismail dilantik menjadi raja daerah Kinta, Perak (lebih dikenali sebagai Sultan Ismail Kinta).
Seperkara lagi salasilah Jamalulail Raja Perlis hari ini menurut wasiat pada asalnya bermula dari nama Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa, yang menjadi waris pertama Bani Hashim. Tok Soh atau Syarifah Maryam ibni Syed Jamal Al-Jeffri, permaisuri Raja Merong Mahawangsa adalah dari keturunan Bani Hashim. Sepertimana Siti Fatimah, talian ini tetap turun walaupun melalui waris perempuan.
Identiti penghulu Kayang dimasa lalu di sembunyikan dari pengetahuan penjajah Thai dengan menukar salasilah mereka. Hanya keluarga terdekat yang mengetahuinya termasuklah wasiat yang diperolehi oleh TNL Kassim. Sekali pandang, TNL Kassim ada rupa Raja Perlis hari ini (dengan maaf) kerana dari pupu-pupunya juga.

…dari buku yang sama seperti diatas.
Sultan Ismail Kinta pula ditangkap kerana dikatakan terlibat dalam pergaduhan di Kinta, padahal Inggeris ingin merampas kawasan lombong bijih yang kaya dan terus berkuasa disana. Baginda ditangkap sewaktu kembali dari Kedah menghadiri upacara pengkebumian Sultan Jaafar atau (Nai)Long Jaafar dalam tahun 1876 yang dibunuh di Gurun Kedah. Penangkapan ini dibuat oleh Sultan Abdul Hamid lalu diserahkan kepada penjajah Inggeris.
Walau pun disebut sebagai bendahara, keluarga di sini tahu bahawa itu lah Sultan Ismail Kinta. Turut dirampas adalah alat kebesaran Perak berupa gelang kaki berkepala naga. Waris Sultan Ismail Kinta masih ada hingga kini di Kedah. Tindakan ini bukan dengan kebijaksanaan tapi dengan tipu helah untuk menguasai Kedah yang ketika itu sedang dikecilkan wilayahnya oleh penjajah secara halus tanpa diketahui oleh mereka yang bersubahat.

Sunday, September 30, 2012

-SEJARAH EMPAYAR SIAM KEDAH-SIRI 20

SEMPADAN BUMI MELAYU MASA SILAM

Ada pembaca yang tidak bersetuju apabila dikatakan Kedah tua adalah sebuah negeri yang jauh lebih besar dari negeri Kedah hari ini. Walau bagaimana pun, ramai rakyat Kedah hari ini mengetahuinya dari mulut orang-orang tua mereka.
Voyage map di link ini boleh membawa saudara/i pembaca untuk melihat wilayah dan nama-nama tempat yang masih lagi dalam bahasa melayu.  Nama-nama tempat seperti Pase Panjang, Kampong Talok (Telok), Kampong Chena masih lagi ada disana. Caranya mudah sahaja, layari peta tersebut hingga ka Ranong, scroll mouse untuk  “close up”, pasti saudara/i tidak akan terlepas pandang. Malah, masih tercatat lagi kawasan tersebut sebagai ‘Malay Peninsular‘.

Di samping itu kami ingin menarik perhatian saudara/i mengenai keratan diatas sempena lawatan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah beberapa tahun lepas ‘which is self explanatory’. Sempadan tersebut wujud paling lewat sewaktu Raja Siam Nam Bang, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah berkuasa di sana selepas meninggalkan Kota Ayuthia yang ditawan oleh puak Sukhothai dalam tahun 1767. Nam-bang bermaksud air-telok.
Click untuk besarkan. Ehsan dari Naim Firdausi.

Kemungkinan besar penulis artkel di atas tidak mengetahui siapa itu Raja Nambang atau maksud nam-bang itu sendiri. Penulisan sejarah Patani ada juga menyebut baginda sebagai Raja Bakar atau nama penuh baginda Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Keratan diatas dipetik dari, Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka,ms xxi, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.
Keratan di atas bukannya adinda, tetapi kekanda. Terdahulu, Sultan Muhammad Jiwa telah berkahwin dengan adik Syarif Yang Di Pertuan (jadi adik ipar lah). Adik Syarif ini anak bongsu, jadi Paduka Seri Bongsu dalam UUK merujuk kepada Sultan Muhammmad Jiwa dan Nang Che Puan suami isteri. Paduka Seri Bongsu inilah yang menjadi Perdana Menteri Kedah dan bersemayam di Anak Bukit.
Nang Che Puan pula bergelar Phumintaraja dan pada masa inilah dikatakan Sultan Muhammad Jiwa ini pergi merantau belajar agama, pada hal dia turut berada di Ayuthia menemani permaisurinya (pandai depa klentong). Tentera Bugis, Minangkabau dan Majapahit bukan campurtangan, mereka dijemput oleh Khalifah Syarif Abu Bakar Syah (nama penuh) untuk menentang Thai yang berkuasa dari Ser genting Kra keatas dan sudah mula hendak menyerang ke bawah sempadan ini. Di Pendang ada Kampung Majapahit, Alor Majapahit, Alor China dan Kampung Minangkabau.

Wat Kai (ayam) di Ayuthia adalah sebuah bangunan yang dikatakan zoo atau tempat pemeliharaan binatang raja-raja zaman dahulu dan begitu juga hari ini. Boleh kah kita percaya zaman dahulu bangunan secantik ini digunakan untuk tujuan demikian sahaja. Sedangkan kita tahu bahawa Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin ini memperkenalkan duit kedah yang bersimbol ayam dan dinamakan duit ayam Kedah. Binatang apa yang tercegat depan istana Pumintaraja Nang Che Puan di Ayuthia itu? Pada dinding tangga di belakang ayam itu ekor binatang apa kalau bukan naga dan naga ini pula simbol siapa di waktu itu?

Gambar dari buku bertajuk, “Beruas Kerajaan Melayu Kuno di Perak” karya Dr Othman Mohd Yatim dan Nk Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, terbitan Persatuan Muzium Malaysia
Setelah Istana Kota Meang-Kuang (bermaksud, nagara-luas) siap baginda berpindah ke istana baru dan di situlah baginda dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821. Kedudukkan istana itu dibocorkan oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Laksemana Laut ketika itu, bukannya Sultan Kedah.
Pada ketika itu (antara 1767-1821) wilayah yang di tawan mungkin sekitar Ser Genting Kra ke atas sahaja. Lihat tasik daerah Songkhala dan Phattalung yang dimaksudkan dengan Nambang itu dalam ‘voyage map’. Cucu baginda, Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang pula menjadi Raja Songkhala dan membuka Ban Nai Lang. Ban-Nai-Lang bermaksud Kampung-Syed-Alang. Nama baginda Syarif ada dalam rekod Patani sebagai Raja Bakar dan dalam manuskrip UUK Kedah muka surat 42 dan 43 sebagai syarif dan menteri, “…pada masa itu ialah raja”.

Muka surat 42….

…dan mukasurat 43, Manuskrip Undang-Undang Kedah….hmmm…bukan orang thailand saja yang tahu guna gajah.

- SEJARAH EMPAYAR SIAM KEDAH-SIRI 19

PHE-RAQ (PERAK) BERMAKSUD, ABANG-YANG DIKASIHI


LE Magnificent E.T Supreme Roy de Siam (tidak berapa jelas). Nai Hisbu Muadzam Syah, wajahnya iras ayahandanya Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India- dipetik dari rekod Peranchis.
Raja Kota Beruas yang juga Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah sekitar tahun penghujung tahun 1500 dan awal 1600 dahulu ialah Nai Hisbu Mad Azam Syah ibni Sultan Zahiruddin Bahadur Syah. Baginda Nai Hisbu bergelar Intharaja II di Ayuthia. Intaraja bermaksud, kamu-sebar nasihat (dakwah islamiyah).
Sebagai abang yang sulong, baginda Nai Hisbu (atau Syed Hisbullah) disayangi oleh 3 orang adinda lelaki nya iaitu Tengku Hassan (atau SANtubong), Tengku Shaari (Shaari panjang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah) dan Penggiran Mustapa Kecil Bongsu (Raja Brunei). Keempat-empat beradik mereka dikenali sebagai Sin-ga-po-ra bermaksud empat-taring-lelaki-duduk situ. Mereka menggelar abang sulong mereka sebagai Phe-raq, bermaksud abang-yang dikasihi. Be-ruas pula adalah juga dari bahasa Siam Kedah (bukan bahasa Thai) iaitu Bo-rois yang bermaksud, puak-kaya yakni merujuk kepada Raja Kota Beruas ketika itu.
Dari penyelidikkan kami, gelaran Mad Azam Syah ini adalah gelaran yang pernah digunakan oleh Raja Monggol India tetapi sudah di padamkan catatan ini dalam sejarah kita. Tidak menghairankan kerana Nai Hisbu adalah juga anakanda kepada Zahiruddin Bahadur Syah. Hari ini, gelaran ini masih diguna pakai dengan sedikit perbezaan ejaan (Muazzam Syah) oleh Tuanku Sultan Kedah.
Baginda Nai Hisbu Muadzam Syah telah dikahwinkan dengan sepupunya iaitu Nang Khun Wara Wangsa. Pada ketika itu Khun Warawangsa ibni Sultan Rijaluddin yang merupakan abang kepada Tunku Nur Aisyah (bonda Nai Hisbu, juga disebut Aisyah Begum dalam sejarah India) menjadi Syahbandar di Kota Setar.
Ini sekali gus membuktikan Kota Setar (hari ini Bandaraya Alor Setar) wujud jauh lebih awal dari tahun yang diwartakan oleh kerajaan negeri Kedah, kononnya dikatakan bermula dari zaman Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin menjadi Sultan Kedah. Sebenarnya baginda bukan sebagai Sultan Kedah tetapi sebagai Perdana Menteri Kedah sahaja, bergelar Paduka Seri Bongsu .
Khun Warawangsa ini dikenali dalam sejarah Kedah sebagai ‘Langkasuka’. Sebagai bapa saudara, Pak Lang adalah panggilan anak saudaranya Nang Che Yam yang kemudiannya ditabal menjadi Raja Patani. Dengan itu Lang-ka-su-ka dalam bahasa Siam Kedah bermaksud, Pak Lang-bawa-barang-dagangan.
Jika kita kaitkan nama anakanda Nai Hisbu yang sulong yang bergelar Sri Su Tammaraja di Ayuthia. Siapakah itu Sri Su Tammaraja ini? Tak lain tak bukan ialah Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman. Baginda Sultan Mahmud Syah ketika muda pernah menjadi raja di Seri Lanka yakni Ceylon. Se-ri-lan-ka bermaksud, laksemana-duduk disitu-cucu-beta. Ini adalah ungkapan Zahiruddin Bahadur Syah yang menjadi raja Monggol India kepada cucunya Sultan Mahmud Syah Melaka. Dengan itu tidak hairanlah banyak hikayat Melayu dengan perisian agama Islam untuk tujuan dakwah islamiyah dengan teks jawi turut di jumpai disana.
Disinilah, menurut wasiat yang diterima TNL Kassim berlakunya kisah Puteri Gunong Ledang yang mana asalnya ialah Adams Peak, gunong yang terdapat di Pulau Seri Lanka. Kisah Puteri Gunung Ledang bukan melibatkan Sultan Mahmud Syah (mangkat di julang) raja wilayah yang terpaksa berpindah apabila Portugis dikatakan menawan Melaka. Ia bersangkutan dengan Sultan Mahmud Syah yang menjadi Maharaja Besar Empayar Islam Benua Siam Kedah (bersemayam di Kota Lukut, Port Dickson). Tidak hairanlah jika kita membaca Sejarah Melayu diawalnya dikatakan ia dibawa dari India.

Makam Khun Warawangsa di tepi sungai bersebelahan TDC (Bangunan Mahkamah Lama) Alor Setar masih ada hingga kini . Ia terletak tak sampai 50m dengan Sungai berdekatan. Bagindalah yang menjadi Raja Langkasuka bertapak di Kota Setar. Nama baginda turut tercatat dalam sejarah Ayuthia. Tidak diketahui siapakah yang mengecat batu nisan Acheh dalam gambar diatas.
Nang Che Yam adalah puteri kepada Kaifa Tabim Sheikh Ali (sejarah Thailand & Myanmar menyebut kaifatabimshekhwati), anakanda sulong Sultan Rijaluddin yang juga seorang raja bertaraf ulamak memerintah di kerajaan Islam Toung Oo, Burma. Lihat pada nama Kaifa dan Sheikh pun kita sudah boleh tahu agama yang dianuti mereka. Asal keturunan Nang Che Yam yang ditabal menjadi Raja Patani tidak direkodkan oleh mana-mana catatan pun.
Nang Che Yam (nang bermaksud puteri) ini kemudiannya ditabal menjadi Raja Patani dan dikahwinkan dengan Sultan Ismail dari Jammu Kashmir, anak saudara Zahiruddin dari India. Sultan Ismail ini dikatakan segak orangnya, macam hero filem Hindustan agaknya la kot. Dalam sejarah Patani, Sultan Ismail ini bergelar Pija Tu Nakpa, yang sebenarnya Phija Tu Nak Na. Tu-nak na bermaksud tunda-berat-datuk atau datuk yang datang itu membawa banyak barang dagangan yang berat. Hikayat Patani hanyalah dakwah Islamiyah zaman dahulu untuk membesarkan kuasa raja-raja yang sudah pun memelok agama Islam, tetapi tidak sepenuhnya oleh rakyat (dalam proses). Hikayat, bukanlah manuskrip.
Sultan Ismail tiba dengan beberapa kapal bersama pengikut-pengikutnya membawa kain-kain ela pelbagai jenis, permaidani, barang hiasan tembaga dll sewaktu pertama kali hendak bertemu dengan tunangnya, Puteri Che Yam. Setelah mendarat bersama pengikut-pengikutnya di pelabuhan, baginda pun pergi ke istana untuk bertemu dengan Nang Che Yam. Baginda Sultan Ismail pun bertanya kepada tunangnya Nang Che Yam, “Meng chi au pha phan phre?, bermaksud kamu nak kain macam mana?” Nang Che Yam pun menjawap, “Pha-taa-ni” bermaksud, kain-corak-ini. Begitulah lebih kurang kisahnya yang diriwayatkan, tak tahulah pulak ada penterjemah atau tidak semasa pertemuan itu berlaku. Dari perkahwinan kedua mempelai ini, terdirilah negeri Patani, berdikari dan terpisah ia dari Kerajaan Langkasuka yang berpusat di Kedah.
Secara ikhlas kami tidak mengetahui nama penuh Nang Khun Waran Wangsa yang dikahwinkan dengan Nai Hisbu MuAdzam Syah. Nang hanya bermaksud Puteri kepada Khun Wara Wangsa dan begitu jugalah dengan kisah Nang Che Yam diatas. Namun begitu nama sebenar Khun Wara Wangsa ada tercatit dalam UUK sebagai Raja Jalil Putera (ketika baginda muda dan setelah itu naik pangkat dari Syahbandar dan bergelar pula Maharaja Jalil Yaacob Syah).

Nama Raja Jalil Putera, ketika itu mungkin diusia yang muda memegang jawatan Syahbandar ada tercatit dalam UUK, ms 2. Pada ketika itu telah disebut bahawa Kedah adalah sebuah negeri islam dan sudah pun mempunyai adat dan gelaran untuk pembesar- pembesarnya. Akan tetapi harus kita ingat bahawa Kedah di zaman dahulu bukanlah negeri Kedah yang kecil seperti hari ini. Kedah dahulu adalah Langkasuka. Jika sekiranya kita (termasuk Siam di Semenanjong Melaka dan Acheh) sudah bertamaddun, mempunyai undang-undang Kedah, sistem sosial bermasyarakat, sistem beraja dan berkerajaan semenjak zaman Raja Iskandar Zulkarnain, kenapakah kita masih dijajah dan dilenyapkan sejarahnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...