Thursday, November 8, 2012

10 PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA

PEMBIAKAN DAN KONSERVASI EX-SITU DI PUSAT-PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR

Bahagian Konservasi Ex-situ juga bekerjasama dengan Jabatan PERHILITAN negeri di dalam program pembiakan dan konservasi yang melibatkan Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar yang disenaraikan seperti di bawah. Ia bertujuan untuk menambahkan bilangan spesies hidupan liar di dalam kurungan. Selain daripada program pembiakan, program-program kesihatan juga dikoordinasi dan dilaksanakan oleh bahagian ini di dalam membantu pengurusan hidupan liar di dalam kurungan. Senarai Pusat-Pusat Konservasi Hidupan Liar:

 1.Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat, Perlis

 Selain daripada Napuh (Tragulus napu), Pelanduk (Tragulus javanicus) dan Kijang (Muntiacus muntjac) juga dipelihara di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat ini. Semua Pelanduk dan Napuh dipelihara dan dibiakkan di dalam sangkar pembiakan. Manakala Kijang pula ditempatkan di dalam sangkar pembiakan yang berasingan. Keluasan keseluruhan kawasan untuk projek ini adalah 27 hektar tetapi hanya 3 hektar atau 9 % sahaja dari keseluruhan kawasan dibangunkan untuk program pembiakan hidupan liar di kawasan tersebut. Sehingga kini, bilangan hidupan liar yang terdapat di PKHL ini adalah sebanyak 42 ekor Pelanduk, 37 ekor Napuh dan 10 ekor Kijang.

 2.Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Pinang, Kedah

 Selain daripada PKHL Bota Kanan, Perak, sebuah lagi Pusat Konservasi Hidupan Liar bagi spesies Tuntung terdapat di Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah. Pusat ini ditubuhkan dalam tahun 1981 dan memelihara dua spesies Tuntung iaitu Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis). Tidak banyak perbezaan yang terdapat di antara kedua-dua spesies ini kecuali pada cengkerang dan bahagian kepalanya. Walau bagaimanapun, bilangan Tuntung Sungai adalah lebih banyak terdapat di dalam peliharaan pusat ini. Sehingga kini, bilangan Tuntung yang terdapat di pusat ini adalah sebanyak 302 ekor. Sebagai menyokong usaha konservasi, Tuntung ini dilepaskan semula ke sungai secara berperingkat. Sebagaimana pembiakan Tuntung di Bota Kanan, telur-telur Tuntung diperolehi dari peraih-peraih berlesen pada setiap kali musim bertelur. Semua telur ini akan dieram di dalam pasir secara semula jadi sepanjang tempoh 75 hingga 100 hari sebelum ianya menetas. Anak-anak yang baru menetas akan dikutip dan dipelihara di dalam kolam khas yang telah ditetapkan, berasingan daripada Tuntung dewasa

 3.Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak

 Terletak di dalam Rezab Hidupan Liar Sungai dengan keluasan 2468 hektar, Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai adalah salah satu pusat konservasi yang diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan PERHILITAN. Tujuan Pusat Konservasi Ex-situ ini ditubuhkan adalah sebagai salah satu usaha konservasi Jabatan untuk spesies Burung Kuang, Seladang dan Rusa. Kemudahan yang terdapat di pusat ini termasuklah sangkar pembiakan spesies Burung Kuang, padok Rusa dan padok Seladang. Selain itu, terdapat juga makmal yang menyediakan kemudahan bilik yang dilengkapi dengan peralatan seperti inkubator untuk membantu pengeraman dan penetasan telur. Di sini, terdapat 77 ekor Rusa Sambar (Cervus unicolor) iaitu 15 ekor Rusa Sambar Semenanjung dan 62 ekor Rusa Sambar Borneo serta terdapat juga 20 ekor Seladang (Bos gaurus hubbacki). Terdapat enam spesies Burung Kuang iaitu Merak Pongsu (Polyplectron malacense), Merak Hijau (Pavo muticus), Merah Mata (Lophura erythropthalma), Kuang Raya (Argusianus argus), Kuang Cermin (Polyplectron inopinatum) dan Ayam Pegar (Lophura ignita).

 4.Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan, Perak

Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis) merupakan spesies Reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan. Spesies Tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir-pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies ini. Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan pusat Tuntung yang terbesar dengan bilangan yang mencapai 463 ekor. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies Tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini. Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun

. 5.Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor 

 Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun ini siap sepenuhnya pembinaan pada bulan April 2000 dengan kos pembinaan sebanyak RM3,600,000.00. Tujuan asal pembinaan ialah bagi projek konservasi Badak Sumatera yang merupakan antara spesies yang diancam kepupusan di negara ini Pada tahun 2004, pusat konservasi ini tidak lagi menjalankan pemuliharaan Badak Sumatera tetapi tumpuan dijalankan terhadap projek konservasi Badak Cipan (Tapirus indicus). Sebagai permulaan tiga ekor Badak Cipan telah ditempatkan dalam kandang-kandang yang sedia ada. Dalam bulan Mac 2005, seekor anak Badak Cipan jantan telah dilahirkan. Pada Mei dan Jun 2007, sepasang anak kembar Badak Cipan telah dilahirkan dalam bulan yang berasingan, daripada ibu yang sama di pusat ini. Ia merupakan rekod pertama dunia yang bersejarah di PKHL Sungai Dusun. Ini kerana ia adalah anak kembar pertama spesies ini yang dilahirkan di dalam kurungan Sehingga kini, selain daripada Badak Cipan, spesies hidupan lain seperti Buaya Julung-julung (Tomistoma schlegeliidan) juga dipelihara dan terlibat dalam program konservasi ex-situ di sini. Program Konservasi Hidupan Liar Landak Raya (Hystrix brachyura) juga dijalankan di sini bagi menyokong program Pembiakan Komersial Landak Raya oleh penternak. Sehingga kini, bilangan Landak Raya yang terdapat di pusat ini telah mencapai 150 ekor

. 6.Pusat Konservasi Hidupan Liar Bangas, Johor

Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan menjalankan program konservasi terhadap spesies Kijang. Dua spesies Kijang yang terdapat di pusat ini adalah Kijang Semenanjung (Muntiacus muntjac) dan Kijang dari Borneo (Muntiacus atherodes). Pusat ini bermula dan beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2003 dengan lima ekor Kijang dari baka berlainan iaitu baka Semenanjung dan Borneo. Baka Semenanjung diperolehi dari Zoo Taiping, manakala baka Borneo diperolehi dari Jabatan PERHILITAN Perlis. Kelahiran pertama dua ekor anak Kijang di pusat konservasi ini ialah pada bulan April dan Mei 2004. Sehingga kini, terdapat 40 ekor Kijang kesemuanya

. 7.Pusat Konservasi Hidupan Liar Jemaluang, Johor

Tujuan penubuhan pusat ini ialah untuk menjadikan ia projek kedua pemuliharaan Burung Kuang selepas Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak. Bilangan spesies Kuang yang terdapat di pusat ini adalah sebanyak lima spesies yang terdiri dari Merak Pongsu (Polyplectron malacense), Merak Hijau (Pavo muticus), Merah Mata (Lophura erythropthalma), Kuang raya (Argusianus argus) dan Pegar (Lophura ignita). Sehingga kini, terdapat 11 ekor Kuang Raya, 4 ekor Merah Mata, 28 ekor Merak Pongsu dan 4 ekor Merak Hijau. Kesemua Burung-burung Kuang ini ditempatkan di dalam sebuah sangkar besar di mana terdapat 22 sangkar kecil berasingan mengikut spesies di dalamnya. Setiap spesies dipelihara secara berpasangan bagi menjayakan program pembiakan
. 8.Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang

 Pusat konservasi ini ditubuhkan dalam tahun 1976 dan menjalankan pembiakan spesies Seladang (Bos gaurus hubbacki) yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dua buah lagi pusat konservasi spesies ini ialah di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan. Kemusnahan habitat semula jadi akibat pembukaan beberapa kawasan hutan di Semenanjung Malaysia untuk pembangunan dan pertanian serta pemburuan haram merupakan antara faktor yang mengancam populasi. Dari tahun 1982 hingga tahun 2004 Jabatan telah menangkap empat ekor Seladang jantan dan dua ekor Seladang betina dari habitat liar sebagai perintis program pembiakan spesies ini. Keenam-enam ekor Seladang ini diperolehi melalui operasi tangkapan baka Seladang yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menangkap Seladang-seladang yang terancam akibat pembukaan kawasan hutan yang tidak terurus. Kelahiran pertama anak Seladang dalam kurungan pada 12 April 1985 menandakan kejayaan bagi program konservasi spesies hidupan liar ini. Dari tahun ke setahun, bilangan ini bertambah dan pertambahan bilangan spesies ini menarik perhatian masyarakat untuk melihat hidupan liar ini dengan lebih dekat lagi. Sehingga kini, bilangan Seladang ialah 43 ekor kesemuanya. Seladang-seladang ini dipelihara secara berkumpulan termasuk ibu dan anak, berpasangan atau individu mengikut keperluan. Selain itu, Jabatan PERHILITAN juga telah mengadakan program kerjasama dengan pihak MARDI dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (Aplikasi Bioteknologi di dalam Konservasi dan Pembiakan Hidupan Liar yang Bernilai Komersil) pada 3 Oktober 2005. Di mana, ia melibatkan program pembiakan spesies Seladang di Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang. Ini secara langsung akan menumpu kepada penambahan bilangan Seladang di dalam kurungan dengan kaedah-kaedah aplikasi pembiakan biotek terkini.
 9.Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan

 Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang ini terletak di sebuah kawasan dataran yang dikelilingi oleh hutan-hutan serta bukit-bukit batu kapur. Spesies yang diperkenalkan di kawasan projek ini ialah Rusa Sambar (Cervus unicolor). Pusat ini merupakan Pusat Konservasi Hidupan Liar yang terdapat bilangan Rusa yang terbanyak disamping Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak. Sehingga kini, bilangan Rusa Sambar yang terdapat dalam pemuliharaan pusat ini ialah sebanyak 71 ekor 

. 10.Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Paloh, Terengganu

 Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Paloh, Terengganu juga merupakan pusat Tuntung di bawah Jabatan PERHILITAN. Tuntung Sungai (Batagur baska) merupakan spesies Tuntung yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di pusat ini. Telur-telur Tuntung yang diperoleh daripada peraih-peraih berlesen pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat tersebut Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat lapan buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung induk dipelihara di kolam berasingan. Sehingga kini, terdapat 1456 ekor Tuntung Sungai yang dipelihara di pusat ini. PEMBIAKAN KOMERSIL Sehingga kini, dua spesies hidupan liar; Pelanduk dan Landak Raya telah mula dibiak di bawah program pembiakan komersil. Program pembiakan komersil secara sistem pawah telah bermula bagi spesies Pelanduk (Tragulus javanicus). Pada tahun 2006, Jabatan PERHILITAN telah mengadakan satu lagi program kerjasama dengan pihak ABI ke atas spesies Landak Raya dengan waran (daripada ABI) berjumlah RM1.25 juta. Program–program penyelidikan bersama juga dijalankan dengan pihak universiti-universiti tempatan dan luar negara. Bagi Landak Raya (Hystrix brachyura), dua projek telah dimulakan bersama orang awam. Projek ini telah dimulakan pada awal tahun 2005 di Negeri Sembilan dan sehingga kini terdapat 20 ekor Landak jantan dan 30 ekor Landak betina. Pada tahun 2006, sebuah lagi projek pembiakan Landak Raya dijalankan di Banting, Selangor. Sebanyak 32 ekor Landak yang dipelihara. Projek ini diteruskan dan sehingga kini, lebih daripada 10 projek Pembiakan Komersial Landak Raya telah dijalankan. Kesemua landak ini telah dipasang dengan mikrocip bagi tujuan pengesanan. Pegawai Veterinar dan Pegawai Hidupan Liar Jabatan akan memberi khidmat nasihat di samping memantau perlaksanaan projek tersebut. Status terkini Projek Pembiakan Komersil Landak Raya ialah pada peringkat pengurusan dalam kurungan dan pembiakan. Sebuah buku bertajuk Ternakan Komersil Hidupan Liar Malaysia Landak Raya (Hystrix brachyura) telah diterbitkan dan boleh dijadikan panduan kepada bakal-bakal penternak yang berminat. Objektif utama program ini adalah untuk memastikan pertambahan yang tinggi bagi populasi hidupan liar di dalam kurungan yang boleh diperolehi melalui sistem pembiakan yang teratur dan aplikasi bioteknologi pembiakan terkini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek aplikasi bioteknologi di dalam spesies ini yang perlu dikaji. Walaupun keutamaan diberikan kepada pembiakan, dan skop genetik molekul, nilai-nilai tambah yang lain juga perlu dibangunkan bagi memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini secara lestari. Program pembiakan komersil ini juga telah mengambil kira kepentingan konservasi sesuatu spesies dan penggunaannya secara lestari.

RIZAB HIDUPAN LIAR KRAU,PAHANG

Mandi sungai bersama gajah

SERONOK...mandi bersama gajah menyeronokkan dan mengujakan.
SERONOK...mandi bersama gajah menyeronokkan dan mengujakan.
TAMAN adalah destinasi pilihan popular bagi mereka yang ingin beristirahat dan lari dari kesibukan kota.
Namun, pasti ramai tidak tahu mengenai Rezab Hidupan Liar Krau iaitu kawasan perlindungan tertua di Malaysia serta kawasan perlindungan hidupan liar kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.
   
  • Foto MESRA...pengunjung disambut mesra oleh semua penghuni Deerland Park.
  • Foto MANJA...aksi Muda mengujakan pengunjung.
  • Foto BECOK...burung kakaktua yang peramah.
  • Foto CANTIK...kecantikan ekor merak membuatkan pengunjung terpesona.
Dengan berkeluasan 62,395 hektar dan hampir menyamai keluasan Singapura, Rezab Hidupan Liar Krau yang diselenggara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) menyimpan khazanah alam yang cukup bermakna.

Ditubuhkan pada 1923, Rezab Hidupan Liar Krau juga adalah tempat tinggal kepada 125 spesies mamalia, 305 spesies burung, 87 spesies amfibia dan reptilia, 68 spesies ikan serta lebih 1,508 spesies tumbuh-tumbuhan yang dikenal pasti.

Selain itu, pelbagai flora dan fauna yang terdapat di situ antaranya kelawar bahu putih, harimau belang, kambing gurun, seladang, petai liar, bunga Rafflesia dan banyak lagi.

Di Rezab Hidupan Liar itu terdapat Institut Biodiversiti dan Pusat Konservesi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Selatan Rezab dengan laluan masuk melalui Lanchang, Pahang.

Anda boleh melihat pelbagai hidupan liar seperti beruang, ular sawa serta rusa di Deerland Park dan mandi serta menunggang gajah di Pusat Konservesi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Penulis yang mengikuti Program Kembara Bersama Media anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berpeluang menikmati peluang menarik itu, baru-baru ini.


> Dekati si liar di Deerland Park
Dibuka sejak 15 tahun lalu iaitu pada 1996 dan mempunyai keluasan lebih kurang 2.5 hektar, Deerland Park menjanjikan kelainan dan pengalaman yang sukar dilupakan.

Pengunjung bukan saja dapat melihat hidupan liar seperti rusa dan beruang tetapi bermesra dengan haiwan di situ.

Pemilik taman itu, Abdullah Ahmad Mahmud, membawa kami ke kandang rusa.

Semua bagaikan terpinga-pinga namun selepas diberi ubi yang menjadi makanan mereka, haiwan itu tanpa rasa takut mendekati untuk meminta makan.

Selesai di kandang rusa, kami singgah di mini zoo menempatkan haiwan eksotik seperti burung kasawari dan burung merak.

Kami berpeluang melihat burung itu mengembangkan ekornya yang cantik itu, memang teruja melihat dari dekat.

Di kandang ular sawa yang jinak, bernama Jessy, penulis sempat merakam gambar bersama teman.

Selepas itu, kami melawat dan membelai beruang madu bernama Muda berusia 13 tahun. Ada dua lagi beruang di Deerland Park iaitu Hitam, 5 tahun dan Dayang 8 tahun.

Dengan memberi Muda campuran madu dan susu pekat, kami membelai serta bergambar dengannya.

Kesuntukan masa menyebabkan kami tidak sempat bermesra dengan haiwan lain di Deerland Park. Namun, kunjungan itu pengalaman manis yang jarang dapat ditemui ketika bercuti.

Bayaran masuk ke Deerland Park ialah RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak bawah 12 tahun). Ia beroperasi setiap hari kecuali Jumaat (10.30 pagi hingga 5.30 petang).

Keterangan lanjut, hubungi Abdullah di talian 013-9676242 atau 09-2797249 (pejabat) serta e-mel: kraunaturepark@yahoo.com.m


> Mandi bersama Gajah
Beberapa minit dalam bas, kami tiba di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, kira-kira lima kilometer (km) dari Deerland Park.

Walaupun kunjungan itu kedua penulis sejak empat tahun lalu, pengubahsuaian dibuat terutama kewujudan Kompleks Pelawat membuatkan penulis terpegun.

"Banyak yang sudah berubah" detik hati penulis.

Kami diberi taklimat oleh Ketua Unit Gajah, Nasharuddin Othman aktiviti di pusat itu termasuk penangkapan dan pemindahan gajah liar.

Sebelum memulakan aktiviti, gajah-gajah dibawa ke sungai sebelum ke pentas utama. Semua pengunjung memenuhi ruang dewan utama untuk melihat aksi gajah-gajah dari Malaysia, Thailand dan Myanmar.

Di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah itu, pengunjung tidak dikenakan bayaran. Namun, bagi yang mahu mandi, memberi makan atau menunggang gajah, mereka perlu mendapatkan pelekat kuning. Setiap hari hanya 100 hingga 120 keping pelekat dikeluarkan.

Jika mendapat pelekat berwarna merah, anda tidak dapat mandi atau menunggang gajah tetapi boleh mendekati haiwan itu termasuk memberi makan.

Tarikan lain di sini ialah Denai Gajah yang memberi peluang pengunjung menunggang haiwan itu menyusuri denai sambil melihat keindahan flora dan fauna kira-kira 1.5 kilomter.

Bagaimanapun, Denai Gajah belum dibuka kepada orang ramai dan kami kumpulan pertama melalui denai itu.


>Bagaimana ke sana:

> Ke Deerland Park
- Deerland terletak di Bukit Rengit, Lanchang, kira-kira 110 km dari Kuala Lumpur. Untuk ke sana, dari Kuala Lumpur, pandu melalui Lebuhraya Karak menuju ke Kuantan dan ambil susur keluar selepas tol Lanchang.

Dari sini, pandu terus menghala ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan pandu lapan kilometer sebelum ambil kanan dan ikut papan tanda untuk ke Bukit Renggit dan Deerland Park.

>Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
- Hanya lebih kurang 15 km dari Lanchang dan 14 km dari persimpangan bertingkat Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di laluan Karak-Temerloh.

Memandu dari ibu kota hanya mengambil masa lebih kurang Kuala Gandah satu setengah jam perjalanan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Ambil susur keluar ke tol Lanchang. Ambil kiri dan ikut papan tanda ke pusat ini.

TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN(JOHOR/PAHANG)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Taman Negara Endau Rompin.jpg
Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia. Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar (500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.
Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.
Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.
Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.
Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.

[sunting] Cara ke sana

Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.

[sunting] Lihat juga

TAMAN NEGARA KEPULAUAN MERSING,JOHOR

KEPULAUAN Mersing akan menjadi destinasi percutian tumpuan pelancong dari
dalam dan luar negara apabila Kerajaan Johor bersetuju mewartakan 13 pulau
di daerah berkenaan sebagai Taman Laut.
  Keputusan ini diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman,
pada pelancaran Projek Konservasi Samudera DiRaja Johor di Pulau Tinggi,
Mersing, baru-baru ini.
  Program dua hari itu dirasmikan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim
Ismail Sultan Iskandar dan turut dihadiri Tengku Bendahara Johor, Tunku
Abdul Majid Idris Sultan Iskandar.
  Abdul Ghani berkata, dengan persetujuan ini, semua pulau di daerah
Mersing dengan perairannya diwartakan sebagai Taman Laut dan sekali gus
kawasan daerahnya yang belum dikurniakan dan perairannya sebagai Taman
Negara Johor (TNJ).
  "Lokasi ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan perairan di
bawah daerah Mersing sebagai kawasan pelancongan mapan serta mampu menarik
pelancongan dalam negeri dan luar negara," katanya.
  Tiga belas pulau yang diwartakan sebagai kawasan Taman Negara Johor
ialah Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Rawa, Pulau Gual, Pulau Mensirip,
Pulau Harimau, Pulau Tinggi, Pulau Mentigi, Pulau Besar, Pulau Tengah,
Pulau Hujung, Pulau Sibu dan Pulau Sibu Hujung.
  Matlamat utama projek itu adalah simbolik kepada hasrat kerajaan untuk
memastikan 13 pulau berkenaan menjadi detinasi yang harus dilawati
pelancong dari luar Johor.
  Untuk menepati sasaran itu, tumpuan projek menjadikan kepulauan Mersing
sebagai Taman Negara Johor akan menjurus kepada:
  * Menambah bilangan stok perikanan di perairan TNJ, khususnya kepulauan
Mersing, terutama sekitar Pulau Tinggi.
  * Membaikpulih ekosistem terumbu karang di perairan kepulauan Mersing
bagi tujuan aktiviti selam.
  * Menambah habitat pembiakan ikan dan sumber laut di perairan kepulauan
Mersing bagi tujuan rekreasi dan aktiviti memancing.
  * Meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan kualiti alam sekitar
yang bersih serta bebas daripada ancaman pencemaran.
  * Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman kepupusan penyu
yang semakin kritikal.
  "Jika semua ini berjaya dilaksanakan mengikut perencanaan, kerajaan
negeri percaya hasrat menjadikan kepulauan Mersing sebagai Taman Laut
paling mapan dan dilawati ramai pelancong akan tercapai tidak lama lagi,"
katanya.
  Antara pengisian projek berprestij itu ialah:
  * Pembinaan tukun tiruan untuk pembiakan ikan di dasar perairan Pulau
Tinggi.
  * Pembersihan habitat batu karang daripada sampah sarap dan haiwan
Mahkota Berduri (crown of thorn starfish) yang menjadi ancaman
semulajadinya.
  * Gotong-royong pembersihan pantai.
  * Program penetasan penyu di Pulau Tinggi.
  Pelaksanaan jentera penganjuran di Pulau Tinggi membabitkan 300 peserta
dengan 100 penyelam mewakili Unit Taman Laut Malaysia, Tentera Laut DiRaja
Malaysia Lumut, Kementerian Pertahanan, Coral Reef Ecology Support Team,
Malaysian Nature Society Johor dan Persatuan Penyelam Malaysia.
  Sementara itu, Ketua Cawangan Pemuliharaan Sumber dan Rekreasi Jabatan
Perikanan Malaysia, Dr Sukarno Wagiman, berkata untuk menjadikan kepulauan
Mersing tumpuan hidupan laut yang membabitkan 13 pulau itu, pihaknya
memberikan tumpuan kepada projek penetasan penyu.
  "Kita mengarahkan pihak yang terbabit dengan program ini mengumpul semua
telur penyu di semua pulau berkenaan untuk penetasan di Pulau Tinggi.
  "Anak-anak penyu berusia tiga atau empat bulan akan dilepaskan secara
berperingkat-peringkat dengan hasrat menjadikan kawasan sekitar kepulauan
Mersing sebagai tempat penyu bertelur terbesar pada masa akan datang,"
katanya.
  Dr Sukarno berkata, beliau percaya kawasan sekitar 13 pulau di daerah
Mersing berupaya muncul antara destinasi pelancongan tumpuan pelancongan
dari dalam negeri dan luar negara pada masa akan datang.

TAMAN NEGARA PULAU KUKUP,JOHOR

Pulau Kukup adalah salah satu kawasan paya bakau terbesar yang tidak didiami di dunia.dengan keluasan kira2 647 hektar dengan dataran lumpur berkeluasan 800 hektar Ia juga yang satu-satunya terletak di perairan Johor.
Pulau Kukup juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diberi status 'Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa' (tapak RAMSAR) oleh Biro Konvenysen Ramsar di Geneva.
Suatu legenda tempatan menceritakan kisah Pulau Kukup yang pernah menjadi tempat kediaman lima puteri bunian. Pada satu hari, salah seorang puteri itu jatuh cinta dengan seorang pelayar. Mereka melarikan diri dan satu sumpahan telah dikenakan ke atas Pulau Kukup.
Pulau itu ditenggelamkan oleh air laut. Setelah beberapa lama, pulau itu muncul kembali tapi kini ia diliputi kawasan paya bakau. Ramai yang cuba menduduki tempat ini, tetapi semuanya gagal. Ada yang mengatakan ini kerana pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib.
Hari ini, Pulau Kukup menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan fauna. Antaranya termasuk monyet yang cerdas, ikan belanak yangi hutan senyap, atau babi hutan yang sibuk bersama anak-anaknya.
Nikmati kecantikan taman negara ini, dan saksikan sendiri kecantikan ekosistem alam semulajadi paya bakau yang tidak didiami terluas di Johor!

TAMAN NEGARA GUNUNG STONG,KELANTAN


Pemandangan lanskap pokok tualang yang mencecah awan menjadi tarikan bagi siapa saja yang menyukai aktiviti luar da aktiviti lasak. Dari bukit-bukit kapur hingga ke jeram, dari hutan tropika yang tebal serta kedinginan udara segar dari gua gua, Kelantan adalah pengalaman menyeronokkan.

Cara terbaik untuk menikmati keunikan gunung-ganang di Kelantan dan, pada masa yang sama, boleh mejadi orang pertama di kehidupan desa khas, dengan menaiki kereta api KTM - romantis sekali dikenali sebagai Jungle Kereta Api dalam semangat petualangan dan eksplorasi - menembusi negara.






Salah satu perhentian keretapi di sepanjang jalan di desa kuno dari stesen Dabong, sekitar 155 kilometer dari Kota Bharu. Dabong terletak di kawasan khas sebagai Mt.Stong State Park (sebelumnya disebut Jelawang Jungle) dan terletak di pinggiran besar Titiwangsa Malaysia. Latar belakang pegunungan

Hidupan hijau di puncak yang megah, menunggu untuk ditaklukkan - Gunung Ayam, Gunung Stong, Gunung Tera, Gunung Saji, Gunung Koh, Gunung Baha, Gunung Beirut, Gunung Che Tahir. (nama panggilan orang tempatan untuk gunung2 disana).






Salah satu tarikan utama di taman negara Gunung stong yang brukuran(1.422 meter ketinggian), sebuah kompleks granit berbentuk kubah lebih dari 100 juta tahun. ,Air Terjun gunung Stongtercatat antara tujuh air terjun bertingkat, terkenal yang tertinggi di Asia Tenggara, jatuh dari ketinggian sekitar 990 meter. Mencapai puncak yang jatuh memerlukan dua jam trekking selama sekitar satu kilometer di lereng curam dari 60 hingga 90 darjah.




The Mt.Stong State Park, diistiharkan sebagai taman negara pada Oktober 2005 tercatat antara lima tujuan ekosistem unik di Malaysia. Ini merangkumi wilayah 21.950 hektar lahan dihiasi dengan puncak tinggi, pelbagai gua, sungai dan air terjun. hutan tebal ini adalah rumah bagi gajah, harimau, beruang, owa, burung enggang dan berbagai hidupan liar eksotic lain, serta pelbagai jenis flora dan fauna termasuk bunga yang terbesar di dunia, Rafflesia spesies Meyer kerii, dan endemik panjang -potong buluh, jenis ramuan ungu (didymocarpus gampingan) dan jenis palem yang unik (licuala stongesis).

Dengan bantuan panduan trekking yang mahir dan berpengetahuan, perjalanan sepanjang pendakian menjadi lebih bermakna kerana ia pemandu akan menerangkan mengenai hidupan liar kelihatan di sepanjang jalan. Dalam keadaan cuaca yang baik, seorang pemandu berpengalaman dapat mengambil penumpang di sepanjang laluan pemandangan air terjun dari kaki Gunung stong setidaknya setengah sebelum meneruskan pejalanan menaiki gunung ke atas.Laluan ini memaparkan air terjun cascading turun dari tempat yang sangat tinggi sepanjang struktur batu granit pepejal, pemandangan segar-kelihatan jelas untuk dinikmati.




selamat membuat pendakian!
rasai sendiri keindahan dan keunikan tanah air kita!
Gunung Stong serta Air terjunnya pada ranking ke-7 Asia itu
menanti kunjungan kalian!

Wednesday, November 7, 2012

TAMAN NEGARA PULAU PINANG


Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika. 


Info Pelawat : 
 
Penginapan


Kemudahan penginapan tidak disediakan di dalam taman. Hanya peserta yang menyertai program pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan dibenarkan berkhemah. Disebabkan kedudukan taman adalah mendekati Bandar, maka pelawat boleh memilih penginapan yang lebih selesa di Georgetow, Batu Feringghi, dan Teluk Bahang. Ia termasuklah hotel pantai yang bertaraf lima bintang, dan hotel dan asrama yang ekonomi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 
 
Taman Negara Pulau Pinang
Jalan Hassan Abas,Teluk Bahang,
11050 Pulau Pinang
Pulau Pinang 



Tel: (604) 881 3530/ 04-881 3500
Faks: (604) 881 2016 

E-mel: tnpp@streamyx.com 

HUTAN SIMPAN ULU MUDA,KEDAH

Tadahan air tiga tasik di Ulu Muda
Location : Kedah, Malaysia

Source :Harian Metro,15 April 2010




  • TARIKAN PELANCONG... Ulu Muda menjadi destinasi pelancongan baru di Kedah.
  • MENARIK... Ulu Muda adalah kawasan tadahan air yang merangkumi tiga tasik iaitu Tasik Pedu, Muda dan Tasik Beris.
  • SANTAI... jika berminat memancing, anda boleh menghabiskan masa sehari suntuk di lubuk ikan di Ulu Muda.
Nikmati suasana damai lebih lama dengan mengikut aliran anak sungai sebelum mengalir ke tasik.
ULU Muda adalah kawasan hutan hujan utama di Kedah yang bersempadan dengan Thailand. Hutan simpan seluas 120,000 hektar ini adalah kawasan tadahan hujan utama di utara tanah air merangkumi tiga tasik utama -- Tasik Pedu, Tasik Muda dan Tasik Beris.
Walaupun menyimpan khazanah alam semula jadi, Ulu Muda kurang dikenali ramai dan belum diteroka sepenuhnya. Uniknya, walaupun masih dalam kawasan iklim tropika, ia memiliki beberapa ciri monsun kering yang lazimnya ditemui di Thailand.
Gabungan tanah rendah dan hutan berbukit menjadikannya kediaman untuk flora dan fauna. Peminat burung pasti menggemari kawasan ini yang dipenuhi spesies burung pemangsa berhampiran tasik.
Jika bernasib baik, anda boleh melihat mamalia seperti gajah atau tapir yang keluar minum di lopak air atau tepi tasik.
Ada banyak cara meneroka khazanah hutan ini, antaranya mengambil bot dari Jeti Gubir di Tasik Muda dan mengikuti denai laluan balak dengan kenderaan pacuan empat roda bermula dari Gulau.
Perjalanan dengan bot mengambil masa antara sejam atau lebih bergantung kepada kehendak penumpang.
Jika mahu menikmati suasana damai lebih lama, anda boleh mengikuti aliran anak sungai sebelum ia mengalir keluar ke tasik. Ini menghidangkan peluang untuk melihat burung di dahan pohon, mamalia dan memerang.
Laluan denai balak akan membawa anda ke kem jauh di tengah hutan yang kini mula dibangunkan sebagai pusat peranginan eko-pelancongan.
Mereka yang tidak berminat menaiki pacuan empat roda boleh menaiki bot terus ke kem. Ada kem lebih jauh sehingga memaksa perjalanan melebihi beberapa jam. Ia kerana di sesetengah tempat, penumpang terpaksa meredah arus sungai untuk menolak bot kerana air cetek.
Dari kem, pemandu pelancong akan membawa pengunjung meneroka khazanah alam semula jadi termasuk pokok hutan yang jarang ditemui dan kesan tapak kaki hidupan liar yang menggerunkan termasuk harimau.
Jika bernasib baik, anda dapat melihat gajah keluar minum di lopak air garam.
Selain kian popular sebagai lokasi aktiviti kembara pacuan empat roda, Ulu Muda mendapat tumpuan kaki pancing. Ada yang mengisi masa dengan memancing dari satu pulau ke pulau lain atau menyewa bot.
Info


  • Hutan simpan ini terletak kira-kira 95 kilometer (km) dari Alor Star dan 140 km dari Pulau Pinang. Taman itu menjadi kediaman kepada pelbagai spesies menarik termasuk 109 jenis mamalia, burung (174), reptilia (54), amfibia (42) dan ikan (33).
  • Ada juga spesies unik yang hanya dapat ditemui di hutan ini. Justeru, anda dinasihatkan untuk mengambil perkhidmatan pemandu pelancong berpengalaman untuk pengalaman yang lebih menarik.
  • FLORA DAN FAUNA

    TAMAN NEGERI PERLIS

    Pengenalan Taman Negeri

           Taman Negeri Perlis merupakan taman negeri yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1997 dan diwartakan pada 3 Julai 2008 untuk melindungi serta memelihara kepelbagaian biologi yang terdapat di situ. Ia terletak di sebahagian Hutan Simpan Mata Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu dengan keluasan 4,379.81 hektar. Taman Negeri Perlis juga berada di sebelah Barat Negeri Perlis yang mana berkedudukan di atas banjaran batu kapur yang terpanjang di Malaysia (38 kilometer) di kenali sebagai Banjaran Nakawan.

           Hutan semulajadi yang terdapat di Taman Negeri Perlis adalah jenis Hutan Bermusim Meranti Putih-Gerutu atau lebih dikenali sebagai hutan separa daun luruh (semidecidous). Kebanyakan pokok-pokok yang tumbuh di atas bukit-bukit batu kapur ini akan menggugurkan daun pada musim kemarau yang berpanjangan di antara bulan Disember hingga bulan Mei setiap tahun. Di bahagian-bahagian tertentu Taman Negeri Perlis pula vegetasi hutan adalah jenis hutan dipterokapa tanah pamah.

           Sehingga kini terdapat 616 spesis spesis flora (termasuk satu spesis baru Tectaria shahidaniana), 68 spesis mamalia (termasuk 5 spesis primat, 4 spesis kucing, 32 spesis kelawar), 211 spesis burung (termasuk 6 spesis enggang), dan 35 spesis reptilia (termasuk 27 spesis ular) telah dikenal pasti. Beruk Kentoi (Macaca arctoides) merupakan satu-satunya spesis mamalia yang endemik dan boleh ditemui. Spesis bogak (Cycas clivicola) sejenis tumbuhan zaman purba yang endemik dan jarang ditemui telah menjadi lambang Taman Negeri Perlis.

           Keunikan Taman Negeri Perlis bukan hanya pada flora dan fauna tetapi termasuk kawasan itu sendiri. Sebahagian besar bukit-bukit batu kapur yang terdapat  di sepanjang Banjaran Nakawan adalah daripada Formasi Setul yang tertua di Malaysia dan dianggarkan berusia lebih 500 juta tahun. Selain itu terdapat juga tempat-tempat lain yang menarik dan boleh dikunjungi oleh pengunjung di Taman Negeri Perlis seperti Gua Wang Burma, Gua Kelam, Arked Niaga, Bukit Pelarit, Bukit Rongkit, Denai Warisan, Denai Putera Denmark, Tasek Meranti dan Gunung Perlis. Bahan-bahan bersejarah dan sample-sample yang dikutip di sekitar Taman Negeri Perlis juga turut ditempatkan dan dipemerkan dalam Galeri.

           Taman Negeri Perlis merupakan destinasi pelancongan yang sesuai untuk semua peringkat umur dan golongan. Pengalaman yang boleh diperolehi di kawasan ini adalah amat berharga sekali. Untuk memastikan keselesaan para pelancong Taman Negeri Perlis menyediakan kemudahan seperti asrama, dewan seminar, chalet, surau, tandas, wakaf, tapak perkhemahan, menara pandang, dewan terbuka dan kantin.

           Para pelancong yang ingin ke Taman Negeri Perlis boleh menggunakan kenderaan  sendiri atau pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Bandar yang berdekatan dengan Taman Negeri Perlis adalah bandar Kangar sejauh 30 kilometer. Terdapat juga 2 buah penempatan yang berhampiran dengan Taman Negeri Perlis iaitu Kampung Wang Kelian dan Pekan Kaki Bukit.



    PETA LOKASI TAMAN NEGERI

    HUTAN ROYAL BELUM,PERAK

    Fakta Menarik | Hutan Royal Belum | Hutan Paling Tua Di Dunia





    As-Salam.
    Mungkin ramai yang ingat bahawa Hutan Amazon merupakan hutan yang paling tua di dunia memandangkan keluasan Hutan Amazon berkali ganda lebih luas dari Hutan Belum di Perak, dan sering dipropagandakan oleh media asing sebagai yang paling hebat di dunia.

    Namun, bukti saintifik dan sejarah sukar untuk ditidakkan. Ternyata usia Hutan Belum lebih tua dari Hutan Amazon iaitu 130 juta tahun, malah kebanyakkan hutan hujan di negara kita mempunyai usia yang lebih lama dari usia Hutan Amazon. Negara kita sebenarnya menyimpan khazanah yang lebih berusia dan lebih bernilai.


    Hutan ini diberikan nama The Royal Belum kerana biodiversiti yang ada di dalamnya, dan beberapa penemuan-penemuan alam yang tak terdapat di tempat lain menjadikan ia istimewa. Hutan ini diletakkan di bawah pengawasan tentera dan orang awam tidak dibenarkan memasukinya tanpa permit.

    Keluasan Hutan Royal Belum adalah 290,000 hektar dan dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Manakala, bahagian bawah merupakan hutan sekunder.


    Beberapa Fakta dan Info Menarik Mengenai Hutan Royal Belum
    • Diisytiharkan sebagai Royal Belum oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2003.
    • Royal Belum diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 April 2007. Kawasan diwartakan seluas 117,500 hektar.
    • Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.
    • Dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.
    • Belum, belum, beluuuummm! ini merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum.
    • Royal Belum mempunyai tiga dari 20 spesies bunga terbesar dunia itu di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. 

    Sumber: Majlis Daerah Gerik, Perak

    Tuesday, November 6, 2012

    TAMAN NEGARA GUNUNG LEDANG,JOHOR

    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

    Gunung Ledang
    Mount Ophir

    Air terjun di Gunung Ledang
    Ketinggian 1,276 m (4,186 ka)
    Lokasi
    Lokasi Semenanjung Malaysia
    Banjaran Titiwangsa
    Koordinat 02°22′27″U 102°36′28″T / 2.37417°U 102.60778°T / 2.37417; 102.60778

    Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter [1], Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
    Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor dan Melaka. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat,Muar, Ledang di Johor dan daerah Jasin, Melaka. Bagi kawasan lain di Melaka siaran TV RTM menerima pancaran dari Gunung Tampin. Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka dan daerah Ledang,Muar, Batu Phat dan Kluang di Johor.Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasanTtimur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke daerah Segamat, Ledang, Muar dan Kluang.
    Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.

    Isi kandungan

     [sorokkan

    [sunting] Asal-usul nama

    Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). barangkali dari perkataan Hokkien atau Taiwan: kim, atau dalam karakter 金 bermaksud emas dan sua, atau karakter 山 bermaksud gunung. Satu sumber lain mengatakan bahawa orang Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh' atau 'gunung paling jauh'.
    Selain itu, nama Ophir itu sendiri dipercayai berasal dari bahasa-bahasa ini:
    • Bahasa Ibrani, dari perkataan אוֹפִיר tukar ejaan: 'Owphiyr, atau disebut ō·fēr, suatu nama persendirian Ibrani.
    • Bahasa Yunani, dari perkataan όφις tukar ejaan: 'Ofis, bermaksud "ular", barangkali merujuk kepada larangan masyarakat tempatan untuk berjalan atau mendirikan perkhemahan diatas sesuatu tapak yang dilindungi yang dikatakan dijaga oleh sekumpulan ular berbisa yang bergerak-gerak.
    • Bahasa Yunani, dari perkataan auferre, bermaksud 'untuk dilucutkan', barangkali juga berkaitan dengan pantang larang.

    [sunting] Cara mendaki

    Ada tiga runut mendaki:
    • Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.
    • Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun , anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.
    • Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio, stesen telefon RTM, Telekom Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.

    [sunting] Kelebihan

    Gunung Ledang boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Namun pada 1987, enam orang Singapura tersesat di Gunung Ledang kerana cuba mengambil jalan pintas.
    Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri.
    Pendaki yang memulakan pendakian dari Sagil tidak perlu risau tentang keperluan makan minum, peralatan khemah dan penginapan. Pihak Gunung Ledang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan atau beli sahaja di mana-mana kedai pekan Sagil.

    [sunting] Galeri

    [sunting] Rujukan

    • Alfred Wallace, 'The Malay Archipelago', MacMillan, 1869. Beliau mendaki pada tahun 1854.
    • John Briggs, 'Mountains of Malaysia - A Practical Guide and Manual', Longman, 1985.

    TAMAN NEGARA MALAYSIA

    Taman Nasional Taman Negara
    IUCN Kategori II (Taman Negara)
    Lokasi Malaysia
    Bandar terdekat Kuala Tembeling
    Luas 4,343 km²
    Ditbuhkan 1938/1939
    Badan pentadbir Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

    Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².
    Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.
    Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².
    Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.
    Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.
    Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.
    Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.

    Isi kandungan

     [sorokkan

    [sunting] Pelancongan


    Pintu masuk ke Taman Negara Malaysia di Kuala Tahan

    Titian kanopi
    Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.
    Taman negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
    Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.
    Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.
    Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.

    [sunting] Tips

    Gunakan pakaian yang nipis dan longgar; kemeja-t lengan panjang yang selesa dan seluar panjang untuk perlindungan dari serangga dan luka cakaran. Pada masa-masa tertentu, keadaan di dalam hutan ini boleh menjadi sejuk. Bawa bersama jaket kalis air untuk keselesaan anda. Ketika meneroka hutan, pilih laluan trek yang boleh anda sempurnakan sebelum matahari terbenam dan pastikan anda memberitahu rancangan anda untuk meneroka kepada orang lain agar mereka boleh menjangka bila anda akan pulang dari penerokaan anda. Anda disarankan supaya tidak melencong dari laluan yang telah ditandakan di dalam hutan ini.

    [sunting] Pengangkutan

    Keretapi Pintu masuk ke Taman Negara iaitu Kuala Tembeling yang dihubungkan dengan Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Bharu (melalui Tumpat) oleh laluan keretapi. Keretapi dari stesen-stesen tersebut berhenti di Tembeling Halt, kira-kira setengah jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling dengan menaiki kereta.
    Bot Pintu masuk utama untuk ke Taman Negara ialah menerusi Kuala Tembeling di mana pelawat boleh menaiki sampan yang bertolak pada pukul 9.00 pagi dan 3 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat apabila bot bertolak pada pukul 2.30 petang), dalam perjalanan yang memakan masa selama 3 jam menuju ke Kuala Tahan. Mutiara Taman Negara Resort juga menyediakan perkhidmatan bot laju yang cuma mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Kuala Tahan. Bot laju ini bertolak dari Kuala Tembeling pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang setiap hari. Cara termudah untuk ke Taman Negara ialah sama ada melalui Jerantut di dalam perjalanan darat yang mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur. Jika anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh menggunakan jalan pembalakan hingga ke Kuala Tahan di mana anda perlu menaiki bot merentas Sungai Tahan untuk memasuki Taman Negara.
    Bas atau Teksi Perkhidmatan teksi ke Jerantut boleh didapati dari Stesen Bas Puduraya di Kuala Lumpur. Anda juga boleh menaiki bas ke Jerantut yang boleh didapati di Stesen Bas Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur. Dari Jerantut, anda boleh menaiki bas tempatan atau teksi untuk ke Kuala Tembeling.

    [sunting] Lihat juga

    [sunting] Pautan luar

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...