Sunday, November 4, 2012

POPULASI BUAYA MENINGKAT SECARA MENDADAK DI SARAWAK..










ISU UMUM : 1 KILOMETER 4 EKOR BUAYA DI SARAWAK

Oswald Braken Tisen termenung seketika apabila diajukan soalan berapakah jumlah buaya yang mendiami semua sungai di Sarawak pada masa ini. "Saya rasa ada kira-kira 10,000 hingga 15,000 ekor buaya di Sarawak, ini anggaran kasar sahaja kerana sukar untuk tentukan jumlah yang tepat,"  Ketua Bahagian Pemuliharaan Kawasan Terlindung dan Biodiversiti, Sarawak Forestry Corporation (SFC) itu berkata, anggaran berkenaan adalah berasaskan data kepadatan relatif buaya di 22 lembangan sungai negeri itu yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Berdasarkan kajian pertama yang dilakukan di Sarawak pada 1985, hanya terdapat 0.054 ekor buaya kelihatan bagi setiap satu kilometer (km) kawasan sungai yang ditinjau.
"Ini bermakna secara purata hanya terdapat 5.4 ekor buaya dikesan bagi jarak 100 km kawasan sungai,"
Jumlah yang rendah itu berpunca daripada pemburuan dan pembunuh buaya yang tidak terkawal kerana tiadanya undang-undang yang melindungi buaya di Sarawak. Data mengejutkan itu mendorong Kerajaan Negeri Sarawak menyenaraikan buaya sebagai spesies dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1990. Data itu juga menyebabkan buaya di Sarawak tersenarai dalam Apendiks 1, Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) yang menyaksikan reptilia itu tidak boleh diperdagangkan di peringkat antarabangsa. Hasil daripada dua perundangan itu menyaksikan populasi buaya mula menunjukkan peningkatan bermula 1995. Kata Oswald Braken, antara sungai yang mencatatkan peningkatan ialah Batang Lupar, Batang Sadong, Sungai Sarawak, Batang Lingga (Seterap dan Klauh), Sungai Seblak, Sungai Niah, Sungai Likau, Sungai Sibuti, Sungai Tinjar dan Sungai Bako.
Memperincikan peningkatan itu, beliau berkata, siri kajian pada 2007 dan 2008 menunjukkan Batang Saribas-Sungai Spaoh mencatatkan kepadatan relatif buaya tertinggi iaitu sebanyak 2.16 ekor buaya (tidak termasuk yang baharu menetas) bagi setiap km sungai. Ia diikuti Sungai Santubong (1.4 ekor/km), Sungai Bako (1.2 ekor/km), Sungai Sibuti (1.13 ekor/km) dan Kuching Wetlands (0.9 ekor/km).
"Secara purata bermula 2003 hingga 2009 pula, kepadatan relatif buaya di seluruh Sarawak berada 
pada kadar 0.09 ekor hingga 4.42 ekor buaya bagi 
setiap satu km kawasan yang ditinjau. Ia tidak 
bermakna semua sungai ada buaya kerana 
habitatnya bertumpu ke arah kawasan pantai,"
Mengulas lanjut, Oswald Braken berkata, data semasa menunjukkan Sarawak kini dalam proses pemulihan populasi buaya dan ia dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang. Katanya, ia ditunjukkan oleh peningkatan ketara jumlah anak buaya yang baharu menetas melalui satu kajian pada 2008, sebagai contoh di Sungai Bako sebanyak 60 ekor dikesan bagi jarak 12.5km dan 55 ekor bagi jarak 20km (kajian kedua).
Bahan ini diperoleh daripada :
Akhbar Utusan Malaysia
08 September 2012

PETUA-PETUA PENTING KETIKA MEMANCING..

  • Jangan memancing ketika petir
    KU sangka cuaca cerah hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Bagi kaki pancing apabila mendung tiba, itulah petanda ribut akan turun. Bagaimanapun, sebelum ribut, pastinya kilat menyambar dulu.
  • Ais hentikan darah luka
    KAKI pancing perlu pantas berfikir dan segera berikhtiar apabila ditimpa musibah ketika memancing sama ada di laut, sungai, paya mahupun tasik. Langkah awal yang perlu dilakukan apabila rakan mengalami masalah ialah mententeramkan dan memulihkan mangsa.
  • Minyak belangkas pembuka selera ikan
    KITA sering mendengar mengenai keenakan telur belangkas terutama dibakar. Kalau anda ingin merasainya boleh mengunjungi beberapa gerai yang disediakan peniaga di Perkampungan Portugis di Bandar Hilir, Melaka.
  • Nasi dalam upih punyai khasiat tersendiri
    PADA zaman serba moden ini, ramai kaki pancing mengambil sikap mudah iaitu membeli saja makanan di kedai daripada membawa bekalan berkenaan dari rumah. Alangkah mesranya hubungan suami isteri atau anak dengan ibu, sekiranya makanan yang dimasak dari air tangan yang tersayang menemani mereka bila di laut mencari rezeki.
  • Tahan nafas, jangan bergerak bila ular hendak mematuk
    SERING kali kita terlupa atau buat-buat lupa perkara keselamatan ketika memancing. Bahaya sentiasa ada di sekeliling tanpa disedari, terutama kepada pemancing yang suka meredah hutan belantara dan muara sungai di seluruh Malaysia. Kebanyakannya tidak menitikberatkan keselamatan diri masing-masing. Peralatan perubatan “First aid” perlu dibawa bersama ketika meredah hutan untuk memancing sebagai langkah awal sebelum dirujuk kepada doktor.
  • Tip Akuarium: Ikan Temakang atau Kissing Gaoramy
    IKAN Temakang atau nama saintifiknya Sphaerichthys osphromenoides dari spesis gouramy biasa didengar oleh peminat akuarium yang menjadikannya sebagai ikan perhiasan di dalam kediaman atau di pejabat mereka.
  • Tip Umpan: Kelkatu efektif untuk ikan air tawar
    UMPAN kelkatu (white ant) yang biasanya ditemui selepas hujan ketika waktu senja cukup digemari dikalangan pemancing ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas, lampam dan temakang.
  • Muara sungai zon bahaya kepada pemancing
    KITA kadang kala terlupa atau sengaja tidak mahu memikirkan tentang keselamatan diri ketika pulang dari memancing sama ada membawa rezeki yang lumayan atau sebaliknya.
  • Kapur campur halia, minyak tanah ubat bisul
    ADALAH menjadi satu keperluan kapur sirih dibawa bersama turun memancing terutama jika melakukan ekspedisi memancing di laut yang agak lama kerana ini berguna bagi mereka yang ada menghidap bisul atau ada ketumbuhan pada kulit.
  • Tip Umpan: Merah, jenahak, kerapu gemar udang lipan
    UDANG lipan, udang ketak dan udang mentadak atau nama saintifiknya Hemisquilla ensigera (Odontodactylus sp.) cukup dikenali di kalangan pemancing laut dalam yang gemar menjadikannya sebagai umpan hidup untuk memburu ikan merah, jenahak dan kerapu.
  • Pemancing muda perlu tingkat ilmu
    TUGAS seorang pemancing bukan hanya menyediakan peralatan yang canggih atau mahal saja sebaliknya masih banyak ilmu yang perlu dipelajari sama ada melalui pengalaman dan bertanya daripada pemancing berpengalaman atau veteran.
  • Tip Umpan: Katak minyak umpan haruan, bujuk
    KATAK minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit.
  • Tips Akuarium: Garam ubat penyakit ikan
    SERANGAN penyakit ikan akibat parasit amat memeningkan penternak sama ada komersial dalam kolam, sangkar atau pun ikan hiasan. Tidak kurang juga penggemar ikan hiasan yang dikatakan sering merungut ikan pemeliharaan sakit terutama selepas menukar air akuarium.
  • Elak memakai cincin berbatu ketika memancing
    MEMAKAI cincin berbatu sama ada nilam, zamrud, delima, batu serai, kayu tas dan sebagainya mempunyai keistimewaannya tersendiri serta si pemakai kelihatan gah. Bagaimanapun, jika anda memakainya ketika memancing.... anda mungkin akan pulang dengan tangan kosong. Benar atau tidak, terpulanglah... mungkin juga ia secara kebetulannya.
  • Tip Umpan: Perumpun jadi tarikan ikan laut
    UMPAN perumpun atau umpun-umpun cukup popular bagi semua pemancing yang biasa menggunakannya kerana kemampuannya menjerat pelbagai spesies ikan dan udang sama ada di air masin atau tawar di perairan negara kita ini. Namun bagi pemancing baru mereka mungkin belum tahu akan 'kuasa saktinya' apabila melihat spesies persis cacing yang berwarna merah muda ini menggeletek geli apabila disentuhnya.
  • Elakkan aktiviti tepat jam 12 tengahari, malam
    MENGAMALKAN doa atau membaca ayat suci al-Quran sebelum melakukan perjalanan sama ada di darat ataun di laut adalah sebaik-baik amalan untuk keselamatan dalam setiap perjalanan.
  • Tip Umpan: Anak tebuan untuk pancing puyu, haruan
    UMPAN serangga seperti anak tebuan cukup sinonim dengan pemancing yang gemarkan memancing ikan puyu, haruan atau keli di kawasan air tawar seperti sawah padi, sungai atau paya.
  • Pelajari amaran ribut, hujan ketika di laut
    BIASANYA nelayan yang bergantung hidup di laut sepenuh masa sering mengamalkan petua sebelum melangkah turun dari rumah atau semasa melangkah masuk sampan atau bot. Tidak kurang yang melakukan jampi serapah memanggil ikan menggunakan ayat al-Quran yang sudah diketahui di dalamnya mengandungi pelbagai petua dan ubat untuk semua penyakit.
  • Tip umpan: Buah Ara upaya jinak kelah
    BUAH Ara (Ficus auriculata Lour) juga diklasifikasikan sebagai buah hutan tempatan yang bertaburan di kebanyakan negara kita. Justeru, jenis pokok yang tumbuh dalam iklim khatulistiwa dan tropika biasanya boleh ditemui berhampiran sungai di pedalaman hutan atau pinggir kampung-kampung.
  • Ukuran jengkal joran ketinggalan zaman
    PERNAH anda mendengar semasa pemancing menggunakan joran buluh dalam tahun lima puluhan, ukuran dilakukan dengan menjengkal joran dengan menggunakan tangan kanan. Ukuran yang dikira terbaik kepada joran berkenaan adalah pada bilangan ganjil. Ini satu kepercayaan pada ketika itu malah ukuran itu juga turut dilakukan oleh sesetengah pemancing veteran yang turut menganggap bahawa ukuran ganjil itu boleh mendatangkan hasil tangkapan yang lumayan.
  • Tip Umpan: Buah mengkudu umpan ikan air tawar
    BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini. Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam selepas gugur dari pokoknya.
  • Rendam kaki dengan air tawar kurangkan panas
    SEMASA bulan puasa, jika pemancing masih juga meneruskan aktiviti dalam keadaan berpuasa, anda dinasihatkan supaya tidak mendedahkan diri pada bahang panas matahari pada siang hari, kerana waktu begini anda perlu berehat bagi mengelak anda akan pitam kerana kekeringan yang amat sangat.
  • Potong sengat ikan bisa ke tahap maksimum
    SATU perkara yang harus diingatkan kepada pemancing yang pulang membawa rezeki tangkapan dari hasil memancing sama ada dari sungai, paya, tasik atau laut yang membawa spesies ikan berduri (sengat) hendaklah terlebih dulu di potong duri-duri berkenaan selepas ikan dinaikkan.
  • Umpan tapa Kemboja power di sungai
    UMPAN paling busuk atau umpan tapa dikatakan menjadi kegilaan pemancing tempatan sekarang ini untuk memburu spesies baung kerana mempunyai isi yang sedap.
  • Ayat Qursi, solat elak gangguan syaitan
    KITA selalu lupa, di laut adalah kawasan paling banyak dugaan bukan saja sentiasa berdepan ribut dan gelombang besar kadang-kadang gangguan makhluk halus yang sudah berumah tangga di laut. Kita haus menerima hakikat ini sama ada mahu atau pun tidak, kerana laut selalunya menjadi buangan hantu syaitan kerana itu kawasan laut paling ditakuti untuk melanggar pantang dari keluarga pelaut kerana kesan daripada kisah yang diganggu makhluk halus di laut terlalu banyak berlaku.
  • Menanda pokok di laluan masuk elak sesat
    KUMPULAN pemancing ke tasik atau lombong tinggal dalam hutan tebal sering mengalami peristiwa sesat jalan ketika mahu pulang. Ia berlaku kadang kala beberapa jam sehingga satu hari satu malam. Namun daripada pengalaman seorang bekas tentera yang sangat arif di hutan ketika berkhidmat puluhan tahun dulu, ia boleh diguna pakai sebagai satu panduan atau petua.
  • Petua mudah masak gulai belitung
    KALI ini, penulis mengemukakan petua yang agak istimewa iaitu bagaimana hendak menghidangkan lauk ikan belitung. Semoga dengan petua ini, makan belitung akan mengisi senarai makanan istimewa tempatan. Spesies ini dianggap antara ikan paling laju berenang di permukaan air laut.
  • Awan hitam amaran ribut akan melanda
    KITA menyedari bahawa memancing sama ada di laut mahupun di sungai dan tasik adalah hobi yang masing-masing yang kadang kala berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan sama ada dalam perjalanan mahupun ketika berada di lokasi.
  • Kenali kawasan sekeliling di lokasi baru
    SEBAIK tiba di lokasi memancing yang belum pernah diteroka sebelum ini atau dalam erti kata lain anda baru pertama kali turun memancing di kawasan itu maka kumpulan anda dinasihatkan supaya tidak terburu-buru mahu terus melakukan aktiviti memancing.
  • Pisau lipat berguna ketika memancing
    PEMANCING selain dari memikirkan hobi keseronokan beraksi dengan ikan yang terkena pada mata kail, keselamatan diri harus difikirkan bersama dan ini adalah satu tanggungjawab yang patut diberi keutamaan selain urusan lain. Melalui pengalaman beberapa pelaut yang di temui mereka mendakwa pemancing sering berdepan mala-petaka yang tidak diduga, justeru setiap pemancing kena bersedia lebih awal untuk menghadapinya.
  • Tip Akuarium: Najis, urin jadi racun ikan
    PENJAGAAN akuarium perlu diberi perhatian oleh pemiliknya untuk memastikan tahap kebersihan yang berkekalan serta mengelakkan air daripada dicemari bakteria.
  • Tali, pelampung jadi rakan bila memancing
    PERNAH atau tidak pemancing memikirkan keselamatan diri atau rakan ketika berada dalam bot? Ini terutama ketika berlaku kecemasan seperti pemancing tercampak ke laut atau terjatuh dalam sungai mahu pun tasik. Perkara perlu difikirkan ialah alat bantuan untuk menyelamatkan mangsa yang terjatuh ketika keadaan laut berarus deras dan gelombang besar.
  • Jaga peralatan memancing seperti isteri
    MENYAYANGI peralatan memancing jangan sampai melebihi daripada menyayangi isteri atau keluarga. Ini kerana kebahagiaan berumah tangga bergantung pada pasangan suami isteri dan anak. Namun menjaga peralatan memancing adalah satu amalan baik kerana peralatan yang berada dalam keadaan yang baik pasti dapat menjamin hasil tangkapan yang baik selain keselamatan pemancing itu sendiri ketika berada di tengah laut.
  • Nasi dalam upih ada khasiatnya
    SEGMEN kali ini masih lagi mengamalkan petua yang diambil daripada beberapa nelayan veteran melalui pengalaman yang ada hubung kait dengan laut, tasik mahu pun sungai.
  • Air masin ubat penyakit kulit
    PAK NURI terpanggil untuk bertanya pelaut veteran di Dungun, Terengganu baru-baru ini mengenai peranan air laut yang dianggap dapat membantu menghilangkan gatal atau kudis pada kulit. Tok Embong, 92, anak kelahiran Dungun adalah seorang nelayan paling disegani oleh nelayan setempat ketika zaman mudanya. Beliau mengakui bahawa peranan air laut yang sangat berguna untuk kulit manusia tetapi kena tahu menggunakannya.
  • Tip Akuarium: Sepat spesies lasak, unik
    IKAN sepat (Gourami) dianggap antara spesies yang jarang dipelihara oleh pemilik akuarium. Ini kerana ramai yang menyifatkan spesies itu sukar dipelihara. Dan ada juga berpendapat spesies itu yang tidak ada nilai komersil.
  • Tiga waktu terbaik untuk memancing
    BERTANYAKAN waktu paling baik untuk menjalankan aktiviti memancing di laut selain kena lubuknya, umpan dan air pasang surut maka beberapa pakar veteran nelayan yang sempat ditemui sependapat bahawa masa paling sesuai untuk memancing ialah pada waktu senja sebelum matahari terbenam di kaki langit, tengah malam dan waktu awal pagi sebelum terbit fajar.
  • Tip Akuarium: Kelisa bertelur setahun sekali
    IKAN kelisa (Scleropages formosus), antara spesies yang menjadi idaman ramai pemilik akuarium di negara ini kerana keunikan dan ada yang menyifatkan satu simbol kemewahan atau sesetengah pihak pula berpendapat boleh membawa tuah.
  • Bawa tasbih setiap kali memancing
    RASANYA sangat baik jika pemancing yang beragama Islam sentiasa membawa tasbih semasa turun memancing terutama ketika di laut, tasik atau tebing sungai. Apatah lagi kepada mereka yang terpaksa bermalam untuk beberapa hari serta berkhemah.
  • Tip Akuarium: Ikan discus ada peminat tersendiri
    IKAN discus antara spesies yang mewarnai peminat akuarium di negara ini dan ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu Blue Turquoise (Symphysodon aequifasciata aequifasciata), pigeon red (Symphysodon discus discus) dan blue diamond (Symphysodon aequifasciata haraldi).
  • Tip Akuarium: Suhu akuarium bantu biak rumpai
    SUHU dan cahaya dalam akuarium sering diabaikan. Perlu diingat, suhu tidak boleh dinafikan kerana penting dalam pemeliharaan ikan akuarium kerana ikan akan agresif dalam suhu air yang rendah. Bagaimanapun ada spesies ikan memerlukan suhu air sejuk, panas atau sederhana mengikut suhu bilik.
  • Anggap tidak dapat ikan sebagai ujian
    RAMAI yang bertanya Pak Nuri, apakah petua yang membolehkan kita mendapat ikan setiap kali turun memancing. Pada masa sama, petua itu boleh mengatasi rakan pancing yang lain.
  • Bersihkan badan sebelum berjumpa anak
    SABAN waktu, ada saja cerita mengenai bayi, anak kecil atau individu yang lemah semangat diganggu 'makhluk halus' apabila ada seorang daripada keluarga pulang daripada memancing atau dari satu tempat yang jauh.
  • Tip Akuarium: Kelah merah penghias akuarium, kolah
    IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal.
  • Suami gantung joran apabila isteri hamil
    KEPERCAYAAN melarang suami memancing apabila si isteri mengandung sudah menjadi satu daripada budaya masyarakat Melayu sejak berzaman dulu lagi.
  • Mabuk darat proses peralihan pemancing
    MENYEDARI betapa sengsara dan sukarnya apabila mengalami mabuk darat yang berterusan untuk beberapa hari selepas balik daripada memancing di laut maka ramai pemancing muda yang baru mahu mengenal joran dan berjinak-jinak dengan ikan terpaksa berfikir lebih panjang sebelum turut sama melakukan ekspedisi memancing laut.
  • Batal trip jika halangan bertubi-tubi
    KEPADA kaki pancing warga muda yang mempunyai darah panas, mereka boleh dikatakan jarang-jarang mengamalkan petua masyarakat tempatan terutama membabitkan soal keselamatan.
  • Tip Akuarium: Seimbang saiz elak kebocoran
    PELBAGAI jenis akuarium di pasaran kadang kala menyukarkan pengguna membuat pilihan untuk mendapatkan akuarium yang paling sesuai digunakan mengikut jenis ikan yang dipelihara.
  • Tip Akuarium: Induk kelisa muntahkan anak jika dipukat
    ARTIKEL kali memberi fokus kepada pembiakan ikan arowana atau kelisa. Berikutan harga dan permintaan tinggi di pasaran dalam dan luar negara, ramai pengusaha yang menternak kelisa secara komersil. Selain itu, Pusat Pengembangan Akuakultur Perikanan di Enggor, Perak memainkan peranan menyediakan kursus ternakan ikan kelisa kepada penternak atau individu berminat.
  • Berteman bukan orang ketiga
    APAKAH yang paling baik bagi persediaan menjaga keselamatan diri ketika berada di laut selain daripada sentiasa memakai jaket keselamatan? Soalan begini harus ada pada setiap kaki pancing ketika mereka memancing di laut terutama keadaan cuaca yang tidak menentu. Langkah paling baik ialah menyediakan pelampung dan tali berdekatan dengan kita pada setiap masa.
  • Air tembakau, sirih, senduduk penawar luka
    RATA-RATA nelayan dulu mengamalkan petua dalam sebarang aktiviti di laut. Ini termasuk untuk membaca keadaan cuaca sebelum turun ribut atau gelombang besar atau tanda-tanda lain yang boleh mendatangkan bahaya pada keselamatan.
  • Bohongi isteri tidak diberkati Allah
    TAHUN Baru 2009 dan Muharam 1430, membuka tirai untuk kita terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara selain terus berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan mentaati suruhan Allah.
  • Pemancing latah, sawan perlu jujur
    ADA beberapa perkara penting yang hendak dikongsi bersama dengan rakan pancing melalui Petua Pak Nuri kali ini iaitu mengenai keselamatan diri ketika ekspedisi memancing di laut ataupun di mana saja.
  • Tip Akurium: Elak suhu air naik mendadak
    IKAN emas antara spesies yang disifatkan mudah dan kurang rumit dipelihara berbanding spesies lain. Namun ada beberapa tip yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan ikan peliharaan anda dapat hidup dengan lebih sihat.
  • Persediaan awal lebih terjamin
    RATA-RATA kaki pancing mengakui bahawa keputusan untuk turun memancing pada saat-saat akhir mempunyai pelbagai masalah terutama akan ada barang penting yang tertinggal sama ada di rumah atau di jeti.
  • Kopi O kosong, halia tahan mabuk
    MASIH lagi kita bincangkan cerita mabuk laut. Banyak lagi yang bertanya tentang yang berterusan, walaupun sudah makan pil mabuk yang dibeli di farmasi dan beberapa petua tradisional sebelum turun ke laut.
  • Arowana mampu keluar toksid tinggi
    PEMELIHARAAN spesies arowana sering mendapat perhatian ramai yang menyifatkan spesies ini memiliki keunikan tersendiri serta warnanya yang terang mampu menarik perhatian penggemarnya.
  • Kenal pasti lubuk sebelum memancing
    KATA pepatah orang tua-tua, berjalan siang pandang-pandang, berjalan malam dengar-dengar. Apakah maksud yang tersirat di sebalik pepatah ini? Jawapannya mudah jika ditafsirkan atas kenyataan yang paling hampir pada diri sendiri. Kita yang melakukan perjalanan pada waktu siang yang dapat melihat segenap ruang depan dan kanan kiri jelas.
  • Tip Akuarium: Kawal pH, suhu air elak ikan mati
    ASPEK mengenai penjagaan akuarium perlu diberi perhatian oleh pemiliknya untuk memastikan tahap kebersihan yang berkekalan serta mengelakkan air dicemari bakteria.
  • Jangan buang tangkapan pertama
    ADA petua yang mengatakan - rezeki pertama yang didapati pada setiap kali aktiviti memancing sangat berkat terutama kepada kaki pancing sama ada di laut mahu pun di darat.
  • Asingkan ikan mudah pecah perut
    PETUA Pak Nuri kali ini ingin berkongsi pengalaman cara mengekalkan kesegaran ikan supaya dapat bertahan lama sebelum dibawa pulang. Walaupun beberapa petua sudah dinyatakan sebelum ini tetapi masih ada ruang untuk diberi perhatian tambahan supaya dapat dimanfaatkan oleh semua pemancing sama ada ketika menjalankan aktiviti di laut, sungai, tasik, paya, lombong yang lokasinya pedalaman.
  • Tip Akuarium: Parasit pembunuh ikan akuarium
    PENYAKIT yang menyerang ikan sering menjadi masalah besar di kalangan pemilik akuarium kerana ada kalanya boleh menyebabkan kerugian beribu ringgit bergantung kepada harga spesies yang dipelihara.
  • Semangat ubat terbaik atasi mabuk
    MABUK bukan perkara baru kepada setiap pemancing laut. Saban tahun, terutama pemancing yang baru berjinak dengan joran pancing pasti akan menghadapi situasi ini. Ada yang tewas di peringkat awal dan minat ke laut berkubur akibat penangan mabuk maksimum. Yang kental semangat dan gigih pula meneruskan cabaran walau terpaksa berpaut tiang bot.
  • Tip Akarium: Kaedah mudah biak ikan emas
    IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.
  • Sisa makanan cetus kemarahan hantu
    LAZIMNYA kita sering mengabaikan sisa makanan yang sudah dimakan dengan membuang merata-rata. Jika di laut, tentulah laut menjadi tempat sasaran atau kawasan semak di kolam, tasik, tebing dan muara sungai.
  • Pahala berganda bersama keluarga
    SELAMAT berpuasa kepada semua warga kaki pancing di seluruh negara yang beragama Islam dengan harapan bulan yang penuh barakah ini dapat kita menguatkan semangat untuk mendekati Allah bersama amalan yang baik.
  • Lepaskan ikan yang tidak digemari
    SETIAP pemancing perlu meletakkan satu tekad dalam hati bahawa segala rezeki adalah ketentuan Allah. Setiap apa yang kita peroleh setiap kali keluar memancing adalah atas kehendak-Nya jua. Sebab itu jangan kita persalahkan sesiapa apabila ada sesetengah kumpulan pulang tangan kosong walaupun keluar beberapa hari memancing.
  • Elak terlalu kenyang, jangan terlalu lapar
    BIASANYA kaki pancing (sebahagian besar) akan mengunjungi warung atau gerai untuk mengisi perut dengan makanan yang agak berat seperti nasi lemak, nasi dagang atau apa saja makanan yang mengenyangkan untuk mengelakkan lapar ketika berada dalam bot sebelum dapat menjamah nasi yang dimasak tekong dalam bot.
  • Sentiasa baca surah al-Fatihah
    AMALAN yang baik itu pastinya mendapat ganjaran Allah. itulah janji Allah kepada hamba-Nya dan hanya kepada mereka yang mahu mengerti. Justeru, atas keyakinan ini terdorong untuk melakukan beberapa amalan baik oleh kumpulan pemancing dengan berkumpul sebelum memulakan ekspedisi atau pemburuan kemudian membaca doa dan mohon kesejahteraan serta keselamatan Allah di samping mohon rezeki dan keberkatan yang berkekalan dalam setiap aktiviti mereka.
  • Elak berjalan seorang diri waktu malam
    SETIAP pemancing perlu memastikan keselamatan apabila berjalan malam seorang diri untuk ke lokasi memancing di tasik, sungai, paya atau lombong tinggal yang jauh dari perkampungan. Perlu diingatkan bahawa setiap perjalanan itu diintai oleh beberapa makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
  • Amal prinsip memancing adalah hobi
    SEBELUM turun memancing sama ada memancing di laut, sungai, kolam, lombong atau tasik kadang-kadang kita berdepan pelbagai masalah peribadi, keluarga mahupun di tempat kerja. Justeru, masalah ini pasti menghantui fikiran kita untuk turun memancing. Jadi, tentunya kita tidak dapat ketenangan ketika berada di lokasi memancing lebih-lebih lagi jika lokasi itu berada jauh di tengah laut.
  • Memesan bantutkan rezeki
    PALING ditakuti setiap nelayan veteran sebelum turun ke laut ialah adanya pesanan daripada ahli keluarga, rakan atau orang ramai mahupun siapa saja yang meminta ikan untuk dirinya atau paling kurang pesanan bagi mereka yang sedang hamil.
  • Ikhlas membantu ada ganjaran
    MELAKUKAN sesuatu yang baik ketika mula melangkah meninggalkan rumah untuk sesuatu perjalanan jauh terutama mencari rezeki atau ketika dalam perjalanan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam. Kebaikan itu pastinya mendapat ganjaran daripada Allah.
  • Bersenam tingkatkan kesihatan
    RAMAI orang bertanya terutama kalangan kaki pancing, bila Pak Nuri hendak bersara daripada aktiviti memancing kerana usia Pak Nuri sudah mencecah 75 tahun dan malam esok (17 Mei) akan menyambut Majlis Jubli Emas 50 tahun perkahwinan.
  • Tidur dapat memulihkan tenaga
    RAMAI pemancing yang turun memancing mengadu kepada Pak Nuri mereka kadang-kadang tikda bertenaga apabila berada di tengah laut untuk memancing. Rasa mengantuk kerana tidak cukup rehat apabila bertarung dengan mangsa yang beratnya sehingga berpuluh kilogram.
  • Cara pulih mangsa mabuk laut
    MASALAH mabuk laut masih terus diperkatakan. Ini kerana kelemahan yang sukar dikawal dan dirungkai sebabnya itu menjadi satu masalah besar kepada pemancing. Di mana saja kita pergi, orang akan bertanya bagaimana untuk mengatasi masalah berkenaan terutama yang dialami pemancing baru.
  • Perut ikan perlu segera dibuang
    KALANGAN ahli keluarga kaki pancing tentunya mengharapkan rezeki lumayan yang bakal dibawa oleh pemancing dari laut. Mereka pasti membayangkan ikan segar dan masih terasa manis untuk dijadikan lauk. Justeru, cara terbaik bagi pemancing ialah menyediakan tong air batu yang sempurna supaya rezeki tangkapan sentiasa segar ketika berada di laut dan selama tempoh perjalanan balik ke rumah.
  • Hujan lebat pembunuh angin, hujan
    BIASANYA, nelayan yang bergantung hidup di laut sepenuh masa sering mengamalkan beberapa petua terutama sebelum melangkah turun dari rumah, atau sekurang-kurangnya melangkah masuk dalam sampan atau bot. Ada juga yang melakukan petua memanggil ikan dengan jampi serapah menggunakan ayat Al-Quran. Justeru Petua Pak Nuri kali ini lebih kepada kepala angin yang lebih awal tiba sebelum berlaku ribut.
  • 'Berhati-hati ketika berada di kuala'
    KITA kadang-kadang terlupa atau sengaja tidak mahu memikirkan keselamatan diri ketika pulang dari memancing sama ada membawa rezeki lumayan atau sebaliknya.
  • Tali penting ketika memancing
    KALI ini Pak Nuri masih ingin membicarakan langkah berjaga-jaga semasa di laut. Sebelum ini beberapa kali Pak Nuri menasihatkan pemancing supaya beringat-ingat bahawa laut tidak boleh dibuat janji justeru kita perlu bersedia dengan langkah keselamatan perlu.
  • Buah-buahan masam ubat mabuk laut
    MASIH banyak petua atau amalan yang perlu dilakukan oleh pemancing terutama kepada pemancing laut dalam yang sering menghadapi mabuk atau mual tekak ketika ekspedisi.
  • Memancing duduk ketika gelora lebih selamat
    KALANGAN pemancing laut perlu mengutamakan keselamatan diri dalam apa juga keadaan ketika memancing terutama bila berlaku ribut dan gelombang besar. Cara terbaik ketika menghadapi situasi begini ialah pemancing harus berjaga-jaga dengan tidak berdiri dalam bot jika tangan tidak dapat berpaut pada tiang yang kukuh. Juga, jangan berada di tepi kiri dan kanan bot kerana tindakan ini tidak menjamin keselamatan anda.
  • Buaya pantang dayung melintang
    KUALA KETIL: Bagi yang ingin memancing dalam suasana tanpa gangguan terutama di sungai yang ada buaya, petua Abdul Wahab Zakaria, 50, boleh diguna pakai.
  • Keselamatan memancing penting
    MEMAKAI jaket keselamatan ketika memancing di laut atau sungai sudah diamalkan sejak dulu lagi oleh pelaut ketika dalam sebarang keadaan lebih-lebih lagi keadaan cuaca laut, buruk.
  • Rahsia air jerang berkhasiat tinggi
    KALI ini Pak Nuri mahu memetik petua amalan seorang tua nelayan yang hingga hari ini masih berupaya mendayung sampan berulang alik mencari rezeki di togok (kelong) di perairan Parit Jawa, Muar, Johor.
  • Cara elak alah ikan talang
    SEBUT saja ikan talang tentu berkait rapat dengan ikan kering yang lumrah berada di pasaran tempatan terutama di kalangan pembekal ikan masin di seluruh negara, namun tidak kurang juga mereka yang kurang berminat untuk makan kerana akan menimbulkan pelbagai penyakit.
  • Zikir dalam bot bawa ketenangan
    ADA beberapa petua Pak Nuri yang perlu diulang semula untuk memantapkan lagi keyakinan mengenai berkesan segala amalan yang diguna pakai terutama ketika berada di laut yang tiada penghujung mata memandang atau dikelilingi pulau yang wujud beratus juta tahun sekali gus tentu ada menyimpan misteri tersendiri atau dihuni penghuni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
  • Jengkal joran untuk tangkapan lumayan
    PERNAH anda mendengar pemancing dulu yang menggunakan joran buluh terlebih dulu menyukat ukuran panjangnya dengan menjengkal joran berkenaan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk tangan kanan?
  • Udara segar laut boleh cegah mabuk
    KEPADA pemancing, mabuk laut adalah asam garam dalam menjalani aktiviti berkenaan. Bagaimanapun, jika terasa mabuk ketika terperangkap dalam keadaan ribut dan gelombang besar, anda tidak harus menyorokkan diri...
  • Pemancing perlu bekas umpan kecil sendiri
    PETUA untuk memastikan ikan atau sotong umpan sentiasa berada dalam keadaan segar jika tidak diletakkan dalam keadaan hidup dalam satu tempat khas yang ada oksigen; tentunya bahan umpan itu dimasukkan dalam peti sejuk...
  • Joran sebatang cukup untuk teroka laut
    KITA sering berdepan dengan kerenah nafsu hingga mendorong dan mendesak kepada hasrat untuk membawa seberapa banyak peralatan ketika turun memancing. Akibatnya, perkakasan itu memenuhi segenap ruang dalam bot atau dalam kereta dan van ketika dalam perjalanan ke jeti.
  • Usah berlagak hero
    SENGAJA mendedahkan diri pada bahang panas matahari dan hujan lebat atau berembun pada waktu malam adalah perkara yang perlu dielak semasa memancing di kolam, sungai atau tasik lebih lagi di laut...
  • Bangun awal pagi dapat rezeki berganda
    Petua yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu mengaitkan keyakinan walaupun kadang-kadang dirasakan tidak selari antara petua dan keyakinan Pada hakikatnya petua dapat bertahan lama daripada keyakinan yang sering berubah....
  • Tangkapan lumayan jika tidak mandi?
    ADA sesetengah berpendapat bahawa selama mana memancing, kita dilarang mandi atau menukar pakaian kerana perubahan ini boleh menjejaskan tangkapan ikan. Apakah ini sesuatu yang melucukan...
  • Kejar waktu jangan lupa makan
    KADANG-kadang pemancing tidak mengira waktu untuk berehat, tidur atau makan semasa ekspedisi memancing yang berlarutan hingga tiga hari dua malam atau lebih daripada itu...
  • Selalu tukar umpan mampu gamit ikan
    Pak Jantan dan Pak Dolmat sependapat bahawa jika dalam air melebihi 50 meter dan arus terlalu deras, pemancing dinasihatkan mengguna umpan yang liat. Cara menurunkan umpan ke dasar juga perlu diberi perhatian. Anda tidak boleh serta-merta atau terus menghulurnya ke dasar kerana...
  • Kawal tekanan perasaan
    KETIKA memancing di laut pemancing sering kali didatangi rasa tertekan mungkin kumpulan mereka tidak mendapat ikan atau individu terbabit kurang bernasib baik. Sedangkan dalam masa yang sama rakan pancing yang lain berjaya mendaratkan satu demi satu ikan. Rasa tertekan di kalangan ahli yang kurang bernasib baik itu tambah menebal dan jika tidak dapat dikawal keadaan akan menjadi lebih buruk.
  • Rahsia sepinggan nasi makan bersama
    SEPINGGAN nasi dimakan bersama, seketul kuih jamah menjamah, inilah peribahasa yang mengaitkan keharmonian dalam berumah tangga.Malah berpandukan kepada peribahasa ini, pasangan suami isteri akan menjadi lebih mesra dan ini tidak harus bermusim ataupun cuma dilakukan ketika dalam keadaan tertentu saja.
  • Rawatan ketika mabuk laut
    BIASANYA, kita kurang berminat untuk memberi pertolongan kepada rakan pancing yang muntah-muntah dalam bot ketika keluar memancing. Alasannya kerana bimbang kita pun turut sama akan muntah.
  • Tembakau untuk perubatan alternatif
    RAMAI pemancing masih tidak mengetahui tembakau yang diadun secara tradisi untuk dihisap bersama rokok daun nipah terutama tekong bot mempunyai khasiat yang berguna terutama untuk perubatan alternatif sebelum mendapat ubat yang betul atau dihantar ke hospital.
  • Jangan lupa halia, bawang putih
    KETIKA rasa ghairah membuat persediaan turun memancing, ramai kaki pancing lupa kepada beberapa petua yang perlu diamalkan seperti menyediakan ubat-ubatan menahan bisa, sakit perut, pening kepala atau sakit gigi serta disengat binatang bisa.
  • Berpatah balik selepas separuh perjalanan
    LANGKAH kaki ketika keluar rumah menjadi perkiraan serius bagi sesetengah orang. Justeru, berpatah balik setelah mengatur perjalanan jauh adalah satu perbuatan yang kurang baik.
  • Memancing elok berkawan
    BIASANYA ada perundingan kecil sebelum menetapkan tarikh turun memancing sama ada di kolam, tasik, sungai atau laut. Cara begini sangat baik, tapi ada kalanya cara begini juga gagal dapat kata sepakat. Perkara ini timbul apabila ada pihak dalam kumpulan sering rasa tidak puas hati dengan satu pihak lain.
  • Jangan memancing semasa kilat
    CUACA banyak memainkan peranan penting dalam sebarang aktiviti sukan dan riadah. Begitu juga dengan aktiviti memancing, cuaca tetap menjadi sebahagian daripada fenomena yang penting terutama ketika berada di tengah laut dan jauh dari pulau dan tanah besar.
  • Air tawar halang terik matahari
    SEMASA menghadapi cuaca panas yang terus berbahang semasa memancing di laut kita bakal berdepan dengan suasana tidak selesa terutama bumbung pelindung bot tidak cukup besar untuk menampung keseluruhan bot.
  • 'Tidur-tidur ayam' selamat nyawa
    TIDUR memainkan peranan penting kepada kesihatan seseorang sama ada semasa memandu kenderaan di daratan atau mengendalikan bot, atau kapal semasa di lautan. Jika mengantuk yang tidak terkawal boleh membawa mudarat seperti terbabit dalam kemalangan sama ada di jalan raya atau di laut.
  • Hilang punca jalan keluar
    SESAT sering berlaku semasa mencari jalan keluar dari lokasi memancing di terutama lombong tinggal atau tasik dalam hutan, namun pengalaman seorang bekas sarjan komando tentera darat, dapat dijadikan petua untuk diamalkan bersama kaki pancing
  • Jangan meludah dalam laut
    DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkan kebaikan.

LAGENDA SI GERGASI BUJANG SENANG..

LAGENDA BUJANG SENANG | Bujang Senang merupakan buaya lagenda yang paling ditakuti dengan keganasan bujang senang dan serangan terhadap manusia. mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar. Buaya lagenda Bujang Senang ialah buaya spesies Crocodylus porosus dan berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Kisah tentang buaya jantan itu sudah biasa menjadi buah mulut penduduk tempatan.
LAGENDA BUJANG SENANG: ASAL USUL BUJANG SENANG
Bujang Senang dikatakan buaya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun. Dia dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yang menzaliminya. Simalungun ialah seorang pahlawan iban yang terkenal di sekitar sungai Skrang,Sarawak. Kehebatan beliau ialah sewaktu ekspedisi mengayau (memotong kepala)  musuhnya dan bukan sedikit yang terkoban di tangannya.Kehebatan beliau bukan sahaja di Sungai Skrang, tetapi juga di sungai Batang lupar. Musuh-musuh Simalungun percaya bahawa beliau mempunyai ilmu kebal yang tidak lut perang,lalu menculik isterinya agar rahsia kekebalan Simalungun dapat diketahui.Dilema antara kebanggan dan suku dan kasih sayang,Simalungun datang ke Batang Lupar dengan harapan beliau dapat membebaskan isterinya dan membunuh penculik isterinya.Namun, isteri beliau mati ditombak sebaik dibebaskan, manakala Simalungun bermati-matian dengan musuhnya sehinggalah ditepi sungai Batang Lupar. Musuhnya telah mengetahui kelemahan Simalungun iaitu kekebalannya musnah sekiranya taktala beliau berada di perairan sungai. Simalungu ditombak, dipanah dan disula oleh musuhnya. Mayat simalungun dan isterinya dibiarkan sehingga tenggelam dek air pasang di sungai Batang Lupar.Mujur para dewata yang memberi kesaktian pada Lungu sekali lagi menumpahkan magis ke atas mayatnya dan isterinya, lalu setibanya air pasang Lungu dan isterinya bertukar menjadi buaya besar yang memiliki belang putih dibelakangnya untuk menghantui keturunan pembunuhnya di sekitar Batang Lupar. Maka lahirlah Bujang Senang, seperti yang diketahui. Nama Bujang Senang sendiri dinamakan bersempena Sungai Senang, salah satu cawangan Batang Lupar dimana buaya lagenda bujang senang itu sering kali dijumpai.
LAGENDA BUJANG SENANG : SUNGAI SUNGGA, BATANG LUPAR, 1982
Bangan anak Pali telah dilantik sebagai penghulu Rumah Pali oleh pihak residen Sri Aman. Dua hari sebelum majlis pelantikan rasmi di rumah panjang mereka, beliau dan abangnya, Kebir, berhasrat untuk mencari rezeki di sekitar Batang Lupar. Menyusuri sungai ke arah hilir, mereka masuk ke kawasan Sungai Sungga, salah sebuah cabang Batang Lupar yang besar itu dan mula mencari udang. Dengan menggunakan sadak (sejenis bekas diperbuat daripada rotan), mereka menyusuri sungai yang berparas pinggang dan mencedok udang.
Hari sudah meninggi, sudahpun tengah hari. Seekor burung embuas (burung raja udang (kingfisher), dalam bahasa Iban) tiba-tiba melintas. Kebir berasa tidak sedap hati, kerana lintasan embuas bermakna sesuatu yang buruk bakal berlaku. Kebir memanggil adiknya naik ke tebing, tetapi Penghulu Bangan tetap berkeras meneruskan pencarian udang.
Penghulu Bangan mula berpaling ke arah abangnya dan meredah air separas pinggangnya apabila beliau terpijak sesuatu di dasar sungai yang keruh itu.
“Nama utai tok, baka batang… (apakah benda ini, macam batang rupanya)”
Kebir baru saja mahu membalas kata-kata adiknya apabila satu deburan kuat berdentum. Penghulu Bangan hilang dari pandangan. Beberapa saat kemudian, seekor buaya besar gigantic timbul dengan mayat Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir terus terjun dan memeluk ekor besar buaya itu demi menyelamatkan adiknya, tetapi tidak berjaya. Kebir menyedari bahawa buaya itu berbelang putih dibelakang, terus pulang ke rumah panjang dengan perkhabaran buruk
Operasi mencari berterusan selama 5 hari dengan pihak polis serta Perhilitan turut serta. Suasana sedih menyelubungi rumah panjang itu apabila mayat Penghulu Bangan dibawa pulang hanya bahagian atas sahaja. Tiada tanda-tanda buaya itu serta sisa-sisa mayat ditemui.
LAGENDA BUJANG SENANG : SUNGAI STIRAU, BATANG LUPAR 1984
 Badong anak Apong, dari Rumah Nyawin tidak jauh dari Sungai Stirau, Batang Lupar sedang sibuk mencedok udang apabila seekor buaya besar membaham beliau dan diperhatikan beberapa penduduk kampung. Buaya itu dilihat melambung-lambung mayat Badong sebelum menghilangkan diri di dalam sungai. Saksi berkata lebar ekor buaya itu sebesar tong dram dan ada garis putih dibelakang. Usaha diteruskan dan mayat mangsa dijumpai 2 hari kemudian tidak jauh dari tempat kejadian. Operasi memburu dijalankan lagi tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat.
LAGENDA BUJANG SENANG : BATANG LUPAR 1987
Seekor burung embuas melintas tatkala Berain anak Tungging sedang mencedok tanah liat di dasar sungai untuk menutup lubang-lubang di perahunya. Setelah siap, Berain mahu pulang ke tebing apabila seekor buaya besar menariknya ke dalam sungai dan kejadian ini disaksikan sendiri anak saudaranya. Dengan maklumat yang sama seperti sebelumnya, seluruh penduduk sekitar Batang Lupar ketakutan dengan nama buaya lagenda Bujang Senang.
Tuai rumah (ketua rumah panjang) Rumah Tuah, Tuah anak Tunchun percaya buaya ini sememangnya Bujang Senang dan buaya yang sama membunuh adik beliau, Inchi anak Tunchun pada 1962. Beliau yakin bahawa sumpahan itu memang benar dan buaya itu ialah suatu entiti yang berhantu. Kata beliau, semua mangsa terlibat seperti adiknya, Penghulu Bangan, Badong dan Berain mempunyai pertalian langsung dan ini tidak dipertikaikan.
Menjelang 1989, banyak laporan di akhbar-akhbar tempatan memaparkan kisah kemunculan kerap buaya-buaya besar di sekitar Batang Samarahan dan Batang Sadong, seolah-olah menggambarkan sesuatu bakal berlaku. Terdapat pelbagai cerita, seperti kononnya Bujang Senang telah berada di sungai-sungai tersebut untuk melunaskan dendamnya bersama buaya-buaya lain.
 SUNGAI PELABAN, BATANG LUPAR 1992.
Seperti kebiasaan, keluarga Bayang akan mudik ke hulu ke arah sawah padi mereka tidak jauh di Sungai Pelaban. Air ketika itu hendak pasang, dan Dayang membantu ibunya melintasi sungai separas pinggang ke seberang, sebelum dia naik ke tebing. Abang beliau Enie Bayang sudah mula bekerja di kebun sambil ayah mereka hendak ke rumah panjang mengambil kelengkapan. Awan kelihatan berbalam-balam. Dayang baru saja hendak naik apabila satu deburan kuat menariknya ke dalam sungai. Dayang menjerit sekuat hati dan ibunya terkejut besar apabila anak gadisnya sedang diheret seekor buaya besar. Terpekik terlolong memanggil pertolongan, orang-orang yang ada terus menerpa ke arah ibu Dayang. Abangnya bergegas dan bersama-sama rakannya terus menjalankan operasi menjejak buaya itu. Bersama mereka ialah seorang bomoh bernama Mandau yang tidak berhenti-henti membaca mantera. Setelah lebih 2 jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai.
Entah kenapa, buaya itu kembali dan mengganas. Sekumpulan penembak tepat polis, pemburu kaum Iban, penduduk-penduduk tempatan bersatu untuk menumpaskan buaya tersebut. Dengan beberapa tembakan, buaya itu tetap melawan. Oleh kerana besarnya saiz buaya itu, pasti sukar ditewaskan. Tetapi Mandau tetap bermentera dan mula membaling tombak ke kepala buaya, tetapi patah. Awan semakin gelap, air mulai surut. Buaya besar itu mula melarikan diri ke arah Batang Lupar, tetapi dihalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut sungai itu. Buaya itu terus diserang, ditembak dan ditombak. Buaya itu mengganas dan meronta-ronta sehingga pergerakannya menjadi sedikit aneh. Buaya itu berpusing dan mengelilingi puing-puing kayu seolah-olah tahu akan kematiannya, dan tidak lama kemudian, buaya besar itu menemui ajalnya.
Buaya yang besar ini diangkut ke rumah panjang selama 4 jam perjalanan, dan barulah disedari dibelakangnya ada garisan putih. Inilah dia buaya lagenda Bujang Senang yang diperkatakan, dan ramai sekali polis, Perhilitan serta wartawan datang membuat liputan. Sayangnya bangkai buaya ini dibuang begitu sahaja ke laut tanpa sebarang usaha membawa balik oleh pihak muzium, cuma kepalanya sahaja telah dibawa pulang oleh Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak. Usia Bujang Senang pada masa itu dianggarkan kira-kira 50 tahun. Khabar angin mengatakan di antara tahun 1982 hingga tahun 1992, sebanyak 14 orang menjadi mangsa Bujang Senang. Jumlah sebenar mangsa korban Bujang Senang masih menjadi satu persoalan.
LAGENDA BUJANG SENANG: ASAL USUL BUJANG SENANG
Gambar Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Negeri Sarawak
Berita mengenai kesahihan buaya Bujang Senang ditangkap masih menjadi buah mulut penduduk, kerana ada yang berpendapat buaya itu bukanlah buaya lagenda Bujang Senang, dan pelbagai cerita lagi. Ada sesetengah masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar mempercayai Bujang Senang masih hidup, lebih besar dan sentiasa berada di sungai itu. Ada juga yang berpendapat buaya putih tersebut hanya menyepi dan akan kembali mengganas pada masa depan seperti ketika dia mengamuk semula pada tahun 1982. Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf. Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka. Sehingga kini, cerita-cerita mengenai serangan buaya di Sarawak sering dikaitkan dengan Lagenda Bujang Senang

SUNGAI RAJANG,SARAWAK

Batang Rajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Koordinat: 2°07′47″U 111°13′09″T / 2.12972°U 111.21917°T / 2.12972; 111.21917
Batang Rajang
Rajang River
Batang Rajang (juga dikenali sebagai 'Rejang'). Gambar diambil dari Terminal Bot Ekspres Sibu.
Batang Rajang (juga dikenali sebagai 'Rejang'). Gambar diambil dari Terminal Bot Ekspres Sibu.
Punca Pergunungan Iran
Negara-negara lembangan Sarawak, Malaysia
Panjangnya 563 km

Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 563 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak. Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.

[sunting] Sejarah alam sekitar: anak sungai Sungai Sunda prasejarah

Semasa zaman Pleistocene atau Mesolithic lebih kurang 10,000 tahun lalu, terdapat kejatuhan 5 darjah Celsius dalam suhu global. Di puncak gunung, hujan turun sebagai salji dan terkumpul sebagai lembaran berais (termasuk Gunung Kinabalu), lantas memecah rekod dam kitaran hidrologi global. Disebabkan kekurangan air dilepaskan ke dalam laut, terdapat kejatuhan aras laut sebanyak 120 meter dari masa kini. Laut China Selatan kering, mendedahkan Pentas Sunda dan peparit dalam terdahulu menjadi sungai kuno besar yang dipanggil Sungai Sunda Utara.
Tanah Besar Asia, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra dan Jawa menjadi bersambung kepada Borneo melalui jambatan tanah Pentas Sunda yang terdedah. Sungai Sunda Utara menyediakan sambungan penting kepada Sungai Mekong di Vietnam dan Sungai Chao Phraya di Thailahnd di utara, Sungai Baram dan Sungai Rajang di Sarawak di timur dan Sungai Pahang dan Sungai Rompin di barat tanah yang besar. Ikan keli air tawar dari sungai tersebut berhijrah dan mengawan untuk menukar bahan genetik mereka lebih kurang 10,000 tahun lalu. Lalu, selepas Holocene, bila suhu meningkat, jambatan tanah tersbut dan Sungai Sunda telah ditenggelami dan jumlah ikan keli telah terasing. Walaubagaimana pun, motif genetik mereka masih dalam DNA-nya sebuagai bukti sambungan terdahulu Sungai Rajang kepada sungai terasing lain di Indochina dan Borneo.

[sunting] Bencana sekatan balak

Pada 6 Oktober 2010, hujan lebat di Putai dan Nungun di hulu Baleh dikata telah menyebabkan tanah runtuh besar yang membawa balak dan serpihan ke dalam Sungai Baleh, anak sungai di hulu Kapit, dan kemudian ke dalam Sungai Rajang. Ia dianggarkan bahawa isipadu balak dan serpihan telah melebihi 300, 000 m3. Sekatan balak ini juga telah menjejaskan Sungai Igan. Serpihan balak, berukur 50km panjang, telah tiba di Sibu pada 8 Oktober. Sekatan balak ini telah menyebabkan kesusahan pengangkutan untuk penduduk yang tingaal di tebing sungai dan bangkai ikan jug dilihat di sungai tersebut.[1]
Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh mendakwa bahawa bencana sekatan balak tidak pernah terjadi sebelum itu dalam skala yang besar. Walaubagaimanapun, Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri James Masing mendakwa bahawa bencana serupa telah terjadi sebelumnya dan dia menyalahkan bencana tersbut atas pembalakan sembarangan oleh syarikat pembalakan yang tidak bertanggungjawab.[1] Menteri Besar Negeri, Abdul Taib Mahmud telah menasihatkan rakyat Sarawak supaya tidak menyalahkan sesiapa terhadap penyebab sekatan balak ini dan dia menjaminkan bahawa kerajaan negeri akan menyiasat kejadian ini.[2] Gerakan bagi Perubahan, Sarawak (MoCS) telah mencadangkan bahawa suatu jawatankuasa dengan perwakilan dari kerajaan dan pembantahan sepatutunya ditubuhkan untuk mengenalpastikan penyebab tepat sekatan balak di Sungai Rajang.[3]

TASIK KENYIR,TERENGGANU

Tasik Kenyir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tasik Kenyir
Lokasi Terengganu
Koordinat 5°00′N 102°48′EKoordinat: 5°00′N 102°48′E
Jenis tasik Kolam air
Aliran masuk Sungai Kenyir
Aliran keluar Sungai Terengganu
Negara cekungan Malaysia
Kawasan permukaan 260 km²
Pulau 340

Tasik Kenyir
Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.

Simpang ke Tasik Kenyir

[sunting] Ikan Naga

Pada 28 Jun 2008, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mendapat maklumat bahawa tasik ini mempunyai ikan Naga merah/Arapaima Gigas yang beratnya 30 dan 50 kilogram. Ikan yang berasal dari Amerika Selatan mungkin dilepaskan di tasik buatan manusia ini.[1]

[sunting] Pautan luar

[sunting] Rujukan

  1. ↑ Jabatan Perikanan Siasat Ikan Naga Di Tasik Kenyir

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...