Sunday, October 7, 2012

-JENIS-JENIS DADAH-


1-Heroin

Definasi

-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4, Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain

Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan

Menguntik , Menghidu

Ciri-ciri penagih

Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul


2-Morfin

Definasi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% - 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

3-Candu

Definasi

Dihasilkan daripada buah popi muda .

Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .

Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Jenis /Bentuk

Candu mentah , candu masak , tahi candu

Nama lain

Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar

Cara penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

4-Ganja

Definasi

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp .

Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan

menghisap

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

5-Syabu

Definasi

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk

Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas

Nama lain

Ice

Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

6-Ecstacy/MDMA

Definasi

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methyleneioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan

Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

7-Ketamin

Definasi

Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan ditemasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk

Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Nama lain

“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

-JENIS-JENIS DADAH DARI TUMBUHAN-


PENGENALAN
DADAH
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.
Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin dan ganja pada hakikatnya merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.
Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia.
Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat.
PENGELASAN DADAH
Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:
OPIAT : heroin, morfin, candu mentah, candu masak dan kodeina
KANABIS : ganja dan hasyis
PENEKAN : bahan sedatif – hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer
PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain
HALUSINOGEN: LSD, meskalina dan psilosibina
KAEDAH PENGGUNAAN
Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem saraf pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular dan penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin masih boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila dipanaskan.
JENIS DADAH DARI TUMBUHAN
NARKOTIK
Papaver somniferum –
pokok popi yang boleh menghasilkan opiat
Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitan daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.
Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu papaver somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama opiat ) dan kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok popi tua yang kering.
Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu:
Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina
Kumpulan kedua
: Papaverin dan Noskapin
Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.
JENIS NARKOTIK
Jenis narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan. Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7% hingga 2.5%. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada morfin dan didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.
BAHAYA NARKOTIK
Penggunaan narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan. Ini termasuklah dengan menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh penagih. Ada juga yang menyedut nya melalui hidung dan dihisap seperti rokok.
Seseorang penagih itu boleh dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat perkongsian jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan berulang kali ia menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlu
kannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa terikat kepada narkotik tersebut dan seterus nya menjadi ketagih.
GANJA DAN HASHISH
Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat. Nama santifik tumbuhan ini ialah Canabis sativa, dan ada juga yang terdiri daripada jenis canabis indica. Ia juga dikenali sebagai marijuana dan marihuana. Marijuana berasal daripada perkataan Portugis iaitu mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.
Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan Timur tengah. Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC.
Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan (antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan.
Hashish pula ialah nama dadah kanabis yang digunakan di negara-negara Asia Barat. Kandungan THC adalah tinggi. Hashish diperbuat daripada bunga ganja dan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk bebola, ‘kek’ dan kepingan yang berbentuk cecair likat yang terhasil daripada pengekstrakan kanabis.
BAHAYA KANABISKanabis selalunya dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan digulung seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut mempengaruhi paru-paru seperti juga asap rokok. Kesan awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering. Ini diikuti oleh rasa sejuk di hidung, kaki dan tangan.
Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.
KOKAIN
Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes. Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia, chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan
Pes yang diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang kemudiannya diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang terhasil ialah daun koka, pes koka dan kokain.
Dalam bidang perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk mengecutkan saluran darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku di Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis serbuk putih yang telah dicampurkan dengan bahan lain seperti lactosa. Biasanya dadah ini diambil dengan cara menghidu atau melalui suntikan.
BAHAYA KOKAIN
Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang kuat dan akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah reaksi kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa perasaan malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan, penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.
HALUSINOGEN
Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’ hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan. Dadah ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah yang boleh diperolehi daripada sumber semulajadi atau daripada tindakbalas kimia. Di antara dadah ini termasuklah ganja, dadah dari cendawan Amantina dan Psilocybes, biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacea), kulat Claviceps purpurea, biji buah pala (Myristica frangrans) Atropa belladona dan pokok kecumbung (Datura stramomium).
Dadah Halusinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD). LSD adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia ke atas alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea yang tumbuh di atas tumbuhan Rye.
Kesan Halusinogen oleh alkaloid ergot terhasil melalui penghalangan dadah semulajadi ini ke atas sistem serotonin. Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.
Dadah dari cendawan Amanita muscaria dan Psilocybes mexicana telah digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah yang dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria iaitu moskimul dan asid ibotenik. Ia juga mengandungi sejumlah kecil muskarin. Antara kesan toksik muskarin termasuk rasa mual, muntah-muntah, pengecilan anak mata, penurunan tekanan darah dan denyutan jantung.
Cendawan dari kumpulan Psilocybes mexicana mengandungi bahan halusinogen yang dikenali sebagai psilosen dan psilosibin. Psilosin dilaporkan mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding psilosibin. Kesannya adalah rasa mual, mengantuk, penglihatan kabur serta kesan halusinasi.
Atropa belladonna dan hyoscyanusniger mengandungi kandungan dadah atropina dan scopolamin yang tinggi. Manakala pokok Kecubung (Datura stramonium) yang tumbuh liar di seluruh dunia juga mengandungi dadah yang sama pada kesemua bahagian pokok tersebut. Mereka yang mengambil dadah jenis ini akan mengalami amnesia iaitu hilang daya ingatan serta berfikiran keliru. Kesan halusinasi yang terhasil adalah akibat daripada tindakan terhadap sistem saraf pusat.
Selaput dan biji buah pala (Myristica fragrans) boleh menghasilkan kesan halusinasi yang sederhana dan melalui bahan kimia yang dikenali sebagai miristisin dan elemisin. Dos toksik buah pala dianggarkan sebanyak 5-15 gram (1-3 biji) dan kesannya boleh dilihat 3-6 jam selepas dimakan. Kesannya termasuk rasa mual, muntah dan ganguan terhadap sistem saraf pusat. Pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan penurunan suhu badan yang banyak. Dalam masa 24jam seseorang akan menghadapi kesan halusinasi yang tinggi.
Biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacee) mengandungi ergine, iso-ergine dan beberapa sebatian yang berkaitan. Kesan halusinogennya menyamai kesan dari penggunaan LSD. Antara kesan-kesannya ialah penurunan tekanan, midiriasis dan peningkatan degupan jantung.
Kaktus Peyote (lophophorawilliamsii) pula mempunyai bahan kimia yang dikenali sebagai meskalin. Ianya digunakan dalam bentuk segar ataupun yang telah digunakan dan terdapat 6% meskalin di dalamnya. Penggunaannya akan mengalami halusinasi pendengaran dan penglibatan. Taburan kaktus ini hanya terdapat di benua Amerika dan Mexico.
Walaupun bahan halusinogen bukan merupakan dadah utama namun demikian kesan yang dihasilkan ke atas sistem otak penagih adalah hebat sehinggakan penagih boleh menghadapi risiko gila akibat penagihan dadah ini.
KESIMPULANSecara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah berbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa dan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan selamanya.
Sumber rujukan : http://www.scribd.com/doc/6781412/definisi-dadah

-10 TEMPAT DI ASIA YANG BAKAL LENYAP-

1-Gujrat,India



-Negeri Gujarat adalah tempat yang paling penting untuk pengeluaran kapas dan garam. Juga, Mahatma Gandhi, bapa bangsa India, adalah Gujarati. Antara 2005 dan 2006, hujan kuat yang dibawa oleh monsun menyebabkan banjir yang besar dan membunuh ribuan nyawa. Diperkirakan bahawa perubahan iklim akan membawa negeri barat India semakin banyak  dan taufan dan banjir tidak dapat di elak lagi.

2-Maldives




-Maldives merupakan negara kepulauan, yang terdiri dari 1.200 pulau di Samudera Hindi. Yang paling terkenal untuk pemandangan yang indah: pantai putih, pohon kelapa bergoyang-goyang, karang warna-warni dan sinar matahari berlimpah. 80 persen dari rata-rata ketinggian Maldives kurang dari satu meter. Jika kenaikan permukaan laut terus perubahan iklim global,  syurga yang indah mungkin akan lenyap di bawah laut dengan kadar cepat atau lambat.

 3-Bangkok,Thailand



-Bangkok, ibukota Thailand, yang terletak di Delta Chao Phraya. Kota ini merupakan pusat politik, ekonomi, budaya dan pendidikan dari Thailand. Bangkok berposisi rendah dan selalu terancam oleh banjir semasa musim hujan. Selain itu, formasi geologis, urbanisasi berlebihan dan eksploitasi air tanah menghasilkan kerosakan yang cepat tanah di Bangkok. Diperkirakan bahawa sebahagian besar kota Bangkok akan tenggelam di bawah permukaan laut sampai akhir abad ini.

4-Cherrapunji,India



-Cherrapunji, India, 1290 meter di atas permukaan laut, menerima sebahagian besar curahan hujan tahunan terbesar di dunia. Tapi 98 persen dari curah hujan lokal terjadi Mac sampai Oktober setiap tahun, dan hanya empat bulan berbaki, akan menjadi iklim agak kering. Tidak ada empangan untuk penyimpanan air hujan di sana. Juga untuk perubahan iklim global baru-baru ini, pencemaran lingkungan, penggondolan hutan dan erosi tanah, penduduk lokal bahkan tidak mendapatkan cukup air untuk hidup pada musim kemarau.

5-komodo island,Indonesia



-Pulau Komodo di Indonesia adalah yang paling terkenal akan kejernihan lautnya dan kehidupan laut tropika yang beragam, sehingga dijadikan Syurga penyelam seluruh dunia. Apa lagi yang dikenal di pulau Komodo adalah biawak terbesar di dunia – Komodo. Naiknya permukaan laut telah mengancam keberadaan hutan bakau pesisir dan pantai. Sementara itu, penerokaan berlebihan dan perubahan temperature air laut dapat membunuh karang di sekitar pulau.

 6-Kushiro,sawah,Hokkaido,Jepun




-Ada sekitar 1.200ekor burung jenis crane mahkota merah yang tinggal di kota Kushiro Sawah Hokkaido, Jepun. Ini adalah syurga untuk berkembang biaknya burung langka. perburuan besar-besaran oleh manusia dan naiknya permukaan air laut, maka tanah lembah basah Kushiro berkurang tahun ke tahun. Dan habitat crane mahkota merah juga banyak berkurang.

7- Sungai Sindhu,India




-Sungai Sindhu berasal dari glesier di Himalaya dan lebih dari 3000 kilometer. Sungai ini menciptakan hutan, tempat dan desa-desa di sepanjang jalan, sehingga menjadi sumber penting untuk irigasi. Mengecilnya glesier dan perubahan curahan hujan yang tidak teratur dapat meningkatkan masalah kekurangan air setempat.


 8-Kalimantan,borneo,Indonesia




-Kalimantan (Borneo) Indonesia adalah pulau terbesar ketiga di dunia. Sekitar 50 persen dari pulau ini ditutupi oleh hutan primitif. Dan berbagai spesies hidupan  hidup di hutan tropks misteri ini. akan tetapi penebangan berlebihan, perluasan perladangan  kelapa sawit dan pembangunan jalan, menyebabkan menyusutnya hutan tropika. perubahan iklim global juga mengakibatkan kepupusan flora tempatan dan penyebaran malaria. Suhu yang tinggi dan kering juga meningkatkan bahaya kebakaran hutan.

 9-Altai.Russia



-Selatan pegunungan Altai Siberia adalah biogeografi daerah pegunungan Siberia barat. Wilayah ini urutan paling lengkap untuk zon steppe di Siberia, bermula dari padang rumput, hutan, hutan campuran, hutan alpine subalpine untuk vegetasi. tempat ini juga merupakan habitat penting untuk spesies haiwan seperti kuda liar. Dari abad terakhir, temperature di daerah ini terus meningkat, dan penelitian bahwa dalam beberapa dekad mendatang akan mengancam sistem ecological yang unik.

10- banjaran himalaya



Gunung Qomolangma adalah gunung tertinggi di Bumi di atas permukaan laut, dan titik tertinggi bumi. Berbagai jenis haiwan terancam pupus menghuni di sini, termasuk kambing gunung, panda juga hidup pada sisi yang lebih rendah dan seterusnya. Para ilmuwan telah mengklaim bahwa sekitar dua pertiga dari gletser telah mencair. gletser mencair dapat menyebabkan perluasan danau glasial yang akan mengakibatkan beberapa bencana alam termasuk banjir dan tanah longsor.

-10 TANAH PERKUBURAN YANG ANEH DAN UNIK DI DUNIA-

1- REP IRELAND

-Tanah Perkuburan yang letaknya di negara Ireland ini adalah salah satu bangunan atau monumen pra sejarah yang paling impresif dan termegah di dunia. Dibangunkan sekitar tahun 3300 sampai dengan 2900 sebelum masehi, makam misteri ini termasuk sangat besar. Luas bangunan berbentuk bulat seperti stadium ini memiliki luas 4046 meter persegi dengan tinggi 12 meter.

Bangunan ini sebenarnya terdiri dari susunan batu-batu yang sangat rapi dan terdapat sejumlah peninggalan batu berukir megalitikum. Ini menunjukkan bahawa bangunan kukuh ini memang memiliki umur yang sangat tua, bahkan lebih tua dari piramida Giza dan Stonehenge.

2-Tana Toraja,Indonesia

-Salah satu warisan kebudayaan yang dimiliki Indonesia yang sangat terkenal hingga ke luar negeri. Tana Toraja memiliki ritual pemakaman yang dianggap paling rumit di dunia. Upacara pemakaman itu disebut dengan Rambu Solo. Rambu Solo adalah sebuah upacara pemakaman secara adat yang mewajibkan keluarga yang almarhum membuat sebuah pesta sebagai tanda penghormatan terakhir pada mendiang yang telah pergi. Yang membuatkan ia rumit, adalah bahawa upacara Rambu Solo memiliki sejumlah tingkatan, tergantung pada strata sosial si mendiang dan keluarganya.

Yang paling menarik adalah ketika tahap terakhir upacara Rambu Solo dimana jenazah dibawa ke sebuah tebing khusus untuk pemakaman. Biasanya jenazah disertai dengan patung simbolisasi penggambaran diri mendiang yang disebut dengan nama Tau-tau. Yang menghairankan adalah mayat yang disimpan di tebing tersebut hanya diletakkan saja dan ajaibnya tidak pernah tercium bau busuk yang tersebar.

3-Westminster Abbey,UK


-Westminster Abbey adalah sebuah gereja gothic yang sangat terkenal di London. Secara bangunan gereja tersebut memang tidak seheboh dan semegah bangunan-bangunan kuno yang lain. Tapi yang membuat bangunan yang dibangunkan oleh Pendeta Benedictine pada abad ke-10 adalah siapa yang dimakamkan di sana. Westminster Abbey adalah tempat pemakaman para raja-raja Inggeris dan bangsawan lainnya.

Pada perkembangannya, makam tersebut menjadi tempat terakhir bagi orang-orang besar Inggeris lainnya seperti Geoffrey Chaucer, Charles Dickens, Thomas Hardy, Rudyard Kipling, Alfred Tennyson, Sir Isaac Newton, Charles Darwin, and Ernest Rutherford.

4-Giza Necropolis,Mesir

-Tak ada yang menandingi kompleks pemakaman yang paling megah, besar, luas, bahkan paling misteri di dunia selain Giza Necropolis. Kompleks pemakaman raja Mesir ini terdiri dari Piramida besar Giza, Piramida Khafre, Piramida Menkaure, Patung Sphinx, serta beberapa piramid-piramid kecil lain yang mengelilinginya.

Salah satu keajaiban dari pemakaman berbentuk segitiga unik ini adalah setelah diukur dengan benar oleh sejumlah ahli, maka piramid itu hanya memiliki margin error sebesar 58 milimeter!

5-Lembah Raja-Raja,Mesir

-Lembah Raja-Raja yang berada di Mesir menjadi sangat terkenal ketika pada tahun 1922, seorang ahli kebudayaan Mesir Howard Carter menemukan dan membuka makam Tutankhamen. Di sinilah merebak ’sumpahan’ bagi mereka yang membuka makam tersebut. Maka satu per satu dari para penemu makam kuno itu mati dengan berbagai akibat.

Akibat ’sumpahan’ itulah Lembah Raja-Raja menjadi sangat terkenal disamping juga penemuan yang didapat di sana sangat luar biasa, seperti topeng emas Raja Tut.

6-Catacomb of Paris,Perancis

-Agak susah menjelaskan  apa erti dari catacomb, tapi  lebih kurang bermaksud sebagai lorong-lorong bawah tanah, kadang2 memiliki ruangan-ruangan tergantung  untuk apa ruangan tersebut dibuat pun tidak dapat di jelaskan oleh akal kita. Catacomb yang paling terkenal adalah yang terletak di kota Paris, Perancis.

Pada tahun 1700-an, kota Paris menderita  penyakit yang diakibatkan oleh pemakaman massal yang kurang tepat di pemakaman umum. Penguasa kota akhirnya memutuskan memindahkan semua tulang belulang itu ke dalam sejumlah lorong-lorong di kota Paris yang tidak terpakai.

Maka, jadilah tulang belulang beserta tengkorak tersebut diletakkan di sana dan disusun sedemikian rupa di dalam lorong-lorong tersebut. Yang menjadi luar biasa adalah lorong bawah tanah yang terpakai untuk menyusun tulang belulang itu adalah hingga mencapai panjang 300 km! Untuk menjaga keaslian ruangan yang penuh tulang belulang itu, pemerintah kota hanya mengizinkan membuka sedikit akses ke dalam Catacomb of Paris ini.

7-Makam Tentera Terracotta.China

-Mungkin penemuan tentang  patung tentera China yang ini sampai saat ini masih belum habis penggaliannya.dan masih meninggalkan seribu persoalan... Pasukan terracotta yang menakjubkan itu sempat terkubur dan dilupakan oleh sejarah, dan baru ditemukan kembali pada tahun 1974. Penemunya adalah Yang Peiyan dan beberapa petani yang sedang membajak tanah.

Temuan ini sontak membuka tabir misteri keberadaan makam emperor Qin Shihuang yang merupakan maharaja pertama di China yang menyatukan  seluruh dataran China. Tentera Terracotta China ini mempunyai kekuatan 8.000 pasukan, dan yang paling unik, setiap patung unik dan dibuat satu per satu sehingga tidak ada gambar wajah patung yang sama. Pasukan itu dibuat untuk melindungi maharaja di alam kubur.

8-Capuchin Catacombs of Palermo,Itali


-Di daerah Palermo, Italia, terdapat sebuah biara yang cukup aneh dengan upacara pemakamannya. Para pendeta membangunkan ruangan bawah tanah yang diperuntukkan untuk pemakaman, dan uniknya pemakaman yang dimaksud bukan menanam jenazah ke dalam tanah, tapi dengan cara melakukan proses pembalseman seperti mummi yang kemudian mummi tersebut didandani dengan pakaian lengkap dan digantung pada dinding biara! Uniknya lagi, para mummi ini biasanya berganti pakaian layaknya manusia yang masih hidup, bahkan mengikuti trend pula!

Upacara pemakaman seperti ini berlangsung mulai dari abad ke-16 sampai dengan abad ke-19. Dan yang berhak untuk dimakamkan dengan cara itu adalah hanyalah para orang yang dianggap terkemuka. Terakhir pada tahun 1800-an dimana mayat terakhir di-mummi-kan, sudah ada 8000 mummi yang menghuni di dalam biara tersebut.

9-Taj Mahal,India

-Ini dia simbol dari sebuah rasa cinta yang agung. Selain sebagai perlambangan cinta yang abadi, juga Taj Mahal biasa dianggap sebagai makam terindah yang pernah dibangunkan kerana di dalamnya bersemayam makam Raja Shah Jahan dan permaisurinya yang sangat dia cintai, Mumtaz Mahal.



Bangunan ini merupakan simbol dari kebesaran dinasti Mughal yang sangat termasyur di India. Pada masa empayar dinasti Mughal, India mencapai masa keemasannya, dan Taj Mahal adalah salah satu bukti kebesarannya. Selain membuktikan kekayaan dinasti Mughal (penggunaan batu marbel dan segala perniknya yang sangat detail menunjukkan besarnya kekayaan dinasti tersebut), juga keindahan seni binanya yang sangat menawan dan sangat simetriks.

10-Kota Mati di Ossetia Utara, Rusia


-Dari kejauhan, lembah ini dipenuhi oleh sejumlah gedung dan bangunan yang mirip dengan rumah batu, tidak jauh bezanya dengan desa-desa pada umumnya di Rusia. Namun, kalau diamati lebih teliti, ada yang janggal dengan bangunan-bangunan tersebut. Kalau kita intip ke dalam, barulah kita sedar bahwa bangunan itu isinya adalah tubuh manusia yang dengan pakaian yang lengkap.


Menurut khabar, pada abad ke-18, daerah Ossetia sedang mengalami wabah penyakit yang mematikan. Nah, para anggota keluarga yang terkena wabak tersebut akhirnya dikuarantinkan dengan membuatkan bangunan yang khusus. Bangunan itu dirancang agar anggota keluarga yang sakit itu tidak boleh kemana-mana, hanya diberi lubang kecil saja untuk memasukkan makanan ke dalam ruangan tersebut. Tentu saja yang terjadi adalah kematian pelan-pelan kerana tidak ada pertolongan yang memadai bagi si sakit.

-10 PELAKON MALAYSIA BERDARAH KACUKAN-


Maya KariN ( Berdarah jerman + Melayu + Cina + India )

Cheryl Samad ( Berdarah Melayu + Enggeris )
Intan Ladyana ( Berdarah Melayu + Thailand )


Annahita Bakavoli ( Melayu + parsi )


Nora Danish ( Berdarah Myanmar + Melayu )

Marion Caunter ( Berdarah Cina + Enggeris + Portugis )
Faradhiya ( Berdarah Itali + Melayu )


Aishah Sinclair ( Berdarah Inggeris + Melayu )
Mellissa Maureen ( Berdarah Cina + Melayu + Pakistan )

Sabrina Ali ( Berdarah pakistan + melayu )

-BANDAR RAYA SYURGA DAN NERAKA DI DUNIA-


Dibumi ini terdapat kota-kota yang di berkati oleh Tuhan sehingga tampak seperti Syurga baik dari segi pandangan penglihatan maupun dari segi pandangan suasananya. Berikut daftar bandar raya yang dianggap kota "SyURGA" di dunia.

1-Singapura:
 
Singapura adalah bandar raya terbersih di dunia. Kota yang dibangunkan oleh Sir Thomas Stamford Raffless ini merupakan kota yang sangat strategik dan terletak pada jalur lintas perdagangan antara negara dan antaar benua. populas penduduknyai hampir seluruhnya adalah kaum pendatang dari seluruh duinia, namun pemerintah Singapura menerapkan disiplin yang amat ketat sehingga kebersihan bandaraya amat terjaga. Kamu tidak akan menemukan puntung rokok, bekas minuman, sisa chewing gum, atau sampah yang bertebaran di kota ini seperti yang banyak kita lihat di bandar-bandar di Malaysia amnya. Hal ini membuatkan Singapura menjadi salah satu tempat favorite untuk pelancong dan perdagangan pesisir maritim.
2-Zurich, Swiss:
 
Zurich yang terletak Swiss ini ditetapkan sebagai bandar raya yang paling baik untuk dihuni di seluruh dunia berdasarkan versi konsultan dari Mercer. Penilaian ini diambil berdasarkan beberapa faktor aitu masalah lalu lintas, kualiti udara, dan laporan dari para ekspatriat yang tersebar di 600 kota di seluruh dunia. bandar raya dengan populasi penduduk 347.517 orang ini memiliki jangka hayat hidup mencapai 80 tahun. Tempat yang sangat baik untuk dikunjungi.

3-Bangkok, Thailand:
 
Bangkok adalah bandar raya  pelancongan terbaik di dunia berdasarkan versi lokasi Travel + Leisure tahun 2008. Bangkok dinilai memiliki banyak tempat pelancongan yang bagus, pemandangan indah, dan hotel-hotel yang baik. Diperkirakan sekitar 15 juta pelancong antara bangsa datang ke Bangkok setiap tahun. Bandar raya ini mempunyai beberapa tempat-tempat bersejarah paling banyak dikunjungi di Thailand seperti Grand Palace, Wat Pho dan Wat Arun. Bandar raya ini juga merupakan bandar raya dengan pertumbuhan pencakar langit terpantas di Asia.

4-Paris, Perancis:
 
Paris adalah kota moden dan pusat seni dunia. Disinilah berbagai macam karya seni dari seluruh dunia, termasuk hasil-hasil karya seni yang termasyhur sepanjang era Reinassance Eropah berada. Museum Lovre merupakan museum seni terbesar dan terlengkap di Eropah yang berada di kota ini. Selain itu, Paris juga menyimpan berbagai karya seni bina yang megah dan menarik. Di bandar raya ini terdapat Menara Eifel, katedral Notradame, dan Arc de Triumph yang banyak dikunjungi oleh para pelancong asing. Tidak hanya sebagai kota seni, Paris juga dikenail dengan institusi pendidikannya yang berkualiti dan taman-taman kota yang indah. Sekitar 30 juta pelancong dari seluruh dunia berkunjung ke salah satu kota yang menjadi syurga dunia ini setiap tahun.

5-Stockholm, Sweden:
 
Stockholm adalah syurga dimana para bidadari-bidadari berkumpul. Ya, inilah kota yang dinilai memiliki wanita-wanita cantik di dunia, baik dari segi kecantikan jasmani, sikap dan perilaku, keramah-tamahan, dan sopan santun dalam bersikap. Wanita Stockholm juga sangat berpendidikan. Semua wanita dapat berbicara dengan bahasa Inggris yang baik sehingga tidak ada hambatan dalam berkomunikasi bagi para pelancong dan pendatang. Wanita Stockholm dapat membuat kamu merasa gembira dengan segala caranya.

Selain bandar raya SYURGA di atas, beberapa BANDAR RAYA juga dianggap sebagai Bandar raya NERAKA untuk beberapa alasan, Ingin tahu?

1-Port Moresby, Papua New Guinea:
 
Di bandar raya ini, penyakit benar-benar bermaharajalele. Lebih dari 115 penderita HIV muncul setiap bulan hingga menjadi tempat terburuk untuk tinggal di dunia berdasarkan voting intelegent ekonomi pada tahun 2004. Populasi yang tidak terkawall, pemerkosaan, dan kecurian menambah kerumitan hidup di bandar raya ini. Di jalanan terdapat MI6, geng yang banyak merompak bank dan samun bersenjata. Dijamin, kalau kam berhibur di bandar raya ini, kamu akan membawa pulang penyakit bersama nanti!.

2-Linfen, China:
 Bandar raya ini ditetapkan sebagai bandar raya paling tercemar di  dunia oleh  Blacksmith Institute. Udara kota sangat gelap diakibatkan oleh industri perlombongan arang batu dan makanan serta asap kendaraan bermotor yang sangat  dan teruk sehingga menyebabkan udara sekeliling kehitaman dan kamu akan berasa tidak selesa. Jarak pandangan yang sangat dekat membuat kamu harus menjaga jarak semasa memandu..takut2 kemalangan.. dan juga menggunakan masker.semasa keluar rumah..

3-Bujumbura,  Burundi:
 
Dengan angka pendapatan perkapita terendah ditambah dengan korupsi yang amat parah, negara ini menjadi negara paling miskin di dunia. Apalagi pembunuhan terhadap pemimpin politik akibat perang saudara yang belum kunjung padam banyak terjadi di kota ini. Bujumbura, kota di sebelah barat Afrika ini bukanlah tempat yang baik untuk melancong.

4-Pyongyang, Korea Utara:
 
Tidak ada kebebasan di kota ini. Semuanya telah diatur oleh pemerintah yang berkuasa. Pyongyang adalah kota yang penuh dengan tekanan dan penindasan politik oleh pemerintah komunis Korea Utara. Kota yang dibangun kembali setelah hancur pada perang Korea (1950-1953) ini hanya memiliki satu chanel TV dan stasion radio yang dikuasai oleh pemerintah pula.

5-Chernobyl, Ukraine:
 
Akibat ledakan nuklear pada tahun 1986, bandar raya ini menjadi hancur dan seluruh makhluk hidup teradiasi oleh radiasi nuklear yang ditimbulkannya. Luas wilayah yang terkena radiasi mencapai 233.000 kilometer persegi. Radiasi yang ditimbulkannya sekitar 400 kali lebih kuat dibandingkan radiasi bom atom yang jatuh di Hiroshima. Sekitar 50.000 warga kota harus dikuarantinkan dari dunia luar sehingga kota ini menjadi bandar raya mati.





6-Oklahoma, Amerika Syarikat:
 
Tornado amat sering membadai bandar raya ini. Terutama di sekitar bulan Mac sampai Ogos.bandar raya ni Bukanlah tempat yang baik untuk di anda tinggal dan bersuka ria...



7-Mogadishu, Somalia:
 . Sejak pemberontakan di tahun 1992, bandar raya ini belum mendapatkan kembali kedamaiannya. Kemiskinan dan musim kemarau yang panjang menimbulkan korban kelaparan di mana-mana.sehingga bandar raya ni di gelar bandar raya paling berbahaya di dunia dari segi serangan militant dan ancaman kemarau..



8-Yakutsk, Rusia:
 
Tempat yang mempunyai temperature paling ekstrem di dunia. Suhu di kota ini berkisar pada 50 darjah Celcius di bawah paras beku dan sesi persekolahan sering ditunda... Kamu tentu memerlukan berlapis-lapis jaket dan selimut agar dapat tidur nyenyak di bandar raya ini. Kabut tebal membuat jarak pandang hanya 10 meter.

9-Dhaka, Bangladesh:
 
Dhaka selain harus menanggung beban politik yang sering bergolak di negara tersebut, juga harus menanggung beban pencemaran udara dan kemiskinan. Secara terus menerus 9.7 juta tons sampah dibuang melalui sungai di bandar raya setiap tahun hingga membuatkan bandar raya ini selalu di tenggelami oleh banjir yang dahsyat.







10-Baghdad, Iraq:
 
Akibat pencerobohan dan keganasan tentera Amerika Syarikat, keindahan kota Baghdad yang pernah menjadi pusat kejayaan Islam ini musnah  seperti tanah yang rata. Pengeboman berani mati dan penculikan kerap berlaku di bandar raya ini. Jalan-jalan hancur dan ditumbuhi rumput liar.bandar raya ini hancur di tangan tentera monggol pada abad ke-13..dan sejarah kembali berulang kini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...